Assalamualaikum....
Tak tahu bagaimana nak memulakan tinta bicara pada blog Mama Moden ni. Semacam kehabisan, ketandusan untuk meluah rasa. Hati bagaikan telah mati, rasa bagaikan telah hilang. Hanya mengikut apa yang telah ditentu & digariskan.
Semangat yang menjadi tunggak kekuatanku selama ini telah dibawa pergi jauh dari pandangan mataku. Kami takkan dapat bersama lagi ketika menghadapi kilat & guruh. Tiada lagi yang dapat mendakapku dengan erat dengan tangan kecil mereka. Tiada lagi akan kedengaran kata2 pujukan " dahlah mama, jangan nangis, kakak ngan nin ada teman mama. Kakak janji akan jaga mama "...
Dengan alasan kerja & mereka kutinggalkan sewaktu berkerja, aku dikatakan tak mampu menjaga mereka berdua dengan baik seperti mereka akan menjaganya nanti. Bukankah mereka juga berkerja!!
2o tahun berstatus mama dengan 7 cahayamata yang kulahirkan dengan kudrat & nyawa belum cukup membuktikan kemampuanku menjaga dua sikecil buah hati pengarang jantungku itu hingga tergamak mereka dibawa pergi dari jagaanku.
Seumur hidup mereka belum pernah mereka berjauhan dariku. Ketika mereka berbahagia mengulit bahagia, mereka bersamaku dalam suka mahupun duka. Ketika mereka demam aku yang merawat. Aku yang bersama mereka ketika mereka meracau bertanya mana baba... yang ketika itu baba mereka bahagia membina cinta baru.Dan kini, mereka tiada lagi pada pandangan mataku...
Baru sebentar mereka pergi, hatiku sudah merindu. Airmata seakan tidak mahu kering. Hingga bila, sampai bila, hingga bagaimana baru mereka puas hati.....
Kakak, Adik... mama rindu kamu berdua!!!
salam..
BalasPadamsedih sungguh saya baca entry akak ni. Walau pun saya tak duduk kat tempat akak, tapi saya dapat rasakan bagaimana rindu berjauhan dgn anak2. Sabarlah kak semoga ada bahagia menunggu.
salam.akak pulang la untuk hidup kembali bersama dengan suami akak.mungkin suami akak ambil anak akak sebab anak akak yang kecil tinggal sendirian masa akak pergi kerja.akak ada orang gaji ganti tempat akak jaga anak masa pergi kerja? mungkin suami akak ada jiran tetangga.atau mungkin kawasan rumah suami akak lebih selamat.ada orang jaga contohnya.akak,jangan persiakan hidup akak tanpa suami.suami akak masih hidup.jangan sampai 1 masa nanti suami akak 'pergi selamanya' dan akak tiada di sisi.akak pasti akan lebih menyesal untuk seumur hidup akak.saya dah banyak baca blog akak.saya rasa saya tahu bagaimana perasaan memberontak tu.jangan diturutkan sangat.marah,dendam.semua tu hasutan syaitan.akak perempuan muslimah.akak patut bersama suami.tempat isteri di sisi suami.akak wajib taat pada suami selagi mana dia tak suruh akak buat mungkar.akak rugi sebab akak tak cuba berunding cara baik.dari gaya penulisan akak,saya dapat 'baca' siapa akak.maaf.luka memang luka.tapi jangan persiakan kebahagiaan selagi si dia masih bernyawa.akak jangan jadi macam saya.dan saya takkan kongsi kisah hidup saya dengan sesiapa pun.ada hukum melarang menceritakan kisah rumahtangga kepada umum.ingat tu
BalasPadamlagi satu saya nak ingatkan akak.anak-anak akan membesar dengan baik sebab rumahtangga yang aman damai.anak-anak akan terganggu emosinya,perlakuannya,mungkin prestasi sekolah sebab runtuhnya rumahtangga,terpisahnya ibu bapa.berapa ramai anak-anak hari ini yang menjadi liar disebabkan konflik kedua ibu bapa.sesungguhnya ibu bapa lah yang bertanggungjawab untuk membesarkan anak-anak selagi mana kedua-duanya masih hidup.saya harap akak kembali menikmati kehidupan dalam 1 keluarga.buang segala ungkitan jauh-jauh.semua itu mainan syaitan.akak wanita muslimah.akak layak jadi isteri solehah dan gembira di sisi suami.akak wajib bahagia bersama suami dan anak-anak
BalasPadamwalu mungkin IM tak tahu 100% tapi IM dapat agak sesuatu bila MM dah lama sepi dari berblogging.
BalasPadamIM percaya jika IM boleh tahan dengan ujian, mengapa tidak MM.
Kuatkan semangat. esok belum kiamat lagi. ertinya hidup masih perlu diteruskan.
maka teruskan. tuhan lahirkan kita bukan untuk mengeluh!