Assalamualaikum.....
Alhamdulillah berjaya juga kita melaksanakan ibadat puasa hari ke 21 semalam. Hari ni sudah masuk hari ke 22. Tahun ini saya merasakan lain sekali melaksanakan ibadat mulia dibulan Ramadhan ini. Kerana dalam 5 tahun kebelakangan ini saya merasakan agak sibuk sepanjang sebulan dibulan Ramadhan.
Saya merasakan sedikit teratur, mungkin kerana tiada projek yang dijalankan pada tahun ini. Saya tidak bergelut dengan tepung, telur, minyak & segala macam bahan2 penyediaan kuih muih berbuka puasa. Saya tidak merasa kelam kabut takut jika tempahan tidak siap, saya tidak bimbang jika lewat menghantar kuih muih ketempat para peniaga di bazar ramadhan.
Pada tahun ini saya rasa selesa dapat menyediakan juadah berbuka & bersahur dengan teratur (walaupun oleh kerana rumah sudah kurang 3 penghuni, kadangkala kami ke bazar ramadhan saja membeli sedikit juadah ). Saya dapat menunaikan ibadat terawih di masjid bersama suami & anak2 dengan lebih teratur.
Alhamdulillah, andai ramadhan akan datang, nyawa saya sudah berhenti berdenyut saya mengharapkan ramadhan ini lebih baik dari yang telah sudah.
I'Allah waktu berbuka nanti, saya, suami & 2 anak kecil saya akan menyertai majlis berbuka puasa Bloggers Penang. Kebetulan, 3 anak dara sunti saya yang berada dirumah akan menyertai Kem 3R anjuran Kelab Remaja JIM Pulau Pinang di Masjid Taman Pekaka selama 2 hari. Dari berbuka dalam suasana sunyi dirumah, apasalahnya kami ikut serta Majlis anak2 muda ini, sebagai tanda sokongan.
Terima kasih pada anakanda Luth yang sudi menganjurkan majlis ini bersama teman2nya yang lain.
Alamat :
Bangkok Station
No.1 Lorong Pj1/2 Taman Pauh Jaya
13700 Perai
Disinilah Majlis berbuka puasa Bloggers Penang akan diadakan
Semoga Majlis ini akan diberkati & ukhwah yang terjalin akan dirahmati...
assalammualaikum
BalasPadamselamat berbuka puasa ngan kengkawan nanti
wah wah wah, jumpa disana mama!
BalasPadam