Assalamualaikum.....
Alhamdulillah, hari2 terakhir ramadhan dapat lagi dilalui dengan penuh ketenangan, kedamaian. Persiapan raya juga saya buat dengan penuh serba sederhana, apa seadanya. Sekarang dalam proses kemas2 rumah sikit. Basuh langsir. Basuh sarung kusyen. Buang barang2 yang tak perlu dalam rumah.
Malam semalam saya & suami ke Pasaraya GAMA membeli sehelai dua pakaian raya untuk Kakak & Nin. GAMA menawarkan potongan harga sehingga 70% kepada pemegang kad GAMA. Kak Uda yang membawa balik kawannya Aina, untuk program 3R turut serta pada malam semalam. Begitu juga Kak Cik yang membawa kawannya Farah untuk ke program 3R yang turut sama tidur dirumah. Meja makan rumah saya penuh pada malam tersebut.
Paginya saya keluar menghantar mereka, Kak Uda & kawannya Aina, Kak Tih & kawannya Syafeeqah yang datang kerumah saya pagi sebelum bertolak serta Kak Cik & Farah ke program 3R di Masjid Taman Pekaka.
Perancangannya saya&suami serta dua anak kecil kami akan terus ke Sungai Petani untuk mengambil kunci rumah baru kami kemudian akan terus ke majlis berbuka puasa bersama Bloggers Penang, tetapi rupanya pejabat Jesin tutup pada hari sabtu. Dalam hujan yang amat lebat kami balik dulu kerumah.
Jam 5.30 petang baru kami bertolak ke Bangkok Station Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh. Dalam seronok berbual2, kami terlupa memakai tali pinggang keselamatan. Selalunya saya jarang duduk didepan, selalunya salah seorang anak2 saya akan duduk didepan. Kalau duduk di belakang senang saya nak kawal dua anak kecil saya ni. Dan salah satu sebab saya tak berapa suka duduk didepan adalah saya malas nak pakai tali ni.
Tapi sebab harini semua anak2 besar saya tak ada, nak tak nak kena lah duduk depan, takkan nak jadi mem besar pulak kat belakang! Tak sampai hati nak biar suami jadi macam drebar pulak sorang2 kat depan.
Dalam leka bersembang tulah, suami saya yang selalunya tak cuai pakai tali, nak2 bila melalui jalan scotland, pun boleh lupa nak pakai tali. Apalagi kebetulan pula ada sekatan polis bila membelok sahaja ke jalan tersebut. Kelam kabut tali ditarik, tapi dah terlambat. Sampai di sekatan polis arahkan kami ketepi. Allah!... mesti nak kena saman ni. Dalam hati dah terpikir nak berdialog dengan abang2 polis tu. Suami bersedia nak buka pintu bila polis tu datang, polis tu kata " tak pa.. tak pa... tak pakai tali tadi! Tak payah kuaq! jalan..jalan!"
Alhamdulillah, berkat bulan puasa. Abang polis tupun malas nak saman2 orang. Pernah beberapa kali kami ditahan dalam sekatan kerana kecuaian2 ini. Pernah sekali di Nibong Tebal kami ditahan, polis nak saman. Suami saya siap tunjuk dompet dia, bagitau camna nak bayar saman duit pun tak ada. Ermmm lawaklah pula, tulah pakai tali sebab takut kena saman, bukan sebab nak jaga keselamatan. Harap kami tak cuai lagi lepas ni.
Kami meneruskan perjalanan ke destinasi semula. Sebaik sahaja melepasi Jambatan Pulau Pinang, berlaku lagi kejadian yang memang mendebarkan. Berlaku kemalangan betul2 dihadapan kami. Sebuah kereta kancil melanggar dari belakang sebuah motor yang dinaiki 3 penunggang. Semua mangsa motor tu kami lihat terpelanting dari motor, manakala motor mereka diseret oleh kereta kancil tersebut begitu jauh. Terlalu laju, kejadian tersebut juga berlaku begitu pantas. Suami segera memberhentikan van kami untuk menghulur bantuan.
Dalam keadaan kereta bertali arus. Saya lihat salah seorang mangsa adalah seorang kanak2 sekitar 6 tahun usianya. Kami segera berhenti, dan tiba2 terpancut2 darah yang banyak dari kepala budak tu, kami segera meminta mereka naik ke van kami untuk dibawa ke Hospital Seberang Jaya. Dalam keadaan serba kelam kabut, suami yang saya sayangi terus nak jalan bila saya menutup pintu belakang van. Aik! nak tinggal saya kat sini ke? Kat tepi jalan ni! nasib baik dalam keadaan panik tu, saya cepat2 menepuk van memberitahu saya belum masuk lagi!
Darah memang banyak, saya sempat menoleh melihat adik tu yang dilumuri darah. Cedera agak teruk dikepalanya, saya sempat melihat ada kesan seperti pecah berlubang kepala dia. Sampai sahaja di unit kecemasan HSJ, adik tu diberi rawatan. hasil perbualan dalam perjalanan mereka dua beradik membawa anak saudara untuk shoping raya. Mereka dalam perjalanan balik.
Sewaktu mendaftar berlaku sedikit tak puas hati saya di kaunter pendaftaran, macam2 yang ditanya. Takapalah setakat tanya nama & sebab kejadian, ni sampai ejaan nama pun nak tanya. Saya lihat bapa saudara adik yang cedera dikepala tadi dah menggigil2. Dia pun luka2 juga ditangan. terkoyak2 kulit tangan dia. Saya terus bersuara kat kaunter tu beritahu rawatlah orang ni dulu, dia dah menggigil2 ni. Barulah mereka suruh dia masuk & pertanyaan demi pertanyaan tu dihentikan.
Selepas selesai pendaftaran dan mereka dirawat... kami menyerahkan barang2 yang mereka shoping tadi & mengambil no telefon mereka, kami meninggalkan HSJ untuk meneruskan perjalanan kedestinasi kami. dah tak jauh, harap2 tiada apa2lah yang berlaku lagi. Kami harap dapat bersama KBP untuk majlis berbuka puasa.
Akhirnya.... sampai juga kami ke Bangkok Station.
Dapat juga saya & suami bertemu dengan orang kuat KBP saudara Luth & Adi Balik Pulau( Luth, niat mama nak tanya nama sebenar Luth tau, lupa pula!), , Omara ( bukan senang nak jumpa artis), Panglima Hitam dan 4 orang lagi ahli KBP. Makanan punyalah banyak, sedap2 pula tu. Sayangnya saya tak dapat bawa semua anak2 saya. Tak apalah kami akan bawa mereka pada pertemuan lain kali nanti.
Banyak perkara yang kami semua bual&sembangkan. Luth & Adi kata ni pertemuan yang paling ramai peserta. I'ALLAH Luth, Adi lain kali akan semakin ramai peserta yang akan turut serta.
Sayangnya saya tak dapat ambil gambar sendiri dalam pertemuan ni, sebab anak2 saya bawa kemera ke program 3R. Harap ihsan daripada mereka yang lain ni jelah.
Semoga pertemuan diwaktu lain nanti, akan lebih ramai yang turut serta. Tahniah & terima kasih pada pihak penganjur. Tahniah juga pada Adi yang sanggup balik ke Penang semata2 untuk majlis ni.
Selamat melalui hari2 terakhir ramadhan dengan lebih sempurna....
insyaallah..ada rezeki kita pasti berjumpa lagi :-)
BalasPadamassalammualaikum
BalasPadamsemoga Allah memberi ganjaran yangberlipat ganda di atas bantuan kepada keluarga tersebut
salam mama.. selamat hari raya :)
BalasPadamsalam siti,
BalasPadamI'ALLAH ada rezeki kita jumpa lagi nanti yer..
mama minta maaf klu smalam tak brapa mngenali siti...
lepas ni harap hubungan kita lbih rapat k...
salam cikgu,
BalasPadamI'ALLAH hari ni kita tlg org lain kali org pula tlg kita...
dgn kjadian smalam kami dpt lagi mnambah knalan.
mereka pakat telefon kami malam tadi maklumkan adik Aris Daniel yg cedera dikepala tu kna 8 jahitan, Alhamdulillah tak kena tahan wad. Lepas rawatan lanjut mereka dibenarkan pulang.
Abang mereka tel tgh malam tadi lepas habis buat report, mereka kata akan datang btandang kerumah kami hari raya nanti..
tapi kjadian tu mmg dasyat, masih terasa ketar lutut lagi bila ingat balik...
salam pn maiyah,
BalasPadamhehehe selamat hari raya... ada 7 hari lagi tau nak raya, jgn raya lagi pulak!
hehehehe
camna psiapan raya?
saya sekeluarga bsiap ala kadar jer...
Terima kasih mama dengan baba sebab hadirkan diri ke majlis yang tak seberapa ni..
BalasPadamDiharap tali yang kita buat semakin kukuh, nanti ada masa kita jumpa lagi.
Kirim salam dekat anak kecik mama tu ya! Hehe, comel sangat!
salam mama,
BalasPadamterima kasih kerana sanggup datang dari pulau ke majlis kami ni. Alhamdulillah, bertemu juga kita.
saya harap nanti mama dan baba tak segan nak sertai aktiviti akan datang.
rancangan yang terdekat nanti, insyallah utk raya pula. nanti giliran di pulau lah pula ya.
nama penuh saya Luthfi. Mohammad Luthfi :)
salam hadi,
BalasPadammama dah smpaikan salam hadi.
adilah kata abang mana? abang yg handsome yg ambik gambaq dgn akak tu ker? heheheh, hadi dah diminati oleh anak mama ni... camna?
salam luth,
thanks juga pd uall sbab sudi beri peluang pd org lama mcm kami ni utk join uall...
I'ALLAH mama&baba akan cuba join jika bkesempatan&ada peluang juga masa yg mengizinkan...