30 April 2009

Dedikasi Buat Suamiku.....

Assalamualaikum....






Alhamdulillah, akhirnya semuanya selesai dengan baik.

Seperti biasa, mengalah bukan beerti kalah.



Suamiku....

Suatu waktu dulu

Kau hadir dalam hidupku

Tanpa cinta, tanpa perasaan

Hanya kasih sayang abang & adik

Kau merubah hidupku yang dalam kegelapan

Kau merubah keadaanku yang dalam kejahilan

Kau merubah diriku kearah kebaikan

Kau ciptakan seorang insan baru


Suamiku

Aku bersyukur diketemukan denganmu

Akhirnya kasih sayang kita terikat dengan ikatan cinta

Cinta yang hadir tanpa diundang

Cinta yang hadir dengan takdirNya

Kita semai cinta itu dengan kasih sayang

Kita semai cinta yang berputik dengan segala cabaran

Kita semai cinta dengan segala duri & onar

Kita semai cinta dengan keringat & airmata

Kita semai cinta dengan gelak tawa & tangis

Meniarap menelan pasir

Menelantang menadah embun


Suamiku

Selama 20 tahun apa saja yang tidak kita lalui bersama

Hadirnya 7 cahaya dalam kehidupan kita

Membawa lebih sinar bahagia

Redup bundar mata mereka

Menjadi titik tolak apa saja yang berlaku

Buruk baik, cahaya itu yang harus kita dahulukan

Cahaya itu amanah yang harus kita jaga


Suamiku,

Sejak dulu, kini & selamanya

Hanya kau yang terbaik buatku

Kau yang pertama & terakhir

Kau tiada penggantinya

Di dunia mahupun diakhirat

Hidup matiku biarlah bersamamu

Jika ditakdirkan hidupku seribu tahun lagi

Biarlah hidup ku itu bersama mu

Dalam susah mahupun senang

Dalam duka mahupun suka

Dalam tawa mahupun tangis


Suamiku

Kasih sayangku usah diragu

Cinta ku hanya padamu

Segala seribu kebaikanmu

Pasti akan sentiasa menutup jika ada satu kesilapanmu

Dirimu kuterima seadanya

Buruk baik hanya kaulah suamiku


Salam sayang selalu dariku...................



29 April 2009

Permulaan Menjadi Diri Saya Semula

Assalamualaikum....


Sebagai permulaan menjadi diri saya semula.....


Saya telah membatalkan tempahan ke Paradise Malacca Vilage, Melaka.




Tiada percutian ke Melaka bermakna tiadalah program balik kampung kan!

Inilah diri saya.... saya yang tak kisah......

Tak Kisah....



Assalamualaikum....

Wah! ini post saya yang ke 101 rupanya. Diam tak diam dah banyak juga saya mencatat sesuatu di blog mama moden kesayangan saya ni.


Saya baru perasan 2,3 catatan saya sebelum ni sedikit beremosi, kenapa ya?


Ok, saya nak jadi diri saya yang dahulu semula.


Saya yang tak kisah dalam segala hal......


Saya yang tak kisah tak dapat balik jumpa abah mak saya selalu.....


Saya yang tak kisah tak dapat balik jumpa adik beradik saya selalu.....


Saya yang tak kisah orang nak kata apa pun kat saya.....


Saya yang tak kisah tidak disukai keluarga mertua satu ketika dahulu....


Saya yang tak kisah makan nasi berlaukkan telur setiap hari.....


Saya yang tak kisah makan tulang ayam untuk dijadikan lauk.....


Saya yang tak kisah berhutang di klinik untuk ubat anak.....


Saya yang tak kisah berhutang susu untuk bagi anak makan.....


Saya yang tak kisah bersusah payah beratur menunggu bas ketika susah dahulu....


Saya yang tak kisah tak berganti pakaian.....


Saya yang tak kisah tubuh badan tidak disaluti emas, intan, berlian.....


Saya yang tak kisah bersengkang mata membuat kuih jualan demi membantu ekonomi keluarga.....


Saya yang tak kisah bergelut menjaga anak2 jiran kerana mencari duit tambahan....


Saya yang tak kisah berhujan, berpanas malah pernah dipukul ribut sendirian meniaga ditepi jalan mencari pendapatan sampingan


Saya yang tak kisah diketepikan hanya kerana rakan2 taulan.....


Saya yang tak kisah menghadapi apa saja dugaan.....


Saya yang tak kisah menghadapi segala macam cabaran.....


Yer.... saya nak jadi diri saya semula.


Post saya selepas ini permulaan saya menjadi diri saya semula...


Pling.......


28 April 2009

Catatan Tanpa Tajuk....



Assalamualaikum....


Ramai yang bertanya & memberi komentar pada post saya yang berkaitan dengan abah saya. Bukan bertanya perihal kesihatan abah saya tetapi bertanya adakah saya sedang bersedih???


Ada yang bertanya, apa yang saya sedihkan? Abah saya dalam keadaan sihat walafiat.


Ada yang bertanya, apa yang nak balik sangat? Abah saya ok jer.


Malah komen seseorang yang amat dekat dengan saya pagi tadi benar2 menghancur luluh dan amat menyakitkan hati saya. Pedihnya terasa hingga kehulu hati.


Tidak bertuah kah saya punya suami sebaik dia???


Tidak bersyukurkah saya punya anak2 sebijak anak2 saya???


Tidak bahagiakah saya punya keluarga bahagia yang telah hampir 20 tahun saya bina & pertahankan dengan keringat & airmata???


Apakah kerana meluahkan sedikit apa yang saya rasa telah menjadikan saya insan yang paling tidak bersyukur?


Apakah kerana sedikit luahan saya itu menjadikan saya isteri yang tidak lagi bertuah?


Adakah kerana luahan itu bermakna saya tidak berada diambang bahagia?


Sebenarnya apa yang tersirat disebalik yang tersurat hanya saya yang tahu.


Sebenarnya bukanlah balik kampung tu yang amat saya harapkan, tetapi saya mengharapkan sedikit pengertian, sedikit sifat memahami.


Selama 20 tahun ini saya tak pernah mendesak untuk balik ke kampung saya. Saya faham & amat faham akan keadaan ekonomi keluarga saya.


Saya diberi syarat samada nak balik waktu cuti sekolah atau hari raya. Sudah tentulah saya memilih balik waktu cuti sekolah, lama sikit. Dan selama 20 tahun inilah hanya 3 kali sahaja saya balik beraya di kampung saya. Balik cuti pun bukan selama waktu cuti berada di kampung saya, kena bahagi dua juga untuk balik kampung lagi satu.


Adakah hanya saya yang layak, harus, patuh pada semua penghargaan&pemberian?


Adakah selama ini tiada langsung pengorbanan saya dalam keluarga?


Adakah selama ini tiada sekelumit jasa saya pada keluarga?


Adakah saya sahaja yang harus sentiasa bersyukur sedangkan dipihak lain masih terus mencari2 cinta sejati ( jika dilihat pada tag line YM: harap yang berkenaan ambil perhatian )


Selama 20 tahun ini rasanya saya dah penat & letih menjaga hati semua orang.


Cuma kadang2 saya terfikir hati saya siapa nak jaga?


Perasaan saya siapa nak jaga?


Mungkin hati rakan2, kawan2 lebih wajib dijaga dari menjaga hati saya yang tak punya apa2 ini.


Kalau itu kehendaknya saya pasrah.......


Biarlah saya terus menjadi lilin menerangi yang lain, biarlah saya membakar diri....




25 April 2009

Maafkan Anakmu....

Assalamualaikum....


Malam ni saya dapat berita abah saya nun jauh di Johor jatuh motor. Alhamdulillah tiada apa2 yang teruk, serius berlaku padanya.


Kemalangan berpunca ketika abah dalam perjalanan mengambil cucu2nya pulang dari sekolah tengahari tadi.


Dalam usia 69 tahun walau abah saya kelihatan masih sihat tapi kadang2 kami risau bila memikirkan abah kesana kemari menunggang motor dengan mak membonceng dibelakang.


Dalam usia mereka begitu, mereka masih gemar berjalan merata tempat berdua. Kadang2 mereka ke rumah adik saya di Batu Pahat dari kampung saya di Jementah, Segamat dengan menunggang motor.


Abah pernah cakap dengan saya bila saya merungut risau abah bawa motor jauh2, abah kata "alah dah biasa... Penang nun nasib baik abah tak tau jalan, kalau tak dah lama abah sampai naik motor tengok anak cucu kalau ko tak balik". Alahai, seramnya saya dengar abah cakap macam tu.


Mak pernah cakap dengan saya, mak abah mengadu... bila anak2 salalu merungut mereka tak pernah lekat dirumah. Mak kata masa nilah nak berjalan kemana2 yang dulu tak dapat pergi sebab anak2 ramai, kecil2. Nak pergi kenduri, rewang rumah orang kahwin pun susah sebab anak2 ramai. Sekarang ler masanya mereka berdua kemana2.


Saya sedih sangat sebab tak dapat balik tengok abah saya. Memang ler abah tak cedera teruk. Tapi perlu ker kita beralasan & bersebab untuk menziarahi orang tua semasa mereka masih ada?? Sedangkan saya tak pernah beralasan menjaga, menziarahi & mencurah khidmat bakti pada ibu bapa orang lain.


Saya curahkan sepenuh khidmat bakti saya pada ibu bapa orang lain melebihi ibu bapa kandung saya demi kasih sayang & tanggungjawab. Walaupun banyak suara2 sumbang menidakkan khidmat bakti saya walhal mereka sendiri boleh dikira dengan jari berapa kali membasuh kencing berak ibu bapa mereka. Boleh dikira dengan jari berapa kali mereka menyuap makan minum ibu bapa mereka. Boleh dikira berapa kali mereka bermalam di wad hospital menjaga sakit pening ibu bapa mereka berbanding saya.


Bukan mengungkit tapi kadang2 sebagai manusia biasa saya kesal. Perlukah tunggu mak abah saya sakit terkedang baru saya boleh balik. Dengan alasan bulan depan kami nak balik bercuti selama 2,3 hari tu menjadikan halangan saya pulang dalam masa terdekat ni, adilkah??


Rasanya mungkin lebih baik saya bersama mak abah saya daripada saya susah hati memikirkan sakit pening orang lain tapi tak dihargai, sebaliknya saya dipersalahkan. Saya dipersalahkan hanya kerana risaukan keselamatan mereka. Saya dituduh menghamburkan kemarahan tidak kena pada tempatnya hanya kerana risaukan keselamatan mereka. Saya yang bersusah payah selama hampir dua puluh tahun ini dipersalahkan hanya kerana membela kawan2.


Abah, maafkanlah anakmu ini. Tanggungjawab pada suami & anak2 melebihi segalanya. namun percayalah akan ada ganjaran untuk abah nanti.


Anakmu ini berpegang pada kisah di zaman Rasulullah semasa seorang anak tidak dapat pulang menziarahi ayahnya yang sakit kerana ketiadaan suami untuk meminta izin menziarahi ayahnya. Hinggalah ayahnya menghembuskan nafas terakhir anaknya masih tidak dapat meminta izin dari suaminya. Akhirnya ayah itu diberikan darjat & ganjaran yang tinggi diakhirat kerana ketaatan anak itu pada suaminya.


Abah, tapi anakmu ini bukan tidak mendapat izin. Memang diizinkan tapi dengan alasan & sebab. Oleh kerana alasan, sebab & bersyarat itulah anakmu ini membuat keputusan tidak pulang. Doakanlah, impian anakmu ini untuk pulang pada cuti sekolah akan datang dimakbulkan Allah tanpa alasan lagi.


Doa anakmu dari kejauhan semoga abah mak sihat selalu. Janganlah berlaku sesuatu yang mengejutkan yang membuatkan anakmu ini tidak berkesempatan untuk berbuat apapun.



Salam sayang......



semoga abah sihat selalu


21 April 2009

Dedikasi Untuk Adikku... Nanie

Assalamualaikum....





Adikku,

31 tahun yang lalu,

Kelahiranmu ke dunia membawa rahmat,

Lahirmu dari kasih sayang mak abah kita,

Kau membesar bersama kakak2 & abang mu,

Dalam serba kekurangan & kepayahan,

Namun kasih sayang kita tetap bersemi,

Penghijrahan dari desa terpencil ke pekan,

Membawa banyak perubahan,

Kau membesar dengan lebih berjaya,

Kini kau bersama suami & anak2,

Merekalah tunggak kehidupan,

Walau pahit, walau getir,

Walau pilu, walau gusar,

Semuanya perlu ditempuhi,

Ingatlah jerih payah yang perlu dilalui,

Sebelum kau nekad dengan perkongsian itu,

Hakikatnya semuanya bukan manis bak madu,

Namun yang pasti bukan pula semuanya pahit bak hempedu,

Pasti ada kenangan manis yang perlu dikenang,

Sebagai ubat segala duka,

Pandanglah pada segala kebaikan,

Berbanding hanya melihat pada satu keburukan,

Sabar pasti akan ada ganjarannya,

Mengalah bukan beerti kalah,

Hakikatnya kita hadir kemudian dalam hidupnya,

Tentu punya banyak ruang lagi dalam hatinya,

Untuk mengasihi, menyayangi, menyintai,

Dirimu & anak2......



Salam Sayang dari Kakakmu

Pulau Mutiara with Love



20 April 2009

Dari ALLAH Kita Datang, Kepada ALLAH Kita Kembali....

Assalamualaikum....




Sedang saya bersiap2 untuk menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan di Balik Pulau, HP saya berbunyi. Tertera nama biras saya, Bang Man ( suami Kak Salmah ).




Bang Man : Assalamualaikum




Saya : Waalaikumsalam




Bang Man : Paksu ada?




Saya : Ada, Bang Man nak cakap ngan Paksu ker?




Bang Man : Tak pa lah, nak bagitau anak Pak Tam, Fahmi xcident..... meninggal pagi tadi.




Dalam keadaan yang terkejut, maklumlah seminggu lepas saya dah terkejut menerima berita xcident ni. Tiba2 pagi ni saya menerima pula berita sedih bagi keluarga suami saya ni.




Saya terus maklumkan pada suami, dengan seberapa segera kami bersiap2 sebab cadang nak bawa Kak Uda yang berada di asrama balik sama menziarahi jenazah.




Selepas mendapat kelepasan Kak Uda keluar, kami meneruskan perjalanan. Kebetulan semalaman tu suami demam, so sayalah yg memandu meneruskan pengembaraan ke Alor Setar Kedah. ( to Cik Ain Fathihah & the geng, ni pengembaraan yang betul tau ).




Bukan saya tak mahu cepat sampai, sebab jenazah dijangka akan dikebumi selepas zohor. ( orang2 utara ni kata kebumi jenazah tu simpan jenazah, anak2 saya baru tau jer simpan tu maknanya kebumi jenazah. Macam saya ler dulu, apalah depa ni... nak simpan jenazah buat apa? Simpan kat mana? Kebumi jer lah jenazah tu, nak simpan2 pulak!)




Saya mahu cepat sampai, tapi bila pecut jer ke angka 100km cik abang dah warning, slow jer yang..... ermmm dalam mata lelap pun dia tau saya nak pecut.




So memandulah saya dalam kelajuan 80/90 km jer. Akhirnya jam 12 kami sampai ke Kampung. Rumah peninggalan Allahyarham mertua saya yang sekarang didiami oleh abang ipar saya sekeluarga yang kehilangan anak ke 3 mereka pagi tadi.




Agak ramai saudara mara yang sudah sampai. Kami terus kedalam melihat jenazah. Melihat keadaannya hati jadi sayu. Serta merta tersentap hati bila mengenang kejadian seminggu lepas. Mujur tak ada apa2. Agak teruk kejadian yang menimpa jenazah. Cedera teruk di bahagian tengkuk dikatakan menjadi punca kematian Allahyarham. Yang amat menyayukan hati kelihatan darah mengalir seperti airmata melalui matanya.




Dari cerita yang didengar, Allahyarham dalam perjalanan balik menghantar kawannya di Pulau Pinang. Kejadian berlaku di Jalan Yan, Sungai Daun. Ketika kejadian jam 3 pagi itu Allahyarham terbabas & berlanggar dengan sebatang tiang. Allahyarham dijumpai dan dibawa ke Hospital Yan. Namun ALLAH lebih menyayanginya bila Allahyarham meninggal pada jam 6 pagi.




Allahyarham Mohd Fahminuddin meninggal pada 19 April 2009, beberapa hari sebelum menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 18 pada 23 April ini. Allahyarham anak kepada Abang Ipar saya Mohd Daud Rusdi bin Hassan & isterinya Fauziah bt Ahmad. Allahyarham anak ke 3 dari 5 orang adik beradik.




Buat Abang Die, Kak Fauziah & anak2 Fathi, Fikri, Fathul & Siti Fadwa salam takziah diucapkan. Semoga tabah menerima dugaan yang amat berat ini. Tiada siapa menyangka anak yang kita bela sedari kecil dengan penuh kasih sayang akan pergi mengejut seperti ini, meninggalkan kita terlebih dahulu.




Alfatihah buat Allahyarham Mohd Fahminuddin, semoga berada dikalangan orang2 mukmin.




Alfatihah..............






18 April 2009

Untuk Yang Berkenaan Sahaja....

Assalamualaikum....


Kali ni saya nak sembang pasal politik sikit. Sekadar meluahkan apa yang saya rasa. Terpulanglah pada sesiapa yang rasa nak baca, baca ler. Sesiapa yang rasa luahan saya ni menyinggung hati berhentikan pembacaan anda.


Sesiapa yang pernah membaca blog mama moden ni tentu tau saya fahaman parti mana, walau saya tidak pernah meyatakan secara terang kerana menjaga hati kawan2 lain dari fahaman yang berlainan. Tapi saya penyokong, malah pernah menjadi pendokong diperingkat Cawangan, Kawasan & Negeri. Saya ahli yang tidak menyokong membabi buta. Dalam mesyuarat atau seminar apa2 saya tetap akan memberi respon jika ada yang tidak kena dalam pimpinan.


Percaya tak, saya pernah berhujah dengan YAB Menteri Besar Kedah berhubung perkara merokok & poligami dikalangan pimpinan & ahli2. Tapi masa tu beliau belum menjadi MB ler. Saya bangkang sikap beliau yang seolah2 menyokong ahli2 yang menghisap rokok ni. Begitu juga pada lelaki2 yang berpoligami dengan tidak mengikut sunah Nabi. Banyak perkara yang saya hujahkan ketika itu.


Begitu juga dalam perkara2 lain. Untuk apa kita menjadi penyokong jika sokong kita sokong yang membawa rebah.


Apa yang ingin saya katakan ialah berhubung dengan PRK Dun Penanti yang akan dihadapi tidak lama lagi. Bukan saya mempersoalkan ketelusan yang empunya diri meletak jawatan sebagai langkah mengambil tanggungjawab dengan tuduhan yang dikenakan pada beliau.


Apalah salahnya beliau menunggu sehingga PRU 13 nanti. Tak mengapa meletak jawatan sebagai Exco kerana hanya perlu diganti oleh Kerajaan Negeri sahaja, tetapi meletakkan jawatan sebagai ADUN banyak pengorbanan yang harus dilalui oleh semua pihak.


Banyak wang ringgit yang harus di keluarkan, bukan sahaja oleh Kerajaan tetapi petugas2 yang akan membantu PRK itu nanti. Banyak juga tenaga yang akan dicurahkan kearah itu. Tentunya seluruh Malaysia akan menumpukan seluruh tenaga di Penanti sepanjang PRK nanti.


Mungkin Pakatan Rakyat tidak bimbang dengan situasi sekarang. Memandangkan mood rakyat sekarang mungkin PRK kali ini juga Pakatan Rakyat akan menang besar. Tapi saya bimbang jika mood rakyat akan berubah sebagai tanda protes kerana punca PRK itu diadakan. Bukan kerana kematian tetapi kerana meletak jawatan kerana nak tumpu pada pelajaran, keluarga yg selama ini telah diabaikan & juga kerana hendak membersihkan nama.


Saya secara peribadi amat suka jika kerusi DUN Penanti ini diberikan kepada PAS. Kerana selama ini PAS lebih komited dalam Pakatan Rakyat. Berbanding dengan PKR yang telah menyebabkan Negeri Perak dibawah Pakatan Rakyat tumbang kerana 2 ADUN PKR yang telah menjadi katak.


Saya merasakan inilah masanya PAS membuktikan bahawa selama ini PAS tidak menjadi kuda tunggangan atau alat kepada yg lain. Banyak point yang boleh PAS gunakan untuk mendapatkan kerusi ini. Tetapi saya percaya bukan mudah pihak pimpinan untuk mendapatkan kerusi ini. Saya pernah menjadi sebahagian ahli mesyuarat untuk menetapkan kerusi Pilihanraya bersama parti gabungan ini. memang susah. Walaupun PAS cukup gerak kerja di peringkat cawangan2, ramai petugas berbanding PKR tetapi membuat pemilihan kerusi Pilihanraya dengan PKR memang bukan kerja mudah.


Tetapi seeloknya jika PKR betul2 ada semangat kawan bersama PAS tentulah kerusi Penanti ini tak perlu diminta. PKR sendiri dibawah pimpinan DSAI akan menyerahkan kerusi itu kepada PAS untuk meletakkan calon. Ada yang berkata jika Abang Mat Sabu diletakkan disitu tentulah YAB Ketua Menteri tidak akan bertangguh lagi meletakkan Abang Mat sebagai TKM 1 Pulau Pinang.


Saya berharap pimpinan2 PAS disemua peringkat akan lebih berkeras dengan PKR dan juga yg lain dalam Pakatan Rakyat ini. PAS tak kurang pimpinan yang lebih berkaliber. Jangan kerana DSAI kita menjadi terlalu taksub tanpa memikirkan kehendak akar umbi. Jangan ambil kesempatan pada sokongan rakyat pada Pakatan Rakyat. Jangan ambil mudah pada sokongan yang rakyat berikan. Tunjukkan bukti Pakatan mampu memerintah tanpa melayan hal2 remeh temeh.


Maaflah pada semua pihak jika saya agak keterlaluan sangat pada post kali ini. Kan saya dah kata saya tak menjadi penyokong yang akhirnya sokong itu membawa rebah...


Selamat Bertugas Lagi Pada Petugas2 di PRK Dun Penanti......














apapun yang kita sokong, jangan sampai sokong kita membawa rebah
matlamat tidak menghalalkan cara

15 April 2009

Sekadar Berbicara.... C I N T A



Assalamualaikum....


Agak lama saya tidak mencatatkan sesuatu disini. Bukan lupa, bukan putus asa.... tidak sama sekali. Blog ini masih menjadi blog kesayangan saya. Cuma ada kejadian berlaku dirumah sejak seminggu lalu. Saya akan kongsikan bersama nanti. Saya akan post entry tentang tu nanti, sebab sekarang tak sesuai untuk saya ceritakan kerana banyak hati & perasaan yang harus saya jaga.............


Sekarang saya nak berkongsi tentang sesuatu yang bermain di benak fikiran saya.

Semasa bertandang ke rumah Kakak Ipar saya ( Kak Wa ) di Hulu Yam baru2 ini kerana mengunjungi Tata di UPSI, dalam kami bersembang hal2 isu semasa, keluarga... gossip2 sikit, tiba2 terpancul di mulut anak saudara suami saya ( Hanim ), mengatakan saya bakal ibu mertua alaf baru yang sporting. Saya sedikit tergamam. Apahal pula Hanim berkata demikian?

Rupanya ketika itu kami sedang bersembang2 & bergossip2 tentang walimah di rumah Kakak Ipar saya di Kulim. Kakak Ipar saya Kak Midah, Kak Salmah & suami2 mereka meramalkan tak lama lagi kami pula akan mengadakan kenduri sambut menantu. Saya mengatakan lambat lagi, anak2 kami tak habis belajar lagi. Dalam saya bercerita kisah itu pada Hanim, suaminya & mamanya saya kata Mak Ndak ( Kak Salmah ) merekomenkan anak sulung saya untuk anak Mak Cik mereka ( Kak Midah ).

Tiba2 Kak Wa & Hanim menjawab serentak... " Ain dah ada dah.....budak UNIKL". Dalam saya tergamam tulah Hanim menyambung mengatakan saya bakal ibu mertua alaf baru yang sporting gila ( maaf, bahasa budak2 alaf baru bersembang ).

Rupa2nya Tata ada bercerita serba sedikit ( mungkin banyak juga kot! ) tentang buah hatinya pada Mak Jangnya sekeluarga. Ialah dia jauh dari kami & selalu bersama mereka jadi sudah tentulah sedikit sebanyak dia akan meluahkan rasa hati pada saudara yang dekat dengan dia.

Berbalik kepada gelaran yang Hanim berikan pada saya, bahawa saya bakal ibu mertua alaf baru yang sporting.....

Mana tidaknya saya memang selalu berchating ngan sidia tu. Malah kadang2 mungkin lebih kerap dari anak saya sendiri. Kadang2 bersms. Mungkin mengenali hati budi. Rasanya telah banyak juga yang saya tau tentang sidia. Sidia juga telah banyak tau tentang keluarga saya, sedikit sebanyak.

Setakat ini hubungan kami agak baik. Dari pandangan mata kasar orangnya ok. Pernah bertandang kerumah semasa Hari Raya. Ada latar belakang didikan agama yang bagus. Sidia lepasan SMKA Al-Mashoor Lelaki, Pulau Pinang. Dari keluarga yang baik. Sidia dikurniakan empat orang adik beradik lelaki semuanya, yang saya andaikan sebagai anak sulung jika ada jodoh antara mereka anak saya akan jadi menantu yang disayangi lantaran tiada anak perempuan dalam keluarga mereka.


Memang tiada apa yang saya harapkan, jika anak2 saya bertemu jodoh biarlah anak2 saya diterima dengan baik, disayangi mertua & keluarga mertua sedari awal perkahwinan. Seksanya hidup jika tidak diterima sebagai menantu pilihan.

Saya amat berharap hubungan mereka berjalan lancar, dipenuhi dengan sahsiah akhlak muslim sejati, tiada perkara2 terlarang yang dilakukan, mereka sentiasa menjaga diri menghiasi peribadi dengan baik, menjaga cinta suci mereka mengikut syariat2 Islam.


Saya tidak lagi melabelkan cinta anak sulung saya ini sebagai cinta monyet seperti cinta adik2nya. Dengan usianya sekarang, selayaknyalah dia mula mencari teman hidup. Walaupun saya tidak mengharapkan dia menamatkan zaman bujangnya seawal saya dahulu, sekurang2nya biarlah sebaik dia menamatkan pengajian, bekerja sekejap dan bertemu jodoh. Kalau saya dahulu semasa diusianya saya telah pun mempunyai 3 orang cahayamata.

Sebab itulah ramai mengandaikan saya akan dapat menantu awal hanya kerana saya berkahwin awal. Mereka mengandaikan anak2 saya juga akan mengikut jejak langkah saya berkahwin awal. Dulu pernah sehingga saya merasakan satu penghinaan, bila ada suara2 sumbang mengatakan anak2 saya juga seperti saya tidak akan belajar tinggi kerana berkahwin awal.

Hakikatnya sejak dari saya punya seorang anak, saya telah berazam bahawa anak2 saya akan belajar setinggi yang mungkin. Saya takkan biarkan anak2 saya tidak berpelajaran seperti saya. Saya takkan biarkan anak2 saya dipandang rendah oleh keluarga sendiri mahupun masyarakat.

Saya juga cuba memahami cinta anak2 saya yang lain ni. Maklumlah sebagai remaja, normalnya mereka akan mengalami perasaan ini. Mereka ini masih saya gelarkan cinta monyet. Tapi walau apapun saya tetap mendengar mereka bercerita. lebih baik mereka bercerita pada saya daripada mereka bercerita pada yang bukan sepatutnya.

Bila mereka bercerita pada saya bolehlah saya bagi pedoman sikit. boleh saya beri guide line apa yg boleh, apa yang tidak. Apa yang patut apa yang tak patut.

Saya juga bersms dengan kawan anak saya yang lelaki ni. Nipun masih saya istilahkan cinta monyet. Mungkin tak kemana cinta mereka ni. Masing2 masih muda lagi. Kawan anak saya ni selalu juga sms saya meluahkan perasaan jika ada apa2 masalah melanda dirinya. Kalau cinta mereka bukan cinta monyet, dia inilah yang akan jadi menantu perempuan sulung saya. Yang pasti saya akan jalinkan hubungan baik dengan semua menantu2 saya tak kira lelaki atau perempuan. Saya akan sayangi mereka macam saya sayang anak2 saya, dengan satu sahaja harapan mereka dan keluarga mereka akan sayang anak saya juga.


Anak2 saya ni mengikut jejak langkah baba mereka. Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain. Kononnya ada cinta pertama, yang orang kata susah nak lupa sampai kemati.( betul ker bang, tak boleh lupa lagi cinta pertama tu? Tahun ni dah ulangtahun perkahwinan kita ke 20 tau.... )


Berbanding saya, nilah cinta pertama & terakhir saya. ( mungkin tak sempat berjumpa cinta lain ). Walaupun hakikatnya ramai yang kecewa semasa saya kahwin. Saya dapat tau, ada yang sampai nak bunuh diri. Ada juga yang gigit jari, konon nak tunggu sampai saya habis belajar baru nak minang, rupanya nun orang jauh dari Kedah yang masuk minang dulu.... tu nostalgia jer, sekadar sampingan.

Apapun saya cuba menjadi mama yang sporting buat anak2 saya asalkan mereka tidak melanggar batas pergaulan. Saya tak mahu anak2 saya mengalami perasaan macam sesetengah anak2 saudara suami saya yang cinta mereka tidak direstui ibu bapa. Kesian umur dah lanjut, tapi tak dapat berkahwin kerana ibu bapa tak restu.

Saya cuba menjadi mama yang terbaik buat anak2 saya, selebihnya saya serah pada ALLAH & anak2 saya untuk menilai dimana kedudukan saya......














mungkinkah insan ini akan menjadi menantu sulung keluarga saya??
jeng....jeng....jeng...


08 April 2009

Anak Kita " Anak Orang".... Ibu Bapa Kita " Ibu Bapa Orang"



Assalamualaikum....

Sepanjang minggu ini tersiar berita murid dipukul guru. Ada juga yang membabitkan kematian ( seorang murid SJKC ). Beliau pengsan sebaik di rotan hingga membawa kematian.

Dua tiga hari lepas pula seorang murid sebuah Sekolah Tahfiz di Selatan tanah Air di pukul seorang Ustaz sehingga lebam.
Dan banyak lagi sebenarnya kes2 yang membabitkan laporan murid di pukul, dirotan, dicubit, diketuk kepala, di tampar & sebagainya. Marah jangan cakaplah.....

Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah peranan & tanggungjawab yang ada pada setiap pihak. Guru, ibu bapa & murid itu sendiri.

Memang penuh konflik jika difikirkan masalah ini. Memang ada ibu bapa yang tidak boleh diterima jika anak2 mereka di hukum di sekolah. Pasti akan ada tindakan yang diambil. Mengadu pada Guru Besar, Jabatan malah ada yang buat laporan polis.

Guru menjadi serba salah untuk menjalankan proses pengajaran & pembelajaran dengan baik. Nak di ambil tindakan pada murid bermasalah akan terima akibat buruk. Jika dibiarkan murid2 naik tocang & besar kepala.


Ibu bapa juga mengalami keadaan sukar. Saya sebagai ibu berharap anak2 saya yang dihantar kesekolah dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Harap guru2 dapat memberi sepenuh ilmu dengan ikhlas pada anak2 saya. Setakat dimarah, dipukul atau dirotan tidak menjadi masalah pada saya. Saya cuma berharap guru2 tidak menghukum anak2 saya dibahagian kepala. Rotan, pukullah dibahagian yang tidak mendatangkan kecederaan kekal.

Kerana hakikatnya murid2 perlu juga diberi hukuman jika melakukan kesalahan. Jika dihukum, ibu bapa datang membela anak2, lebih2 lagi memarahi guru dihadapan anak2 maka akan tercalarlah maruah guru dihadapan murid. Saya percaya selepas itu anak kita takkan dipeduli oleh cikgu lagi. Ilmu yang diberi cikgu juga takkan ada berkatnya.

Tapi saya amat kagum dengan penerimaan yang berbeza yang diberikan antara waris bangsa kita dengan bangsa lain.


Seorang nenek cina contohnya yang kematian cucunya berharap guru yang menghukum cucunya tidak dikenakan tindakan dan mereka tidak menyalahkan guru terbabit.

Sebaliknya waris kita bangsa melayu, agama islam berkata dengan angkuh, tidak akan memaafkan kesalahan ustaz yang menghukum anaknya hingga lebam & calar balar. Malah tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuat.

Malah saya merasakan banyak lagi kes2 sebegini berlaku. Bila pelajar berjaya, anak2 kita pandai, cemerlang tidak ada pun ucapan terima kasih kita tujukan pada cikgu.

Sebaliknya jika masalah sosial pelajar, disiplin buruk pelajar berlaku disekolah maka semua pihak akan menuding jari pada cikgu & pihak sekolah.

Ambillah iktibar, kita dirumah yang ada anak tak sampai 10 orang pun kadang2 hilang sabar. Apatah lagi cikgu2 disekolah yang berhadapan dengan 30, 40 orang murid dalam satu kelas. Kalau kita didik anak kita dengan baik dirumah, tentu anak kita takkan bermasalah di dalam kelas, disekolah hingga membuatkan cikgu hilang sabar.


Ambillah pengajaran yang baik dari sikap bangsa lain......



Muhasabah Pada Yang Tewas, Selamat Menjalankan Amanah Pada Yang Berjaya


Assalamualaikum....


Setelah berhampas pulas bertugas sepanjang kempen PRK di 2 Bukit & 1 Batang, akhirnya segalanya terjawab malam tadi.


Kemenangan Pakatan Rakyat, PAS di Bukit Gantang & PKR di Bukit Selambau seperti mengiakan ramalan yang dibuat oleh berbagai pihak sebelum ini.


Manakala kemenangan BN di Batang Ai juga menepati ramalan walaupun dipihak Pakatan Rakyat mengharapkan kemenangan di ketiga2 PRK ini.


Saya secara peribadi walaupun mengandaikan Pakatan Rakyat akan menang mudah di 2 Bukit, tetapi secara peribadi merasakan dengan peralihan kuasa kepinpinan Negara saya merasakan mungkin akan ada kejutan di PRK kali ini.


Dimana ketika peralihan kuasa dari Tun Mahathir kepada Tun Abdullah dahulu telah menyaksikan kemenangan besar BN dalam PRU 2004.


Nampaknya dengan keputusan ini BN haruslah lebih banyak bermuhasabah dimana kesilapan & kekurangan. BN harus lebih memikirkan kehendak rakyat. Jangan mementingkan diri & kehendak individu sahaja jika mahu terus kekal.


Kepada yang berjaya juga diharap dapat meneruskan tugas membela rakyat dengan lebih telus. Jangan menjadikan kuasa yang ada untuk menindas rakyat yang telah menyokong semasa susah mahupun senang. Jadilah pemimpin yang benar2 berjiwa rakyat.



ALHAMDULILLAH, dapat juga saya meninjau & melihat suasana di Bukit Gantang ketika perjalanan menziarahi anak di UPSI, Tanjong Malim

Kalau melihat suasana kempen & perang poster calon bertanding, juga markas2 Parti memang sepatutnyalah Pakatan Rakyat menang.

07 April 2009

Percutian Tiga Hari Dua Malam Yang Manis

Assalamualaikum....

Saya & Suami serta anak2.. Kak Tih, Kak Cik, Kakak & Nin telah memulakan perjalanan ke Tanjong Malim pada 4 april hingga 6 april baru ni. Angah tak dapat ikut serta sebab kerja. Begitu juga Kak Uda yang berada di asrama.


Niat awalnya menziarahi Tata, sekaligus meraikan ulangtahun kelahirannya yang jatuh sehari sebelum kehadiran kami.


Kami membawa sebiji kek kecil berperisa coffee dari Penang. Kehadiran kami juga tidak kami maklumkan pada Tata, tapi dah memang dikatakan budak skima.... kemungkinan dia syak kehadiran kami.


Mana tak syak, baba kesayangan dia asyik tel, mesej tanya ada dimana.... buat apa cuti hujung minggu.... sepanjang minggu nak kesana tu & sepanjang perjalanan kami.

Akhirnya kami sampai di KUO Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI Tanjong Malim pada jam 10 malam betul2 dibelakang kediaman Tata dengan memegang kek birthday dia. Harap2 dia happy dengan kehadiran kami.


Kami menginap di rumah Kak Wa ( kakak baba ) di Hulu Yam selama dua malam tu. Tata pula sibuk, ada kelas hari Sabtu & Ahad tu. Jadi pagi2 Ahad saya & baba menghantar dia ke kelas dan mengambilnya semula ke rumah Kak Wa di waktu petang.


Malam tu kami sempat meraikan birthday Tata dengan hidangan satay kajang, KFC, kek birthday dan sedikit hidangan sampingan di rumah Kak Wa.

Imy, suami Hanim & adik2 Tata memenuhkan rumah tu dengan belon2 berbagai warna khas untuk birthday girl.


Harap2 Tata happy dengan kehadiran kami. Semoga kerinduan dia pada kami terubat sepertimana kami gembira bersama dia selama tiga hari itu & mengubat sedikit kerinduan kami pada dia.










04 April 2009

Selamat Tinggal Pak Lah....



Assalamualaikum....


3 april 2009 tamatlah pemerintahan Malaysia diterajui Pak Lah. Dengan pengakhiran pemerintahan yang beralih kuasa kepada Dato Seri Najib, Pak Lah di anugerahi gelaran Tun.


31 oktober 2003 hingga hari ini, pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi selama 5 tahun 6 bulan.


Walau pemerintahannya tidak selama Tun Mahathir, tapi mungkin ada jasa2 pada Negara.


Selamat berehat bersama isteri kepada Tun Abdullah, semoga sihat selalu dan dapat lebih beramal ibadat dengan tenang di hari mendatang.


Jasamu Di Kenang....

03 April 2009

Perdana Menteri Malaysia ke 6

Assalamualaikum.....







Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia ke 6



Tanam Pinang Rapat-Rapat

Biar Senang Puyuh Berlari

Nak Jadi PM dah Dapat

Jagalah Amanah Yang Diberi


Pucuk Pauh Delima Batu

Anak Sembilang Di Tapak Tangan

Harapan Rakyat Agenda Nombor Satu

Jangan Di Khianat Jangan Di Pinggirkan


Pisang Emas Di Bawah Belayar

Masak Sebiji Diatas Peti

Banyak Perkara Harus Di Bayar

Tepis Tohmahan Tunjukkan Bukti



Selamat Ulangtahun....




Assalamualaikum....


19 tahun yang lalu

3 april 1990

Di waktu pagi yang hening

Kau lahir kedunia

Sebagai lambang cinta mama & baba

Lahirmu membawa seribu makna

Lahirmu dalam suka & duka

Hanya 10 bulan kami menyemai kasih

Kau hadir dengan sejuta impian

Kau hadir dengan sejuta cabaran

Kau hadir bagai bukti kasih

Kau hadir dengan penuh harapan

Kau kami belai dengan kasih sayang

Walau hadirmu dalam serba kekurangan

Walau hadirmu dalam sejuta kepayahan
Namun kau kami didik dengan penuh harapan

Kau bagai bukti kasih sayang kami

Kau bagai tunggak kejayaan keluarga

Kau bagai contoh adik2 mu

Kejayaan yang bakal kau nikmati

Adalah sebagai bekalan hidupmu nanti

Kenanglah juga dimasa susah kita

Menghadapi segala suka & duka

Apa saja yang tidak dikata
Namun jadikan semuanya sebagai cabaran

Penuhi impian dirimu, keluarga, agama, bangsa & negara

Nanti jika apapun status dirimu

Sebagai isteri

Sebagai ibu

Sebagai menantu

Sebagai ipar duai

Ingatlah selalu

Dirimu tetap anak kami

Selamanya....

Selamat Ulangtahun Kelahiran


Dari Mama, Baba & adik2 :
Angah, Kak Uda, Kak Tih, Kak Cik, Kakak & Dik Nin