25 April 2009

Maafkan Anakmu....

Assalamualaikum....


Malam ni saya dapat berita abah saya nun jauh di Johor jatuh motor. Alhamdulillah tiada apa2 yang teruk, serius berlaku padanya.


Kemalangan berpunca ketika abah dalam perjalanan mengambil cucu2nya pulang dari sekolah tengahari tadi.


Dalam usia 69 tahun walau abah saya kelihatan masih sihat tapi kadang2 kami risau bila memikirkan abah kesana kemari menunggang motor dengan mak membonceng dibelakang.


Dalam usia mereka begitu, mereka masih gemar berjalan merata tempat berdua. Kadang2 mereka ke rumah adik saya di Batu Pahat dari kampung saya di Jementah, Segamat dengan menunggang motor.


Abah pernah cakap dengan saya bila saya merungut risau abah bawa motor jauh2, abah kata "alah dah biasa... Penang nun nasib baik abah tak tau jalan, kalau tak dah lama abah sampai naik motor tengok anak cucu kalau ko tak balik". Alahai, seramnya saya dengar abah cakap macam tu.


Mak pernah cakap dengan saya, mak abah mengadu... bila anak2 salalu merungut mereka tak pernah lekat dirumah. Mak kata masa nilah nak berjalan kemana2 yang dulu tak dapat pergi sebab anak2 ramai, kecil2. Nak pergi kenduri, rewang rumah orang kahwin pun susah sebab anak2 ramai. Sekarang ler masanya mereka berdua kemana2.


Saya sedih sangat sebab tak dapat balik tengok abah saya. Memang ler abah tak cedera teruk. Tapi perlu ker kita beralasan & bersebab untuk menziarahi orang tua semasa mereka masih ada?? Sedangkan saya tak pernah beralasan menjaga, menziarahi & mencurah khidmat bakti pada ibu bapa orang lain.


Saya curahkan sepenuh khidmat bakti saya pada ibu bapa orang lain melebihi ibu bapa kandung saya demi kasih sayang & tanggungjawab. Walaupun banyak suara2 sumbang menidakkan khidmat bakti saya walhal mereka sendiri boleh dikira dengan jari berapa kali membasuh kencing berak ibu bapa mereka. Boleh dikira dengan jari berapa kali mereka menyuap makan minum ibu bapa mereka. Boleh dikira berapa kali mereka bermalam di wad hospital menjaga sakit pening ibu bapa mereka berbanding saya.


Bukan mengungkit tapi kadang2 sebagai manusia biasa saya kesal. Perlukah tunggu mak abah saya sakit terkedang baru saya boleh balik. Dengan alasan bulan depan kami nak balik bercuti selama 2,3 hari tu menjadikan halangan saya pulang dalam masa terdekat ni, adilkah??


Rasanya mungkin lebih baik saya bersama mak abah saya daripada saya susah hati memikirkan sakit pening orang lain tapi tak dihargai, sebaliknya saya dipersalahkan. Saya dipersalahkan hanya kerana risaukan keselamatan mereka. Saya dituduh menghamburkan kemarahan tidak kena pada tempatnya hanya kerana risaukan keselamatan mereka. Saya yang bersusah payah selama hampir dua puluh tahun ini dipersalahkan hanya kerana membela kawan2.


Abah, maafkanlah anakmu ini. Tanggungjawab pada suami & anak2 melebihi segalanya. namun percayalah akan ada ganjaran untuk abah nanti.


Anakmu ini berpegang pada kisah di zaman Rasulullah semasa seorang anak tidak dapat pulang menziarahi ayahnya yang sakit kerana ketiadaan suami untuk meminta izin menziarahi ayahnya. Hinggalah ayahnya menghembuskan nafas terakhir anaknya masih tidak dapat meminta izin dari suaminya. Akhirnya ayah itu diberikan darjat & ganjaran yang tinggi diakhirat kerana ketaatan anak itu pada suaminya.


Abah, tapi anakmu ini bukan tidak mendapat izin. Memang diizinkan tapi dengan alasan & sebab. Oleh kerana alasan, sebab & bersyarat itulah anakmu ini membuat keputusan tidak pulang. Doakanlah, impian anakmu ini untuk pulang pada cuti sekolah akan datang dimakbulkan Allah tanpa alasan lagi.


Doa anakmu dari kejauhan semoga abah mak sihat selalu. Janganlah berlaku sesuatu yang mengejutkan yang membuatkan anakmu ini tidak berkesempatan untuk berbuat apapun.



Salam sayang......



semoga abah sihat selalu


4 ulasan:

  1. Aku juga selalu berperasaan yg sama. Selalu ziarah ibubapa mertua tetapi jarang ziarah ibubapa sendiri dgn alasan kewangan dan cuti. Wajarkah alasan yg sebegitu aku berikan?

    Tulisanmu adalah antara tulisan-tulisan yg menyentuh sanubariku.
    Engkau menulis tentang dirimu tetapi aku membaca seolah-olah engkau menulis tentang aku.
    Terima kasih atas sentuhan ini, MAMA MODEN yg sebenarnya masih menjaga tradisi!

    BalasPadam
  2. salam,
    komen insan marhaen buat saya menitiskan airmata tanpa dipinta dgn tiba2.
    sebenarnya bukanlah nak balik kg sgt yg membuatkan hati saya terasa kecil rasanya tp sifat tidak memahami itu yg mbuatkan hati terguris.
    selama ni dah 20thn saya tak pernah memaksa blk kg saya. klu dapat balik stahun skali tupun saya dah bersyukur.
    saya faham sbagai anak lelaki bongsu&tanggungjawab pada mak ayah.
    saya mjaga mak ayah mertua lebih dari mak abah saya.
    saya jaga mereka, basuh berak kencing mereka lebih dari anak mereka sendiri.
    saya bermalam diwad hospital mjaga mertua dgn meninggalkan anak2 yg masih kecil sendirian dirumah.
    saya berulang balik dr penang ke kedah bersendirian klu mertua saya dimasukkan ke wad di hosp kedah sedangkan anak2 menantu mertua saya ramai lagi dikedah, tp bila mertua saya dimasukkan ke hosp penang tiada saperpun yg membantu saya bergilir2 mjaga mertua.
    saya sendiri mbawa mertua kehosp tanpa ditemani sesiapa walau anaknya sendiri@suami saya.
    saya sayang mereka lebih dari mak abah saya.
    tapi saya kesal, setelah mertua tiada keadaan tetap sama.
    saya perlu juga meneruskan menjaga hati ipar duai pula.
    saya seolah melebihkan mereka pula.
    saya tetap tak diberi peluang mencurah bakti pada mak abah sendiri walaupun semasa mereka sakit.
    sakit pening keluarga mereka, kenduri kendara keluarga mereka penting tapi bila berlaku dipihak kelaurga saya semuanya tak penting, semuanya perkara remeh temeh.
    saya dah tak larat nak mempersoalkan soal keadilan.
    kalau mungkin bg pihak mereka hukum menjaga, menghormati, menyayangi mertua hanya perlu dipihak isteri, suami pula tak perlu ada perasaan&tanggungjawab begitu, baiklah saya terima. saya akur klu itu dah dtentukan utk saya.
    terima kasih insan marhaen, bertuah ibu suri punya suami sbaik saudara.

    BalasPadam
  3. Sabar sajala.... aku ngerteni masalahmu..... jauh di sudut hati kita..... selagi ada mak dan ayah.. selagi itu hati tak pernah puas bermanja... apa nak buat..sabarla..... nasib saya lebih baik.. mak dan abah dekat di mata dekat dihati.. hari2 boleh peluk dan lawan gado...
    Dan saya juga rasa bertuah kerana mak dan abah memanja kan suami macam anak sendiri... hingga dia boleh berkata..."Kasih sayang mak dan abah melebihi kasih dan sayang mak dan bapak abang".... Abah lebih kasih dan sayang pada mak dan pak mertua dari mak bapak sendiri.... Itu bukan silap suami.. tetapi silap mak dan bapak mertua yang pilih kasih..... Apa pun buat mama moden... tabahkan hati.. syurga tempatmu...!!!

    BalasPadam
  4. salam, beruntunglah tanpa nama..
    semoga hargai apa yg ada.
    hidup tak selalunya indah.
    apapun saya sentiasa bsyukur dgn keadaan sekarang. skurang2nya suami amat baik pd saya & anak2. syurga isteri terletak dibawah redho suamikan!

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan