Assalamualaikum....
Agak lama saya tidak mencatatkan sesuatu disini. Bukan lupa, bukan putus asa.... tidak sama sekali. Blog ini masih menjadi blog kesayangan saya. Cuma ada kejadian berlaku dirumah sejak seminggu lalu. Saya akan kongsikan bersama nanti. Saya akan post entry tentang tu nanti, sebab sekarang tak sesuai untuk saya ceritakan kerana banyak hati & perasaan yang harus saya jaga.............
Sekarang saya nak berkongsi tentang sesuatu yang bermain di benak fikiran saya.
Semasa bertandang ke rumah Kakak Ipar saya ( Kak Wa ) di Hulu Yam baru2 ini kerana mengunjungi Tata di UPSI, dalam kami bersembang hal2 isu semasa, keluarga... gossip2 sikit, tiba2 terpancul di mulut anak saudara suami saya ( Hanim ), mengatakan saya bakal ibu mertua alaf baru yang sporting. Saya sedikit tergamam. Apahal pula Hanim berkata demikian?
Rupanya ketika itu kami sedang bersembang2 & bergossip2 tentang walimah di rumah Kakak Ipar saya di Kulim. Kakak Ipar saya Kak Midah, Kak Salmah & suami2 mereka meramalkan tak lama lagi kami pula akan mengadakan kenduri sambut menantu. Saya mengatakan lambat lagi, anak2 kami tak habis belajar lagi. Dalam saya bercerita kisah itu pada Hanim, suaminya & mamanya saya kata Mak Ndak ( Kak Salmah ) merekomenkan anak sulung saya untuk anak Mak Cik mereka ( Kak Midah ).
Tiba2 Kak Wa & Hanim menjawab serentak... " Ain dah ada dah.....budak UNIKL". Dalam saya tergamam tulah Hanim menyambung mengatakan saya bakal ibu mertua alaf baru yang sporting gila ( maaf, bahasa budak2 alaf baru bersembang ).
Rupa2nya Tata ada bercerita serba sedikit ( mungkin banyak juga kot! ) tentang buah hatinya pada Mak Jangnya sekeluarga. Ialah dia jauh dari kami & selalu bersama mereka jadi sudah tentulah sedikit sebanyak dia akan meluahkan rasa hati pada saudara yang dekat dengan dia.
Berbalik kepada gelaran yang Hanim berikan pada saya, bahawa saya bakal ibu mertua alaf baru yang sporting.....
Mana tidaknya saya memang selalu berchating ngan sidia tu. Malah kadang2 mungkin lebih kerap dari anak saya sendiri. Kadang2 bersms. Mungkin mengenali hati budi. Rasanya telah banyak juga yang saya tau tentang sidia. Sidia juga telah banyak tau tentang keluarga saya, sedikit sebanyak.
Setakat ini hubungan kami agak baik. Dari pandangan mata kasar orangnya ok. Pernah bertandang kerumah semasa Hari Raya. Ada latar belakang didikan agama yang bagus. Sidia lepasan SMKA Al-Mashoor Lelaki, Pulau Pinang. Dari keluarga yang baik. Sidia dikurniakan empat orang adik beradik lelaki semuanya, yang saya andaikan sebagai anak sulung jika ada jodoh antara mereka anak saya akan jadi menantu yang disayangi lantaran tiada anak perempuan dalam keluarga mereka.
Memang tiada apa yang saya harapkan, jika anak2 saya bertemu jodoh biarlah anak2 saya diterima dengan baik, disayangi mertua & keluarga mertua sedari awal perkahwinan. Seksanya hidup jika tidak diterima sebagai menantu pilihan.
Saya amat berharap hubungan mereka berjalan lancar, dipenuhi dengan sahsiah akhlak muslim sejati, tiada perkara2 terlarang yang dilakukan, mereka sentiasa menjaga diri menghiasi peribadi dengan baik, menjaga cinta suci mereka mengikut syariat2 Islam.
Saya tidak lagi melabelkan cinta anak sulung saya ini sebagai cinta monyet seperti cinta adik2nya. Dengan usianya sekarang, selayaknyalah dia mula mencari teman hidup. Walaupun saya tidak mengharapkan dia menamatkan zaman bujangnya seawal saya dahulu, sekurang2nya biarlah sebaik dia menamatkan pengajian, bekerja sekejap dan bertemu jodoh. Kalau saya dahulu semasa diusianya saya telah pun mempunyai 3 orang cahayamata.
Sebab itulah ramai mengandaikan saya akan dapat menantu awal hanya kerana saya berkahwin awal. Mereka mengandaikan anak2 saya juga akan mengikut jejak langkah saya berkahwin awal. Dulu pernah sehingga saya merasakan satu penghinaan, bila ada suara2 sumbang mengatakan anak2 saya juga seperti saya tidak akan belajar tinggi kerana berkahwin awal.
Hakikatnya sejak dari saya punya seorang anak, saya telah berazam bahawa anak2 saya akan belajar setinggi yang mungkin. Saya takkan biarkan anak2 saya tidak berpelajaran seperti saya. Saya takkan biarkan anak2 saya dipandang rendah oleh keluarga sendiri mahupun masyarakat.
Saya juga cuba memahami cinta anak2 saya yang lain ni. Maklumlah sebagai remaja, normalnya mereka akan mengalami perasaan ini. Mereka ini masih saya gelarkan cinta monyet. Tapi walau apapun saya tetap mendengar mereka bercerita. lebih baik mereka bercerita pada saya daripada mereka bercerita pada yang bukan sepatutnya.
Bila mereka bercerita pada saya bolehlah saya bagi pedoman sikit. boleh saya beri guide line apa yg boleh, apa yang tidak. Apa yang patut apa yang tak patut.
Saya juga bersms dengan kawan anak saya yang lelaki ni. Nipun masih saya istilahkan cinta monyet. Mungkin tak kemana cinta mereka ni. Masing2 masih muda lagi. Kawan anak saya ni selalu juga sms saya meluahkan perasaan jika ada apa2 masalah melanda dirinya. Kalau cinta mereka bukan cinta monyet, dia inilah yang akan jadi menantu perempuan sulung saya. Yang pasti saya akan jalinkan hubungan baik dengan semua menantu2 saya tak kira lelaki atau perempuan. Saya akan sayangi mereka macam saya sayang anak2 saya, dengan satu sahaja harapan mereka dan keluarga mereka akan sayang anak saya juga.
Anak2 saya ni mengikut jejak langkah baba mereka. Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain. Kononnya ada cinta pertama, yang orang kata susah nak lupa sampai kemati.( betul ker bang, tak boleh lupa lagi cinta pertama tu? Tahun ni dah ulangtahun perkahwinan kita ke 20 tau.... )
Berbanding saya, nilah cinta pertama & terakhir saya. ( mungkin tak sempat berjumpa cinta lain ). Walaupun hakikatnya ramai yang kecewa semasa saya kahwin. Saya dapat tau, ada yang sampai nak bunuh diri. Ada juga yang gigit jari, konon nak tunggu sampai saya habis belajar baru nak minang, rupanya nun orang jauh dari Kedah yang masuk minang dulu.... tu nostalgia jer, sekadar sampingan.
Apapun saya cuba menjadi mama yang sporting buat anak2 saya asalkan mereka tidak melanggar batas pergaulan. Saya tak mahu anak2 saya mengalami perasaan macam sesetengah anak2 saudara suami saya yang cinta mereka tidak direstui ibu bapa. Kesian umur dah lanjut, tapi tak dapat berkahwin kerana ibu bapa tak restu.
Saya cuba menjadi mama yang terbaik buat anak2 saya, selebihnya saya serah pada ALLAH & anak2 saya untuk menilai dimana kedudukan saya......
mungkinkah insan ini akan menjadi menantu sulung keluarga saya??
jeng....jeng....jeng...
walaupun anak-anak bercinta semasa masih di sekolah menengah..kadang-kadang tak boleh dikatakan cinta monyet jugak..ermm..saya dan suami pun bercinta sejak skolah menengah, lepas 9 tahun, masing-masing dah kerja, kami kawin.Mungkin jodoh tu kuat kut..
BalasPadamsalam alizarin,
BalasPadamthanks sudi singgah blog mama moden.
yer betul tu, mama moden tak kata semua cinta di bangku sekolah tu cinta monyet, mcm alizarin... tahniah yer, smoga terus bahgia bsama suami.
mak cik, si jeng jeng jeng tu saya kenal dr sekolah rendah. IAllah baik orgnya. saya pun mendoakan hubungan diorang. amin ;)
BalasPadamsalam to diela,
BalasPadamthanks to doa.
harap ada jodoh antara mereka kan...
mama pun ptama kali jumpa si jeng..jeng..jeng tu hati dah berkenan, sejuk mata memandang.
IALLAH klu ada jodoh, diela akan diundang ke majlis walimah nanti. ermmm lambat lagi kot!
:ar!
BalasPadamkak diela ni kannnnn....
BalasPadambestnyerr,mama moden..
BalasPadamberuntung ain..cinta direstui..hehe~
semoga berkekalan..
to mama moden..mama memang sangat memahami..best!tb2 rindu pd mama saya di kampung..huhu~
salam to srikandi kasih @ bieb,
BalasPadamthanks sudi jengok blog mama moden yg kerdil ni.
mama hanya cuba membahgiakan anak2 mama.
Lagipun cinta yg dicari, insan yg dicintai elok pd pandangan mata.
Sejuk mata memandang, harap cinta mereka berkekalan.
Semua ibu bapa mahu anaknya bahgia& gembirakan!
tak apa bila rindu mak, calling2 yer.
Boleh juga lepaskan rindu kat blog mama moden ni, jika sudi.selamat menjalani peperiksaan, semoga bjaya buat semua bakal2 cikgu d UPSI.