30 Januari 2009

Reakreasi di Taman Belia Majlis Perbandaran


Assalamualaikum....

Sesekali bersantai di Taman Belia Majlis Perbandaran....



































29 Januari 2009

Selamat Tahun Baru Cina


Assalamualaikum....Saiz fon


Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum tionghua di Malaysia. ermmm rasanya masih belum terlambatkan, lagipun bunyi mercun masih berdentum dentam di kawasan rumah saya ni walaupun tak sehebat tahun2 yang lepas.


Seperti perayaan aidilfitri yang disambut secara sederhana masyarakat islam tahun lepas saya rasa & percaya masyarakat cina juga menyambutnya secara sederhana berikutan kegawatan ekonomi. Dengan harga barang2 makanan yang melambung naik semua masyarakat akan lebih mengutamakan yang utama dalam semua hal.


Rasanya saya masih teringat sewaktu berada di Kampung Jementah dahulu saya antara yang turut sama mengutip angpau pada Tahun Baru Cina bersama kawan2 cina saya. Seharian saya mengikut kawan cina saya beraya. Saya turut sama teruja menyaksikan pertunjukan tarian singa dari rumah ke rumah sehinggakan kerana melihat terlalu dekat mercun yang diletupkan selepas singa mengambil angpau di pintu rumah tuan rumah, tiba2 mercun itu meletup-letup dan terpelanting kearah saya. Melecur lah juga dibahagian kaki saya.


Masih saya teringat beberapa kawan tionghua saya sewaktu di kampung dahulu. Lee Bee Lee, Xong Swee Lee, Lim Cheng Cheng ( Cheng Cheng ni amat rapat dengan saya sehingga waktu tu saya boleh melepak selamba je kat rumah dia, diapun melepak selamba je kat rumah saya... dan lagi, dulu dia ada hati kat suami saya, pernah masa kami ada urusan nak kerumah sewa suami saya, masa tu suami saya mengajar di Sek kami Sek Men Jementah, dia meminta saya meminjamkan sepasang baju kurung untuk dia pakai ). Tapi dah takdir jodoh suami bersama saya, bukan dengan dia. Sekarang diapun dah berkahwin, ada dua anak. Suaminya berbangsa tionghua juga dan mereka ada sebuah kedai runcit sekarang.


Tapi semua tu hanya menjadi satu kenangan indah, sekarang nak tengok tarian singa tu pun dah susah. Dah bertandang kerumah kaum cina pun dah tak boleh terkam macam dulu. Kena tunggu buat open house dulu, macam lah juga bila menyambut aidilfitri. Sekarang ni kena tunggu tuan rumah buat open house dulu baru merasa manis nak bertandang kalau tak bimbang tuan rumah tak buat persediaan untuk menerima tetamu. Kecuali di kampung2, kanak2 masih tidak segan silu menyerbu rumah siapa saja untuk mengutip duit raya.


Semalam 28 Januari saya, suami dan kak cik serta kakak ke rumah terbuka Cikgu Seah Li Im di Tanjong Tokong ni saja. Cikgu Seah adalah rakan sekerja suami saya di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Beliau menyediakan khusus makanan yang ditempah dari ketering melayu untuk meraikan rakan melayu islam. Kami antara tetamu yang awal sampai kerana pada jam 2 ptg suami saya ada mesyuarat takrawnya di Sek Keb Permai Indah. Pertama kali bertandang kerumah Cikgu Seah, cantik betul rumah Cikgu Seah, Terima kasih Cikgu. Gong Xi Fat Choi.


Gong Xi Fat Choi juga diucapkan kepada semua guru2 tionghua di Sek Keb Tanjong Tokong. Cikgu Khoo Lee Shee, Cikgu Teh Ai Peng, Cikgu Medeline Chin, Cikgu Yeu Ah Guat. Juga jiran saya Sir Chong yang mengajar di SMKA(p) Al-Mashoor dan Uncle King sekeluarga.


Gong Xi..... Gong Xi



yang sedang menerima hadiah tu Cikgu Seah Li Im

yang sedang menerima hadiah Cikgu Medeline Chin

yang sedang menerima hadiah Cikgu Yeu Ah Guat


yang sedang menerima hadiah Cikgu Khoo Lee Shee


28 Januari 2009

Palestin.... Maafkan Kami.....



Palestin....

Maafkan Kami

Kerana Hanya Mampu

Memahami Penderitaanmu Yang Perit

Menyaksi Perjuangan Para Syuhada

Meratapi Kau Dari Jarak Yang Jauh


Palestin....

Maafkan Kami

Tangisan Yang Mengalir

Bukan Sahaja Keranamu

Tapi Kerana Kerdil Dan Hinanya Diri Ini

Masih Bergelak Ketawa

Bersuka Ria Serta Bergembira

Berbangga Dengan Keselesaan Tanpa Derita


Palestin....

Maafkan Kami

Kami Juga Punya Cita-Cita

Syahid Sebagai Impian Tertinggi

Akan Tetapi Kekhilafan Menguasai Diri

Tiada Senjata Disisi

Melainkan Tangan Kudus Menghulur Doa

Menyeru Ilahi

Agar Kemenangan Berpihak Kepadamu

Dan Memadam Segala Kedurjanaan

Kabulkan Ya Tuhan....


Palestin....

Maafkan Kami


STOP WAR IN GHAZA


ihsan dari

Bintukhair_UIAM

terbitan siasah


Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya....


Assalamualaikum.....

Siang tadi untuk kesekian kalinya saya ditanya oleh seseorang yang entah yang keberapa bilangannya tentang persoalan " bagaimana saya menjaga tujuh anak?"....


Satu persoalan yang sering dilontarkan pada saya sejak dahulu dan bertambah sering sejak akhir2 ini. Anak2 saudara, adik beradik, sepupu sepapat, jiran2 & kawan2 sering melontarkan soalan ini pada saya seolah2 sayalah dimuka bumi ini yang paling ramai anaknya. Atau seolah2 saya lah satu2nya ibu yang dianugerahkan anak teramai di muka bumi ini atau sekurang2nya di Malaysia yang bertuah ini sedangkan masih ramai lagi ibu2 di Malaysia ni yang punya anak lebih ramai dari saya. (tengok aja program Bersamamu di TV3 tu, suami sakit tak larat kerja pun tapi ada anak berbelas2 orang).


Bila ditanya atau dipersoalkan tentang ramainya anak2 saya, kadang2 saya merasakan ish! salahke saya melahirkan anak2 yang ramai sebagai pengikat kasih sayang, lambang cinta kami suami isteri?? Baru tujuh orang sedangkan seorang makcik ( jiran saya di Telok Bahang) meramalkan saya akan ada sepuluh orang anak?? haaa! sepuluh??? Walaupun saya merasakan mungkin cukuplah agaknya setakat ini anak2 saya, kerana selain melahirkan kami juga bertanggungjawab mendidik & memberi pendidikan pada mereka yang telah sedia ada ni. Tapi kadang2 terlintas juga difikiran betul agaknya ramalan makcik tu, maklumlahkan saya ni ada suami apasalahnya jika melahirkan lagi, orang tak ada suami pun melahirkan anak tambah2 lagi ler orang ada suami macam saya....


Bila difikirkan balik pertanyaan mereka tu saya simpulkan sebenarnya ayat pertanyaan mereka tu begini " maksu @ jun @ mama @ kak ju, macamana ya nampak senang jer jaga tujuh anak, saya @ kami @ cek @ aku anak sorang dua pun rasa macam nak pitam, tak larat rasanya. Kelam kabut serba tak sempat nak buat itu ini...."

Macam tu ler lebih kurang ayatnya....
kadang2 saya melawak dengan mereka "hangpa beranak ler ramai baru ler tak kalut..." sebab saya tak ada jawapan telus nak bagi kat mereka.

Saya takut jika saya beri jawapan jujur dan telus mereka akan kecik ati pulak. Lagipun saya sendiri pun kadang2 tak sedar saya ada anak yang seramai ini. Saya sendiri pun tak tau bila masanya anak2 saya ni membesar. Rasanya macam, tau2 jer mereka dahpun besar.


Walaupun hakikatnya memang macam2 dugaan yang saya & suami tempuhi dalam membesarkan mereka tujuh beradik. Saya & suami menjadi mama&baba dalam usia yang memang amat muda. Lima anak saya dilahirkan berturut tahun. 1990. 1991, 1993, 1996, 1997. Hanya anak ke enam dan ketujuh saya saja lahir pada 2003 & 2006, setelah kakak2 & abang mereka sudah sedikit besar. Anak sulung & anak kedua saya lahir ketika suami saya masih bergelar guru pelatih. Setelah kami punya tiga anak kami masih hanya memiliki sebuah motor sahaja untuk kemudahan bergerak kesana sini. Jika nak balik kampung, bas & keretapilah yang menjadi pengangkutan rasmi kami. Bayangkan dengan tiga anak yang masih kecil kami perlu berebut2 menaiki kenderaan awam bersama bagasi. Pernah ketika kecemasan nak balik kampung di Kedah, ketika kami beratur menunggu bas yang barisannya memang cukup panjang tiba2 ada seorang petugas bas datang kepada kami terus menawarkan kami bas yang sedia menunggu. ALHAMDULILLAH rezeki anak2 agaknya. Setelah kelahiran anak keempat barulah kami mampu memiliki sebuah kereta tupun kereta terpakai sahaja ( walaupun hakikatnya sampai sekarang kami masih tetap memiliki kereta terpakai).


Lima anak saya yang terdahulu tidak memakai lampin pakai buang sepenuh masa seperti dua adik mereka yang kemudian. Mereka menyusu badan sepenuhnya kecuali yang sulung. Makan minum, pakai kami pun ala kadar sahaja ketika itu.


Saya menceritakan rentetan kesusahan kami suatu ketika dahulu adalah kesimpulan disebalik pertanyaan2 yang dilontarkan pada saya. Bayangkan kesusahan kami ketika itu dengan kesenangan, kemudahan yang mereka miliki sekarang.

Kebanyakan mereka sekarang mula sahaja berkahwin dah sedia menanti kereta yang baru untuk kemudahan. Secara dasarnya belum ada anak dah ada kereta. Jadi tak perlu susah2 beratur menunggu bas atau keretapi. Baik dirumah atau berjalan lampin pakai buang dah jadi rutin, so tak perlu sibuk2 mencuci lampin. Mesin basuh dah sedia menanti untuk cucian. Dapur gas, mikrovave dah sedia menanti untuk memasak makanan yang penuh dalam peti ais besar.

Saya dulu suami mula bekerja baru merasa basuh baju guna mesin basuh, simpan makanan dalam peti ais, memasak guna dapur gas. Kalau tak saya basuh baju guna tangan, memasak guna dapur minyak, tiada peti ais untuk menyimpan makanan. Tupun semua barang2 tu ihsan dari mak mertua saya sewaktu kami mula berpindah ke Pulau Pinang dari Ipoh dengan dua anak. Terima kasih pada Allahyarhamah bonda Hajah Jamaliah Ishak.. Alfatihah.

Kadang2 pula saya memerhatikan mereka ini mendidik, menjaga anak2 dengan sengaja2 menyusah2kan diri mereka. Kadang2 memang saya naik rimas melihat mereka menjaga anak2. Mereka tidak belajar sesuatu itu melalui pengalaman, dan akhirnya natijahnya akan menyusahkan diri mereka sendiri.


Saya punya pengalaman yang menjadikan saya serik untuk membiasakan anak2 saya dengan buaian. Sebaik punyai anak sulung mak saya inginkan anak sulung saya memenuhi tuntutan beradat dalam famili. Dan saya sebagai anak yang mendengar kata, ketika itu tidak sampai hati mengatakan tidak pada kemahuan mak saya. Anak sulung saya lahir dengan dipenuhi adat jawa, dari dalam perut hingga lahir dan sehingga mula berjalan. Salah satunya adalah adat naik buai. Anak lesung akan digolekkan dari buaian hingga kebawah sebelum anak dimasukkan kebuaian seawal seminggu kelahiran. Dan sejak itu bermulalah igauan ngeri bagi saya dimana anak sulung saya tidak mahu berpisah dari buaiannya. Tidur 24jamnya didalam buaian, menyusu didalam buaian. Anda pembaca budiman tentu dapat bayangkankan, ketika itu kenderaan kami adalah bas & keretapi. Zaman tu tak apalah keretapi kelas tiga ada jaring ditempat letak barang dibahagian atas tu, sepanjang perjalanan Johor-Kedah, Ipoh-Johor, Ipoh-Kedah tu sepanjang tulah anak sulung saya tu akan berada dibuai kesayangannya.


Pernah satu ketika, sewaktu masa tidurnya sampai sebelum keretapi tiba di Stesen keretapi Alor Setar dia mula meragam & meraung2 mahukan buainya. Macamana ni, keretapi otw, dia dah menangis, akhirnya dengan kreativiti kakak ipar saya, kakak suami saya yang juga merangkap makjang anak sulung saya tu akhirnya buai tu tergantung di sepohon pokok sementara keretapi datang. (entah ada lagi tak pokok bertuah tu ).Sayang masa tu tak ada kemudahan handphone macam sekarang, kalau tak tentu saya rakam suasana waktu tu. ermmm kamera pun tak ada juga.....


Sejak waktu tu saya tanamkan dalam diri, saya takkan benarkan lagi anak2 saya yang lain mempunyai buaian kesayangan. Sejak itulah hingga sekarang enam anak saya tidur mereka hanya ditilam. Tak perlu berayun2, tak perlu bertepuk2, bila mengantuk taulah dimana mereka mencari tempat untuk tidur.


p/s: buat anak sulung saya tu yang dah 19thn usianya sekarang, maaflah ya mama ceritakan kisah tu disini hanya sebagai pedoman.... heheheheh


Berbalik kepada iktibar dari kejadian tu, saya lihat ramai ibu bapa tidak mengambil iktibar dari pengalaman. Bila anak sulung berbuai & tak dapat dipisahkan dari buai, saya lihat anak berikutnya juga mereka masukkan juga dalam buai. Kadang2 siap dengan buai elektrik lagi. Akibatnya yang susah diri mereka sendiri. Mereka memenatkan diri mereka an akhirnya timbullah persoalan yang diuatarakan pada saya.


Saya melihat juga ramai kanak2 yang bila kekedai dan mahukan sesuatu jika tidak dituruti, akibatnya disitulah mereka akan berguling2 dengan meraung2. Bila ibu bapa malas, kesian tengok anak menangis maka dibelikanlah apa yang anak2 inginkan, maka kejadian tu akan menjadi satu kemestian pada mereka. Bila kebetulan kita tiada duit ketika itu bagaimana?


Bagi kami jika kami katakan tidak, tidaklah sampai kesudah. Menangis ler, berguling ler kat situ ( tapi tujuh anak saya tiada pula sorang pun lagi melakukan perkara yang memalukan itu) jangan harap kami nak tunaikan impian mereka. Kecuali memang kami berjanji ok mama belikan baru kami tunaikan. Anak kedua saya lelaki, sekitar usianya 3thn ketika itu, sewaktu window shoping di pasaraya dia inginkan sebuah kereta kawalan jauh yang selalu dia lihat kawan2nya main. Kebetulan kami memang tak ada duit masa tu, baba dia cakap nanti gaji baba belikan. Pada awalnya dia merajuk juga, jalan jauh sikit dari kami. Kesian memang kesian tapi nak buat macamana duit yang ada untuk keperluan lain. Seperti yang dijanjikan sebaik sahaja dapat gaji suami saya korbankan sikit peruntukan belanja rumah untuk menunaikan janji pada anak kedua kami. Tercapailah hasrat dia ketika itu. Sejak dari itu jika dia mahukan apa2 baik dalam apa perkara pun mesti dia akan tanya dulu baba gaji tak lagi. Itulah kesannya jika janji yang kita buat kita tepati. Begitu juga jika nak kemana2, jika kami mengatakan kami tak bawa mereka maka kami takkan bawa walaupun mereka menangis macamana sekalipun nak ikut. Tapi bila kami kata nak bawa kami tetap bawa, jadi anak2 dah tau dah kalau nakkan sesuatu tak perlu menangis dapat akan tetap dapat tapi bila dah kata tak dapat menangis pun tetap tak dapat.


Saya juga melihat ibu2 yang ada anak2 kecil sekarang lebih pentingkan gaya dari naluri keibuan pada anak2. Lebih pentingkan kenduri kendara, lebih pentingkan kekemasan pakaian dibadan dan macam2 lagi. Saya dulu masa anak ramai jangan haraplah nak menjengah kerumah kenduri dengan anak2. Tambahan lagi dok di Pulau Pinang ni yang kendurinya bukan macam di kampung. Hanya pasangan suami isteri sahaja yang hadir kerumah kenduri. Takkan nak tinggal anak2 yang masih kecil dirumah. Tak macam ibu bapa sekarang anak2 kecil2 pun diheret kerumah kenduri, lepas tu gaduhlah susahlah anak kecil, nak makan pun susah, baju & tudung yang dipakai kusut ditarik anak, mulalah nak merap kat laki dan mak atau mak mertua. Bawa anak bersiar ke Taman Permainan, kolam mandi dan sebagainya pun sayang nak kenakan baju keair takut basah jubah & tudung yang dipakai, pastu mula merap laki. Sikit2 abang, sikit2 abah, sikit2 abi. Pastu camna tak jadi serabut dan merasakan susah dengan kehadiran anak yang baru seorang dua???


Ada juga satu tabiat ibu bapa yang suka bawa anak2 meronda menaiki motor keliling rumah setiap pagi ataupun petang. Sedari anak tu berusia 3,4 bulan dah dibawa meronda dengan motor, lama kelamaan anak tu akan menjadi satu kebiasaan. Jika satu hari tak dibawa mulalah meragam, mengamuk seharian. Ibu bapa pun mulalah merungut dan mengeluh anak2 mereka meragam bila tidak dibawa meronda. Kan tu semua mengajar anak menjadi manja tanpa sebab dan akhirnya menyusahkan diri.


Ada juga yang sampai menyuarakan satu azab bagi mereka yang hanya baru melahirkan seorang dua anak. AZAB?? bagi saya kelahiran setiap anak bagaikan satu keajaiban. Kenikmatan yang hanya seorang ibu dapat merasakannya. Sebaik sahaja anak dilahirkan segala kesakitan, segala kemungkinan mati yang bermain difikiran hilang begitu sahaja. Melihat wajah anak yang baru dilahirkan akan menitis airmata kegembiraan.


Ada juga yang mengatakan senanglah anak2 saya dah besar semua. Bila berjalan dengan kami segandingan jer. Yang lelaki seperti sama bujang dengan babanya, yang perempuan seperti sama dara dengan mamanya ( dara?? hehehe perasan kejap). Tapi bagi saya senang lagi menjaga mereka masa kecil2 dulu. Ialah sekurang2nya mereka ada didepan mata saya. Bila buat salah saya nampak, senang saya nak tegur, marah, atau pukul masa tu juga. Tapi bila dah besar2, ada yang merantau macam sekarang.......apa yang mereka buat saya tak nampak. Hanya harapan pada ALLAH saya serahkan mereka. Saya juga hanya mengharapkan dengan ilmu yang mereka dapat akan menjadi benteng mereka menjaga diri mereka walau dimana mereka berada. Saya bersyukur di anugerahkan anak2 yang baik dan mendengar kata walau kadang2 ragam dan kerenah mereka boleh membuatkan kita hilang sabar. Kadang2 saya terfikir mungkin kami bukanlah ibu bapa yang sempurna tetapi bertuah dianugerahkan anak2 seperti mereka membuatkan tugas kami mendidik mereka menjadi sedikit mudah. Mungkin juga anak2 kami bukan yang terbaik dan sempurna dimata orang tetapi bagi kami merekalah yang terbaik yang kami ada yang ALLAH kurniakan.


Kesimpulannya, anak2 adalah ibarat buluh. Kalau nak lentur, nak bentuk biarlah semasa ia menjadi rebung. Masa tu masih lembut, lemak, manis tapi bila dah jadi buluh baru kita nak membentuknya ia akan patah. Pokok pangkalnya terpulang pada ibu bapa nak membentuk anak2 menjadi susah atau senang.........


Gambar2 kenangan ketika kami sekeluarga meraikan ulangtahun perkahwinan
kami ke 19 di bumi bertuah Cameron Highland yang sejuk amat...







































































27 Januari 2009

Tetikus oh Tetikus.....


Assalamualaikum....


Bertemu untuk kesekian kalinya setelah beberapa hari saya tidak mencatatkan apa2 di blog kesayangan saya ni. Bukan dah jemu atau putus asa tapi tetikus ni buat hal pulak! Guna Laptop suami tak boleh log in pulak entah apa masalahnya. Ni pun masih belum ganti yang baru maklumlah Raya Cina semua kedai tutup. Nak guna punya pasal tengok anak2 guna dua tetikus, yang lama untuk klik, yang rosak ni untuk arahkan anak panah. ermmm blog & tenet punya pasal apa pun sanggup buat, dah macam apa plak dua2 tangan mengawal tetikus.

Nin pun boring bila tak dapat mengadap komputer kerana kerosakan tetikus

Tapi taklah pula saya rasa rindu sangat mungkin sebab sibuk sikit. Semua anak2 saya ada dirumah kecuali tata. Kak uda ada dirumah sejak khamis lepas, hari ni dia akan kembali ke asrama. Ahad baru ni kami sekeluarga balik sekejap ke Kampung Kedah menziarahi Mak Lang suami saya yang sakit ( sedikit teruk juga sakitnya) sakit tua. Ditambah dengan kencing manis yang dihadapi memberatkan lagi keadaan Mak Lang. Mak Lang adalah kakak kepada mak mertua saya yang telah lebih dahulu kembali ke Rahmatullah enam tahun yang lalu. Saya agak rapat dengan Mak Lang, setiap kali balik ke Kedah, kami tak akan lupa menziarahi beliau. Doa kami agar Mak Lang akan sembuh, dan jika ditakfirkan beliau pergi mengadap Ilahi biarlah beliau pergi dengan tenang di temani anak2 tersayang...


23 Januari 2009

Kurangkan Gula Dalam Minuman, Lebihkan Manis Dalam Senyuman

Assalamualaikum....



Beberapa hari lepas suami saya bertanya macamana nak buat pemeriksaan kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Suami saya kata seorang kawannya yang lebih kurang sebaya suami saya dah diserang kencing manis.


Saya dengan selamba macam lagak seorang doktor bagitau ler cara2 nak buat pemeriksaan tu. Dengan selamba juga saya kata takkan abang ada kencing manis kot....saya kata lagi kawan abang tukan kurus jer macamana pulak kena kencing manis???


Ermmm saya lupa sakit pening ajal maut tak mengira siapa, tua muda, gemuk kurus atau jantina. ish... saya berdoa janganlah suami atau saya diserang penyakit2 berbahaya. Anak2 kami masih kecil2, masih bersekolah dan mereka masih memerlukan kami. Mungkin jika saya yang "tiada" mereka boleh hidup bersama baba mereka tapi jika baba mereka yang tiada saya tak taulah macamana kehidupan kami. Minta2lah kami panjang umur sehingga semua anak2 kami berjaya dalam kehidupan masing2. Jika di takdirkan kami mengadap ILAHI biarlah kami pergi tanpa sakit yang berpanjangan, biarlah kami tidak menyusahkan anak2 dengan menjaga sakit pening kami.


Bercerita tentang kematian kerana kencing manis ni saya teringat seorang ustaz di Sekolah anak2 saya iaitu Maktab Mahmud Bandar Baharu, Kedah. Saya dan suami selalu juga berurusan dengan beliau jika ada masalah pelajaran anak2 saya. Beliau seorang yang ramah dan senang diajak bersembang.


Tapi satu hari, kalau tak silap saya pada tahun 2007, anak2 saya memberi khabar bahawa ustaz mereka (Allahyarham Ustaz Yusof bin Yaakob ) diserang kencing manis dan dalam keadaan nazak di Hospital. Kami terkejut juga sebab walaupun berbadan besar Allahyarham nampak sihat jer. Setelah hampir seminggu di ICU Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat derita kencing manis. Simpati juga dengan balu & anak2 Allahyarham yang masih kecil dan masih bersekolah kesemuanya. Mujurlah balu nya bekerja jadi kuranglah sedikit beban yang tertanggung dan terbelalah juga nasib anak2nya.
Kebetulan sewaktu membelek2 album keluarga di komputer ni saya terjumpa gambar Allahyarham.


Allahyarham Ustaz Yusof Yaakob, semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya & ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Alfatihah.....

21 Januari 2009

Rakyat Malaysia Prihatin???

Assalamualaikum....


Tempat : Pelita Nasi Kandaq

Tarikh : 15 Januari 2009

Jam : 9.30 malam hingga 1.30 pagi

Fokus : Cikgu Hadi, Ustaz Baba, Saya & Adnin

Sasaran : Pengunjung Nasi Kandaq


Saya menemani suami ke Pelita Nasi Kandaq USM atas urusan Permainan Takraw yang diurus suami. Suami saya & kawannya Cikgu Hadi ditugaskan membuat jadual perlawanan takraw bagi peringkat zon seluruh Sekolah Daerah Pulau. Kerana bimbang kemalaman suami beria2 mengajak saya menemaninya ( hehehehe sebenarnya saya yang nak ikut saja jual mahal pada mulanya).


Sampai disana Adnin tidur, pada mulanya nak tunggu jer dalam van tapi tak logik pula. Dah agak depa mesti lewat punya selesai. Saya pun dukung Adnin dan letak atas meja Nasi Kandaq tu. Lama juga Adnin tidur dekat pukul 11 malam baru bangun. Bila dah bangun tu mula lah tak duduk diam, habis satu kedai tu dia tawaf, pekerja Nasi Kandaq tu pula melayan..........


Sambil duduk2 melayan Adnin saya membelek2 Majalah Mingguan Wanita yang penuh dengan kisah perkahwinan Mawi & Ekin. Mamak Nasi Kandaq tu pun sibuk nak tumpang tengok, depa kata kenal Mawi. Depa tanya saya Mawi ni anak raja ka? aik! tadi kata kenai....

Sambil2 tu suami saya mempelawa menggunakan laptopnya kalau2 saya nak layari internet.


Abang : Yang, ambik ler laptop kalau nak guna....

Saya : ermmm boleh juga, nanti ler ( hehehe malu2 konon tapi dalam hati mahu sangat)

Bukan apa saya malu, bimbang nanti dikata orang kemaruk pula. Macam kat rumah tak boleh nak layari internet pula. Tapi bila saya toleh kiri kanan rupanya ramai yang sedang membelek2 laptop masing2. Tak kira muda, tua, lelaki, perempuan, cina, india, melayu, arab dan sebagainya sedang menggunakan perkhidmatan WiFi di pelita Nasi Kandaq ni.


Tapi saya masih malu2 nak guna. Saya hanya memerhati sahaja suami saya & kawannya membuat jadual. Depa ni lagi dasyat, siap bawa printer lagi. Cikgu Hadi kata depa cas RM1, tak taulah untuk berapa jam RM1 tu. Akhirnya sampai mereka selesai buat kerja jam 1 lebih saya hanya memerhati mereka dan mengawasi Adnin yang cukup seronok berkawan dengan pekerja2 yang ramah tamah tu.........


Sebenarnya bukan hal diatas yang saya nak cerita. Tapi sebenarnya tentang sikap masyarakat kita ni yang prihatin atau tidak. Sekarang ni seluruh dunia sedang bercakap tentang keganasan Israel di Palestin. Mereka sedang berusaha untuk memusnahkan masyarakat Palestin di muka bumi ini. Apa yang saya perhatikan sepanjang 3 jam berada di kedai 24 jam tersebut hampir separuh pelanggan didalam kedai tersebut sedang asyik menghisap rokok dengan selamba sebatang demi sebatang. Tak kiralah mereka berbangsa melayu Islam atau bukan melayu dan tentunya bukan Islam. Yang amat mendukacitakan saya ialah dua tiga orang pak arab pun turut sama menyedut asap rokok yang jelas2 menjadi peluru2 yang membunuh rakyat Palestin ini.


sampai bilalah agaknya Rakyat Palestin akan menderita dengan kebiadaban Israel ini

Semasa saya mengambil Kak Teh di SMKA(P) Al-Mashoor pada hari Isnin yang lepas juga, ramai kalangan waris ( yang tentunya lelaki ) sedang asyik menghisap rokok sambil menunggu anak masing2. Ceh! sungguh kurang sopan ditempat publik, kawasan Sekolah macam tu pun nak merokok. Ada antaranya lengkap berpakaian sopan dan siap berkopiah lagi tapi perangai tetap tak boleh nak tinggal rokok tu. Buat malu jer kat kopiah tu....


Saya percaya jika ditanya pada mereka ni tentang keganasan di Ghaza nescaya mereka ini akan bercakap dengan berkobar2 bencikan Israel. Agaknya kalau boleh mereka sanggup ke sana berperang dengan Israel tapi sayang mereka ini tak sanggup mengorbankan rokok yang disedut........



entahlah, tepuk dada tanyalah Iman....




setiap hari bumi Palestin di bom untuk dilenyapkan oleh Israel Laknatullah


20 Januari 2009

Tahniah! Tahniah! Tahniah!


Assalamualaikum





Salam Perjuangan buat Pengundi2, Petugas2 & Pimpinan Pakatan Rakyat PRK 36 Kuala Terengganu. Masih belum terlewat rasanya saya mengucapkan tahniah kepada YB Abdul Wahid Endut diatas kemenangan bergaya beliau dalam PRK 36 Kuala Terengganu. Tentunya tanggungjawab yang digalas akan bertambah, selain memikul tanggungjawab di DUN Wakaf Mempelam beliau juga akan memikul tanggujawab sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu selepas ini.
Lambaian Kemenangan

Tahniah juga saya ucapkan kepada calon BN Dato' Wan Ahmad Farid dan Petugas2 pimpinan BN kerana berusaha keras untuk menang. Agaknya selepas kekalahan berturut2 BN dalam PRK selepas Permatang Pauh, akan membuatkan BN khususnya UMNO bermuhasabah diri dimana kekurangan mereka.

Diharap YB dan semua ahli2 Parlimen Pakatan Rakyat dan juga BN akan menunaikan janji2 mereka kepada pengundi2 dengan penuh bijaksana. Bantulah rakyat tanpa mengira perbezaan politik. Anda menjadi wakil kepada semua rakyat bukan penyokong parti anda sahaja.


Salam hormat juga saya ucapkan kepada ahli Parlimen Kawasan saya mengundi di Pendang, YB Dr Hayati Othman dan juga Adun Tokai YB Taulan Rosul.


Rindunyaaaa.....

Assalamualaikum.....



beginikah geloranya hati, empat hari tak dapat memblog....


Wah! empat hari yang amat mencemaskan...........
empat hari yang amat mencurigakan............
empat hari yang amat sunyi dirasakan............
empat hari yang amat memilukan................
empat hari yang amat mendebarkan..........


Wah! Kenapa ya..........

ermmm internet di rumah saya tak berfungsi dengan baik rupanya.
Setiap hari saya cuba explore tapi setiap kali juga hampa.


Saya teringat semasa saya belum berada dalam dunia blog dulu, saya jadi pelik bila anak2 saya tidak mengerumuni komputer. Saya dapat bermain games sekali sekala, mengedit email2 & sesekali berchating dengan lancarnya tanpa berebut2 dengan anak2 saya ( hehehehe sesekali jer berebut, mama selalunya mengalah dengan anak2 ), bila ditanya rupa2nya internet tak berfungsi.


Anak2 saya rupanya selama ni mengadap komputer hanya kerana internet. Saya pun apalagi seronok ler waktu tu hingga saya kata "bagus ler kalau internet tak berfungsi kalau tak kerja ngadap komputer jer............. ".


Anak2 saya diketuai oleh tata kata mereka "kami main games bila internet tak dapat jer kalau tak memang kami tengok internet".


Tapi hari ni setelah saya ada dunia blog saya sendiri baru saya terasa sepinya bila tak dapat log in blog saya. Baru empat hari tapi rasa rindu sangat.


ALHAMDULILLAH, hari ni baru dapat masuk.



ermmm saya dapat memblog semula......




16 Januari 2009

Happy Birthday Nurul Adeebah Farzana



Assalamualaikum....

selamat ulangtahun kelahiran ke 13

Selamat ulangtahun kelahiran ke 13 buat anak keempat saya Nurul Adeebah atau kami sekeluarga panggil Kak Teh. Hari ini genap umur dia tiga belas tahun. Kak Teh satu2nya ahli keluarga kami yang menyambut hari lahirnya di awal tahun. Kemudian di ikuti oleh Tata pada 3 April, saya pada 13 Mei, diikuti ulangtahun perkahwinan saya pada 4 Jun, suami saya pada 23 Julai, Adnin pada 28 September, Kakak pada 21 November, Kak Cik pada 29 November, Kak Uda pada 25 Oktober dan akhir sekali Angah pada 12 Disember.


Keluarga saya tidaklah menjadikan acara meraikan harijadi keluarga sebagai sesuatu yang wajib disambut dengan kek, majlis & sebagainya. Hanya kebetulan sahaja, jika harijadi seseorang tu diadakan bila semua ahli keluarga ada berkumpul dirumah. Jika tidak cukuplah sekadar dengan ucapan selamat panjang umur saja.


Sempena ulangtahun kelahiran Kak Tih ke 13 ni saya doakan semoga dia akan selalu berjaya dalam setiap bidang kehidupan yang dilaluinya. Semoga dia dapat belajar dengan cemerlang di SMKA(p) Al-Mashoor ini. Semoga dia berazam dengan azam yang baru untuk lebih pandai mengatur jadual pembelajarannya.


Selamat Ulangtahun Kelahiran, Kak Teh....

Sayang selalu dari Mama, Baba, Tata, Angah, Kak Uda, Kak Cik, Kakak & Adnin.


14 Januari 2009

Cegah Aedes Cegah Denggi


Assalamualaikum....

Adnin pecah rekod anak2 saya, lahir dengan 4kg

Seawal jam 6 pagi tadi saya terdengar bunyi deruman yang kuat & bising diluar rumah. Sebaik menjengok keluar tingkap rupanya ada penyemburan pencegahan nyamuk aedes sedang dijalankan bagi mengelak jangkitan denggi. Wah! saya tertanya2 ada serangan denggi lagikah di kuarters ini?


Sesungguhnya pengalaman diserang denggi pada tahun 2006 amat memfobiakan saya sekeluarga. Manakan tidak 4 orang dalam keluarga saya telah diserang wabak denggi pada tahun tersebut sementelahan lagi saya baru seminggu melahirkan anak bongsu saya Adnin.


Dua hari setelah saya melahirkan, Adnin diserang demam kuning hingga dia terpaksa ditahan di wad selama 2 hari. Sebaik sahaja kami balik kerumah setelah Adnin sembuh dari demam kuningnya, dua orang anak saya Tata & Kak Cik demam berpanjangan, letih tak bermaya & muntah2. Setelah mengalaminya selama lebih kurang 5 hari saya terdengar berita seorang anak kenalan di kuarters kediaman kami dimasukkan ke hospital kerana diserang denggi. Saya pun apalagi, esoknya suami bergegas membawa dua anak kami yang demam terus ke hospital. Setelah membuat pemeriksaan darah, ternyata mereka berdua diserang denggi.



Kak Cik di wad pediatrik Hospital Pulau Pinang, sakit2 juga makan tetap makan



Berikutan itu mereka berdua ditahan di wad selama lebih kurang sepuluh hari sehingga Tata dimasukkan k ICU selama dua hari bagi penjagaan lebih rapi. Kak Cik pula kekal di wad kanak2 dengan dijaga oleh Kak Uda. Kesian Kak Uda diapun terpaksa bercuti dari sekolah kerana tak ada siapa nak temankan Kak Cik. Mujurlah dah diakhir tahun. Kak Uda turun naik melihat Tata ditingkat atas wad manakala Kak Cik ditingkat bawah. Kerana doktor memasukkan air kedalam badan Kak Cik sehingga di satu peringkat tangannya membengkak (seperti tangan Zul Yahya dalam cerita pepaya di tv3 tu). Kesian saya melihat mereka ketika itu tangan mereka penuh dengan kesan cucukkan jarum yang mana darah mereka diambil setiap hari untuk diperiksa. Kaki mereka juga menjadi lebam kehitaman, muka kering mengelupas.


Kerana bulan tersebut bulan Ramadhan kejadian menjadi amat kelam kabut rasanya. Saya pula masih dalam pantang dan baru bersalin, seawal jam 5 pagi suami saya telah ke Hospital membawa makanan untuk Kak Uda bersahur. Lewat petang akan mengambil Kak Uda di Hospital pula untuk berbuka puasa dirumah. Sehabis Isyak Kak Uda akan dihantar semula menemani Kak Cik. Begitulah rutin kami selama mereka berdua di Hospital. Saya & baby sesekali ikut serta suami menziarahi mereka di Hospital kerana bila dirumah pun saya asyik teringatkan mereka. Setiap hari juga suami memasakkan sup ketam untuk mereka kerana petua mengatakan bila diserang denggi sup ketam adalah penawarnya.




menunggu dengan debaran doktor nak ambik darah


Setelah tujuh hari mereka di Hospital suami pula saya demam & mengalami simptom yang sama seperti dua anak saya alami. Tapi dia masih belum mahu kehospital membuat pemeriksaan lantaran dua anak masih diwad. Setelah sepuluh hari dua anak saya dibenarkan balik kerumah, suami saya pula ke Hospital bersama jiran kami Cikgu Khairul unatuk membuat pemeriksaan. Selama anak2 saya di Hospital ramai warga penghuni kuarters ini juga ditahan diwad kerana denggi. Kuarters kami betul2 diserang wabak denggi melalui nyamuk aedes. Tetapi sewaktu pegawai kesihatan melakukan pemeriksaan dirumah saya tiada nyamuk @ jentik2 ditemui di dalam rumah saya, mungkin dikawasan persekitaran agaknya.



kebal juga super hero saya ni sampai jarum jadi bengkok


Sebaik suami & kawannya Cikgu Khairul membuat pemeriksaan darah di Hospital ,mereka berdua juga ditahan di wad. Dahlah dirumah berjiran, berkawan baik, bergelak ketawa bersembang, tapi baiknya mereka sehingga ditahan diwad pun dok katil bersebelahan. walaupun suami saya dah kurang demamnya sewaktu ditahan tapi Cikgu Khairul masih kuat demamnya. Saya amat kasihan melihat mereka terutamanya suami sewaktu ditahan di wad & sewaktu doktor menyuntik mereka untuk diambil darah. Maklumlah selama kami berkahwin saya je yang saban tahun masuk Hospital tapi suami belum pernah sekali. Tapi sekurang2nya mereka akan dapat iktibar betapa sakitnya para isteri mereka saban tahun masuk Hospital melahirkan anak2 dari benih mereka. Yang sadisnya dalam pada kesian kat mereka saya sempat lagi memberi ceramah pendek kat mereka berdua supaya lebih menghargai jerih payah isteri malahirkan anak2 mereka. Bukan setakat sekali tapi macam saya dah tujuh kali ke Hospital bertarung nyawa bukan setakat dicucuk malah lebih dari itu kesakitan yang kami rasa. hehehe sempat lagi tu.....

selepas cubaan kedua baru doktor berjaya ambik darah

rakan akrab dirumah & diwad. nilah Cikgu Khairul Aswad


ALHAMDULILLAH suami hanya ditahan selama 3 hari sahaja di Hospital. Tapi keajaiban berlaku, sebaik suami ditahan di wad, saya baru 13 hari melahirkan. Entah dari mana kekuatan datang saya berulang alik melihat suami di Hospital. mengambil anak sekolah, kekedai & kemana2 sahaja dengan membawa kereta. Sehingga Cikgu Khairul & rakan2 di sini menggelarkan saya "super women". hehehe walau apapun gelaran yang diberi saya mesti bertindak pantas bila dilanda musibah begini. Bila dua anak saya ditahan di wad saya masih ada "super hero" yang menjadi kaki tangan & tulang belakang saya. Beliaulah yang memasak, membasuh, menjaga anak2 yang lain, kekedai, mengemas rumah, menjaga saya yang baru melahirkan ( maklumlah baby saya yang last ni seberat 4 kg semasa lahir ) jadi sebenarnya saya agak lemah sedikit selepas melahirkan baby secara normal. Tapi bila "super hero" saya dah terlantar di Hospital manalah saya ada pilihan lain. Takkan saya masih nak memanjakan diri di perbaringan?? Takkan saya masih nak makan minum saya disuapkan orang?? Saya perlu kuatkan semangat dan buang perasaan takut bentan demi orang2 yang saya sayang. ALHAMDULILLAH saya dapat melalui semuanya hingga suami keluar Hospital & sihat semula. Walaupun dah keluar wad tapi keadaan mereka yang diserang denggi ni masih amat lemah.


Sebaik suami keluar wad anak saya yang lelaki pula diserang denggi mencukupkan empat orang ahli keluarga saya diserang denggi. Tapi Angah hanya ditahan selama semalaman sahaja. Dia dibenarkan balik keesokan harinya. Eloklah raya pun tinggal dua tiga hari sahaja lagi. Raya tahun tu kami hanya beraya di Penang sahaja tanpa persiapan istimewa tapi demi keluarga tersayang saya sediakan juga menu wajib raya kami lontong istimewa.



Angah dah kali kedua masuk wad



Dengan penyemburan diawal pagi tadi saya harap penyemburan itu hanya sebagai pencegahan sahaja. Janganlah lagi Nyamuk Aedes dan Wabak Denggi menyerang kami. Amat menyeramkan............




sewaktu di Cameron Highland merai anivesary ke 19 bersama anak2



Demi keluarga tersayang saya rela menjadi "super women" selama2nya.....

13 Januari 2009

Baby Mohd Shahir Izzarif

Assalamualaikum....


Pada 24 Disember 2008 yang lalu lahirlah putera kedua adik saya Johan & isterinya Suryani. Mereka telah dikurniakan seorang lagi putera setelah kelahiran putera sulung mereka Mohd Syamir Haziq pada 10 oktober 2006.


Ni gambar baby mereka, hhehehe sebiji ikut muka abah baby masa kecil dulu...



Mohd Shahir Izzarif



Jom... Ke Kuala Terengganu!


Assalamualaikum....

Tanggal 17 Januari 2009 ni semua pengundi2 di Kuala Terengganu akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. seluruh pelusuk Dun Di Parlimen Kuala Terengganu akan memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dalam memperjuangkan nasib kemiskinan yang membelenggu mereka walaupun Negeri Terengganu adalah Negeri pengeluar minyak. Semoga rakyat Kuala Terengganu akan membuat pilihan yang bijak.


Selamat bertugas juga diucapkan kepada semua petugas2 PRK 036 Kuala Terengganu ni. Tentunya semenjak pengumuman PRK lagi petugas2 ini telah bertungkus lumus bekerja mencurah tenaga siang & malam, gerak kerja bertambah2 lagi sebaik hari penamaan calon bermula 6 Januari yang lalu.



saya & petugas2 PRU 11 sedang sibuk menyusun risalah2 untuk edaran


Pengalaman saya selama berada dalam jemaah bermula 1998 hingga 2006 adalah amat indah untuk dikenang terutamanya menjelang Pilihanraya samada Pilihanraya Umum atau Kecil. Saya pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Pilihanraya Umum 1999 & 2004 juga Pilihanraya Kecil Pendang, Anak Bukit di Kedah & Pengkalan Pasir di Kelantan.




saya & seorang sahabat sewaktu muktamar di kelantan


Walaupun saya diamanahkan memegang jawatan di peringkat Cawangan, Kawasan & Negeri tapi pengalaman berceramah diatas pentas Pilihanraya Umum adalah pengalaman yang amat bermakna sekali. Dek kerana semangat Pilihanraya secara tiba2 insan kerdil yang tak punya kepandaian apa2 seperti saya boleh berceramah tentang isu2 semasa, politik, hal2 kebajikan masyarakat & sebagainya. Ceramah pula setiap hari 3,4 kali termasuk ceramah2 kelompok. Pendek kata sepanjang tempoh berkempen masa banyak dihabiskan dimarkas2 Pilihanraya. Tetapi sebaik habis Pilihanraya bakat berceramah di atas pentas terus menghilang, dah tak berani dah nak naik pentas untuk ceramah umum. Kalau Pilihanraya Umum tentulah kita memberi tumpuan di Dun & Parlimen sendiri tapi bila Pilihanraya Kecil seperti di Kuala Terengganu ini sudah barang tentulah tumpuan seluruh Negara ke Kuala Terengganu sahaja. Inilah juga masanya masyarakat setempat mendapat durian runtuh, rezeki terpijak yang tidak disangka2.





saya bersama YB Dr Lo'Lo, Ahli Parlimen Titiwangsa


Pengalaman semasa Muktamar juga amat manis untuk dikenang sebagai ahli sesuatu Parti. Semasa bergiat aktif dalam Jemaah dahulu setiap tahun saya tak pernah culas mengikuti Muktamar sebagai perwakilan. Sehingga diakhir perjuangan saya dalam Jemaah pada 2006 saya mewakili Dewan Muslimat Malaysia membawa usul ke Muktamar Pusat. ermmm amat indah untuk dikenang dan sesungguhnya jauh didalam lubuk hati saya, saya amat merindu saat2 manis bersama sahabat2 dalam perjuangan. Semoga mereka pejuang2 Islam akan meneruskan perjuangan menegakkan Islam dibumi Malaysia yang tercinta ini.



kenangan yang paling manis dalam hidup saya sepanjang melibatkan diri dalam perjuangan



Kepada pengundi2 PRK 036 Kuala Terengganu selamat mengundi dengan bijaksana. Buatlah pilihan yang tepat demi kesejahteraan rakyat Kuala Terengganu.


berbaju hijau calon PR YB Wahid Endut dari PAS

ditengah berbaju biru calon BN Dato' Wan Ahmad Farid

dikiri berbaju putih calon bebas Azharudin Mamat

diharap pengundi2 dapat membuat pilihan yang bijak...

UNDILAH ISLAM