14 Januari 2009

Cegah Aedes Cegah Denggi


Assalamualaikum....

Adnin pecah rekod anak2 saya, lahir dengan 4kg

Seawal jam 6 pagi tadi saya terdengar bunyi deruman yang kuat & bising diluar rumah. Sebaik menjengok keluar tingkap rupanya ada penyemburan pencegahan nyamuk aedes sedang dijalankan bagi mengelak jangkitan denggi. Wah! saya tertanya2 ada serangan denggi lagikah di kuarters ini?


Sesungguhnya pengalaman diserang denggi pada tahun 2006 amat memfobiakan saya sekeluarga. Manakan tidak 4 orang dalam keluarga saya telah diserang wabak denggi pada tahun tersebut sementelahan lagi saya baru seminggu melahirkan anak bongsu saya Adnin.


Dua hari setelah saya melahirkan, Adnin diserang demam kuning hingga dia terpaksa ditahan di wad selama 2 hari. Sebaik sahaja kami balik kerumah setelah Adnin sembuh dari demam kuningnya, dua orang anak saya Tata & Kak Cik demam berpanjangan, letih tak bermaya & muntah2. Setelah mengalaminya selama lebih kurang 5 hari saya terdengar berita seorang anak kenalan di kuarters kediaman kami dimasukkan ke hospital kerana diserang denggi. Saya pun apalagi, esoknya suami bergegas membawa dua anak kami yang demam terus ke hospital. Setelah membuat pemeriksaan darah, ternyata mereka berdua diserang denggi.



Kak Cik di wad pediatrik Hospital Pulau Pinang, sakit2 juga makan tetap makan



Berikutan itu mereka berdua ditahan di wad selama lebih kurang sepuluh hari sehingga Tata dimasukkan k ICU selama dua hari bagi penjagaan lebih rapi. Kak Cik pula kekal di wad kanak2 dengan dijaga oleh Kak Uda. Kesian Kak Uda diapun terpaksa bercuti dari sekolah kerana tak ada siapa nak temankan Kak Cik. Mujurlah dah diakhir tahun. Kak Uda turun naik melihat Tata ditingkat atas wad manakala Kak Cik ditingkat bawah. Kerana doktor memasukkan air kedalam badan Kak Cik sehingga di satu peringkat tangannya membengkak (seperti tangan Zul Yahya dalam cerita pepaya di tv3 tu). Kesian saya melihat mereka ketika itu tangan mereka penuh dengan kesan cucukkan jarum yang mana darah mereka diambil setiap hari untuk diperiksa. Kaki mereka juga menjadi lebam kehitaman, muka kering mengelupas.


Kerana bulan tersebut bulan Ramadhan kejadian menjadi amat kelam kabut rasanya. Saya pula masih dalam pantang dan baru bersalin, seawal jam 5 pagi suami saya telah ke Hospital membawa makanan untuk Kak Uda bersahur. Lewat petang akan mengambil Kak Uda di Hospital pula untuk berbuka puasa dirumah. Sehabis Isyak Kak Uda akan dihantar semula menemani Kak Cik. Begitulah rutin kami selama mereka berdua di Hospital. Saya & baby sesekali ikut serta suami menziarahi mereka di Hospital kerana bila dirumah pun saya asyik teringatkan mereka. Setiap hari juga suami memasakkan sup ketam untuk mereka kerana petua mengatakan bila diserang denggi sup ketam adalah penawarnya.




menunggu dengan debaran doktor nak ambik darah


Setelah tujuh hari mereka di Hospital suami pula saya demam & mengalami simptom yang sama seperti dua anak saya alami. Tapi dia masih belum mahu kehospital membuat pemeriksaan lantaran dua anak masih diwad. Setelah sepuluh hari dua anak saya dibenarkan balik kerumah, suami saya pula ke Hospital bersama jiran kami Cikgu Khairul unatuk membuat pemeriksaan. Selama anak2 saya di Hospital ramai warga penghuni kuarters ini juga ditahan diwad kerana denggi. Kuarters kami betul2 diserang wabak denggi melalui nyamuk aedes. Tetapi sewaktu pegawai kesihatan melakukan pemeriksaan dirumah saya tiada nyamuk @ jentik2 ditemui di dalam rumah saya, mungkin dikawasan persekitaran agaknya.



kebal juga super hero saya ni sampai jarum jadi bengkok


Sebaik suami & kawannya Cikgu Khairul membuat pemeriksaan darah di Hospital ,mereka berdua juga ditahan di wad. Dahlah dirumah berjiran, berkawan baik, bergelak ketawa bersembang, tapi baiknya mereka sehingga ditahan diwad pun dok katil bersebelahan. walaupun suami saya dah kurang demamnya sewaktu ditahan tapi Cikgu Khairul masih kuat demamnya. Saya amat kasihan melihat mereka terutamanya suami sewaktu ditahan di wad & sewaktu doktor menyuntik mereka untuk diambil darah. Maklumlah selama kami berkahwin saya je yang saban tahun masuk Hospital tapi suami belum pernah sekali. Tapi sekurang2nya mereka akan dapat iktibar betapa sakitnya para isteri mereka saban tahun masuk Hospital melahirkan anak2 dari benih mereka. Yang sadisnya dalam pada kesian kat mereka saya sempat lagi memberi ceramah pendek kat mereka berdua supaya lebih menghargai jerih payah isteri malahirkan anak2 mereka. Bukan setakat sekali tapi macam saya dah tujuh kali ke Hospital bertarung nyawa bukan setakat dicucuk malah lebih dari itu kesakitan yang kami rasa. hehehe sempat lagi tu.....

selepas cubaan kedua baru doktor berjaya ambik darah

rakan akrab dirumah & diwad. nilah Cikgu Khairul Aswad


ALHAMDULILLAH suami hanya ditahan selama 3 hari sahaja di Hospital. Tapi keajaiban berlaku, sebaik suami ditahan di wad, saya baru 13 hari melahirkan. Entah dari mana kekuatan datang saya berulang alik melihat suami di Hospital. mengambil anak sekolah, kekedai & kemana2 sahaja dengan membawa kereta. Sehingga Cikgu Khairul & rakan2 di sini menggelarkan saya "super women". hehehe walau apapun gelaran yang diberi saya mesti bertindak pantas bila dilanda musibah begini. Bila dua anak saya ditahan di wad saya masih ada "super hero" yang menjadi kaki tangan & tulang belakang saya. Beliaulah yang memasak, membasuh, menjaga anak2 yang lain, kekedai, mengemas rumah, menjaga saya yang baru melahirkan ( maklumlah baby saya yang last ni seberat 4 kg semasa lahir ) jadi sebenarnya saya agak lemah sedikit selepas melahirkan baby secara normal. Tapi bila "super hero" saya dah terlantar di Hospital manalah saya ada pilihan lain. Takkan saya masih nak memanjakan diri di perbaringan?? Takkan saya masih nak makan minum saya disuapkan orang?? Saya perlu kuatkan semangat dan buang perasaan takut bentan demi orang2 yang saya sayang. ALHAMDULILLAH saya dapat melalui semuanya hingga suami keluar Hospital & sihat semula. Walaupun dah keluar wad tapi keadaan mereka yang diserang denggi ni masih amat lemah.


Sebaik suami keluar wad anak saya yang lelaki pula diserang denggi mencukupkan empat orang ahli keluarga saya diserang denggi. Tapi Angah hanya ditahan selama semalaman sahaja. Dia dibenarkan balik keesokan harinya. Eloklah raya pun tinggal dua tiga hari sahaja lagi. Raya tahun tu kami hanya beraya di Penang sahaja tanpa persiapan istimewa tapi demi keluarga tersayang saya sediakan juga menu wajib raya kami lontong istimewa.



Angah dah kali kedua masuk wad



Dengan penyemburan diawal pagi tadi saya harap penyemburan itu hanya sebagai pencegahan sahaja. Janganlah lagi Nyamuk Aedes dan Wabak Denggi menyerang kami. Amat menyeramkan............




sewaktu di Cameron Highland merai anivesary ke 19 bersama anak2



Demi keluarga tersayang saya rela menjadi "super women" selama2nya.....

1 ulasan:

  1. cegah sebelum parah...!!!
    cegah lebih baik dari mengubati..!!!
    Wah... ada di terengganu ya..?? saya insyaallah datang membatu disana.. terlewat skit ada perkara yang tak dpat dielak... Salam Pakatan rakyat.. moga islam gemilang...!!!

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan