Assalamualaikum.....
Siang tadi untuk kesekian kalinya saya ditanya oleh seseorang yang entah yang keberapa bilangannya tentang persoalan " bagaimana saya menjaga tujuh anak?"....
Siang tadi untuk kesekian kalinya saya ditanya oleh seseorang yang entah yang keberapa bilangannya tentang persoalan " bagaimana saya menjaga tujuh anak?"....
Satu persoalan yang sering dilontarkan pada saya sejak dahulu dan bertambah sering sejak akhir2 ini. Anak2 saudara, adik beradik, sepupu sepapat, jiran2 & kawan2 sering melontarkan soalan ini pada saya seolah2 sayalah dimuka bumi ini yang paling ramai anaknya. Atau seolah2 saya lah satu2nya ibu yang dianugerahkan anak teramai di muka bumi ini atau sekurang2nya di Malaysia yang bertuah ini sedangkan masih ramai lagi ibu2 di Malaysia ni yang punya anak lebih ramai dari saya. (tengok aja program Bersamamu di TV3 tu, suami sakit tak larat kerja pun tapi ada anak berbelas2 orang).
Bila ditanya atau dipersoalkan tentang ramainya anak2 saya, kadang2 saya merasakan ish! salahke saya melahirkan anak2 yang ramai sebagai pengikat kasih sayang, lambang cinta kami suami isteri?? Baru tujuh orang sedangkan seorang makcik ( jiran saya di Telok Bahang) meramalkan saya akan ada sepuluh orang anak?? haaa! sepuluh??? Walaupun saya merasakan mungkin cukuplah agaknya setakat ini anak2 saya, kerana selain melahirkan kami juga bertanggungjawab mendidik & memberi pendidikan pada mereka yang telah sedia ada ni. Tapi kadang2 terlintas juga difikiran betul agaknya ramalan makcik tu, maklumlahkan saya ni ada suami apasalahnya jika melahirkan lagi, orang tak ada suami pun melahirkan anak tambah2 lagi ler orang ada suami macam saya....
Bila difikirkan balik pertanyaan mereka tu saya simpulkan sebenarnya ayat pertanyaan mereka tu begini " maksu @ jun @ mama @ kak ju, macamana ya nampak senang jer jaga tujuh anak, saya @ kami @ cek @ aku anak sorang dua pun rasa macam nak pitam, tak larat rasanya. Kelam kabut serba tak sempat nak buat itu ini...."
Macam tu ler lebih kurang ayatnya....
kadang2 saya melawak dengan mereka "hangpa beranak ler ramai baru ler tak kalut..." sebab saya tak ada jawapan telus nak bagi kat mereka.
kadang2 saya melawak dengan mereka "hangpa beranak ler ramai baru ler tak kalut..." sebab saya tak ada jawapan telus nak bagi kat mereka.
Saya takut jika saya beri jawapan jujur dan telus mereka akan kecik ati pulak. Lagipun saya sendiri pun kadang2 tak sedar saya ada anak yang seramai ini. Saya sendiri pun tak tau bila masanya anak2 saya ni membesar. Rasanya macam, tau2 jer mereka dahpun besar.
Walaupun hakikatnya memang macam2 dugaan yang saya & suami tempuhi dalam membesarkan mereka tujuh beradik. Saya & suami menjadi mama&baba dalam usia yang memang amat muda. Lima anak saya dilahirkan berturut tahun. 1990. 1991, 1993, 1996, 1997. Hanya anak ke enam dan ketujuh saya saja lahir pada 2003 & 2006, setelah kakak2 & abang mereka sudah sedikit besar. Anak sulung & anak kedua saya lahir ketika suami saya masih bergelar guru pelatih. Setelah kami punya tiga anak kami masih hanya memiliki sebuah motor sahaja untuk kemudahan bergerak kesana sini. Jika nak balik kampung, bas & keretapilah yang menjadi pengangkutan rasmi kami. Bayangkan dengan tiga anak yang masih kecil kami perlu berebut2 menaiki kenderaan awam bersama bagasi. Pernah ketika kecemasan nak balik kampung di Kedah, ketika kami beratur menunggu bas yang barisannya memang cukup panjang tiba2 ada seorang petugas bas datang kepada kami terus menawarkan kami bas yang sedia menunggu. ALHAMDULILLAH rezeki anak2 agaknya. Setelah kelahiran anak keempat barulah kami mampu memiliki sebuah kereta tupun kereta terpakai sahaja ( walaupun hakikatnya sampai sekarang kami masih tetap memiliki kereta terpakai).
Lima anak saya yang terdahulu tidak memakai lampin pakai buang sepenuh masa seperti dua adik mereka yang kemudian. Mereka menyusu badan sepenuhnya kecuali yang sulung. Makan minum, pakai kami pun ala kadar sahaja ketika itu.
Saya menceritakan rentetan kesusahan kami suatu ketika dahulu adalah kesimpulan disebalik pertanyaan2 yang dilontarkan pada saya. Bayangkan kesusahan kami ketika itu dengan kesenangan, kemudahan yang mereka miliki sekarang.
Kebanyakan mereka sekarang mula sahaja berkahwin dah sedia menanti kereta yang baru untuk kemudahan. Secara dasarnya belum ada anak dah ada kereta. Jadi tak perlu susah2 beratur menunggu bas atau keretapi. Baik dirumah atau berjalan lampin pakai buang dah jadi rutin, so tak perlu sibuk2 mencuci lampin. Mesin basuh dah sedia menanti untuk cucian. Dapur gas, mikrovave dah sedia menanti untuk memasak makanan yang penuh dalam peti ais besar.
Saya dulu suami mula bekerja baru merasa basuh baju guna mesin basuh, simpan makanan dalam peti ais, memasak guna dapur gas. Kalau tak saya basuh baju guna tangan, memasak guna dapur minyak, tiada peti ais untuk menyimpan makanan. Tupun semua barang2 tu ihsan dari mak mertua saya sewaktu kami mula berpindah ke Pulau Pinang dari Ipoh dengan dua anak. Terima kasih pada Allahyarhamah bonda Hajah Jamaliah Ishak.. Alfatihah.
Kadang2 pula saya memerhatikan mereka ini mendidik, menjaga anak2 dengan sengaja2 menyusah2kan diri mereka. Kadang2 memang saya naik rimas melihat mereka menjaga anak2. Mereka tidak belajar sesuatu itu melalui pengalaman, dan akhirnya natijahnya akan menyusahkan diri mereka sendiri.
Saya punya pengalaman yang menjadikan saya serik untuk membiasakan anak2 saya dengan buaian. Sebaik punyai anak sulung mak saya inginkan anak sulung saya memenuhi tuntutan beradat dalam famili. Dan saya sebagai anak yang mendengar kata, ketika itu tidak sampai hati mengatakan tidak pada kemahuan mak saya. Anak sulung saya lahir dengan dipenuhi adat jawa, dari dalam perut hingga lahir dan sehingga mula berjalan. Salah satunya adalah adat naik buai. Anak lesung akan digolekkan dari buaian hingga kebawah sebelum anak dimasukkan kebuaian seawal seminggu kelahiran. Dan sejak itu bermulalah igauan ngeri bagi saya dimana anak sulung saya tidak mahu berpisah dari buaiannya. Tidur 24jamnya didalam buaian, menyusu didalam buaian. Anda pembaca budiman tentu dapat bayangkankan, ketika itu kenderaan kami adalah bas & keretapi. Zaman tu tak apalah keretapi kelas tiga ada jaring ditempat letak barang dibahagian atas tu, sepanjang perjalanan Johor-Kedah, Ipoh-Johor, Ipoh-Kedah tu sepanjang tulah anak sulung saya tu akan berada dibuai kesayangannya.
Pernah satu ketika, sewaktu masa tidurnya sampai sebelum keretapi tiba di Stesen keretapi Alor Setar dia mula meragam & meraung2 mahukan buainya. Macamana ni, keretapi otw, dia dah menangis, akhirnya dengan kreativiti kakak ipar saya, kakak suami saya yang juga merangkap makjang anak sulung saya tu akhirnya buai tu tergantung di sepohon pokok sementara keretapi datang. (entah ada lagi tak pokok bertuah tu ).Sayang masa tu tak ada kemudahan handphone macam sekarang, kalau tak tentu saya rakam suasana waktu tu. ermmm kamera pun tak ada juga.....
Sejak waktu tu saya tanamkan dalam diri, saya takkan benarkan lagi anak2 saya yang lain mempunyai buaian kesayangan. Sejak itulah hingga sekarang enam anak saya tidur mereka hanya ditilam. Tak perlu berayun2, tak perlu bertepuk2, bila mengantuk taulah dimana mereka mencari tempat untuk tidur.
p/s: buat anak sulung saya tu yang dah 19thn usianya sekarang, maaflah ya mama ceritakan kisah tu disini hanya sebagai pedoman.... heheheheh
Berbalik kepada iktibar dari kejadian tu, saya lihat ramai ibu bapa tidak mengambil iktibar dari pengalaman. Bila anak sulung berbuai & tak dapat dipisahkan dari buai, saya lihat anak berikutnya juga mereka masukkan juga dalam buai. Kadang2 siap dengan buai elektrik lagi. Akibatnya yang susah diri mereka sendiri. Mereka memenatkan diri mereka an akhirnya timbullah persoalan yang diuatarakan pada saya.
Saya melihat juga ramai kanak2 yang bila kekedai dan mahukan sesuatu jika tidak dituruti, akibatnya disitulah mereka akan berguling2 dengan meraung2. Bila ibu bapa malas, kesian tengok anak menangis maka dibelikanlah apa yang anak2 inginkan, maka kejadian tu akan menjadi satu kemestian pada mereka. Bila kebetulan kita tiada duit ketika itu bagaimana?
Bagi kami jika kami katakan tidak, tidaklah sampai kesudah. Menangis ler, berguling ler kat situ ( tapi tujuh anak saya tiada pula sorang pun lagi melakukan perkara yang memalukan itu) jangan harap kami nak tunaikan impian mereka. Kecuali memang kami berjanji ok mama belikan baru kami tunaikan. Anak kedua saya lelaki, sekitar usianya 3thn ketika itu, sewaktu window shoping di pasaraya dia inginkan sebuah kereta kawalan jauh yang selalu dia lihat kawan2nya main. Kebetulan kami memang tak ada duit masa tu, baba dia cakap nanti gaji baba belikan. Pada awalnya dia merajuk juga, jalan jauh sikit dari kami. Kesian memang kesian tapi nak buat macamana duit yang ada untuk keperluan lain. Seperti yang dijanjikan sebaik sahaja dapat gaji suami saya korbankan sikit peruntukan belanja rumah untuk menunaikan janji pada anak kedua kami. Tercapailah hasrat dia ketika itu. Sejak dari itu jika dia mahukan apa2 baik dalam apa perkara pun mesti dia akan tanya dulu baba gaji tak lagi. Itulah kesannya jika janji yang kita buat kita tepati. Begitu juga jika nak kemana2, jika kami mengatakan kami tak bawa mereka maka kami takkan bawa walaupun mereka menangis macamana sekalipun nak ikut. Tapi bila kami kata nak bawa kami tetap bawa, jadi anak2 dah tau dah kalau nakkan sesuatu tak perlu menangis dapat akan tetap dapat tapi bila dah kata tak dapat menangis pun tetap tak dapat.
Saya juga melihat ibu2 yang ada anak2 kecil sekarang lebih pentingkan gaya dari naluri keibuan pada anak2. Lebih pentingkan kenduri kendara, lebih pentingkan kekemasan pakaian dibadan dan macam2 lagi. Saya dulu masa anak ramai jangan haraplah nak menjengah kerumah kenduri dengan anak2. Tambahan lagi dok di Pulau Pinang ni yang kendurinya bukan macam di kampung. Hanya pasangan suami isteri sahaja yang hadir kerumah kenduri. Takkan nak tinggal anak2 yang masih kecil dirumah. Tak macam ibu bapa sekarang anak2 kecil2 pun diheret kerumah kenduri, lepas tu gaduhlah susahlah anak kecil, nak makan pun susah, baju & tudung yang dipakai kusut ditarik anak, mulalah nak merap kat laki dan mak atau mak mertua. Bawa anak bersiar ke Taman Permainan, kolam mandi dan sebagainya pun sayang nak kenakan baju keair takut basah jubah & tudung yang dipakai, pastu mula merap laki. Sikit2 abang, sikit2 abah, sikit2 abi. Pastu camna tak jadi serabut dan merasakan susah dengan kehadiran anak yang baru seorang dua???
Ada juga satu tabiat ibu bapa yang suka bawa anak2 meronda menaiki motor keliling rumah setiap pagi ataupun petang. Sedari anak tu berusia 3,4 bulan dah dibawa meronda dengan motor, lama kelamaan anak tu akan menjadi satu kebiasaan. Jika satu hari tak dibawa mulalah meragam, mengamuk seharian. Ibu bapa pun mulalah merungut dan mengeluh anak2 mereka meragam bila tidak dibawa meronda. Kan tu semua mengajar anak menjadi manja tanpa sebab dan akhirnya menyusahkan diri.
Ada juga yang sampai menyuarakan satu azab bagi mereka yang hanya baru melahirkan seorang dua anak. AZAB?? bagi saya kelahiran setiap anak bagaikan satu keajaiban. Kenikmatan yang hanya seorang ibu dapat merasakannya. Sebaik sahaja anak dilahirkan segala kesakitan, segala kemungkinan mati yang bermain difikiran hilang begitu sahaja. Melihat wajah anak yang baru dilahirkan akan menitis airmata kegembiraan.
Ada juga yang mengatakan senanglah anak2 saya dah besar semua. Bila berjalan dengan kami segandingan jer. Yang lelaki seperti sama bujang dengan babanya, yang perempuan seperti sama dara dengan mamanya ( dara?? hehehe perasan kejap). Tapi bagi saya senang lagi menjaga mereka masa kecil2 dulu. Ialah sekurang2nya mereka ada didepan mata saya. Bila buat salah saya nampak, senang saya nak tegur, marah, atau pukul masa tu juga. Tapi bila dah besar2, ada yang merantau macam sekarang.......apa yang mereka buat saya tak nampak. Hanya harapan pada ALLAH saya serahkan mereka. Saya juga hanya mengharapkan dengan ilmu yang mereka dapat akan menjadi benteng mereka menjaga diri mereka walau dimana mereka berada. Saya bersyukur di anugerahkan anak2 yang baik dan mendengar kata walau kadang2 ragam dan kerenah mereka boleh membuatkan kita hilang sabar. Kadang2 saya terfikir mungkin kami bukanlah ibu bapa yang sempurna tetapi bertuah dianugerahkan anak2 seperti mereka membuatkan tugas kami mendidik mereka menjadi sedikit mudah. Mungkin juga anak2 kami bukan yang terbaik dan sempurna dimata orang tetapi bagi kami merekalah yang terbaik yang kami ada yang ALLAH kurniakan.
Kesimpulannya, anak2 adalah ibarat buluh. Kalau nak lentur, nak bentuk biarlah semasa ia menjadi rebung. Masa tu masih lembut, lemak, manis tapi bila dah jadi buluh baru kita nak membentuknya ia akan patah. Pokok pangkalnya terpulang pada ibu bapa nak membentuk anak2 menjadi susah atau senang.........
Gambar2 kenangan ketika kami sekeluarga meraikan ulangtahun perkahwinan
kami ke 19 di bumi bertuah Cameron Highland yang sejuk amat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.
Silalah Tinggalkan Komentar Anda.
Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan