New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

28 Februari 2010

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum.....


Masih belum terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat saya dalam Nisa' Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Selamat menempuh alam baru kepada Adinda Mazlina Jamaludin & suami yang telah melangsungkan majlis perkahwinan pada 27 febuari 2010 yang lalu.


Walaupun saya tidak mendapat undangan malah tidak tahupun beliau akan melangsungkan walimah, saya berdoa beliau akan tabah mengharungi liku2 perkahwinan dengan penuh tabah. Sirami kasih sayang yang berpanjangan bersama suami tercinta.


Maklumlah bila sudah tidak berkesempatan bersama jemaah ni, kadang2 kita terlepas pandangan terlepas ingatan di fikiran hati sahabat2 yang pernah bersama2 berjuang dalam susah mahupun senang satu ketika dahulu.


Saya mendapat tahu walimah beliau & juga gambar ini melalui satu blog jemaah.


Selamat Pengantin Baru ya Ina...


Adnin Masuk Wad Pediatrik HPP


Assalamualaikum.....

Saja nak kongsi dengan pembaca blog apa yang berlaku pada keluarga saya selama saya tidak berkesempatan nak update blog kesayangan saya ni.

Jom jelah layan gambar2 kat bawah ni.

Gambar buah hati saya sedang berehat di Wad Pediatrik C1 HPP. Setelah seminggu saya tinggalkan sebentar buah hati bongsu saya ini bersama Baba, Abang & Kakak2nya kerana saya mengambil kesempatan cuti tahun baru cina untuk pulang menziarahi Mak, Abah & keluarga di Johor.

Dalam perjalanan balik ke Penang, Tata mesej kata Adik demam. Sampai saja saya dirumah demamnya naik turun, akhirnya pagi Ahad saya kejarkan Adnin ke wad kecemasan HPP. Dengan kepanasan suhu badan mencecah 40, doktor mengarahkan Adnin dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.


Hari Pertama 21 febuari 2010


Masa ni pukul 10 pagi. Mata, mulut, mukanya merah menyala kerana kepanasan. Tupun semalaman saya berjaga untuk jerlum seluruh badannya.
Tengahari hari pertama Kak Cik & Kakak ikut serta ziarah Adnin

Kesian dia kesakitan tangannya dicucuk untuk diambil darah & dimasukkan air sebanyak 2 botol

Ada yang kata Adnin demam rindu sebab saya tinggalkan dia, balik kampung....

tapi masa hantar saya di bus stand haritu, dia tak nampak sedih pun. Salam, cium saya dengan muka happy. Angah nak balik U lagi dia sedih...

Masih keletihan, tidur je sepanjang hari

Dah petang, mula buka mata sikit. Tapi masih tak mahu makan & minum.

Susu pun minum separuh dari hari2 biasa

hahaha.. anak cyber. Tetap tak tinggal laptop dengan games kegemarannya. Tangan sebelah pun jadi....



Hari ke dua 22 febuari 2010

Masa ni dah sihat sikit, tapi masih masuk air botol ke 2. Dah mula merengek nak jalan2. Baba tolak ke kedai koperasi beli biskut & coklat
Masa ni dok ngan Baba, Alhamdulillah dah nak mula makan. Syukurlah sekolah Baba masih cuti hari Isnin. Hari selasa pula Baba ambil cuti. Dapatlah gilir2 jaga Adnin waktu siang. Saya pula bergilir malam. Kebetulan pula balik dari kampung saya memang tak berapa sihat.


Hari ke tiga 23 febuari 2010

Wah! Wah! Bergayanya dok makan kat meja bacaan tu...
Misi dah buka jarum, air dah tak masuk lagi... makin galaklak dia main games

Nyum..Nyum, makan lagi.

Alhamdulillah petang ni demam dah betul2 baik, doktor benarkan Adnin balik

27 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum....

Salam buat semua, lama sungguh Mama Moden tidak mengupdate blog kesayangan Mama Moden ni. Sejak dua minggu ni berbagai peristiwa yang menggembirakan & juga sedikit meresahkan telah dilalui.

Saya telah benar2 melalui dua minggu ini dalam keadaan yang terlalu sibuk. I'ALLAH akan saya kisahkan disini nanti. Apapun dalam keresahan & kesibukan ini saya rasa masih belum terlewat untuk saya mengucapkan salam Maulidur Rasul buat semua sempena kelahiran Junjungan Besar kita Muhammad S.A.W semalam.

Semoga kita sama2 dapat mengambil manafaat sempena Maulidur Rasul tahun ini..

Selawat & Salam keatas Junjungan Besar Rasulullah.....

10 Februari 2010

Sayang Isteri Tinggal Tinggalkan?!!

Assalamualaikum.....

Selamat menjalani Kursus IT & Komputer buat suami tersayang & seluruh Guru Besar Sekolah Agama Rakyat Negeri Pulau Pinang yang bermula hari ini, 10 febuari 2010 hingga 12 febuari 2010 di Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak.

Semoga kursus yang dihadiri dapat memberi manafaat kepada pengurusan, pentadbiran, pengajaran & pembelajaran Sekolah Agama Rakyat. Bagus juga Kerajaan Pulau Pinang ni memberi perhatian kepada pengurusan Sekolah Agama Rakyat. Banyak juga peruntukan tambahan demi anak2 melayu Islam. Alhamdulillah.


08 Februari 2010

The Biggest Loser KIP...


Assalamualaikum.....

Macam tak percaya je... Betul ke ni? Sejak 31 Januari hingga 8 Febuari dah turun hingga 6 kg? Biar betul... Alhamdulillah. Satu permulaan yang baik.

Persaingan yang sihat untuk diri sendiri. Airmata kesedihan, kesayuan & juga sedikit harapan gembira untuk diri sendiri ketika berdiri dialat timbangan tengahari tadi.

Senyuman yang terukir secara bersendirian adalah senyuman harapan untuk berubah kearah yang lebih baik.

I'ALLAH saya tak mahu jadi tua sebelum waktunya. Sekarang adalah masa untuk pengurusan diri.

Tolong doakan segalanya berjalan dengan baik...

sila abaikan angka dialat timbangan tu yer...

angka tu sekadar hiasan jer ok!


Fakta Menarik Untuk Dikongsi


Assalamualaikum.....


Memberi & Menerima klik sini

06 Februari 2010

Hai... Anakku!

Assalamualaikum....


Sudah sebulan Kakak memulakan sessi persekolahan di tahun 1. Alhamdulillah, Kakak sudah dapat menyesuaikan diri dengan baik. Setakat hilang pensil, pemadam, pembaris & pengasah pensil tu perkara biasalah bagi budak2 tahun 1 ni. Memang saya dah sediakan stok untuk barang2 tu semua. Setiap 3 hari sekolah saya akan masukkan barang2 baru dalam pensil box Kakak.

Tetapi baru2 ni, Baba ke sekolah Kakak ( bekas sekolah Baba ). Bila balik Baba bagitau saya Kakak tak buat banyak kerja sekolah yang Cikgu bagi. BM, BI, BA...

Aik! tiap2 malam saya cek buku Kakak satu persatu. Baik buku aktiviti & buku latihan. Saya pastikan Kakak habiskan semua kerja sekolah sebelum tidur.

Rupa2nya Kakak tak dapat ingat mana2 kerja sekolah yang Cikgu bagi untuk buat di rumah. Mana kerja2 yang saya suruh buat selama ini hanya kerja sekolah yang tak habis di sekolah. Jadi bila kerja sekolah tu tak habis saya tahulah tu kerja yang kena buat.

Sedangkan Cikgu2 ada bagi kerja sekolah lain. Saya dah bagitau sebelum ni supaya Kakak tandakan dibahagian nombor mukasurat tu bila Cikgu bagitau kerja sekolah yang kena buat dirumah. Tetapi Kakak tak tandakan.

Kelmarin saya ingatkan lagi Kakak supaya tandakan. Seperti biasa dia akan mengangguk faham. Dia siap kata lagi kat saya " ok mama, Kakak dah faham. Kakak dah fikir, kan Kakak ada otak". Saya nak tengok dia tandakan tak kerja sekolah di muka surat tu. Dan saya dah pastikan Kakak buat mana2 kerja sekolah yang tertinggal yang dalam pengetahuan saya.

Bukanlah nak komplen tugas2 suci murni seorang guru. Tetapi mengikut pengalaman saya yang pernah mengajar tadika dahulu, mana2 kerja yang saya mahu anak2 murid saya buat dirumah saya akan tandakan dibuku mereka. Itupun untuk murid2 yang tidak berapa faham. Mana2 murid yang sudah agak pandai menerima pesanan guru saya hanya minta mereka tandakan sendiri supaya ibu bapa tahu mana kerja yang kena anak2 mereka buat dirumah.

Baru2 ni semasa ke mesyuarat AJK PIBG di sekolah, saya bersembang dengan seorang dua guru berkaitan hal ni. Sepatutnya guru2 ditahun satu kena lebih prihatin akan tahap kebolehan anak didik mereka ditahun satu ni. Mungkin ada ramai lagi murid2 yang tidak menyiapkan kerja sekolah mereka seperti anak saya. Saya belum berkesempatan bergosip dengan ibu bapa tahun satu berkaitan hal ni.

Bukan apa, tak syoklah bila anak2 tak siapkan kerja sekolah yang diberi guru. Sedangkan kita sebagai ibu bapa tiap2 malam pastikan berada dihadapan anak memantau mereka menyiapkan kerja2 sekolah. Tetapi bila guru2 mengadu anak2 tak siapkan kerja sekolah, darah merah naik ke muka. Rasa malu pada cikgu akan menyirap naik ke muka. Sedangkan kita tak tahu mana satu kerja yang harus anak2 selesaikan.




CINTA SEJATI?!!!

Assalamualaikum.....

Mereka ini mungkinkah pasangan yang mempunyai cinta sejati? Apapun yang berlaku & terjadi di kemudian hari pasti mereka tiada komen antara satu sama lain. Mereka pasti telah rela & redha menerima pasangan masing2. Terima diri masing2 seadanya, kan!

Benarkah kata2 Cinta Itu Buta.....

04 Februari 2010

SIAPA KAWAN KITA SEBENARNYA.....

Assalamualaikum.....


Mengapa ya, kadang2 bila kita terlalu percaya, sayangkan seseorang kawan yang kita kenal baik dialam nyata atau dialam maya tetapi akhirnya kita akan rasa diri kita dipermainkan.


Memang tidak ada salahnya kita meluahkan rasa hati, rasa luka atau apa saja rasa pada siapapun. Kadang2 orang yang kita harapkan benar2 menjadi kawan kita akhirnya orang itu menjadi duri dalam daging hanya kerana hebatnya pihak2 yang lain dalam mengadu masalah atau meluahkan perasaan.

Kadang2 orang yang kita sayang, yang kita rasa telah kita kenal hati budinya boleh berbicara seenak rasa, selembut bicara, semolek ucapan pada orang yang hanya baru beberapa detik dikenalinya.

Tetapi bila berbicara dengan kita seakan2 kita menjadi batu dihadapannya. Tidak kiralah mereka ini siapapun disekeliling kita. Bertambah parah jika bicara itu dengan insan yang berlainan jenis. Insan2 itu pula yang kita merasakan mereka kawan kita. Rupa2nya kita tersilap....

Sepatutnya sebagai kawan yang mengaku kawan, apatah lagi kita jenis kaum yang sama, status yang sama kita akan memahami juga perasaan kaum kita. Sekurang2nya jika kita saling mengenali pula, tanyalah juga pendapat & pandangan kita.

Tapi tak mengapa, tidak rugi pun hilang kawan yang begini sikapnya. Biarlah mereka terus membantu kaum yang lain lebih dari kaum sendiri. Hakikatnya Allah Maha Mengetahui. Mereka tidak berada ditempat kita, mereka tidak melalui apa yang kita lalui maka sudah pasti mereka tidak faham hati & perasaan kita. Baik sebagai kawan ataupun sebagai sesama manusia.

Apapun pada 'insan-insan' diluar sana, terima kasihlah pada apa yang telah kalian lakukan. Sesungguhnya bersyukurlah kalian dengan apa yang kalian ada, kerana ingatlah langit tidak selalu cerah....



PERINGATAN! MUHASABAH UNTUK DIRIKU.....

Assalamualaikum.....


Dosa Gugur Apabila Suami Isteri Bersalaman


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:

"Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.


Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.


Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.


Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.


Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.


Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.


Rasulullah bersabda, yang bermaksud:


"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."


Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :


"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."


03 Februari 2010

Perginya Seorang Mujahadah... Salam Takziah

Assalamualaikum.....


Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Kalthom Othman, 61, yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’.

Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.

Allahyarhamah adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS Pusat, Negeri, Tumpat dan Pasir Puteh.

Sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing. Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu akan disemadikan selepas Zohor dan solat jenazah di Masjid.

Secara peribadi, saya pernah menjadi pendokong & memikul amanah dibawah kepimpinan Allahyarhamah. Allahyarhamah seorang pemimpin yang amat baik tingkahlaku & peribadinya.

Kami memanggilnya Mak Som. Allahyarhamah lebih bersikap keibuan, lemah lembut dalam memimpin.

Kenangan bersama Allahyarhamah yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika Allahyarhamah berkunjung ke Pulau Pinang & menginap di rumah tamu USM. Ketika saya bersama anak saya ingin bersama beberapa AJK Muslimat Pulau Pinang meraikan Allahyarhamah, saya sesat mencari rumah tamu yang didiami.

Berpusing2 saya disitu beberapa kali, hingga Kak Maziah meminta saya menunggu di jalan masuk. Saya yang kebingungan terus saja berpatah balik mengikut jalan one way. Apatah lagi pak guard di pindok pengawal terus mengekori kereta saya & teruk juga saya dileterkan pak guard tu. Seram sejuk juga saya kerana marah betul pak guard tu. Macam2 yang disoalnya kepada saya. Mujurlah Kak Maziah cepat sampai ditempat saya menunggu & memberi penjelasan kepada pak guard.

Alfatihah buat Allahyarhamah Mak Som....'



Sudah Masa Untuk Diri Sendiri....


Assalamualaikum.....


Sudah agak lama saya tidak memperdulikan kesihatan diri sendiri. Mungkin lantaran kesibukan & juga kekangan kewangan. Saya rasa lebih baik sumber kewangan yang ada digunakan untuk keperluan rumah & anak2 daripada membeli barang2 keperluan peribadi saya. Begitu juga dengan masa yang saya ada. Saya lebih menggunakan semua masa yang ada untuk keperluan suami & anak2 lebih dari untuk diri saya sendiri. Saya sudah terlalu lama mengabaikan diri saya.


Tetapi saya merasakan sikap saya itu merugikan diri & kesihatan saya sendiri. Kalau semasa zaman remaja dulu ( walau sebentar cuma saya sempat menikmati zaman itu ), saya boleh pergi ke salon seminggu sekali. Saya berganti pakaian peribadi 2,3 bulan sekali ( walaupun kakak saya yang belikan ). Saya ada set kecantikan diri.

Tetapi selepas berumahtangga & beranak pinak saya tidak berkesempatan untuk memiliki itu semua. Entah mengapa. Saya hanya menggunakan bedak baby untuk kegunaan. Minyak wangi kadang2 ada kadang tidak. Bukan tidak berkeinginan, tetapi saya merasakan keperluan lain lebih perlu. Pakaian peribadi juga begitu, demi menjimatkan penggunaannya saya pastikan saya beli jenis yang tahan lama. Biarlah lusuh selagi tidak koyak rabak saya akan pakai.


Ketika itu, selama 21 tahun ini saya lebih memikirkan keperluan suami & anak2. Saya hanya memikirkan untuk melengkapkan barang2 keperluan keluarga. Tetapi ternyata sikap saya itu merugikan diri saya. Merugikan tubuh badan saya.

Semakin lama saya semakin hilang semangat & yakin diri. Saya perlu berubah. Berubah untuk diri saya sendiri. Saya perlu sayangi diri saya dahulu sebelum saya boleh menyayangi insan2 disekeliling saya.


Kerana saya merasakan kita takkan mampu memuaskan hati sesiapapun sampai bila2. Jika saya merasakan menerima kekurangan & kelemahan orang lain satu kemestian dalam diri saya, tetapi hakikatnya orang sekeliling kita belum tentu akan puas dengan apa yang telah kita beri & korbankan.


Saya mesti memulihkan yakin diri dalam diri saya. Saya perlu berubah untuk mula menyayangi diri saya semula. Saya perlu memanjakan diri saya. Saya perlu merawat hati, perasaan & tubuh badan saya UNTUK diri saya sendiri.

Saya sudah tidak boleh lagi menggunakan kata2 biarlah saya susah asalkan mereka bahagia. Biarlah saya tidak punya apa2 asalkan mereka punya segalanya. Mungkin juga kata2 biar saya menjadi lilin, menerangi yang lain juga sudah tidak sesuai saya amalkan.


Saya perlu bahagiakan diri saya, merubah diri saya, menyihatkan diri saya, meyakinkan diri saya dahulu disamping saya terus memayungi insan2 tersayang disekeliling saya seadanya... semampu daya saya.


Terima kasih pada 'insan2' yang telah membantu saya memulakan langkah memulihkan keyakinan diri saya. Biarlah orang kata saya tak cantik, saya tak menarik dimata mereka tetapi hakikatnya saya sendiri tahu diri saya. Asal saya puas hati dengan diri saya itu sudah cukup.


Saya akan cuba mempositifkan diri saya HANYA UNTUK DIRI saya sendiri.


Hasil pemeriksaan kesihatan oleh dua anak saudara suami yang terlibat dengan sebuah produk kesihatan baru2 ini, saya telah menjadi lebih tua sebelum waktunya. Tahap kesihatan saya bukan pada tahap umur saya sekarang.

Saya perlu berubah! Walaupun bukan untuk sesiapa yang akan menghargai saya, tetapi saya perlu berubah, perbaiki, merawat diri saya untuk diri saya sendiri. Dalam keadaan sekarang, saya tidak pasti adakah tempat untuk saya bergantung jika sesuatu yang tidak diingini berlaku pada saya. Saya tidak mahu hidup dalam keadaan menyusah & membebankan orang lain.






4 produk awal yang diperkenalkan oleh anak saudara kepada saya sebagai permulaan untuk menyihatkan diri saya. Produk Zhulian

"Maksu, Maksu guna je semua barang2 ni dulu. Takpa, Maksu tak payah bayar apa2 lagi, guna je dahulu!. Buktikan dahulu yang Maksu boleh buat. Adik & Tatah sayang Maksu sangat2, kami anggap Maksu lebih dari Mak Saudara sendiri."

Kata2 mereka ini yang membuatkan airmata saya mengalir laju...

Terima kasih, Siti Fatimah Yusro (Tatah) & Fadilah Huda (Adik).





Sudah lama saya tidak menggunakan barang2 seperti ini. Dah lama tiada dalam kamus hidup saya. Saya tidak menggunakannya walau dirumah apatah lagi keluar rumah. Tetapi ketika saya diajak masuk ke Watson baru2 ini, saya jadi terpinga2.


Ketika mereka memilihkan saya beberapa barang2 kecantikan diri seperti ini, Saya hanya mengekori mereka berdua. Betul2 seperti rancangan tangkap muat kelolaan Sarimah Ibrahim, Zulfadzli & Rizalman tu.


Mereka membelikan saya scrab, pencuci muka, bedak, pewangi, cologne, bedak compaq, lipstik & celak jenama silky girl & simple. Yusro kata barang2 ni akan sesuai dengan semua jenis kulit.


Ketika Yusro membayar harga barang2 tu semua sekali lagi airmata saya mengalir laju dihadapan kaunter.


Terima kasih wahai anak2 saudara ku sayang. Walaupun kalian bukan anak saudara Maksu sendiri, tetapi Maksu sayang kalian lebih dari darah daging sendiri. Maksu akan cuba perbaiki diri untuk diri Maksu sendiri. Maksu akan sentiasa berdoa kalian berdua akan terus mengecapi kebahagiaan yang berterusan didunia & akhirat.


02 Februari 2010

Wah! Smart Lady....Terima Kasih Sayang...

Assalamualaikum.....


Minggu lepas sewaktu membeli belah barang2 rumah, saya sempat menyinggah ke demo sebuah mesin pengisar. Pandai betul cina tu buat demo. Memang menyerlah.


Kebetulan pula segala macam mesin dirumah saya ni dah tidak berfungsi dengan baik. Mesin pengisar yang saya gunakan sekarang motornya sama usia dengan Angah, anak ke 2 saya. Hanya balangnya saja bertukar ganti... 2 kali dah tukar balang kot!


Niat dihati memang nak ambik, RM399.00. Tapi saya nak guna rm bulan ni. Nak balik ziarah mak abah di kampung cadangnya. Walau saya balik sorang tapi nak juga bawa sepuluh dua. Maka walau ada sedikit rm didalam beg saya, saya diamkan dulu keinginan saya.


Entah camna suami saya tanya " nak ke?".


Saya pun angguk jelah... Suami saya kata " sat nak p ambik duit". Hehehehe, orang mengantuk disorongkan bantal..


Akhirnya...



Terima kasih bang....


Senangkanlah Hatimu!.....

Assalamualaikum.....


Senangkanlah Hatimu oleh Prof. Dr. Hamka (1996). Tasawuf Moden.

Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Halaman 337-343.


Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana dihadapanmu terbentang kesempatan untuk menunaikan yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapan engkau terhampar permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.


Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tiada orang yang akan hasaddan dengki kepada engkau lagi, lantaran kemiskinanmu. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian.


Kalau engkau dermawan, senangkanlah hatimu! Kerana dengan kedermawanan engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh. Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia. Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab banyak orang yang telah mengecap nikmatnya.


Kalau engkau tidak kuasa jadi dermawan, itupun senangkan pulalah hatimu! Sebab engkau tidak akan bertemu dengan suatu penyakit yang selalu menular kepada masyarakat manusia, iaitu tiada membalas guna, penghilangkan jasa. Mereka ambil kebaikan budi dan kedermawananmu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yang rendah. Saat yang demikian pasti datang kepada tiap-tiap dermawan, yang menyebabkan hati kerapkali patah dan badan kerapkali lemah, sehingga hilang kepercayaan kepada segenap manusia, disangka manusia tidak pembalas guna. Padahal langkah belum sampai lagi kepada puncak kebahagiaan dan beroleh ampunan dari Tuhan.


Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun. Tujuan kenang-kenangan masih jauh. Sebab umurmu masih muda, mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan yang sebenarnya.


Kalau engkau telah tua, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup. Engkau telah tahu firasat, mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya. Oleh sebab itu segala pekerjaan yang engkau kerjakan itu kalau engkau suka lebih banyak akan membawa faedah dan lebih banyak tersingkir daripada bahaya. Satu detik daripada umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda, sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.


Kalau engkau dari turunan yang mulia-mulia, tenangkanlah hatimu! Kerana dirimu tergambar dan terpeta di dalam hati tiap-tiap sahabat itu. Kalau engkau memang di dalam kalangan sahabat yang banyak itu, lazat rasanya kemenangan dan kalau kalah tidak begitu terasa. Lantaran banyaknya orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, engkau dapatlah insaf, tandanya dirimu mahal dan timbanganmu berat. Yang penting adalah engkau dapat keluar dari penyakit mementingkan diri seorang, memandang hanya engkau yang benar, lalu masuk ke dalam daerah yang baru, iaitu mengakui bahawa ada lagi orang lain yang pintar, yang berfikir dan kuasa menimbang.


Jika musuhmu banyak, senangkan pulalah hatimu! Kerana musuh-musuh itu ialah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yang engkau kerjakan.Tiap-tiap bertambah maki celanya kepada engkau, atau hasad dengkinya, atau mulutnya yang kotor atau perangainya yang keji, bertambahlah teguhnya pendirianmu bahawa engkau bukan barang murah, tetapi barang mahal, dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu, engkau dapat beroleh pelajaran. Mula-mula maksudnya hendak meracunimu dengan serangan-serangannya yang kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri, engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk pengubat dirimu mana yang berfaedah, engkau buangkan mana yang salah.


Ingatlah: Pernahkah seekor burung helang yang terbang membubung tinggi memperdulikan halangan burung layang-layangy ang menghalanginya?


Kalau badanmu sihat, senangkanlah hatimu! Tandanya telah ternyata pada dirimu kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmatNya,lantaran badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan.


Kalau engkau sakit, senangkan pulalah hatimu! Kerana sudah ternyata bahawa dirimu adalah medan tempat perjuangan di antara dua alam yang dijadikan Tuhan iaitu kesihatan dan kesakitan. Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yang kuat, kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu, baik kesembuhan dunia ataupun kesembuhan yang sejati.


Kalau engkau menjadi orang luar biasa, senangkan hatimu! Kerana pada tubuhmu terdapat cahaya yang terang-benderang tandanya Tuhan selalu melihat engkau dengan tenang sehingga menimbulkan kesuburan dalam fikiranmu, dilihatNya otakmu sehingga cerdas, dilihatNya matamu sehingga jadi azimat, dilihatNya suaramu sehingga jadi sihir. Bagi orang lain, perkataan dan tiap-tiap suku kalimat yang keluar dari mulutnya hanya menjadi tanda bahawa dia hidup saja. Tapi bagi dirimu sendiri menjadi cahaya yang berapi dan bersemangat, boleh meninggikan, boleh memuliakan dan menghinakan,sehingga bolehlah engkau berkuasa berkata kepada alam: “Adalah”, sehingga diapun “ada”.


Kalau engkau dilupakan orang, kurang dikenal, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tidak banyak mencacatkanmu, tidak ada orang lain yang dengki kepadamu, tak ada orang yang meniatkan jatuhmu, mata tak banyak memandangmu. Itu, dihadapanmu ada puncak bukit dan engkaupun salah seorang dari anggota masyarakatmu. Rumah batu yang indah, berdiri di atas kumpulan tanah dan pasir-pasir yang kecil. Dengan demikian itu, engkau akan merasai kesenangan hati yang kerapkali tidak didapat oleh yang bibirnya tak pernah merasai air hidup dan rohnya tak pernah mandi di dalam kolam ilham.


Kalau sahabatmu setia kepadamu, tenangkanlah hatimu! Kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahi engkau kekayaan yang paling kekal. Kalau kawanmu khianat, senangkan juga hatimu! Sebab kalau kawan-kawan yang khianat itu mungkir dan meninggalkan engkau, tandanya dia telah memberikan jalan yang lapang buat engkau.


Kalau tanah airmu dijajah atau dirimu diperhambakan, senangkanlah hatimu! Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan bagi bangsa yang terjajah atau diri yang diperhamba kepada perjuangan melepaskan diri dari belenggu. Itulah perjuangan yang menentukan hidup atau mati,dan itulah yang meninggalkan nilai. Ketahuilah bahawa tidaklah didapat suatu bangsa yang terus menerus dijajah.


Jika engkau dari bangsa merdeka, senangkanlah hatimu! Sebab engkau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain, ada bagimu kesempatan mencari kekuatan baru. Kemerdekaan itu mesti diisi dengan bahan-bahan yang baik, dan bagimu terbuka kesempatan yang seluas-luasnya untuk itu.


Kalau engkau hidup dalam kalangan orang-orang yang kenal akan diri dan cita-cita engkau, senangkan hatimu! Kerana di sana engkau dapat mengusahakan tenaga muda setiap hari, dan kekuatan pun bertambah, roh serta semangat menjadi baru. Engkau bertambah subur dan tegak, menaungi lautan dan daratan.


Kalau engkau hidup dalam kalangan masyarakat yang masih rendah, yang tidak mengerti bagaimana menghargai cita-cita orang, sehingga engkau merasa ’sial-dangkal’, maka senangkanlah hatimu! Kerana dengan sebab itu engkau beroleh kesempatan jadi burung, lebih tinggi terbangmu daripada orang-orang yang patah sayap itu. Engkau boleh melayang ke suatu langit khayal, untuk mengubati fikiranmu yang gelisah, untuk melepaskan dahaga jiwamu.


Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas kasihan-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya,tandanya Tuhan telah membisikkan ketelingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersunggguh-sungguh.


Jika engkau mencinta tetapi cintamu tidak terbalas, senangkanlah hatimu! Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah ia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima menyuburkan cinta,walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.


Hendaklah engkau menjadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.


Kerana tugu cita-cita hidup ini berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan kita sendiri.


Merasa tenteramlah selalu, senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu, kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup kian minit, kian baru.


Merasa senanglah selalu!


Merasa tenteramlah!


YaAllah, tenangkanlah hati hamba Mu dalam menghadapi apa saja cabaran & dugaan yang Kau berikan sepanjang perjalanan hidup ini. Damaikanlah hati hamba Mu ini dalam melalui segala liku2 yang bakal mendatang...



01 Februari 2010

Berubah Untuk Merubah.....

Assalamualaikum.....

Bila Bertalu Rentak di Kalbu

Hasrat Yang Tersirat Semakin Ku Buru

Bila Bergema Laungan Gempita

Harapan Bernyala Nadiku Berganda


Gemuruh Jiwa Semangat Membara

Dari Puncak Ingin ke Angkasa

Berkalungkan Bintang Berkelipan

Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa


Bila Bertalu Rentak di Kalbu

Hasrat Yang Tersirat Semakin Ku Buru

Bila Bergema Laungan Gempita

Harapan Bernyala Nadiku Berganda


Gemuruh Jiwa Semangat Membara

Dari Puncak Ingin ke Aangkasa

Berkalungkan Bintang Berkelipan

Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa


Ungkapan Ini Bukan Sekadar Bermimpi

Segalanya Pastikan Terbukti Nanti


Gemuruh Jiwa Semangat Membara

Dari Puncak Ingin ke Angkasa

Berkalungkan Bintang Berkelipan

Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa


24 Januari 2010

MEMANG KURANG AJAR!!!!

Assalamualaikum.....

SEBAGAI ANAK JOHOR, SAYA TURUT SAMA MENGUTUK KEBIADABAN BLOGGERS ADUKATARUNA TENTANG KEMANGKATAN ALMARHUM SULTAN JOHOR. DIHARAP PIHAK2 BERKUASA MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA BLOGGERS KURANG AJAR INI...


SAYA JUGA TELAH MENGHAPUSKAN LINK BLOG SI KURANG AJAR NI DI BLOG SAYA.


YANG PASTI TIADA MAAF BAGIMU! HUKUMAN SETIMPAL HARUS DIBERI KEPADA ORANG KURANG AJAR MACAMNI!


ALFATIHAH BUAT ALMARHUM....


BELAJAR JADI ORANG!!!!

23 Januari 2010

Daulat Tuanku....

Assalamualaikum.....



Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru di Istana Besar Johor Baharu di sini hari ini diyakini dapat memerintah dengan baik.

Ini berdasarkan reputasi baik Baginda yang rapat dengan rakyat jelata di Johor melalui aktiviti-aktiviti bersama rakyat yang dianjurkannya. Antara yang dekat dihati rakyat Johor adalah Program Jelajah Kembara Mahkota Johor.

Adalah diharap Baginda akan dapat mentadbir negeri ini dengan baik dan akan terus rapat dengan rakyat jelata.

Tahniah Tuanku diatas pemasyhuran sebagai Sultan Johor ke 5.



JOHOR BARU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail secara rasmi telah diisytiharkan sebagai Sultan Johor.

Pengisytiharan itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada jam 10.21 pagi tadi di Istana Besar.

"Berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, disahkan bahawa waris Sultan, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Raja dan Sultan di bawah undang-undang yang sama," katanya.

Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya.

Baginda mengaku akan memerintah dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa kepada rakyat.

Tunku Ibrahim Ismail, yang berbaju Melayu putih, juga melafazkan sumpah bagi menghormati dan memelihara agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang teguh kepada Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-undang negeri Johor.

Istiadat angkat sumpah disaksikan Sultanah Zanariah, isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan kesemua anakanda serta adinda baginda.

Turut hadir Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadot, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta anggota Exco kerajaan negeri Johor.

Pemasyhuran Tunku Ibrahim adalah bagi mewarisi takhta Johor selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada pukul 7.15 malam semalam di Hospital Pakar Puteri di sini.

Istiadat itu diadakan sebelum pemakaman ayahanda baginda di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini.

Petang semalam, Tunku Ibrahim Ismail dilantik Pemangku Raja selepas Sultan Iskandar dimasukkan ke hospital itu kerana gering.

Tunku Ibrahim Ismail yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.

Diputerakan pada 22 Nov 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru, putera sulung daripada 10 adik-beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

Baginda pernah dilantik Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan.

Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Baginda menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Baru.

Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.

Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim Ismail yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.

Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika. Sekembalinya ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.

Baginda menghadiri kursus latihan helikopter di Pangkalan Tentera Kluang dan menerima sayap selain menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tunku Ibrahim juga sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah membawa baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa, termasuk Singapura, Manila dan Brunei.

Turut menjadi kegemaran baginda ialah sukan tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta. - BERNAMA

Salam Takziah

Assalamualaikum.....


Salam Takziah buat Kerabat DiRaja Johor Darul Takzim diatas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Sebagai anak kelahiran Johor saya turut sama bersedih atas kemangkatan Almarhum.

Malah turut juga rasa bersalah kerana kemangkatan Almarhum baru saya ketahui jam 2 petang tadi. Ini kerana sejak dua hari ini saya berada dalam keadaan tidak sihat. Hanya berbaring dikatil & tidur. Saya tidak menonton tv ataupun melihat internet.

Sudahlah lama saya tidak balik ke negeri tanah tumpah darah saya, ini Raja Negeri saya mangkat pun agak lewat saya mengetahuinya.

Saya hanya sempat melihat secara langsung majlis pemakaman Almarhum sejak 2 petang tadi. Sebagai Sultan yang dikenali sebagai Raja berjiwa rakyat, semoga Roh Almarhum ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Sewaktu majlis pemakaman tadi hati saya begitu berbangga pada cucunda Almarhum iaitu Tengku Ismail Ibrahim yang begitu bersusah payah membantu pemakaman Almarhum Nendanya dari mula hingga keakhir. Tengku Ismail kelihatan menyinsing seluarnya & dibasahi peluh kerana bersungguh2 menabur tanah ke pusara Nendanya. Tahniah kepada Kerabat Diraja ini yang memang dikenali sebagai Kerabat yang begitu dekat dengan rakyat.

Sedangkan ada ahli2 keluarga dikalangan kita yang kematian ahli keluarga yang tidak mahu menguruskan jenazah orang2 terdekat kita. Saya pernah menyaksikan ketika kematian Mak Saudara di Kedah, ketika diminta salah seorang cucunya menyambut Allahyarham didalam liang, beliau berkata tidak mahu kerana takut seluar kotor & tak bawa seluar ganti.

Sedikit belasungkawa Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail :

Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat pada hari jumaat pada usia 77 tahun, adalah seorang Raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya. Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.

Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor. Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya. Sultan Iskandar, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu, baginda merupakan juruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Baginda merupakan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885. Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.

Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas. Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama.

Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid sekitar Johor. Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Baginda merupakan seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.

Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan. Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.

Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa. Dan sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang melibatkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.

Selain sukan menembak, Baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu. Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara-acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian. Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan Nenda Baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London. Pada Disember 1966, Baginda dilantik Raja Muda Johor oleh Ayahanda Baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor ke empat dalam sejarah Johor moden pada 11 Mei 1981.


Sepanjang majlis pemakaman tanpa disedari airmata saya mengalir kepipi. Rupanya saya masih anak Johor.............


Alfatihah..



20 Januari 2010

Dapat Hadiah Pun Nak Nangis.....


Assalamualaikum.....

Tajuk : Cinta Kau dan Aku

Pengarang : Siti Rosmizah

Penerbit : Buku Prima Sdn BhdISBN : 978-967-5234-28-6

Mukasurat : 684 Halaman


Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius."Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang.

"Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya.

Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!.

Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya.

Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.


Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. ~Siti Rosmizah~


Sedikit sebanyak sinopsis kisah novel Cinta Kau Dan Aku. Merata kedai buku juga saya cari, akhirnya penemuan novel ini berakhir di Popular, TESCO.

Untuk bacaan sayakah novel cinta ini? Hakikatnya saya suka juga membaca novel2, sekarang ni selalunya kepunyaan anak2 saya. Saya tumpang membaca.

Tetapi pencarian saya kebeberapa kedai buku adalah khas saya beli novel ini untuk hadiah harijadi Kak Teh. Saya dapat tahu Kak Teh mahukan novel ini melalui blognya. Kemudian beberapa kali juga saya terdengar dia merengek2 menyebut2 tentang novel ini.

Lalu saya search di internet berkaitan novel ini. Saya rasa agak sesuai untuk remaja sepertinya membaca novel seperti ini. Tak ada salahnya novel Cinta Kau Dan Aku ini untuk pembacaan seorang remaja seperti Kak Teh.

Semasa menghantar Kak Uda & Kak Cik di SMKDHAK ahad lepas, saya meninjau2 di sekitar Komplek Kailan bersama Kak Uda & Kak Cik juga Kakak tetapi tak jumpa buku ni.

Kemudian dalam perjalanan balik saya singgah di TESCO, niat nak beli bekalan sarapan untuk Kakak. Tetapi masuk ke TESCO baru saya teringat ada Popular disini. Punya lama meninjau2 hingga saya hampir putus asa setelah bertanyakan seorang remaja dirak novel melayu tu, tiba2 remaja itu menghulurkan saya novel yang saya cari, rupanya berada dihadapan saya.

Sampai rumah saya letakkan novel tersebut diatas meja buku bilik Kak Teh bersama sekeping nota ringkas. Saja saya tak balut buku tu. Sedang memantau Kakak menyiapkan kerja sekolahnya diruang tamu, saya terdengar Kak Teh menjerit dari dalam bilik & berlari keluar sambil menangis lantas terus memeluk saya dengan erat.

Sambil saya kata pada Kak Teh " apalah Kak Teh ni, dapat hadiah pun nak nangis". Sambil tu juga Kakak merungut2 kat saya kenapa Mama tak balut hadiah Kak Teh tu! Kak Teh kata dia terkejut tengok bawah nota saya tu ada buku yang memang dia idam2kan.

Tak lama lepas tu saya berbual dengan Angah. Angah tanya saya pasal buku tu. Rupanya kat Angah pun Kak Teh merengek nak buku tu. Saya katakan pada Angah semoga Kak Teh lebih rajin belajar, lebih dengar cakap lepas ni. Angah spontan kata, dapat novel rajin belajar apa!

Saya kata kat Angah, memanglah buku tu hanya sekadar novel, bukan buku belajar. Tetapi disebalik hadiah tu saya berharap Kak Teh akan faham apa maksud saya disebalik hadiah kecil tu....

Sebagai seorang Mama yang serba kekurangan... dimata suami & anak2 apatah lagi dimata masyarakat, saya mengharapkan dengan memenuhi hajat & permintaannya Kak Teh akan dapat menilai kasih sayang seorang ibu. Begitu juga buat semua anak2 saya yang lain.....


18 Januari 2010

Alah Bisa Tegal Biasa....

Assalamualaikum.....

Pernahkah anda tiba2 tidak lagi merasa perasaan yang sama seperti anda alami sebelum ini. Misalnya, jika sebelum ini anda akan merasa marah, geram, benci, sakit hati, ingin menangis, bila mengalami perkara yang sama berulang2 kali. Malah anda akan masih merasai perasaan itu walau telah berulangkali mengalaminya.

Tiba2 satu ketika, bila perkara yang sama berlaku pada anda, anda mengetahui lagi perkara yang sama... jiwa & perasaan anda tidak lagi merasa perasaan itu. Hati anda jadi keras untuk merasa apa2 perasaan lagi.

Anda tidak lagi mempedulikan perkara itu. Anda tidak mahu lagi ambil tahu tentang apa yang berlaku. Hati anda menjadi kosong untuk merasa apa2 perasaan lagi.

Sekadar meluahkan lontaran perasaan pada sahabat dialam maya...

Adakah perasaan seperti ini satu perasaan yang positif atau negatif?

Adakah perasaan ini menuju kearah kebaikan atau keburukkan?


Atau adakah perasaan ini satu petanda............