New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

19 Julai 2011

Nasi Ambeng WITH Kari Kambing.....


Assalamualaikum.....

Akhirnya berjaya juga majlis kenduri tahlil & doa selamat yang kami adik beradik rancangkan. Lebih kepada majlis Adik Johan & Adik Nanie yang buat aqiqah untuk anaknya. Kami yang lain menumpang2 saja, apa yang penting seronok dapat berhimpun bersama2 sekali sekala. Adik Faizal yang dah bertahun tak balik pun dapat balik bersama keluarganya.

Saya & Kak Uda sampai pagi khamis selepas bertolak dengan bas cepat ekpress rabu dari Sg Petani jam 10.30 malam. Sampai di Jementah jam 7 pagi. Adik Lia ambik kami berangkut dengan motor dari simpang masuk ke Taman Pelangi , penginapan Mak & Abah serta juga rumah Atam & Acik.

Selepas berhenti rehat sekejap dirumah Atam, Saya & Kak Uda cek in masuk ke rumah Mak & Abah. Selepas berehat lebih kurang saya mengemas2 lebih kurang rumah sementara menanti ketibaan Adik Nanie sekeluarga dari Batu Pahat & Adik Johan sekeluarga yang bertolak sekali dengan Adik Faizal sekeluarga.

Sebelum maghrib Adik Nanie sampai. Bertambah riuh rumah dengan jerit pekik Abby & Hawa. Kami membantu Adik Nanie menyiapkan cenderahati untuk majlis aqiqah anaknya keesokkan harinya.

Sambil2 menunggu ketibaan Adik Johan Saya & Adik Nanie berkunjung ke rumah Ateh & Along. Bila dah berjumpa memang macam2 yang kami bualkan. Ada saja yang mahu diketawakan, ditangiskan bersama...

Lebih kurang 10 malam Adik Johan sampai bersama Adik Faizal. Wah! Bertambah riuh rumah dengan suara2 kami yang bagaikan halilintar & jerit pekik anak2 buah Saya. Ketika ini jauh disudut hati Saya, Saya amat rindukan Adik & Kakak....

Selepas berborak lebih kurang kami berehat malam itu kerana pagi esok seharian hingga kemalam kami akan sibuk berewang untuk majlis tahlil, doa selamat & aqiqah hingga selesai majlis.

Sebaik masing2 selesai solat subuh, kami memulakan tugas masing2. Saya, Abah, Mak & Adik Johan ditugaskan kepasar membeli bahan2 basah & menambah apa2 yang kurang yang masih belum dibeli. Sebahagiaannya telah Mak & Abah siapkan. Sebahagian lagi dibawa Adik Johan & Adik Nanie.

Sebaik balik dari pasar adik beradik yang dirumah sudah pun mula berewang. Along sekeluarga juga dah sampai. Atam, Ateh juga dah bersinsing lengan didapur. Kami rewang adik beradik saja untuk penyediaan 10 dulang nasi ambeng.

Menu hidangan kami nasi putih, ayam tua masak ungkep, ikan masin bulu ayam goreng, sayur campur, serunding, mee goreng & yang paling special kari kambing, daging aqiqah untuk anak Adik Nanie, Abby. Kami juga menyediakan 2 tingkat pulut kuning yang dihiasi telur puyuh. ( ermmm kerja tangan Saya, Kak Long & Adik Nanie, amat cantik bila dah siap ).

Setelah siap kami rewangkan semua bahan, 2 hero Wak Kassim memulakan tugas2 memasak didapur. Semua menu ditumis & dimasak oleh mereka berdua Adik Johan & Adik Faizal dipantau oleh Kakak2 mereka serta boss besar & mem sehingga habis semua menu. Hujan rahmat mengiringi proses memasak, mujurlah ada kain kanvas dijadikan khemah ringkas.

lebih kurang jam 6 petang semua hidangan telah disiapkan. Proses merasa adalah masa yang amat best. Masing2 menyiapkan diri seanggun yang boleh untuk majlis. Tidak terasa pun penat walaupun menyediakan menu yang pelbagai.

Majlis bermula selepas isyak. Selepas maghrib proses menghidang ambeng dimulakan diketuai oleh mem besar. Alhamdulillah 7 dulang besar & 4 dulang kecil dapat kami sediakan.

Tidak lupa saya sertakan kiriman doa pada majlis tahlil ini buat kedua2 Allahyarham & Allahyarham bekas ayah & mak mertua saya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

Sebaik majlis bermula, kami & yang memang tidak biasa melihat kemeriahan kenduri ambeng tak lepas peluang melihat bagaimana hidangan dibahagi2kan sesama tetamu. Selepas menjamu kuih muih yang dihidangkan sebagai hidangan sampingan, tetamu2 mula membahagi2kan hidangan ambeng sesama mereka. Ambeng yang telah dibungkus di bawa balik bersama bungkusan kari kambing & kuih muih yang disediakan untuk dinikmati bersama keluarga dirumah. Satu adat yang amat unik, tidaklah ketua keluarga atau ayah sahaja yang dapat menikmati hidangan, tetapi satu keluarga boleh makan bersama.

Proses mengemas & membasuh tidak renyah sangat kalau kenduri ambeng diadakan kerana hanya menggunakan dulang. Tidak banyak pinggan mangkuk yang perlu dibasuh tidak seperti kalau kenduri secara hidangan.

Selesai kenduri kami yang singgle minggle sempat lagi ronda2 relise tension kat karaoke. Kalau dah namanya balik kampung, tiada istilah rehat atau tidur. Ada saja agenda yang kami rancangkan, maklumlah bukan senang nak berkumpul ramai2 sekaligus.

Semoga kami dapat selalu berhubung & berjumpa selepas ini. Saya tak mahu lagi menanggung sarat rindukan keluarga seperti puluhan tahun ini kerana banyak yang membataskan saya pulang kekampung sekerap yang boleh. Banyak aktiviti keluarga yang tidak dapat saya sertai lantaran memperuntukkan masa untuk keluarga sendiri, untuk suami & anak2.

gambar2 kenangan kenduri ambeng tahun 2010
gambar tahun ni masih ada pada adik nanie, nanti saya akan masukkan bila dah dapat gambarnya....

















5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jun, cer citer pada akak. Nasi Ambeng ni makan cara macam mana? Ramai-ramai satu dulang ke atau masing-masing ambil dan letak atas daun pisang untuk dimakan? Maaflah, kat tempat akak tak pernah ada tradisi macam ni.

Sari..

MaMa MoDeN berkata...

Salam Kak Sari.
Ambeng ni tradisi masyarakat jawa. Menu diletak & disusun dalam dulang besar. Mesti susun dgn cantik, menu ikutlah apa yg tuan rumah sediakan. lepas tu semasa majlis tahlil hidangan diletakkan didepan tetamu untuk ditahlilkan mohon keberkatan. sebaik habis majlis tahlil, tetamu dijamu dgn hidangan ringkas selalunya kuih muih & minuman. lepas tu stiap hidangan slalunya akan di agihkan kpd 4 org. 4 org ini akan dilantik seorang ketua utk tugas mbahagi2kan hidangan. tuan rumah akan sediakan daun pisang yg dibalut dgn paper & plastik untuk ttamu mbahagikan hidangan tadi. kmudian hidangan tu akan dibungkus & dibawa balik oleh ttamu & dinikmati bsama keluarga dirumah...

memang seronok kak kenduri ambeng ni... susah nak nak jumpa klu tidak betul2 dlm masyarakat jawa...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Jun atas penerangan jelas yang diberi. Baguslah kalau begitu. Setiap tetamu bawak balik bahagian masing-masing dan keluarga di rumah dapat menikmatinya dan InsyaAllah lebih keberkatannya.

Sari..

insan marhaen berkata...

Teringin nak makan la nasi ambeng ni. Selalu dengar tapi tak pernah jumpa...

MaMa MoDeN berkata...

salam im, nak makan nasi ambeng kena jd menantu org jawa... hehehhe gurau je..

kat area perak pun ada masyarakat jawa kan im, tak pernah jumpa ke majlis kenduri ambeng ni?...nak ajak ke johor kenduri lain kali tak patut sangat...

try2 ler cari im hilangkan rasa teringin tu... kalau kat johor ada jual bungkus kat pasar malam atau masa bulan ramadhan...