New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

18 September 2009

ANDARTU! @ ANDALUSIA! ATAU ANAK SOLEHAH!

Assalamualaikum.....

Lewat dinihari semalam saya mendapat sms dari seorang anak saudara. Satu sms yang saya rasa amat menekan dijiwa empunya penghantar sms.

" slm Mksu, sori adk ganggu mlm2. adk rasa sedih sgt ni. xtau la pasai pa, rasa jeles n dengki pd adk2 yg nak kawin... teruk adk ni kan mksu?"

Satu keluahan, luahan yang amat meruntun jiwa saya. Perasaan biasa, normal bagi saya yang dialami oleh yang empunya diri ketika berada diusianya.

Usia yang menginjak ke angka 30an, bagi gadis seusianya... tahun demi tahun melihat seorang demi seorang adik2 saudara sepupunya melangsungkan walimah. Setiap kali juga insan ini tidak pernah tidak turut serta melibatkan diri dalam majlis tersebut.

Kehadirannya dalam setiap majlis walimah pasti akan diserikan dengan gelak tawanya. Tapi rupa2nya selama ini dia memendam rasa. Memendam rasa pilu, sedih, gundah gulana, sayu, sakit hati malah sedikit perasaan dengki melihat adik2 sepupu yang masih muda lagi usia mereka daripadanya telah melangkah alam  rumahtangga.

Tapi majlis walimah yang akan diadakan beberapa hari saja lagi ni, tidak akan dihadiri oleh insan ini.

Beberapa hari lepas ketika saya bertanya mengapa tidak balik kenduri, jawapannya memang amat menyayukan hati...

Katanya dia tak sanggup melihat adik2 sepupunya berkahwin, demi menjaga hatinya untuk terus tabah dia membuat keputusan tidak mahu balik. 

Apakah sebenarnya yang melanda insan ini? Tidak lakukah?? Tidak punya teman untuk dijadikan pasangan hidupkah?? Tidak cantikkah?? 

Ohhh.. tidak insan ini mempunyai wajah yang cantik, berperikerti baik, punya kerjaya yang bagus malah sudah ada teman untuk dijadikan pasangan hidup.

Dah tu, kenapa tak kahwin??

Satu persoalan yang memang susah untuk dijawab oleh kita yang tidak berada ditempatnya. CiNTa TeRHaLaNG oLeH oRaNG Tua.....

Lantaran cinta tidak direstui, temannya tidak menepati ciri2 idaman mak & ayah, maka cinta mereka tergantung selama bertahun ini. Tiada upaya untuk melakukan apa2 kerana perkara ini seolah2 sudah muktamad bagi orang tuanya. Tiada rundingan.

Kerana menolak calon yang dimahukan mak ayah, insan ini terpaksa menanggung derita batin, derita perasaan. Kerana tidak mahu dijodohkan dengan calon idaman mak ayah yang berpendidikan agama, maka insan ini terpaksa menahan gelora dijiwa.

Sampai bila? Akan berterusankah keadaan ini? Sehingga dirinya bergelar ANDARTU! ANDALUSIA!

Siapakah yang bersalah? Dirinya? Temannya? Mak Ayah? Saudara mara yang tidak punya upaya untuk membantu? Masyarakat? Keadaan sekeliling?

Pendapat saya... sebagai ibu bapa memang kita ada hak menentukan jodoh anak. Tetapi anak juga ada hak. Mereka yang akan menerajui alam rumahtangga mereka. Mereka yang akan menentukan hala tuju hidup mereka. Berkeraskah kita dengan kuasa veto yang kita ada dalam menentukan jodoh anak!

Jika calon yang anak2 kita ada seorang kutu berahak, penghisap dadah, penyamun, samseng kampung dusun... mungkin kita boleh gunakan hak itu. Itupun demi keselamatan anak. Tapi jika mereka berkeras mahukan pilihan itu juga, apalah daya kita. Dari dihalang dan mereka melakukan perkara mungkar lebih baik dihalalkan saja hubungan mereka.

Hanya kerana kita mahukan calon menantu seorang ustaz, ustazah.. lulusan bidang agama dari AlAzhar misalnya, hingga kita mengenepikan perasaan anak. Memang itu calon terbaik yang kita ada, idaman semua ibu bapa. Tapi syukur jika pilihan itu diterima anak2, jika tidak.. mengapa perlu ada paksaan?

Bagi saya senang jer, biar mereka membuat pilihan sendiri, menentukan sendiri pilihan hidup mereka dan jika ditakdirkan berlaku apa2 dikemudian hari merekalah sendiri yang menanggungnya samada baik atau buruk. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul.

Buruk baiknya perjalanan hidup mereka akan terletak dibahu mereka tanpa kita akan dipersalahkan dikemudian hari.

Apa yang penting adalah kebahagiaan mereka. Apa jaminan yang kita ada bahawa mereka akan bahagia hanya jika berkahwin dengan pilihan kita dan akan menderita jika berkahwin dengan pilihan sendiri.

Adakah kerana ego yang setinggi Gunung Everest maka kita menidakkan naluri semulajadi seorang gadis yang ingin dikasihi & mengasihi, ingin disayangi & menyayangi juga ingin dicintai & menyintai.

Kepada yang empunya diri, maksu doakan dirimu akan terus tabah mengharungi hari2 yang mendatang. Kadangkala kita memang kena pendamkan perasaan sendiri demi menjaga hati orang2 yang kita sayang. Itu pengorbanan namanya. Jika pilihanmu ingin menjadi anak yang solehah dunia akhirat maka mungkin cinta yang perlu kau korbankan. Jika sebaliknya pula terpulanglah kepada dirimu. Bertegas bukan bererti derhaka. Mengatakan pendirian juga bukan bererti melawan hingga takkan mencium bau syurga.

Bertindaklah dengan bijak ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus manakala tepung tidak pula berselerak.


8 ulasan:

aineeA.S berkata...

simpati dgn anak saudara mama tu..mudah-mudahan Allah temukan jodoh yg baik utk dirinya..

Maiyah berkata...

salam mama.. sian dia.. moga satu hari terbukak hati org tuanya Insyaallah :)

Guru berkata...

assalammualaikum

jun, selamat hari raya
semoga anak buah jun menemui kebahagiaan yang dicari.amin

ZOOL@TOD berkata...

Setuju dengan mama dan pada masa yang sama simpati dengan anak saudara mama. Saya doakan semoga beliau cepat bertemu jodoh. Amin

liana berkata...

salam,saya juga senasib dgn anak sdra mama,masih sendiri wpun sudah 30-an..kalau boleh nak kenal kawan-kawan senasib..boleh juga isi masa dgn aktiviti berfaedah..
liana_izani@yahoo.com

Ummi Abdullah berkata...

Assalamualaikum mak su...
sedih sungguh adk baca artikel ni, ttp nangis walau byk kali baca pn..

betul n setuju sgt nasihat mak su...

"hanya ada SATU kata hkmah yang paling sesuai iaitu SABAR..."

Ummi Abdullah berkata...

Assalamualaikum..

Terima kasih mak su sbb tulis artikel yg menyayat hati. w/pun dah lali dgn kesedihan hati ini, tp tetap mengalir air mata bila baca artikel ni...mungkin teharu sbb difahami hatiku yg terluka ini.

adk sentiasa ingat kata2 hikmah n keramat yg m.su ingatkan dulu iaitu sentiasa ...SABAR...

kepada sahabat2 mak su @ mama @ jun, terima kasih kerana bersimpati n mendoakan diri ini.

insyaALLAH ku berdoa moga sentiasa di dalam golongan hambaNYA yg bersabar...

MaMa MoDeN berkata...

salam dik,
I'ALLAH doa maksu sntiasa bsama adik... klu pun ALLAH tak makbulkan spnuhnya doa maksu, cuma maksu bharap Allah bukakan pintu2 hati yg ttutup utk adik..

kpda liana, sudi2kanlah bknalan ngan anak buah mama ni.. (anak buah suami mama sbnarnya, mama hnya mnumpang kasih mereka)