New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

20 Ogos 2009

Bakat Anakku.....

Assalamualaikum.....

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi... cewah... yer2 aja.

Semalam 19 ogos, anak ke 6 saya Nurul A'dilah Farihah yang kami sekeluarga gelarkan Kakak, telah menyertai Karnival Pra Sekolah Daerah Timur Laut. Karnival diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Westland.

Kakak bersama 9 kawannya yang lain telah menyertai acara tarian. Sudah sebulan Kakak asyik bercakap tentang latihan tariannya di Sekolah. Nama jurulatihnya Cikgu Mija asyik bermain dibibir setiap hari. Sikit2 Cikgu Mija, sikit2 Cikgu Mija. Cikgu Mija itu, Cikgu Mija ini....

Cikgu bagi Kakak bawa balik cd & loceng untuk berlatih menari dirumah. Agak cuak juga hati saya, boleh ke Kakak ni menari. 

Wah! Hasilnya... hari ini saya saksikan persembahan hebat anak2 dari Pra Sekolah Tanjong Tokong. Terdapat keserasian yang amat menyerlah mereka menari jika dibandingkan dengan peserta2 lain. Kecantikan pakaian mereka juga lebih menyerlah.

Jika dilihat secara rambang memang mereka inilah yang akan menjadi juara. Reaksi penonton juga amat berbeza ketika menyaksikan persembahan mereka. Bukan kerana mereka dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong yang saya menjadi AJK PIBG disitu atau kerana anak saya masuk pertandingan itu, maka saya kata mereka hebat berbanding sekolah lain tetapi jika dilihat secara rambang memang itulah hakikatnya.  Tapi sayangnya mereka hanya mampu meraih tempat ke 3. Apa nak buat keputusan juri muktamad.

Tapi dari apa yang didengar kekalahan mereka hanyalah kerana kesilapan teknikal. Sepatutnya tarian mereka diwajibkan diiringi minus one sahaja, tidak boleh berlagu. Mungkin jurulatih tidak diberi taklimat dengan betul garis panduan & syarat2 pertandingan.

Kerana kesilapan itulah para peserta Pra Sekolah Tanjong Tokong hanya meraih tempat ke 3. Apapun tahniah kepada guru Pra Sekolah Cikgu Halimi & juga setinggi2 tahniah pada jurulatih mereka Cikgu Mija. I'ALLAH kita cuba lagi tahun hadapan untuk mendapat tempat yang lebih baik.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Apa kena mengena? Mestilah ada, masa saya sekolah dahulu saya aktif seni2 ni. Masa saya berada di Tingkatan 1, saya & 5 orang kawan saya telah menubuhkan satu kumpulan tarian zapin. Punya pulun kami berlatih untuk buat persembahan di sebuah sekolah, akhirnya disaat2 akhir "Ustaz" tak benarkan kami masuk acara tu kerana terlibat dengan pertubuhan kristian. Bila tengok Kakak dok pulun berlatih & menyaksikan persembahan mereka semalam, saya tersenyum sendiri mengingat nostalgia lama.

Tahniah & syabas anakku.....

kakak berdiri kiri sekali dalam keadaan kurang ceria kerana diserang demam jam 4 pagi hari pertandingan tu, mujurlah setelah makan ubat dia ok untuk ke sekolah.

cikgu mija asyik membetulkan makeup kakak, tupun saya dah pesan dari rumah bagi cikgu makeup. Entah dari mana, Kakak kata perempuan yang makeup2 ni perempuan tak elok. Saya lihat kakak asyik lap lipstik yang cikgu boh kat bibir dia.....

sian cikgu mija, asyik dok 'touch up' anak dara saya sorang ni sebelum & selepas pertandingan

kakak berdiri ditengah bergambar bersama rakan2 selepas meraih tempat ke 3

bergambar kenangan bersama cikgu mija yang bertungkus lumus melatih & menyolek 10 kanak2 ini. Saya yang membantu menyiapkan mereka pagi tu pun rasa macam tak boleh nak handle bab2 menata rias mereka ni. Tapi cikgu mija maintain relax je. Tahniah cikgu, jasa & budimu akan tetap dikenang.


5 ulasan:

Unknown berkata...

amboii... bergayanyee uniform team tariann.... siapa yg jahit baju ni

memang mantapp... tahniah walaupun dpt no 3

Hanya Seorang Insan berkata...

Salam. Maaf memberi komen pada tempat yang tidak sepatutnya. Saya menyokong komen anda dalam blog tersurat & tersirat cikgu shifu67 tu. Walaupun anda berada nun jauh di selatan berbanding cikgu itu, namun anda seorang yang matang. tentu anda faham maksud saya. salam ukhwah.

MaMa MoDeN berkata...

salam cikgu,
terima kasih. budak2, dapat no 3 pun dah suka. seronok tunjuk piala masing2. cikgu plak janji nak bawa p KFC.

baju, gerak tari, solekan semuanya cikgu mija tu yang uruskan, komitmen betul cikgu tu.

smoga Allah mberkati smua usaha2 murni semua insan yg bgelar cikgu...

MaMa MoDeN berkata...

salam Hanya Seorang Insan....
matang? hehehe mama moden dah tua, anak dah 7, kalau tak matang camno??

cikgu shifu67 bcakap dipihak, pandangan dia. saya plak walau bkn ssape dgn tok guru tapi rasa hormat pd dia. biasa btemu dgn tok guru dlm program, tahu sdikit sbyk pjalanan hidup tok guru, jadi kita bukan ssiapa nak mnilai tok guru. kita plak tahu kdg kala kata bicara tok guru slalu diputar belit.

adakah releven tok guru dkatakan amalkan ajaran sesat???

camna dgn pemimpin yg gila arak, gila perempuan, gila judi, bini pun tak pakai tudung! pegang pompuan bkn muhrim tanpa batasan, isteri blaga pipi bpeluk dgn pelakon, pmain sukan, tapi klu bcakap pasal islam ngalahkan ulama'. knapa pemimpin2 ini tak dkatakan sesat.

mungkin saya takkan trasa sgt jika mbabitkan pimpinan lain dlm PAS. tapi jika tok guru entahlah, jahil sgt kita.

mmg kita ada pandangan masing2 utk dptahankan. ada juga ptikaikan, klu nak ptahan kena pk2 dulu tapi kalau dgn tok guru rasanya tak perlu pk panjang... tok guru nik aziz lah imam saya, idola saya.

kalau saya mati & jika dibagi pilihan siapa nak imamkan solat jenazah saya antara tok guru nik aziz & tok najib... dah tentulah saya pilih tok guru...

anda bagaimana??? siapa pilihan anda???

Hanya Seorang Insan berkata...

saya setuju dgn pilihan mama moden tu. saya pun sama pilih tok guru. Kalo cikgu shifu xtaulah dia pilih siapa. hehe. selamat berpuasa