New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

31 Julai 2009

Salam Takziah.....

Assalamualaikum.....

Daripada Allah Kita Datang, KepadaNya juga kita kembali.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga YB Dato' Haji Hamdan Abdul Rahman kerana kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham pagi tadi.

YB Hamdan adalah ADUN Permatang Pasir di Parlimen Permatang Pauh. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dikelilingi keluarga di IJN jam 6.30 pagi tadi.

Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam

Baru-baru ini Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71..

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 beriman serta para syuhada.

Alfatihah.....

baca lagi

Tiada ulasan: