New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

11 Mei 2009

Jauh Dimata Dekat Dihati.....



Assalamualaikum....


Pada 9 mei yang lepas saya telah menghadiri Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Negeri pulau Pinang kali ke 20. Tahun ni adalah tahun pemilihan. Ada pertandingan pada jawatan ketua antara Kak Nurul Huda Yusof Rawa & Ustazah Rahmah Md Isa. Kemenangan berpihak pada Ustazah Rahmah. Tahniah diucapkan pada Ustazah. Sekalung tahniah juga harus diucapkan pada Kak Nurul Huda kerana telah memimpin Dewan Muslimat dengan cemerlang selama ini. Tahniah juga pada Kak Maziah & Kak Fadhilah yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan & Naib ketua serta 10 orang AJK yang berjaya dalam pemilihan.


Kali terakhir saya menghadiri Muktamar adalah pada tahun 2006. Sejak dari itu saya tidak dapat menghadiri mana2 mesyuarat atau muktamar di semua peringkat.


Tetapi pada 9 mei yang lepas hati saya tergerak untuk menghadiri muktamar yang diadakan di Dewan JKKK Sg Acheh Nibong Tebal. Muktamar dirasmikan oleh Dr Halimah Ali, Exco Dewan Muslimat Pusat yang juga ADUN Selat Kelang.


Ketika sampai majlis perasmian sedang berlangsung. Saya sempat juga mendengar ucapan YB Dr Halimah.


Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah perasaan saya ketika bertemu sahabat2 jemaah yang telah hampir 3 tahun saya tinggalkan. telah hampir 3 tahun saya tidak bersama mereka dalam mesyuarat atau program2.


Bersalam, bertanya kabar & berada dalam pelukan sahabat2 yang amat saya rindukan amat berlainan sekali. Rasa sebak mengiringi sepanjang saya berada di Dewan tersebut. Bila ditanya, disapa oleh sahabat2, kemana saya menghilang selama ini amat sukar untuk saya jawab.


Melihat pancaran rindu pada mata sahabat2 ketika itu melahirkan satu perasaan yang amat mengharukan dalam hati saya. Berada dalam dakapan Kak Nurul Huda, Kak Maziah, Kak Fadilah, Mak Tih Mariah, Norihan, Farhiyah, Mazlina, Rafidah, Azah & ramai lagi ketika itu membuat dada saya sebak.


Dan kemuncak kesayuan saya, akhirnya terhambur juga airmata ketika berada dalam dakapan Ustazah Rahmah. Entah mengapa ketika berada dalam dakapan Ustazah Rahmah saya tak dapat lagi menahan airmata. Saya teresak2 menangis ketika berada dalam dakapan Ustazah Rahmah. Tambahan lagi bila Ustazah meminta saya kembali ke Dewan Muslimat mencurah bakti. Dibawah kepimpinan Ustazah lah saya dilantik menjadi AJK Dewan Muslimat Negeri Pulau Pinang pada tahun 2000. Terima kasih diatas kepercayaan Ustazah.


Maaflah Ustazah & sahabat2 yang saya sayangi. Saya tak mungkin kembali bersama kalian walaupun hati saya meronta2 rindukan kalian & jemaah. Saya ingin sangat menangani program seperti dulu2. Saya ingin sangat ke muktamar & memberi ucapan.


Saya di bawa terlibat dalam jemaah kerana seseorang, dan kerana seseorang itu jugalah saya hentikan gerak kerja saya dalam jemaah. Walaupun ketika itu saya ikhlas berjuang kerana ALLAH tetapi kerana seseorang itulah penggerak & penamatnya perjuangan saya. Walau apapun saya tetap menyokong dari kejauhan.


Alangkah indahnya ketika berada dalam kecelaruan ini, ada mereka2 ini yang akan membuat jiwa saya damai. Alangkah indahnya ketika berada dalam kecelaruan ini saya berada dalam dakapan Ustazah Rahmah seperti dahulu mengadu perasaan. Alangkah indahnya jika ketika ini dapat mendengar tazkirah & nasihat dari Ustazah Rahmah & sahabat2 yang lain.


Walau apapun saya percaya, saya masih ada DIA diatas sana yang akan mendengar luahan & keluhan saya.....


Tiada ulasan: