New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

12 Mei 2009

Anak Zaman IT


Assalamualaikum....


Anak bongsu saya, Mohd Adnin Firdaus akan berusia genap 3 tahun pada 28 september nanti.

Bukan saya nak bangga atau mengatakan anak saya pandai kerana tentu ramai lagi diluar sana yang lebih pandai dari anak bongsu saya ni.

Tapi sebagai seorang mama padanya yang tidak berpelajaran tinggi, saya amat bangga padanya.

Dalam usianya yang sebegitu muda, dia telah dapat menguasai penggunaan komputer & laptop.

Puas saya berfikir, macammana dalam keadaan dia yang masih belum tahu membaca, malah baru kenal huruf setakat A B C sahaja, tetapi dia boleh buka apa saja kegunaan di komputer. Malah laptop babanya pun sekarang ni, pantang terletak diatas meja, akan dibukanya sendiri.

Bila saya berebut nak tengok cerita di TV, dia akan on komputer dan buka Tom & Jerry, Upin & Ipin, Spongebob kegemarannya dan segala macam cerita lagi. AF pun dia tahu buka, melalui You Tube agaknya. Saya pun tak berapa pandai nak cari benda2 ni sebenarnya.

Malah dia pandai pula sambil main games, dia akan buka lagu. Lagu yang paling dia minat lagu Aku Stacy. Dia akan main games sambil kepalanya terangguk2 mengikut irama lagu Stacy tu.

Segala macam games samada yang sedia ada di komputer ni atau dia akan cari sendiri di internet, dia akan main. Bila diperhatikan, rupanya dia akan melihat dengan penuh kyusuk sesiapa saja yang menggunakan komputer. Ssekarang pun bila ada kakak2 atau abangnya buka sesuatu yang baru, yang dia masih belum tahu, dia hanya akan memerhati. Kalau games baru misalnya, dia akan tengok cara2 permainannya. Lepas tu bila giliran dia, dengan senang je dia akan cuba pula.
Kalau dia tengah guna komputer, jangan haraplah orang lain akan dapat guna dengan senang. Kenalah pandai2 pujuk dia kalau nak guna. Kalau nasib baik dapatlah. Kakak pun kena mengalah dengan dia lani. Tapi kadang2 saya guna juga kuasa veto, saya ambil secara paksa. Mana boleh jadi asyik dia jer ngadap komputer ni.

Sekejap tadi, sewaktu saya membelek2 gambar2 keluarga dalam komputer ni saya terjumpa gambar2 dia masa kecil sedang menggunakan laptop baba. Saya tak perasan pun bila gambar ni diambil. Tentu masa tu, dia sedang mengacau baba ler tu. owh! rupanya dia dah minat dengan komputer sejak baby lagi.....


Mohd Adnin Firdaus : Dulu & Sekarang







2 ulasan:

SK Tanjong Tokong berkata...

Selamat Hari Ulang Tahun
Moga panjang umur dalam peliharaan Allah, harapan abang moga keluarga kita tetapkan bahagia selamanya. Salam sayang dari Abang.

guntur berkata...

Salam.
Wah, ada bakat budak kecik ni.
Mungkin makcik boleh korek bakat adik ni supaya dia boleh tumpu pada bakat tersebut dan menjadi lebih berjaya di masa hadapan.
Saya ada terjumpa satu formula menarik di laman Wikipedia tentang bakat.

Anugerah(gifted)+Peluang+Persekitaran+
Semangat+Latihan=Bakat

Semoga berjaya