New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

12 Disember 2008

Catatan di Dunia Cyber



assalamualaikum....
hari ni hari kedua saya ada blog. dalam kesekejapan dunia saya berubah. rasa macam tak percaya dapat mencatat sesuatu dalam dunia cyber. satu waktu dulu zaman anak dara saya memang suka mencatat sesuatu di diary.

tapi sejak berumahtangga kesibukan mengurus suami&anak2 membuat saya alpa pada diri sendiri, tiada masa untuk melayan perasaan sendiri. semua masa yg ada di peruntukan untuk suami&anak2. masa yang ada hanya untuk urusan rumahtangga......

sedar tak sedar masa berlalu kini dah hampir 20tahun kami melayari alam rumahtangga(4jun1989) takkan kulupakan tarikh itu....

dalam usia yg amat muda saya tamatkan alam remaja dan berkahwin dgn pilihan hati yg amat istimewa. dialah segalanya dalam hidup saya dulu kini dan selamanya....

dia yg mengajar saya erti hidup lebih bermakna, mengajar saya menjadi muslimah sejati. mengajar saya yg mana betul yg mana salah.... dia mendidik saya tentang hukum hakam agama..... terima kasih abang (Mohd Roshidan bin Hassan) budi&jasamu takkan ayang lupakan selagi hayat dikandung badan.... harapan ayang mahligai kita berpanjangan keakhir hayat dapat sehidup semati.....

ewah ewah meleret leret pulak dah cerita saya ni...... kenangan mengusik jiwa

ooooo ya semalam juga dapat keputusan anakanda ke empat saya Nurul Adeebah Farzana selepas UPSR dapat tawaran kemasukan ke aliran agama SEK MEN KEB TELOK BAHANG. 15hb ni p daftar, tapi saya dan babanya sepakat tak bagitau dia lagi...saja nak menyakat dia kononnya dia dapat ke SEK MEN TANJONG BUNGA je sebuah sekolah menengah harian yg kurang baik prestasi&displinnya.

dengan keputusan 3A 2B berkat usaha dia dalam menelaah pelajaran, walau kami sekeluarga sepakat dia boleh dapat lebih baik dari itu ALHAMDULILLAH saya bersyukur dengan kejayaan dia dan tawran ke sekolah yg ditawarkan.

dia juga akan mengikut jejak langkah 2 kakaknya Nurul Ain Fathihah&Nurul Amirah Fatin dan seorang abangnya Mohd Afnan Fathurrahman ke asrama. kakaknya Nurul Ain ke SMKA(P) Al-Mashoor semasa form 1 manakala kakaknya Nurul Amira&Mohd Afnan ke Maahad Mahmud...

ALHAMDULILLAH sebagai ibu bapa kami bangga dengan kejayaan mereka. harapan kami kejayaan hidup dunia akhirat sentiasa menjadi milik mereka....amin

cukup dulu setakat ni rasanya....

ermmm nanti senang2 akan ada lagi coretan kat sini.

Tiada ulasan: