17 Ogos 2011

Amat Tidak Mudah Sebenarnya....TIDAK MUDAH!!!

Assalamualaikum....

Tanpa Nama berkata...

saya merupakan silent reader blog anak sulung MM.tetiba tergerak hati melihat blog MM di bln puasa ini.sy pernah mengalami situasi sama dgn ank MM.ank sulung dr 7 beradik.dlm keluarga kami,abah merupakn insan yg plg byk menyumbang berbanding ummi yg byk 'memusnahkn'krn penyakit@perangai bengkeng n kuat curiga yg x dpt diubah.sampai pernah berdoa agar abah dpt kawin lg utk kebahagiaan dirinya.pernah cuba merapatkn abah dgn seorg cikgu andartu sek sy yg amat sy suka tp x berjaya,hehe.tp masa sy di uni,dia ada affair dgn seorg cikgu janda yg mengajar sesekolah dgnnya.disebabkan sy ank sulung n merupakn ank abah,dia memperkenalkn sy dahulu pd wanita itu.xtau kenapa,sy menangis semau2 slama berhari2 lps pertama kali berjumpa tu.pelik jugak rsnya sedangkn sblm ni beria2 nk lihat dia bahagia dgn mak baru.rupanya,dlm kelembutan n kecomelan wanita itu,slps mereka kawin,abah sy lebih menderita berbanding masa bersama ummi sy.mujurlah parents sy x bercerai waktu itu.kemudian,abah sy bercerai dgn bini no2.bahagia sekejap kami lps tu sbb ummi dh mcm berubah skit.perangai lamanya masih ada tp x kerap mcm dulu.tp sygnya bahagia x lama krn abah meninggal krn kanser pd 2008.skrg hanya menumpang kasih ummi sbb adik ramai yg dh kawin tp sy masih bujang lg.xleh manja2 ngn adik2 mcm dulu lg.sgt sedih waktu mereka berkawin sbb sy bagaikan mak ke2 mereka sbb ummi selalu emosi x stabil ms mereka kecik2 dl.lps kawin masing2 ikut suami,lebihkn suami.tp itu dh tanggungjwb mereka,xleh nk kata apa.kesimpulannya disini,walau seteruk manapun kelakuan MM ms jadi ibu mereka dl,selagi MM tetap menjaga mereka ms mereka kecil,tak lari jauh dr mereka,smpi 1 masa,Insya-Allah MM akn dpt blk kasih syg ank2.sy yg blh dikatakn musuh ketat ummi dulupun(sbb byk mempertahan abah n adik2) skrg kl blh nk blk duk dgn ummi.risaukn dia duk berdua saja dgn adik bongsu.rupanya ada hikmah di sebalik kejadian.walaupun seteruk mana ummi sy dulu dan sebaik mana wanita lain di mata saya,ummi sy tetap berada no 1 dlm hati.rasa2nya ank MM pun cmtu juga.Insya-Allah..

15 Ogos 2011 5:38 PM


Berikutan catatan saya ini, saya menerima banyak juga komen dari rakan2 alam maya. yang terbaru saya terima komen yang saya copy pastekan dicatatan saya ini. Saya utarakan disini berikutan keadaan terbaru yang saya alami sejak dua menjak ini, lebih2 lagi sepanjang ramadhan ini.

Saya sendiri tak pasti akan keadaan ini. Saya telah selesa dengan keadaan ini. Saya juga mengandaikan pihak disana juga sedang dalam keadaan selesa & bahagia dengan keadaan kami sekarang. Alhamdulillah, tepatlah dengan apa yang telah kami putuskan 31 mac yang lalu. Syukur Allah juga permudahkan jalan yang kami pilih. Dalam sendu pilu saya teruskan juga lalui apa yang telah Allah tentukan buat saya. Saya tak mahu menoleh kebelakang lagi. Saya mahu meneruskan hidup saya dengan lebih baik.

Apa yang lebih membahagiakan saya, hubungan saya dengan anak2 semakin baik berbanding semasa saya masih dalam hubungan perkongsian dahulu. Keadaan saya dengan anak2 semakin panas dahulu. Malah pernah selama 2 bulan saya tidak saling menghubungi anak2 lantaran salah sangka & bermacam perasaan antara kami.

Disebalik semua kejadian antara saya & anak2 akhirnya saya rumuskan adalah kerana hubungan saya dengan suami ketika itu. Hubungan yang selalu panas & berantakan menjadikan anak2 saya sebagai mangsa keadaan, mujurlah saya cepat sedar. Keputusan meleraikan pertalian yang ada akhirnya mencantumkan semula hubungan kasih sayang saya dengan anak2.

Walau satu ketika saya pernah merasakan saya telah hilang kasih sayang & perhatian anak2 tetapi bermula detik keputusan nekad kami ambil, akhirnya saya mendapat semula kasih sayang & perhatian anak2. ( walau mungkin kasih sayang mereka pada saya tak pernah hilang, perasaan saya yang menyangkakan begitu ).

Hari ini sudah 4 bulan 17 hari saya bergelar ibu tunggal. Saya amat bersyukur hubungan saya dengan anak2 amat baik walaupun kami berjauhan. Sesekali berjumpa kami luangkan masa bersama dengan berkualiti. Walau berjauhan kemudahan dihujung jari kami gunakan agar kami saling tahu keadaan masing2. Walau semua itu tidak dapat menghilangkan rasa rindu atau mengembalikan keadaan sama seperti puluhan tahun ini, saya tetap bersyukur dengan keadaan itu.

Anak2 saya masih boleh bercerita hal2 mereka dengan terbuka pada saya. Yang remaja masih boleh bergelak ketawa bercerita hal2 sekolah & rakan2 mereka kepada saya. Masih boleh juga bercerita tentang 'buah hati' mereka pada saya. Kami masih boleh ketawa & menangis bersama macam dulu. Tiada apa yang merubah kami, walau saya jauh dimata anak2 hakikatnya saya pasti, saya dekat dihati anak2.

Pada dua yang kecil itu juga saya cuba sedaya upaya memberi perhatian yang lebih ketika kami berpeluang bersama. Pernah Kakak merajuk ketika saya tegur dia pada satu perkara, lama dia mendiamkan diri. Bila saya tanya marah ke mama tegur kakak, jawapannya pada saya " sekarang kakak dah selalu kena marah, bila dok ngan mama kakak tak mau mama marah kakak"... Aduhai anak, jadi anakku sazali lah pulak nanti kalau sampai mama tak boleh marah.

Yang si kecil Adnin pulak asyik selalu memeluk & mencium saya ketika kami bersama. Setiap kali mahu bercerita dalam pelat tata tuturnya pasti dia akan mulai dengan ayat " mama tahu tak.....bla bla bla".... ialah kerana tidak selalu lagi bersamanya pasti dia merasakan banyak perkara yang mahu diceritakan saya tidak tahu.

Bermacam perkara juga yang telinga saya dengar dari anak2 apa yang berlaku dirumah yang dulunya saya huni. Memang bukan layak lagi saya nak masuk campur urusan keluarga mereka, apatah lagi hal ehwal rumahtangga mereka. Tetapi bila membabitkan anak2 saya, seharusnyalah saya ambil tahu. Cuma saya tak tahu bagaimana perlu saya libatkan diri bila apa yang akan diuatarakan nanti akan dinafikan. Bila mata hati sudah tidak nampak apa yang seharusnya dilihat, saya merasakan tidak guna bercakap apa2 lagi. Lebih menambahkan serabut yang ada. Jadi saya hanya meminta anak2 meneruskan hidup dengan apa adanya...

Selama 4 bulan lebih ini, hubungan saya dengan bekas suami juga biasa2 saja. Bila ke Penang menziarahi anak2 atau sewaktu mengambil anak2 ke SP kami cuma sekadar bertanya khabar, itupun jika surinya tiada dirumah. Bila surinya ada, kami tidak bersua muka pun. Saya sekadar menunggu anak2 dibawah & terus kembali kedestinasi, itu lebih baik dalam fikiran saya. Saya tahu hati wanita.....

Agak lama kami tidak berhubung. Semasa dalam iddah dulu ada juga dia bertanya khabar & seperti selalu ajakannya untuk ajak saya rujuk dalam tempoh iddah tetapi dalam keadaan sembunyi2, dalam keadaan terang pun saya tak mahu apatah lagi dalam keadaan sembunyi2. Selepas habis tempoh iddah, dia tidak menghubungi saya, apatah lagi saya. Semasa masih suami saya pun, ketika dia bersama yang sana, tidak sekali2 saya menghubungi dia. Inikan pula saya sudah tidak punya hak untuk menghubungi dia lagi.

Hinggalah semenjak bermulanya ramadhan ini hampir setiap hari dia menghubungi saya samada melalui telefon atau mesej. Hampir setiap hari, malah kadangkala sehari 2 kali dia hubungi saya bertanya khabar. Pernah juga panggilannya saya biarkan samaada ketika itu saya sedang bekerja ataupun saya tak tahu nak bercakap apa dengannya.

Seperti biasa kata2nya sejak dahulu... masih sayangkan saya, masih rindukan saya. Amat rindukan masakan saya, bebelan saya & segalanya tentang saya. Katanya dia selalu menangis bila terlalu rindukan saya & macam2 lagi termasuklah keyakinannya untuk kami kembali bersama semula. Katanya kali ni dia tak kisah lagi apa yang orang sana mahu atau tidak, nak atau tidak, setuju atau tidak!!! Katanya dia mahu habiskan hari2 tua bersama saya, dia mahu saya menjaganya ketika sakit, dia mahu saya masakkan makanan yang selalu saya masakkan untuknya puluhan tahun ini....

Dia juga asyik bercerita tentang penyakit kencing manisnya, ada pasang surut. Dia juga memaklumkan pada saya tentang isterinya yang sedang dalam keadaan tidak sihat kerana baru sahaja menjalani pembedahan membuang rahim, penyakit yang sebelum ini sudah dia & saya ketahui.

Kadangkala malah selalunya kata2nya yang bernada pilu saya sambut dengan gelak ketawa. Saya ucapkan tahniah padanya kerana pandai memilih isteri yang lebih baik & lebih sempurna daripada saya. Saya juga ucapkan selamat berbahagia dengan jalan yang telah kami pilih. Teruskan apa yang telah kami lalui, jangan menoleh kebelakang lagi.

Saya katakan padanya saya tidak pernah pun bertahta dihatinya selama ini. Selama puluhan tahun saya hidup bersamanya dengan bayangan kisah cinta silamnya. Saya rela laluinya kerana saya tahu saya hadir kemudian dalam hidupnya. Sebab itulah ketika dia memulakan cinta baru, saya tidak mahu lagi seiring membina cinta itu, cukuplah selama puluhan tahun saya hidup bersamanya dengan bayangan cinta silamnya. Saya katakan padanya, belumpun cintanya utuh buat saya, dia belumpun melupakan cinta silamnya dia sudah membina cinta baru, maka bagaimanakah dia boleh ada rasa rindu setelah kehilangan saya!!!....

Berulangkali dia menyatakan kami akan bersama semula nanti....Menghabiskan hari2 tua kami bersama. Merealisasikan impian kami dihari tua di rumah yang dibelinya ini.

Saya juga katakan padanya, saya masih belum sempurna untuk menjadi surinya semula. Saya masih belum cukup terbaik untuk menjaga dirinya, makan minumnya. Saya juga masih belum bijak untuk menjaga hati & perasaannya dengan baik. Saya masih orang yang sama sebelum kami berpisah dahulu. Tiada apa kebaikan yang telah merubah saya untuk melayakkan saya menjadi surinya semula. Dia akan menjuramkan dirinya kelembah derita yang telah dilaluinya puluhan tahun bersama saya jika dia mahu saya menjadi surinya semula. Dia akan melalui saat2 tidak bahagia semula bersama saya jika impiannya itu menjadi kenyataan berbanding bahagia yang telah dikecapinya selama 1 tahun 2 bulan 22 hari selama ini.

Saya katakan padanya, percaya & redha saja pada jodoh yang telah Allah tetapkan untukknya. Pilihannya memilih isteri yang seusia dengannya tentunya lebih memahami kehendak masing2. Dia tidak sihat, isterinya juga tidak sihat jadi boleh saling menjaga antara satu sama lain. Pilihannya memilih isteri yang agak berada juga mudah2an memberi banyak kelebihan padanya dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Saya katakan padanya cinta saya buatnya sudah tiada. Sudah hilang dibawa angin lalu melalui peredaran masa. Pengalaman mengajar saya lebih berhati2. Terlalu banyak kata2 & perbuatan serta sikapnya yang telah membuang rasa cinta saya itu. Sungguh, pernah selama 23 tahun cinta itu terpahat kukuh dihati saya, cinta itu hanya untuknya. Walau saya selalu dilabelkan sebagai tidak sempurna, bukan yang terbaik untuknya tapi rasa cinta saya itu hanya untuknya selama ini. Bagaimana pun tanggapan orang sekeliling tentang sikap tidak baik saya padanya namun jauh disudut hati hanya Dia yang terbaik buat saya selama ini, selama saya menjadi isterinya. Mengapa kadang2 ada sikap saya yang kurang wajar padanya hanya saya & Dia yang tahu. Tetapi saya tahu, Dia juga takkan nafikan ketika waktu normal sayalah yang terbaik & paling sempurna buatnya. Itu yang pastinya Dia akui, sejak dulu malah hingga saat ini.

Bukan tujuan saya mahu mengaibkan insan yang telah membuat saya bangga menjadi mama permata2 hati saya dengan catatan ini. Tetapi itulah yang saya rasa. Jauh disudut hati saya, saya hargai apa yang dilakukannya sekarang. Usahanya untuk mendapatkan kembali cinta saya ( mungkin ) amat saya hargai. Usahanya memohon saya kembali semula padanya memang membuat saya terharu. Kata2nya memuji & merindu segala2nya tentang saya amat menusuk kalbu saya. Itu hakikatnya... kerana saya wanita biasa, wanita yang punya hati & perasaan. Apatah lagi segala kata2 indah itu datangnya dari insan yang pernah saya sayangi & cintai sesungguh hati, DAHULU!!! Sebelum berakhirnya ikatan itu.

Malah tidak keterlaluan saya katakan, sebenarnya kasih sayang, cinta itu sudah luruh sebenarnya pada pagi 26 jun 2010 yang lalu. Cinta saya padanya telah gugur ketika rayuan saya dengan airmata agar dia menimbangkan semula niatnya tidak dia hiraukan. Saya ditinggal pergi tanpa sedikitpun pujukannya. Dia pergi meninggalkan saya menuju hari bahagianya ketika airmata saya jatuh berderai. Ketika itu cinta saya buatnya sememangnya telah gugur bersama deraian airmata saya. Tetapi hati saya menafikannya. Hati saya masih mengharap agar cinta itu kembali semula. Malah pada pagi itu juga saya katakan pada hati & perasaan saya, jika suatu hari dia merayu & memohon sesuatu pada saya... Rayuannya tidak akan saya hiraukan! Mungkin inilah agaknya masa & ketika itu!

Dalam pada dia meluahkan kata2 indahnya pada saya sejak dua menjak ni, mungkin dia sudah lupa. Sememangnya telah banyak yang dia lupa tentang saya. Saya pernah katakan padanya, selagi ada cinta saya untuknya dalam hati saya, saya akan bertahan walau apapun dugaan & cabaran yang mendatang, tetapi bila cinta itu sudah hilang ianya takkan kembali semula.......

Saya bukan mahu membangga diri atau bercakap takbur & bongkak. Takdir masa depan saya tidak tahu, tapi saya memang berharap tidak akan kembali semula kejurang yang saya pernah jatuh dahulu. Saya tidak mahu jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Tidak mudah saya nak bangun dari jatuh dalam jurang itu....

Saya pernah merasa bangga menjadi isterinya selama 21 tahun 10 bulan. Kini saya berharap cukuplah sekali saya menjadi isterinya. Cukuplah sekali saya membuatnya merasa derita bersama saya, saya tidak mahu kali kedua membuatnya menderita. Teruskan bahagia yang telah dikecapinya. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaannya yang tidak pernah dia rasakan bersama saya selama puluhan tahun. Saya akan pegang & selalu ingat akan kata2nya yang bahagianya ada 'disana'. Dia minta izin saya memberinya peluang membina bahagia. Nah! sekarang peluang & ruang itu sudah saya berikan dengan seluas2nya.

Biarlah masa & keadaan menentukan!!! Kita merancang, Allah jua merancang pastinya perancangan Allah adalah yang terbaik....



10 ulasan:

  1. bila sunyi baru kita tahu bising itu menghiburkan.

    bila kesaorangan baru kita tahu ramai itu meriakan.

    bila diam baru kita tahu cecernya itu adalah kepedulian.

    bila sekarang baru tahu bahawa pahit dulu itu adalah satu kemanisan

    oleh kerana dulu takkan kembali hari ini adalah yang terbaik untuk dipelihara

    kita lihat ke dalam diri
    kita lihat ke hadapan
    kita berdirilah atas keputusan ini
    jangan toleh-toleh lagi

    sesunggunya dulu kita sudah buat yang terbaik
    maka hari ini kita berjalanlah dengan segala kekuaatan yang ada

    esok bukan milik kita
    kalaupun milik kita Allahlah yang tentunya sinarnya.

    selamatlah MM. selamatlah dalam segala usaha untuk meneruskan sisa hidup yang masih ada

    semua sunnah sudah MM laksanakan.. bersuami dan beranak.

    cuma satu sahaja yang masih belum selesai
    janji dengan Tuhan!

    BalasPadam
  2. salam IM,
    terima kasih sahabat kerana tidak jemu2 mberi kata2 nasihat berhikmah buat MM wlupun IM sendiri punya masalah sndiri.... I'Allah MM takkan mnoleh kebelakang lagi... biar mereka dgn 'bahagia' mereka, MM dgn diri MM...:)mnunggu janji Allah itu PASTI!...

    BalasPadam
  3. salam. cukup2lah mengaibkan bekas suami. masa masih suami sudah cukup diaibkan dan dilondehkan maruahnya dalam blog ni. skrg bertitle bekas suami pun masih diaibkan juga. cukup2lah, MM. makin byk MM bercerita aib orang, makin byk aib MM sendiri yg terdedah sbnrnya.. maaf.

    BalasPadam
  4. salam
    terima kasih tanpa nama yang berani berkata2 tanpa nama..
    macam saya katakan saya tak aibkan ssiapa, tapi skadar mluah apa yg saya rasa & lalui... kalau saya salah, salahlah saya... kalau saya betul betullah saya...

    BalasPadam
  5. jangan di endahkan tanpa nama diatas. saya tidak melihat pun anda mengaibkan bekas suami.
    malahan saya amat bersetuju dan menyokong tindakan anda. bukan untuk membatuapi tapi sejujurnya saya sendiri tak akan mampu sesabar anda memberi dia banyak peluang. memang wajar lah hati anda sudah hilang cinta. muga anda kuat dan yakin dengan pilihan anda dan hanya kepadaNYA kita berserah dan memohon keampunan, pertolongan, kekuatan,hidayah dan keyakinan. Muga semua redha dan yakin akan hikmah terjadinya perpisahan ini.

    BalasPadam
  6. sis,
    I'Allah hati saya mmg sudah keras..
    saya tak hidup atau mati hanya dgn kata2 orang..

    saya bukan btujuan mengaibkan ssiapa, tetapi slama ini saya yg rasa saya amat aib dgn diri saya, bgitu tak smpurnanya saya dimata 'dia' atau yg sewaktu dengannya, tiada langsung baik sya...

    sekarang saya cuma mahu yg berkenaan tahu apa yg sebenarnya...

    kalau saya tak smpurna, maka dulu, sekarang atau akan datang saya tetap saya, masih tak sempurna utk ssiapapun, lebih2 lagi untuk 'dia'...

    saya pernah sekali menafikan perasaan saya, ketika dia berlutut dgn skuntum bunga minta saya maafkan dia, saya buang smua perasaan sya, saya terima dia... tapi kini hati saya utk dia sudah tiada, kalau dia bawa bunga satu kontena,blutut camna cara pun pd saya... hati saya ssh & seboleh2nya saya tak trima

    bukan ckp sombong atau takbur, jauh skali riak.. klu dia slalu mmujuk saya dgn bkata slalu bdoa ada smula jodoh kami, saya pula bdoa agar saya tidak menjadi isterinya smula.. cukuplah sekali slama 21 tahun...

    BalasPadam
  7. Hello it's me, I am also visiting this web site daily, this website is in fact fastidious and the visitors are really sharing pleasant thoughts.

    Here is my web-site; learning-support.tntcareernet.com

    BalasPadam
  8. Great post. I was checking continuously this blog and I'm impressed! Extremely helpful info specially the last part :) I care for such information a lot. I was seeking this certain info for a long time. Thank you and good luck.

    Also visit my website ... communication in advertising

    BalasPadam
  9. You could certainly see your expertise in the article you write.
    The sector hopes for even more passionate writers such as you who aren't afraid to mention how they believe. Always follow your heart.

    Also visit my website portal-spb.com

    BalasPadam
  10. I feel this is one of the most vital info for me. And i am glad studying your article.
    But want to observation on some normal things, The web site taste is ideal, the articles is truly nice :
    D. Excellent job, cheers

    Feel free to visit my site: pr articles

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan