Assalamualaikum.....
Hidupnya selama 23 tahun bergelumang dengan tugas mendidik. Mendidik, mengajar, mencurahkan ilmu kepada anak2 bangsa yang memerlukan ilmu pengetahuan. Dia mencurahkan bakti dimana saja ditempatkan tanpa mengira waktu. Tanpa pernah bersungut dengan segala penat lelah.
Tidak pernah Dia mengeluh dengan segala ilmu yg diberi. Senyuman sentiasa terukir dikala menghadapi kerenah anak2 didiknya serta para waris..
Akhirnnya setelah bergelumang dengan dunia pendidikan selama 23 tahun, insan yang amat saya sayangi ini dianugerahkan satu anugerah yang amat bermakna dalam hidupnya.
Hari ini tentulah hari yang indah bagi insan kesayangan saya ini. Walaupun bukan anugerah yang dikejar, tetapi dengan penganugerahan ini, bererti sebuah pengiktirafan dari pihak atasan buat dirinya....
Buat Abang yang amat Ayang sayangi, cintai, rindui... tahniah Ayang ucapkan diatas penganugerahan ini. Memang Abang layak mendapatnya. Teruskanlah usaha murnimu mendidikanak bangsa, kerana dengan menjadi seorang cikgu, ilmu yang Abang curahkan akan terus berkesinambungan...
Abang... Ayang & anak2 ucapkan sekalung tahniah atas kejayaan abang ini. Percayalah kami akan sentiasa berada dibelakang abang, menyokong setiap langkah atur abang dalam suka mahu pun duka, dalam susah mahupun senang.....
kami sayang abang dunia & akhirat....
Tahniah. Apa pun saya percaya suami mama telah berkhidmat dengan cemerlang sejak dari dulu lagi, cuma kali ini diberi/ diiktiraf oleh jabatannya.
BalasPadamSalam,
BalasPadamTahniah juga sweetie ucapkan pada Ju sekeluarga. Semoga bahagia berpanjangan.
Salam zool&kak lina,
BalasPadamthanks atas ucapan... sebagai isteri mama tahu bukan anugerah yg suami harapkan atas usaha dia mendidik anak bangsa.. tetapi jun tahu dia layak mendapatnya kerana segala usaha beliau selama ini...
mama doakan suami akan berjaya..berjaya & terus berjaya!