10 April 2010

Adikku... Sudah Takdir Kita!

Assalamualaikum.....

Ketika melalui saat yang penuh cabaran & dugaan ini, saya teringat pada adik perempuan saya yang seorang ni. Kami agak rapat sejak kecil hingga sekarang. Banyak perkara yang boleh kami kongsikan bersama. Banyak masalah yang kami berjaya atasi secara bekerjasama baik masalah keluarga atau sebagainya.

Sudah ditakdirkan kami berkongsi juga takdir dari Allah untuk perkara yang sama. Berkongsi sesuatu yang amat kami sayangi. Sesuatu yang paling berharga. Takdirnya dia menumpang kasih orang, saya pula akan ditakdirkan memberi peluang orang lain sama2 menumpang kasih sayang.

Saya melihat kebahagiaan mereka walaupun secara luaran. Hakikatnya hanya mereka yang mengetahui. Apapun saya berharap akan memulaikan hakikat takdir ini dengan lebih baik.

Saya akan selalu berhubung dengan adik saya ini untuk mengambil sedikit petua sebagai penyejuk hati...

Syabas adikku, kakakmu ini bangga denganmu kerana sentiasa tahu membawa diri sebagai orang yang hadir kemudian. Ketahuilah mengalah bukan bererti kita kalah tetapi berjuang untuk sentiasa menang, kalaupun bukan menang didunia I'ALLAH diakhirat kelak...



Dik Nanie, akak bangga dengan ketabahanmu. Semoga akak juga akan kuat & tabah walaupun situasi kita berbeza....

2 ulasan:

  1. Emm..kita akan berasa amat tenang jika hukum Allah di terima dan di fahami, sebagai isteri/perempuan memang hakikat nya berkongsi kasih. Suami dan Kasih pun hanya di pinjamkan oleh Allah,suatu hari nanti kita akan kembali juga. Emm... Ramai perempuan islam tak dpt terima hukum Allah bahawa lelaki islam boleh kawin empat.
    Memang susah nak terima tapi kena lah latih diri jika kita mengaku sebagai wanita yg kuat pegangan dan menyintai Allah.
    Redho dan redho, Allah tidak mungkir janji. Adik dah tentu nya dah dpt booking 'tempat yg di janjikan' di akhirat kelak.

    BalasPadam
  2. Sebagai seorang islam yang mengaku beriman, kita akan pasti diuji, diuji dan diuiji. Akhirnya kita sendiri akan menyedari bahawa setiap ujian itu merupakan satu langkah untuk kita mendapat keredhoaan Allah. Semoga Mama Moden tabah menghadapi ujian ini walaupun berat bahu memikulnya. Insyaallah Allah bersama orang-orang sabar dan redho. Percayalah

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan