06 Mac 2010

Mesyuarat Agung PIBG SKTT... Alhamdulillah Terlepas Sudah Satu Tanggungjawab!


Assalamualaikum


Alhamdulillah selesai sudah mesyuarat agung PIBG SKTT yang melepaskan saya dari satu tanggungjawab yang telah dipikul selama 6 tahun. Saya telah diamanahkan sejak tahun 2004 hinggalah berakhirnya sessi 2009 pagi tadi.

Alhamdulillah dengan mendapat YDP, NYDP, AJK dikalangan ibu bapa & guru yang semuanya orang baru, adalah diharapkan PIBG SKTT akan lebih mantap membantu pihak sekolah kearah kecemerlangan anak2 didik SKTT.

Agenda mesyuarat agung pagi tadi telah dimulakan dengan satu ceramah menarik berkaitan perkembangan kanak2 yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Sazmani yang juga isteri kepada Tuan Guru Besar SKTT.

Majlis mesyuarat agung telah dirasmikan oleh Pengerusi Qaryah Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong Tuan Haji Rashid. Saya tertarik dengan intipati perasmi yang antaranya menyebut tentang semangat. Beliau mengatakan semangat yang berkobar2 dari ibu bapa, waris haruslah seimbang dengan penggunaannya. Semangat yang baik harus digunakan membantu pihak sekolah menjalankan tugas mendidik. Ibu bapa tidak harus sewenang2nya menyerang guru sesuka hati jika berlaku rasa tidak puas hati pada pihak sekolah.

Semasa agenda pemilihan AJK baru tahun 2010, ada juga yang mencadangkan nama saya sebagai AJK. Tetapi kerana suami saya telah dipilih lebih awal, saya merasakan ini peluang saya untuk berehat dari tanggungjawab yang telah saya galas begitu lama. Saya saja AJK lama yang masih dalam saf kepimpinan, sedangkan orang lain silih berganti.

Saya menolak pencalonan tadi memandangkan sudah ada suami saya di dalam kepimpinan. Cukuplah seorang waris sahaja yang terlibat sebagai AJK. Saya mengatakan tadi, jangan ada kroni dalam pemilihan jawatan.

Lagipun saya mahu lari dari bayang2 suami. Jika sebelum ini beliau bertugas sebagai guru di SKTT, manakala saya sebagai AJK begitu lama. Setiap kali hadir ke sekolah untuk apa2 sahaja aktiviti saya merasakan pandangan warga SKTT kepada saya ialah saya sebagai isteri seorang guru di SKTT, bukan sebagai AJK PIBG.

Mungkin suami saya pun dah naik malu selama ini kerana sering dikaitkan dengan saya dikalangan rakan2 sekerjanya. Waktu ke mesyuarat tadi pun saya pergi berasingan. Walaupun selama ini saya cuba berusaha mengelak berdekatan dengannya jika hadir ke program disekolah.

Saya ingat tahun ni jika saya terlantik lagi, saya akan menjadi diri saya kerana suami sudah berpindah sekolah. Tetapi syukurlah saya diberi peluang berehat dengan perlantikan suami pula sebagai AJK.

Tahniah juga kepada satu2nya rakan AJK saya yang masih berkhidmat dalam AJK PIBG SKTT 2010 malah saya telah mencalonkan beliau sebagai YDP iaitu YM Raja Jaafar. Dengan komitmennya dalam mesyuarat & pelbagai aktiviti di sekolah, memang layaklah beliau menyandang jawatan YDP. Walaupun beliau tidak berapa pandai bercakap & bergaya, sekurang2nya beliau rajin buat kerja.

Tahniah juga kepada semua AJK guru & ibu bapa yang telah terlantik bagi tahun 2010 ini. Semoga PIBG SKTT akan lebih cemerlang & terus memberi kerjasama yang baik kepada pihak sekolah, kepada Tuan Guru Besar.


Selamat Bertugas

Saf kepimpinan baru PIBG SKTT 2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan