12 Mac 2010

Akhirnya.....


Assalamualaikum.....


Masih ingat pada cerita kawan saya Kak Siti? Akhirnya tiada jalan yang harus diambil oleh Kak Siti kecuali berpisah dengan suami yang amat dicintainya & anak2 tersayang. Walau berat keputusan yang mahu diambil tetapi itulah yang terbaik bagi dirinya.

Bila mendengar luahan suami yang suaminya sudah hilang rasa cinta pada Kak Siti selama bertahun, suaminya meluahkan rasa tidak bahagia selama lebih 20 tahun berumahtangga melayari bahtera perkahwinan, Kak Siti merasa bersalah.

Merasa bersalah kerana tidak mampu menjadi isteri yang baik, yang solehah seperti mana yang suaminya mahukan. Walaupun Kak Siti merasakan dia sudah melakukan semampu, terbaik yang Kak Siti mampu lakukan.

Kak Siti mengalah berundur diri demi kebahagian yang suaminya mahukan. Kak Siti memberi peluang kepada insan lain untuk membahagiakan suaminya mengikut seperti apa yang suami Kak Siti mahukan yang tidak mampu Kak Siti berikan selama puluhan tahun ini.

Jika suami Kak Siti memberitahu telah menemui cinta baru tapi masih menyintai Kak Siti seperti dahulu tanpa berkurangan walau sedikit pasti Kak Siti tidak akan memilih jalan berpisah. Kak Siti tidak keberatan berkongsi kasih sayang. Kak Siti rela dimadukan.

Tetapi bagi Kak Siti tanpa cinta&kasih sayang, hidup bersama suami tidak bermakna. Kak Siti tidak mahu hidup hanya berpandu & berasaskan sekadar satu tanggungjawab suami isteri atau hanya kasihankan anak2.

Kak Siti tidak mahu terus menambah dosa kerana takut jika diteruskan perkahwinan mereka Kak Siti akan merasa tidak ikhlas melayan suaminya lahir & batin.

Menurut Kak Siti mereka suami isteri sudah berbincang secara baik hati ke hati. Tidak akan ada permusuhan antara mereka. Mereka akan terus menjadi sahabat yang baik demi anak2 mereka.

Sekali lagi, sabarlah Kak Siti....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan