Assalamualaikum.....
" Assalamualaikum, yang dihormati pengerusi majlis & Dr.. Saya adalah salah seorang peminat web Dr dikalangan berjuta peminat di Malaysia ni. Saya tak pasti adakah soalan saya ni dibenarkan, tetapi saya ingin tahu secara jujur dari pihak Dr, siapakah dalang disebalik penangkapan Dr. ADakah dari Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri? Kerana jikalau dari pihak Kerajaan Pusat penangkapan itu dilakukan pihak JAIS yang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri manakala jika dipihak Kerajaan Negeri ketika kejadian penangkapan berlaku Dr bersama dengan program yang dihadiri YB2 dari Pakatan Rakyat. Semoga dengan sedikit penjelasan dr walaupun tidak secara terang dapat mengelakkan fitnah dalam masyarakat. Sekian terima kasih "
Fuh! Bergetar juga suara saya & ketar juga kaki ketika mengajukan soalan itu pada Dr MAZA di Komplek Masyarakat Penyanyang sebentar tadi. Sudah lebih 3 tahun saya tidak bercakap menggunakan mikrofon dihadapan publik.
Alhamdulillah malam tadi saya dapat menghadirkan diri bagi mendengar sendiri penjelasan & penerangan dari yang empunya badan. Amat tragis apa yang berlaku pada Dr MAZA. Tidak sepatutnya seorang yang boleh digelarkan Ulama', seorang mantan Mufti diperlakukan sedemikan rupa.
Tangkapan yang dilakukan oleh Pihak JAIS dengan kerjasama polis tentunya, hanya kerana Dr MAZA dikatakan tiada tauliah untuk mengajar di Negeri Selangor. Proses penangkapan pula dilakukan seperti menangkap seorang penjenayah. Rasanya proses menangkap ketua2 ajaran sesat pun tidak dilakukan dengan begitu hebat.
Berpuluh2 anggota JAIS & polis telah dikerahkan menyerbu rumah dimana Dr MAZA sedang menyampaikan ceramahnya. Yang mana sepatutnya seperti dikatakan oleh Dr MAZA sepatutnya anggota seramai itu boleh digunakan untuk operasi di Bukit Bintang & tempat2 maksiat yang lain.
Berbalik kepada soalan saya pada Dr MAZA malam tadi, beliau menjawab beliau selama ini baik dengan semua pihak. Ada juga memberi kritikan & pujian kepada semua Parti2 Politik samada pihak Kerajaan atau Pembangkang.
Secara peribadi Dr MAZA tidak mahu menuduh mana2 pihak terlibat disebalik penangkapan tragis beliau. Tetapi beliau mengatakan mungkin tahu pihak mana tetapi beliau cuba buat2 tidak tahu.
Walau siapapun yang menjadi dalang disebalik konspirasi ini, hentikanlah memfitnah alim ulama'. Walau anda dipihak mana, ingatlah langit tidak selalu cerah. Keadilan pasti akan datang. Jangan menggunakan kuasa untuk menghalalkan matlamat jahat.
Tahniah kepada Pertubuhan Penyebaran ISLAM Antarabangsa Pulau Pinang ( IPSI) kerana menganjurkan majlis kekeluargaan berbentuk penerangan seperti ini.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Dr MAZA sila layari sini
Sila lihat klip video penangkapan Dr MAZA, adakah patut seorang alim ulama' dilakukan sedemikian rupa. Akhir zaman ini pelaku maksiat diagung2kan sebaliknya alim ulama' dihina dinakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.
Silalah Tinggalkan Komentar Anda.
Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan