Assalamualaikum.....
semoga Dato' sekeluarga tabah menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang
Salam takziah buat Dato' Kamarudin Jaafar diatas kembalinya kerahmatullah isteri tercinta Datin Kamariah Kamarudin. Allahyarhamah meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser.
Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan 7/2, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.
Beliau bergegas pulang ke Malaysia selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. Kamarudin, bekas Setiausaha Agung PAS, dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.
Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lama menghidap kanser payudara dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.
Suami beliaulah, walaupun dalam keadaan sibuk yang sentiasa berada di sisinya termasuk berada bersama beliau setiap kali mendapatkan rawatan kimoterapi di SJMC.
Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah sehingga kini.
Salam takziah kepada Datuk Kamarudin dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.
Alfatihah

Salam,
BalasPadamTakziah untuk Datuk KJ dan keluarga.