30 November 2009

Bersantai Bakar Satay Bersama Anak2

Assalamualaikum.....

Bila dah berkumpul ramai2, semua ada dirumah, saya ajak anak2 buat satay. Banyak juga dapat daging korban. 

Majlis yang santai2 je, kami sekeluarga. Cuma Angah ajak 2 orang kawan dia tolong bakar membakar. Kak Cik ajak kawan baik dia, Farah mai tidur dirumah.

Jomlah layan gambar.....

yang ni satay perut lembu

Tata & Kak Uda ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk cucuk

yang ni proses mencucuk daging lembu, dilakukan oleh saya dengan dibantu oleh Angah &  Kak cik

mentang2 perut lembu dah direbus dahulu, senang je nak cucuk

bila kena tang cucuk daging, baru tau!

proses mencucuk satay, semua saya kerahkan buat sebab masa dah suntuk

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing... inilah hasilnya, siap untuk dibakar malam nanti

menu tambahan ayam bakar

entah apalah yang anak2 dara saya 3 orang ni bualkan...

sementara menunggu satay & ayam dibakar, pekena dulu bihun sup

Kak Uda tu eksyen je membakar bila orang nak ambil gambar!

mama & baba jadi bos & mem malam ni, tengok je anak2 membakar

sibujang kecil ni tiba2 je merajuk bila kalah lumba lari dengan kakak2nya

Angah bawa kawan baiknya datang tolong bakar, jenuh merah padam kawan Angah kena usik dengan anak2 dara saya


yummy... yummy, jom dah siap untuk dimakan

dah habis merajuk, Si Bujang Kecil saya ni sibuk pula nak membakar

ramainya situkang bakar.....

hero2 yang tukang bakar satay & ayam

memang patut dapat pujian gred A, memang sedap hasil panggangan mereka, masak sampai kedalam

9 ulasan:

  1. besh aaa... duk santai anak beranak ni....

    aku bz menguruskan rumahtangga... mem besar tak de kat umah.... huwaaaa.... huwaaaa

    BalasPadam
  2. mama..
    masa ni kak uda betul2 bakar tau..
    hahaha..

    glenganyer anak2 dara mama 'usik' kawan angah

    p/s: macam x kena je perkataan 'USIK' tuh...
    : muka die yang merah padam bila kena usik tu pun x kena jugak..

    ~~~~ngeee~~~

    BalasPadam
  3. Salam Mama,

    Nampak sedap satay-satay yang dibakar. Di Penanti satay yang paling sedap ialah satay Pak Jab depan SK Penanti.

    Tentang anak Mama yang sedang menuntut Sains Bio di UPSI ada peluang untuk dibantu tapi bukan sekarang. Insya-Allah kalau beliau kekal dengan CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas hubungilah saya boleh tolong cari-cari biasiswa ke peringkat Masters.

    BalasPadam
  4. Salam siti,
    ahah memang banyak. Saja buat lebih, anak2 mama walau badan halus2 tapi bab makan boleh tahan. Tmbahan lagi ramai2 ni dok lepak2 canmtu plak...

    BalasPadam
  5. Salam cikgu shifu,
    napenye mu dok urus rtangga plak? mem besar g mana? Tulah aritu mu dok tinggal mem besar p atas bukit, kan dah kena tinggal pulak. Takapalah kalau suami sayang isteri tinggal2kan, sesekali isteri pulak sayangkan suami tinggal2kan....

    apapun semoga menjadi pengurus rumahtangga yang baik... :)

    BalasPadam
  6. Salam PUPP,
    sedap buat keluarga mama je, utk org lain mungkin ntah apa2 je satay tu. Bagi mama satay yg sedap dimakan cuma satay kajang... :)

    Alhamdulillah setakat 2 sem yg dah lepas anak mama dapat 3.6, sem 3 ni tak tahu lagi. I'ALLAH apa2 nanti mama hubungi PUPP. :) utk masa lani tak ada ka bantuan apa2?...

    BalasPadam
  7. salam anakmamayangbaik,
    owh... yer ke kak uda bakar betul masa ni.. sorilah..

    mmglah merah padam muka rahman yg hitam manis tu mama tengok masa uall sakat2 dia tau! sian anak bujang orang tu...

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan