Assalamualaikum.....
Seorang sahabat dialam maya, seorang peguam pula tu, meminta saya komen tentang bai'ah talak isteri yang hebat diperkatakan sejak dua menjak ni. Dia kata " kak, komen ler pasal bai'ah tu, kami nak baca pendapat akak".
Sememangnya sejak isu ini diperkatakan saya tidak ulas pun. Bukan tidak mahu mengulas tetapi saya lihat sudah terlalu ramai yang mengulas. Orang yang tahu & orang yang tak tahu mengenainya pun mengulas dengan panjang lebar.
Saya dipihak mana? Orang yang tahu atau orang yang tidak tahu!
Kalau ditanya samaada saya tahu atau tidak tentang bai'ah talak isteri tu, jawabnya memang saya tak tahu adanya lafaz yang sedemikian dalam jemaah PAS. Tetapi sebagai salah seorang muslimat yang pernah diamanahkan jawatan selama lebih kurang 10 tahun dalam PAS saya tidak pernah mendengarnya.
Saya pernah diamanahkan jawatan Ketua Muslimat Cawangan, Ketua Muslimat Kawasan & juga Ketua Nisa' Negeri. Dengan jawatan ini saya diantara yang akan berada dalam Exco Harian diperingkat Muslimat atau Muslimin. Setiap mesyuarat harian atau mesyuarat AJK saya mewajibkan diri saya hadir. Ketika itu yang saya perlukan hanya kereta saya berisi minyak, maka saya akan sampai kemesyuarat. Tidak pernah saya menganggap mesyuarat jemaah suatu yang dipandang mudah. Boleh suka2 hati tidak hadir. Bagi saya ketika mesyuarat inilah peluang saya memberi pandangan, pendapat & menyuarakan apa2 saja aduan dari ahli bawahan saya. Bukannya kita bergalak bercakap dikedai2 kopi & bercakap belakang.
Berbalik kepada isu yang dibicarakan, sememangnya sepanjang pengalaman saya dalam jemaah dengan jawatan2 penting itu, saya akui setiap kali mesyuarat khususnya pada hal2 yang penting yang membabitkan isu2 dalaman yang tidak boleh dihebahkan kepada umum, yang mana ianya rahsia parti, setiap kali selepas mesyuarat kami akan melakukan bai'ah taat setia menyimpan rahsia mesyuarat.
Tetapi seingat saya ketika itu kami hanya mengucapkan lafaz keramah sumpah dengan menyebut " Wallahi, Wabilahi, Watallahi". Itu saja yang kami lafazkan. Dan bila tamat saja mesyuarat dengan tasbih kafarah & surah Alasr saya melangkah keluar dari bilik mesyuarat tanpa bercakap lagi apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tadi waima dengan suami sendiri.
Pernah ketika hampir mesyuarat agung kawasan, seorang sahabat suami bertanya suatu hal kepada suami saya. Suami saya kata beliau tak tahu tentang perkara yang ditanya. Sahabat suami saya tu seakan tidak percaya, kerana dia menyangka dengan beristerikan seorang yang memegang jawatan penting mesti suami saya tahu.
Sahabat suami saya menelefon saya pula untuk bertanya, tetapi sudah tentulah tiada jawapan yang saya berikan. Saya kata tunggu hari mesyuarat agung nanti. Kalau dia rasa dia boleh dapatkan jawapan dari saya, dia silap. Pada suami yang berkongsi segala rahsia hidup peribadi pun tidak saya cerita rahsia mesyuarat takkan saya nak cerita pada orang lain.
Rahsia jemaah, rahsia parti perlu saya pertahankan, kerana saya sudah berbai'ah untuk menjaga rahsia. Lainlah apabila perkara itu sudah dibentangkan oleh pucuk pimpinan kepada ahli2 mesyuarat agung, maka bolehlah saya mengulas serba sedikit & memberi pendapat.
Malah ketika hampir waktu pilihanraya, calon2 bertanding akan dipilih melalui kawasan2 diperingkat Negeri. Pernah seorang sahabat AJK meminta saya menjadi calon, kononnya mahu calon dikalangan muslimat. Sudah tentulah saya menolaknya bulat2, jauh panggang dari api saya nak jadi calon pilihanraya.
Tetapi saya melihat juga borang pencalonan itu. Memang terdapat didalamnya perlu ada persetujuan suami atau isteri jika mahu bertanding sebagai calon pilihanraya. Tanpa persetujuan pasangan, seseorang itu tidak boleh menjadi calon. Saya tidak pasti samaada borang, garis panduan ini masih diguna pakai sekarang.
Nah! Saya rasa berbalik pada isu tadi memanglah patut jika ada bai'ah sedemikian, mungkin hanya di sesetengah tempat, seperti yang didedahkan oleh YB yang berkenaan. Sebab pihak pimpinan Pusat sudah memaklumkan tiada arahan sedemikian kepada mana2 calon untuk melafazkan bai'ah yang sedemikan rupa.
Bagi pendapat saya pula secara peribadi, secara jujurnya walaupun bukanlah menyetujui bai'ah sedemikian tetapi jika sudah sanggup menerima syarat menjadi calon, perlu persetujuan pasangan maka haruslah terima apa saja yang ditetapkan Parti. Kalau tidak mahu mengikut garis panduan Parti, maka tak perlulah menjadi calon. Mengapa pula perlu sampai menangis2 & menggigil ketika melafazkannya? Kalau begitu maknanya calon itu belum betul2 sanggup taat setia pada Parti & sememangnya tidak layak menjadi calon.
Lagi satu, jika benar bai'ah betul2 dihayati setiap ahli jemaah yang berjuang kerana Allah, saya percaya takkan ada isu pengkhianatan pada Parti. Malah bagi saya secara peribadi bila kita melafazkan bai'ah untuk taat setia pada Parti, pada jemaah yang kita percaya dasar & perjuangannya maka kita akan tenang menyimpan rahsia Parti. Tak kisahlah walau apa pun bentuk ucapan & cara kita berbai'ah.
Seperti kata pimpinan2, bai'ah ini seperti akujanji yang Kerajaan buatlah. Setiap kakitangan Kerajaan perlu menandatangi surat akujanji taat setia pada Kerajaan. Maknanya bila ada kakitangan Kerajaan yang bergiat aktif pada Parti yang bukan Parti Kerajaan, tidak bolehlah mengatakan mereka ini mengkhianati Kerajaan, kerana mereka bukan lawan Kerajaan tetapi mereka lawan UMNO / BN.
Setiap pihak perlulah bezakan antara Kerajaan dengan Parti. Tak kisahlah Parti BN atau Parti PR. Kita kena bezakan situasi & jawatan kita dalam Parti & Kerajaan. Bila program melibatkan Kerajaan tinggalkan status & jawatan kita dalam Parti dan bila program Parti pula tinggalkan status & jawatan kita dalam Kerajaan. Kerana sebagai Pegawai Kerajaan kita mewakili seluruh title rakyat samada rakyat UMNO / BN atau PAS / PR. Tetapi sebagai pimpinan Parti kita mewakili ahli2 Parti kita. Peduli apa jika yang bukan ahli kita tidak mengiktiraf kita sebagai pimpinan. Tetapi sebagai pimpinan Kerajaan kita kena pastikan semua rakyat bawahan menerima kita sebagai pemimpin.
Sebagai Parti yang berjuang tanpa mendapat imbuhan dunia seperti PAS ini, segala2nya perlu diinfa'kan kepada jemaah. Wang ringgit, masa, tenaga malah kadang2 keluarga juga perlu dikorbankan.Kita bukan dijanjikan imbuhan setiap kali melakukan tugas & gerak kerja dalam jemaah. Semuanya perlu ikhlas dikeluarkan dari diri sendiri.
Manisnya berjuang dalam jemaah seperti Parti PAS ini adalah walaupun kita sudah tidak bersama pimpinan dalam menentukan dasar, walau kita hanya menyokong dari kejauhan hakikatnya setiap kali suka gembira yang diterima jemaah kita turut sama merasainya, malah jika duka atau badai melanda, kita turut sama merasai sakit & pedihnya.
Buat pengunjung2 mama moden ini, jika sudi hayatilah, dapatkanlah pendapat dari pimpinan2 yang selayaknya untuk rujukan. Janganlah kita suka2 membuat andaian yang kita sendiri tidak tahu. Jika adapun sedikit perbalahan sesama kita anggaplah itu sebagai satu proses kematangan dalam berfikiran.
Apapun Lawan Tetap Lawan!
p/s: To Cik Siti, kalau ada yang menyaman akak kerana artikel ini, Siti kena jadi lawyer akak tau!
lagi artikel berkaitan untuk dikongsi
Salam,
BalasPadamUlasan panjang lebar dari muslimat Pas. Tahniahlah. Patutnya orang macam Mama terus diberi peluang dan tidak dipinggirkan dari Jemaah.
Politik Pas hari ini nampaknya tak sama dengan sebelum PRU 2008. Hari ini Pas berperang sesama sendiri atas sebab yang paling mudah. Mabuk kuasa.
Apa pun Pas tak perlulah berbaiah kalau benar-benar ikhlas berjuang untuk Islam kan. Suci hati untuk Islam takkan mudah dibeli hatta wang jutaan ringgit.
:)
Salam PUPP,
BalasPadamMama tak dipinggirkan dari Jemaah, cuma mama berundur dari amanah jawatan kerana ada komitmen lain. Taku tak terpikul amanah Allah.. Tapi Lawan Tetap Lawan!
I'ALLAH wlu apapun PAS akan terus kukuh dgn dasar & perjuangannya. Jika ada sedikit cabaran, dugaan itu hnya pahit getir pjuangan, hanya kemuncup perjuangan...