30 November 2009

PERINGATAN Buat Perokok!

Assalamualaikum.....

Ketika membelek blog sahabat muslimat dari Perak, saya terlihat iklan ini yang dipaparkan dalam blog mereka. Jadi, saya kongsikan disini untuk PERINGATAN !


Tak kisahlah banyak mana anda ingin merokok tetapi jika anda mengaku sebagai Muslim yang berakhlak & bertamaddun cuba elakkan merokok di tempat awam. Di Israel, lelaki yang merokok di majlis awam akan diheret dan dicampak keluar. Jika nak sangat berhenti merokok berjanjilah dengan Allah & Rasul
.
1. Perokok ni sahabat jin..

2. Perokok takkan merasa tua sebab mati muda

3. Perokok merupakan penyokong tegar Israel dan US

4. Perokok perosak Alam

5. Perokok membunuh ahli keluarga secara senyap

6. Perokok musuh Rasullullah kerana Rasullullah suka wangian sedangkan perokok seorang yang busuk

7. Perokok musuh masyarakat kerana sebar racun ke udara

8. Perokok rakan syaitan kerana sifat membazir

9. Perokok pengotor kerana buang puntung rokok merata2

10. Perokok penyebab kesesakan jalanraya.


Bersantai Bakar Satay Bersama Anak2

Assalamualaikum.....

Bila dah berkumpul ramai2, semua ada dirumah, saya ajak anak2 buat satay. Banyak juga dapat daging korban. 

Majlis yang santai2 je, kami sekeluarga. Cuma Angah ajak 2 orang kawan dia tolong bakar membakar. Kak Cik ajak kawan baik dia, Farah mai tidur dirumah.

Jomlah layan gambar.....

yang ni satay perut lembu

Tata & Kak Uda ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk cucuk

yang ni proses mencucuk daging lembu, dilakukan oleh saya dengan dibantu oleh Angah &  Kak cik

mentang2 perut lembu dah direbus dahulu, senang je nak cucuk

bila kena tang cucuk daging, baru tau!

proses mencucuk satay, semua saya kerahkan buat sebab masa dah suntuk

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing... inilah hasilnya, siap untuk dibakar malam nanti

menu tambahan ayam bakar

entah apalah yang anak2 dara saya 3 orang ni bualkan...

sementara menunggu satay & ayam dibakar, pekena dulu bihun sup

Kak Uda tu eksyen je membakar bila orang nak ambil gambar!

mama & baba jadi bos & mem malam ni, tengok je anak2 membakar

sibujang kecil ni tiba2 je merajuk bila kalah lumba lari dengan kakak2nya

Angah bawa kawan baiknya datang tolong bakar, jenuh merah padam kawan Angah kena usik dengan anak2 dara saya


yummy... yummy, jom dah siap untuk dimakan

dah habis merajuk, Si Bujang Kecil saya ni sibuk pula nak membakar

ramainya situkang bakar.....

hero2 yang tukang bakar satay & ayam

memang patut dapat pujian gred A, memang sedap hasil panggangan mereka, masak sampai kedalam

29 November 2009

Uban oh! Uban.....

Assalamualaikum.....
Uban adalah gejala yang sering muncul pada orang yang sudah lanjut usia. Uban sering kali dikaitkan dengan datangnya usia lanjut bagi manusia. Pada saat ini, uban tidak hanya menjadi identiti kita sudah lanjut usia belaka, namun walau mudapun sudah banyak yang didera oleh uban ini. 


Munculnya rambut putih merupakan gejala adanya gangguan kekurangan protein. Sistem sel rambut tidak mampu lagi menghasilkan protein sehingga rambut menjadi kehilangan warna. Bila uban sudah muncul di rambut, terkadang tangan terasa gatal ingin mencabutinya. Padahal cara ini semakin membawa kesan buruk. Jika uban dicabut, hal itu akan merusak pori-pori rambut serta mengganggu saraf akar rambut.

Proses terjadinya uban seringkali dihubungkan dengan bertambahnya usia. Namun ada juga penyebab lain yang boleh mendorong munculnya uban walau usia masih muda. Faktor genetik merupakan faktor penyebab yang cukup kuat. Jika ayah atau ibu kita sudah beruban ketika menginjak usia 30-an, maka kemungkinan besar kita pun akan mengalami hal yang sama.

Baru2 ini ketika menyelak2 helaian rambut saya, saya juga melihat sudah ada 5, 6 helai uban yang menumpang menginap dikepala saya. Rasa teruja pula melihat ubat2 yang meliak lintuk dihelaian rambut saya. Selalu juga saya membelek2nya. Dalam hati berkata2, adakah saya semakin tua!

Namun ada juga yang risau dengan uban dikepala ini, hingga menggunakan segala macam krim, ubat bagi memutihkan semula uban menjadi hitam. Sebelum hitam sudah tentulah uban itu akan menjadi merah dahulu. Ada juga yang mencabut uban2 tadi. Adakah mereka yang bersikap begini takut pada hakikat yang umur semakin tua? 

Yang mana, sepatutnya bila uban sudah memutih dikepala, kita seharusnya membanyakkan amal ibadat, buang perangai2 yang buruk yang seringkali dilakukan berulang2, lebih prihatin pada suasana sekeliling, bukannya asyik memikirkan uban putih dikepala dengan menghitamkan semula uban tersebut dengan alas an supaya nampak lebih muda & bergaya.


Berikut saya ingin kongsikan kata bicara Dr H.M Tuah Iskandar berkaitan uban dikepala.

Uban yang Membahagiakan
 
Selagi usia belum sampai ke penamat, turun naik kehidupan akan tetap berlaku. Beberapa tahun dulu sudah berada di puncak, sekarang jatuh balik; sekejap dulu rasa macam sudah berjaya, sekarang rasa macam terjelepuk pula. 

Usah hairan, hidup memang macam tu. 

Selagi nafas masih ditarik dan dikeluarkan, turun naik kehidupan tetap mengambil tempat. Tidak ada orang yang sudah berada di puncak akan terus di situ selama-lamanya, ada ketikanya dia akan berada di bawah. Sama ada dia mahu mengakuinya ataupun tidak, pada ketika-ketika tertentu memang kehidupan akan memutarkan rodanya. Kalau ada orang berkata, “Tidak, saya tak pernah jatuh. Saya sudah memiliki segalanya sekarang. Harta saya banyak, pangkat saya besar. Saya tak mungkin ke bawah.” 

Tanyalah orang itu, apakah dia tidak pernah berasa seperti tidak dipedulikan? Ketika pergi ke pusat-pusat pentadbiran masih terpaksa beratur panjang meskipun dulunya boleh pintas sesiapa saja. Tatkala sedang memandu tiba-tiba sebuah kereta buruk memotong secara berbahaya lalu terpaksa membrek. 

Apakah ketika itu tidak terasa seperti diperkecil-kecilkan? Ketika berada di satu majlis, lantaran orang sudah tidak begitu kenal, lalu dibiarkan bersendirian. Ketika anak-anak telah dewasa lalu berpindah, orang gaji pula tiba-tiba sakit, terpaksalah menyediakan minuman pagi sendiri padahal selama ini benar-benar tuan besar. Kalau pun dia seorang yang sangat agung, sedari kecil hinggalah dewasa memiliki segala-galanya hingga tidak mungkin nyamuk pun hinggap, tatkala di Makkah apakah masih boleh berasa seperti itu? 

Katalah dengan kuasa dan hartanya dia boleh meletakkan dirinya ke tempat paling istimewa, tatkala melakukan tawaf dan melihat Kaabah apakah merasakan dirinya masih di atas? Nah, itu bukti menunjukkan putaran hidup sentiasa berlaku. 

Usah degil untuk tidak mahu mengakui usia yang semakin pendek. Usah hirau dengan uban yang semakin banyak. Usah terlalu ego asyik hendak bercerita tentang kejayaan masa muda sedangkan hari tua amalan semakin sedikit. Maklum, kekuatan sudah pudar, kesihatan juga hambar. Memang uban tidak boleh disinonimkan dengan ketuaan sebab bukankah pada usia 30-an sehelai dua uban mula mencelah-celah di sana sini? 

Kehidupan masakini menyebabkan stres lebih kerap berlaku, maka ini salah satu punca uban terjadi pada usia muda. Warna rambut juga berhubung dengan melanin, iaitu pigmen pewarna yang terhasil oleh sel melanosit di bawah akar rambut. Melanosit inilah yang menentukan apakah rambut seseorang itu berwarna coklat, emas ataupun hitam. 

Bagaimanapun, secara alamiah, uban akan tumbuh apabila usia mencecah 50 tahun ke atas kerana pada usia begini aktiviti dan kapasiti sel-sel tubuh menurun. Ketika itu terjadi, aktiviti sel melanosis ikut menurun dan pada satu tahap akan pencen terus. 

Ketika ia pencen, rambut yang asalnya hitam berkilat menjadi ‘salji’ seluruhnya. Tumbuhnya uban ibarat turunnya putaran roda. Ia dikatakan isyarat ghaib terhadap usia yang mungkin semakin pendek. Nisbahkan pada kehidupan dunia, ia ibarat juruingat dan jurunasihat bahawa setiap detik adalah usia dan apa yang dilakukan dalam usia – turun dan naik, turun dan naik. Sekurang-kurangnya ada dua perkara penting untuk diberi perhatian pada keadaan seperti ini: 

1. Semak diri dan tanya hati; siapa aku, hendak ke mana aku, di mana aku, apa yang boleh aku lakukan untuk ‘besok’. 

2. Kenang-kenang masa yang telah dilalui dan berbahagia serta berbanggalah dengan semua pencapaian serta kongsikan dengan orang lain mana-mana yang boleh. 

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, “ALLAH berfirman, Demi kemuliaan-KU dan kebesaran-KU tidak akan AKU himpun pada hamba-KU dua kali takut dan dua kali aman. Jika dia takut kepada-KU di dunia AKU beri aman di Hari Kiamat dan jika dia berasa aman dari-KU di dunia AKU takutkan dia di akhirat (hari Kiamat).  Riwayat Ibn Hibban 

Jika uban telah datang tetapi sejarah silam hanyalah hitam atau putih yang rasanya tidak pernah kelam walau sekali, uban hari ini adalah detik mula untuk muhasabah diri. Meniti usia berbaki bukan mesti miskin bakti dan kecil wawasan. Selagi usia masih ada ia perlu digembeleng untuk kecemerlangan. 

-DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj- 



Selamat Ulangtahun Kelahiran Anakku....

Assalamualaikum.....

Selamat Ulangtahun kelahiran ke 12 buat anak ke 5 saya, Nurul Atiqah Farhani. Ketika mengandungkan Kak Cik berlaku peristiwa yang  amat tragis dalam rumahtangga saya. Mujurlah hadirnya Kak Cik didalam rahim saya ketika itu menyelamatkan segalanya.

Sejak itu saya bertekad, akan terus berkorban apa saja, menjadi lilin menerangi yang lain walau apapun yang berlaku akan saya pertahankan kebahagiaan keluarga saya.

Saya akan cuba tidak memberatkan hal2 remeh. Bagi saya kebahagian keluarga saya amatlah penting.

Doa & harapan saya semoga Kak Cik akan berjaya dunia akhirat. Semoga dia dapat sekolah yang baik selepas UPSR baru ni.


majlis birthday Kak Cik sudah diraikan awal bersama birthday Angah, Kak Uda & Kakak baru2 ni... senang, jimat belanja & masa.... yang penting kami dapat berkumpul bersama2 sempena cuti sekolah ni....

28 November 2009

Majlis Korban Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong

Assalamualaikum.....

Pagi tadi, bermula jam 8 pagi saya & suami sudah berkampung di Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong untuk turut serta dalam ibadah korban. Sebanyak 22 ekor lembu telah dikorbankan sempena aidiladha tahun ini. Alhamdulillah...

Walaupun agak meletihkan, tapi terasa keseronokkannya. Ramai masyarakat kampung yang  hadir membantu tugas2 korban sehinggakan jam 11 pagi semua lembu2 sudah siap disembelih. 

Tugas2 menumbang, menyembelih, melapah, memotong daging & tulang, menimbang juga berjalan lancar mengikut tertib menjadikan tugas2 berjalan lancar.

Tak tahu nak cerita apa lagi, jomlah tengok gambar...


senarai nama peserta korban & lafaz niat korban turut dipaparkan dipapan kenyataan



semasa mengambil gambar2 program, saya perhatikan semua lembu2 ini mengalirkan airmata

mungkin airmata gembira kerana terpilih menjadi yang terpilih untuk dikorbankan

Tuan Imam Haji Wahab merupakan imam MTGTT antara penyembelih lembu korban

suami saya bukan main beria2 membantu menumbang & memegang lembu untuk disembelih, last2 sakit pingang bila malam menjelang

proses melapah

antara petugas kaum ibu, punyalah ramai

sebenarnya tak perlu beria2 sangat pun buat kerja, orang punyalah ramai

pakat2 buat sorang sikit, saya pula sentiasa beri peluang pada orang lain untuk ambil alih tempat saya bila ada yang berebut mencelah ditempat saya untuk buat kerja

p/s : yang penting gambar ni masuk berita rtm 1 malam tadi.... :)

bahagian dalaman lembu yang menunggu masa untuk disahkan selamat dimakan oleh doktor

para petugas dibahagian jamuan tidak kurang pentingnya

 

gulai daging sudah siap untuk dijamu pada petugas & tetamu


hai, cik abang sayang ni... buat kerja melapah ler pulak!

saya asyik berubah2 tempat bertugas


yang ini bahagian memotong tulang2 & kaki

hai, seram sejuk saya tengok gaya situkang potong dengan kapaknya

petugas2 menimbang mengikut kuantiti yang diarahkan untuk peserta korban, petugas & agihan pada orang ramai

punya menimbun daging untuk diagihkan pada orang ramai

mengikut sistem yang digunapakai oleh Masjid Tuan Guru, tiada acara hantar menghantar daging korban dari rumah kerumah, sesiapa yang mahu daging perlu datang sendiri ke Masjid

setiap ahli keluarga berhak dapat seorang satu, dari sekecil2 anak hinggalah sebesar mana pun ahli keluarga tu. p lah ambik, bawalah berapa ramai pun ahli keluarga, dibenarkan. tapi mesti p ambil sendiri

Tahniah kepada Masjid Tuan Guru kerana berjaya mengadakan ibadah korban terbanyak pada tahun ini dengan jayanya. Semoga tahun2 akan datang lebih ramai peserta & lebih banyak lembu yang akan dikorbankan.

Hajat Yang Tak Kesampaian.....

Assalamualaikum.....

Perasaan syok sendiri saya berakhir seperti biasa. Bila mendapat panggilan telefon, mesej dari adik beradik saya di kampung, seolah2 memberi gambaran saya sekeluarga akan meraikan aidiladha dikampung lantaran cuti sekolah yang panjang.

Saya sendiri entah mengapa rasa teruja pula, walaupun sebenarnya saya sendiri tidak mahu mengharap lagi balik2 kampung ni.

Lantaran rasa teruja itu, saya memesan beberapa cenderahati dari sahabat cyber kononnya untuk dijadikan buah tangan pada mak & adik beradik saya.

Tetapi bila semakin hampir aidiladha, tiada tanda2 kami akan pulang kekampung. Saya nekad bertanya, adakah ada janji2 yang disuarakan semasa pulang sebentar kekampung tempohari? Sehingga mak, kakak2 & adik2 saya menyuarakan & menyimpan harapan kami akan pulang beraya. Jawapannya tentulah tiada. Mana mungkin ada perancangan balik kampung jika di 'kampung sana' sedia menanti kenduri kendara, sibuk dengan program percutian bersama rakan2, kursus2 & juga menjaga peperiksaan.

Akhirnya entah bila cenderahati ini akan saya sampaikan....

yang ini khusus buat mak saya, kerongsang tiger eye

yang ini buat kakak2, adik & ipar saya

27 November 2009

Sambutan Ulangtahun Kelahiran 4 in 1

Assalamualaikum.....

Sambutan ulangtahun kelahiran Angah (12/12), Kak Uda ( 25/10), Kak Cik ( 29/11) dan Kakak (21/11). Kerana ulangtahun mereka berturut2 bulan, saya sekeluarga raikan mereka bersama. Kebetulan sekarang musim cuti, semua anak2 saya ada berkumpul dirumah.

Sekadar makan2 kecil di Pizza Hut. Selalunya bila nak makan Pizza, saya buat sendiri je. Dengan bilangan yang ramai, bila buat sendiri puas sikit makan. Tapi sebagai merai Kakak yang beria2 nak ke Pizza, saya tunaikan hajat Kakak.

Tapi sebab Pizza yang kami p ni, tempat Angah kerja sementara dulu, agak menjimatkan. Banyak hidangan yang disumbangkan oleh rakan2 sekerja Angah. Terima kasih pada mereka semua.

kek birthday, 4 in 1

penkek aiskrim hadiah dari Pizza Hut untuk sambutan birthday

dengan 2 keping Pizza besar, 2 keping Pizza kecil & kepak panggang Pizza Hut agak mengenyangkan juga kami sekeluarga. Air, sup & pencuci mulut sumbangan dari rakan2 sekerja Angah. Boleh topup2 pula tu



Angah, Kak Uda, Kak Cik & Kakak yang dirai pada hari ini
Selamat Ulangtahun, semoga panjang umur, jadi anak yang soleh & solehah dunia & akhirat

Salam Aidiladha

MENGHAYATI HARI RAYA KORBAN 

AIDIL ADHA disebut juga sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Pada Hari Raya Haji ramai umat Islam yang mampu menyembelih korban untuk dibagi-bagikan kepada fakir miskin. Ramai juga ummat Islam yang mencukupi syarat, menunaikan Ibadah Haji ke Mekah. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dilanjutkan pula oleh umat Islam untuk membantu mereka yang susah. 

Jika sifat suka berkorban ini meresap ke jiwa seluruh umat Islam I'ALLAH akan wujud ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa. 

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang didalam kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertulungan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya mensyukurinya dan berusaha dengan sekuat tenaga tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa: 

"Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah". 

Oleh kerana itu perlulah kita bekerja keras untuk meningkatkan taraf kehidupan kita. Jika kita rajin berusaha, seperti mengolah (mengerjakan) tanah yang terbiar, menanam berbagai tanaman, memelihara haiwan ternak, memilihara ikan dan sebagainya I'ALLAH disatu masa taraf kehidupan kita akan berubah kepada yang lebih baik. 

Ibadah Haji ialah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu mengerjakan sekali seumur hidup, Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:  

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28) 

Sungguh besar menafaat yang akan diperoleh mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji, antaranya, I'ALLAH akan terjalin perasaan ukhuwah Islamiah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi cubaan. Dapat melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia kejalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam. 

Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa yang datang dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak.  

Berbagai kesukaran dari mula mempersiapkan perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeda dari tempat asal kita, dan sebagainya, semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang sabar dan tabah menghadapi cubaan hidup. 

Kita berdoa kepada Allah s.w.t. semoga diampuninya segala dosa-dosa kita selama masa yang lalu, baik dosa yang mungkin kita telah lakukan terhadap diri ataupun terhadap mereka yang lemah. Kita mohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimanya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, akhir yang baik dan dapatlah kehidupan kita diberkati dan diberikan ketenangan dan diselamatkan dari segala malapetaka mungkin karena dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja ataupun tidak sengaja. 

Amin ya Rabbal Alamin! Salam Aidiladha buat semua umat Islam di Malaysia...