06 Oktober 2009

Rumah Baru... Bila Nak Pindah???

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, akhirnya setelah 20 tahun berumahtangga kami dapat memiliki rumah sendiri. Mungkin tidak sebesar atau semewah rumah orang lain tapi bagi kami inilah syurga kami. 

Rumah teres 3 bilik di Sungai Petani, Kedah yang hanya mampu kami miliki setelah sekian lama. Alhamdulillah, kunci telah diserahkan oleh pemaju 2 minggu sebelum aidilfitri.

Kami melihat pembinaan rumah ni peringkat demi peringkat. Setiap kali balik ke kampung Kedah pasti kami akan singgah melihat perkembangan pembinaan rumah, agaknya indon & bangla tu pun muak tengok muka kami.

Setakat ni tiada ubahsuai yang kami lakukan lagi. Cadangnya nak buat sikit demi sikit ikut sumber kewangan. Tapi kalau boleh, impian saya nak buat bagi sempurna sebelum betul2 pindah. Setakat ni kami hanya akan balik pada waktu cuti hujung minggu & cuti2 sem.

Setakat ni air & api dah ada. Lampu & kipas pun suami saya dah pasang. Kami pasang juga jeriji disemua bahagian pintu & tingkap untuk tujuan keselamatan. Baru ni kami berkampung dua malam disana. Rasa seronok macam dok hotel pulak, sesekali bermalam diluar kawasan. 

Ermmm kalau ikutkan macam2 impian saya nak buat pada rumah baru ni.. I'ALLAH.

Yang mana satu yer....

tingkap bilik belakang sudah dipasang besi jeriji

ini pintu & tingkap bahagian dapur

tingkap bilik utama

sliding door, saya tak pernah termimpi nak ada rumah bersliding camni.

masa tu rasanya bila rumah orang ada sliding ni mesti ingat rumah orang kaya.

Alhamdulillah saya pun dapat memiliki rumah macamni.

I'ALLAH nanti bila saya masuk rumah baru, kami akan buat kenduri & jemput sahabat2 untuk meraikan rumah baru kami.

4 ulasan:

  1. Salam Jun..

    Tahniah dah dapat rumah baru.. lepas ni boleh la terima menantu pulak ya? Hehehe.. kakcik gurau2 je...

    BalasPadam
  2. mmg xcited kala nak pindah umah sendiri...saya dpt rasakan bagaina perasaan mama....dulu saya pun mcm tu jugak...tahniah!

    BalasPadam
  3. salam kakcik,
    terima kasih.

    mungkin takkan pindah dlm masa tdekat ni. rumah baru akan jadi rumah kunjungan waktu cuti utk sementara ni. anak2 tak mahu pindah lagi, smua pakat kta nak kahwin di penang, maknanya lambat lagilah boleh pindah.

    anak2 jun semua mbesar di penang, so jiwa mereka dah sebati dgn penang, sayang nak tinggal kawwan2 7segala kenangan dipenang.

    I'ALLAH walimah anak2 saya nanti kakcik antara yg akan saya undang..

    BalasPadam
  4. salam wardah,
    terima kasih yer.
    mmg xccited, rasanya semua nak buat sgera dgn smpurna.

    itu nak buat, ini dak buat..
    tapi pelan2lah kan... tgk kemampuan

    sebenarnya bagi mama dah dpt umah sndiri ni dah syukur Alhamdulillah.
    cuma impian utk mencantikkan rumah ni mmg mbara...

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan