13 Oktober 2009

Mereka Tak Punya Cerita.....

Assalamualaikum.....

Ramai kawan2 yang bertanya pada saya, mengapa blog kerdil saya ini banyak kisah suka duka saya bersama keluarga suami berbanding keluarga saya sendiri. Mengapa saya tidak banyak menceritakan kisah2 saya bersama mak abah serta adik beradik saya nun yang berada jauh di Negeri Johor Darul Takzim.

Mengapa ya? Bagaimana saya mahu banyak bercerita tentang mereka jika saya bersama keluarga sendiri hanya selama 14 tahun berbanding saya berada bersama keluarga suami sudah lebih 20 tahun. 20 tahun 4 bulan 8 hari sebenarnya. Dan dalam keadaan dewasa.

hermmmm, 14 tahun tolak 4 tahun sewaktu kanak2 kecil yang masih tak tahu apa. Hanya berbaki 10 tahun sahaja lamanya saya bersama mereka. Apalah kenangan yang saya ada bersama mereka untuk dikongsikan. Lagipun lagi banyak saya bercerita tentang mereka akan menambah rasa kerinduan, kesayuan dihati saja.

Lagipun, sepanjang tempoh ini saya memang jarang bersama keluarga. Bila jarang berkumpul, jarang bertemu, tidak bersua muka bertahun lamanya apalah kisah yang ada untuk diceritakan. Dalam rumah ini pun jarang nama2 ahli keluarga saya disebut2 berbanding nama ahli2 keluarga suami saya. Anak2 saya lebih rapat & mesra dengan keluarga sebelah baba mereka berbanding dengan keluarga saya. Mereka akan cepat terasa hati bila menerima teguran dari keluarga saya berbanding menerima apa saja teguran dari keluarga baba mereka.

Apalah yang boleh diingat, dimesrakan jika sudah 3 tahun lebih anak2 saya tidak berjumpa dengan ahli keluarga saya. Sekadar bertanya khabar sekali sekala ditelefon apalah kisah yang ada untuk diceritakan.

Mak, Abah, Adik beradik saya hanya insan biasa. Tidak punya apa2 untuk dibanggakan mungkin. Hanya keluarga kampung yang hidupnya mencari rezeki sekadar untuk melepaskan belanja makan hari2. Tidak sekaya, semewah keluarga suami mungkin. Yang hidup mereka sekadar menjadi melayu Islam, bukan dari keluarga alim ulama' seperti keluarga suami saya. Yang pelajaran mereka sekadar tahu menulis & membaca juga mengira. Bukan dari kalangan bijak pandai, belajar hingga ke menara gading dalam & luar negara seperti ahli keluarga suami saya. Mereka tidak punya pangkat & status seperti yang dipunyai oleh ahli keluarga suami saya.

Mereka tidak punya apa2 mungkin.... namun itulah keluarga saya. Dialah mak yang melahirkan saya kedunia. Dialah Abah yang bertungkus lumus mencari rezeki, membanting tulang membesarkan saya serta 10 adik beradik saya yang lain. Merekalah saudara kandung saya yang pernah hidup susah bersama saya. Merekalah kakak2 yang pernah berkorban membantu mak abah menjaga saya. Merekalah kakak2 yang pernah menyediakan makanan bekalan untuk saya kesekolah. Merekalah kakak2 yang memberi saya wang saku kesekolah, merekalah kakak2 yang memberi saya duit untuk membayar yuran sekolah. Merekalah saudara kandung saya yang pernah sama2 berlapar bila tiada makanan. Bergelap bila tiada minyak untuk dipasang pelita.

Saya tidak pernah lupa saya pernah ada mereka & masih punya mereka. Tidak.. saya tak pernah lupa. Namun jarak yang jauh membataskan segala2nya. Saya terpaksa buat2 tidak tahu sekarang bila ada ahli keluarga saya disana dalam keadaan tidak sihat. Saya terpaksa menyedapkan hati sendiri, semoga mereka yang tidak sihat akan sihat semula walau tanpa kehadiran saya. Malah saya juga akan redha sekiranya mereka dikebumikan satu hari nanti tanpa kehadiran saya, mungkin. Kepada mereka telah saya nyatakan, jika berlaku apa2 pada ahli keluarga segerakanlah apa yang sepatutnya.. saya jangan ditunggu2. I'ALLAH doa saya pada mereka jika dimakbulkan Allah pasti akan sampai juga.

Kepada Mak & Abah...

Kepada Kak Long & suaminya Bang Saari serta anak2 Along, Angah & suami serta anak2nya, Uda & suaminya serta anak2nya, Andak, Bang Cik, Bang Teh & Dik Zura...

Kepada Bang Ngah yang sedang sakit keseorangan di bumi Mersing...

Kepada Alang & isterinya Kak Jah serta anak2 Along, Angah & adik2 yang lain ( punya lama saya tak jumpa alang saya ni, saya tak pasti berapa anak dia sekarang, malah nama anak2 dia pun saya ingat yang sulung tu jer, yang lain saya tak tahu nama mereka )...

Kepada Acik & anaknya Misa...

Kepada Ateh & suaminya Bai Syukri serta anak2 mereka Puteri Nasreen & Mohd Aniq...

Kepada Atam & anak2nya Rosham Azlan & Rosha Alia...

Kepada Dik Nanie & suaminya Sahak serta anak2 mereka Abby & Hawa...

Kepada adik saya Johan & Isterinya Suryani & anak2 mereka Syamir & Sharil...

Kepada Faizal & isterinya Farah & 5 anak2nya... ( adik bongsu saya ni pun kali akhir saya jumpa masa dia ada anak sorang, sekarang dah 5 anaknya )...

Kepada mereka semua salam maaf saya pohonkan jika kalian merasa kalian saya lupakan. Tidak sama sekali. Mungkin lebih baik begini daripada memikirkan segala yang tak pasti yang boleh merimaskan jiwa.

Saya nak hidup tenang tanpa memikirkan perkara2 yang boleh menimbulkan ketegangan. Biarlah semuanya berlaku secara ikhlas, yang datang tanpa dipaksa & dirayu. Biarlah keihlasan yang sepatutnya lahir seperti mana saya ikhlas & rela hati bersama keluarga mertua selama ini. Takkan ada permintaan lagi dari mulut saya selepas ini. Saya dah penat!....

4 ulasan:

  1. dalam diri kita ni... hanya 30% sahaja yg dikongsi dengan org lain... yg selebihnya adalah hak kita... dan kekadang lebih baik disimpan...

    errr.. tu pun dah panjang dah tu cerita pasal keluarga kat Johor..... hehehe

    BalasPadam
  2. salam cikgu,
    dalam hidup ni memang banyak rahsia yg perlu disimpan, tapi kadang2 terkeluar juga.

    bila dah dikongsi ngan korang lain ianya bukan rahsia lagi...

    semoga sesiapa yg nak tahu kisah keluarga saya tu berpuas hati...

    hermmm.. keterlaluan ker kisah yg saya kongsikan? Panjang ke?

    BalasPadam
  3. Wanita yg berSABAR dengan kerenah suami dan anak2 dijanjikan Syurga buatnya..InsyaALLAH...moga kesabaranmu yang ikhlas mendapat ganjaran di sana nanti...

    BalasPadam
  4. salam adik,
    seronoknya maksu dapat pesanan dr adik di blog maksu ni...

    I'ALLAH krna kata2 hikmah itulah maksu masih btahan, smoga dgn sedikit sumbangan maksu pd keluarga dpt mnambah pahala maksu yg serba kekurangan ni...

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan