Assalamualaikum.....
Satu demi satu PRK berlaku sejak berakhirnya PRU 12, 2008. Dalam masa setahun lebih ini 9 PRK berlaku di Malaysia kerana kekosongan kerusi, samada YB meletak jawatan atau berlaku kematian.
Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober .
Kebetulan pula PRK kali ini berlaku pada hari cuti. Semoga makin ramai petugas2 yang akan bekerja memenangkan parti masing2. Berkempenlah dengan penuh bijaksana.
Kepada seluruh pengundi N31 Bagan Pinang, selamat mengundi. Semoga anda dapat membuat pilihan dengan bijak.
Raya sakan kita tahun ni, ya....
BalasPadamsalam mama.. moga mrk dpt wat pilihan yg bijak :)
BalasPadam