17 September 2009

Kad Raya Zaman Moden

Assalamualaikum..... 

DuNia DaH MaJu, ZaMaN DaH BeRuBaH.... 

Dizaman serba moden ni, kad raya boleh dikirim melalui internet saja. Jimat, cepat. Tak perlu keluar duit beli kad raya & setem. Tidak perlu berbaris panjang di pejabat pos hanya untuk membeli sekeping dua setem 30sen. 

Tanpa internet, boleh jika menggunakan HP mengirim SMS & MMS.  

Tapi ada juga kalangan yang masih belum berkemampuan menggunakan sistem canggih ni masih memerlukan kad raya. 

Terima kasih kepada Bloggers Maiyah & Anakanda Hadi & Luth juga Helmi yang memberi kad raya ini pada saya melalui blog mereka. 

Puan Maiyah, Hadi, Saudara Budiman, Helmi & Luth.. mama dah siap kemas rumah, mama ambil simpan di blog ni jelah yer. Terima kasih...


kad raya dari Luth : Live Blogging? 

anakmuda ini yang mengexpose blog kerdil saya di KBP..

saya rasa teruja ketika itu, rasa seronok kerana blog saya dilihat orang lain selain ahli keluarga. Terima kasih Luth..


ini kad raya dari Helmi : Panglima Hitam

seorang anak muda yang masih mempertahankan ilmu persilatan sebagai warisan pusaka bangsa.


ini kad raya dari Saudara Ariff Budiman & Isterinya Kak Hasnah : Warna Nostalgia

Semoga dengan kehadiran insan baru dalam hidup beliau, akan menambahkan keyakinan & kekuatan dalam hidup Warna Nostalgia setelah kehilangan isteri tersayang beberapa purnama yg lalu.


kad raya dari puan maiyah : perjalananku masih panjang

semoga insan ini akan terus tabah menghadapi hari2 mendatang

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul


ini pula kad raya dari Hadi 

terima kasih ya Hadi, I'ALLAH ukhwah antara kita akan terus terjalin dengan lebih erat dengan rahmat ALLAH.

2 ulasan:

  1. salam mama.. makasih bik kad.. selamat hari raya.. maaf kalo ada komen yg tak kenan dihati.. moga ceria di aidil fitri :)

    BalasPadam
  2. SALAM, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

    Jemput ke blog ambil kad raya ya.. (kad raya kat sini)

    Minta maaf kalau ada perkataan yang saya tulis menyinggung perasaan anda di blog..



    Ikhlas :  
    Luth Textile, Penang

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan