Assalamualaikum.....
Semasa DIA masih dalam kandungan, ada suara yang mempersoalkan kehadiran DIA!
Semasa DIA dalam kandungan ada suara yang ingin tahu berapa usia kandungan, lantaran wujudnya DIA dalam keadaan bunting pelamin!
Semasa DIA dalam kandungan ada suara yang mempertikaikan sah atau tidaknya DIA kerana perkahwinan baba & mama nya yang terlalu muda!
Semasa dalam kandungan ada suara yang menyarankan kenduri sambut menantu diadakan sekali dengan majlis cukur kepala!
Semasa lahirnya DIA ke dunia ada suara yang mengatakan DIA akan dibesarkan oleh tok kerana mamanya muda, tak tahu menjaga anak. Hakikatnya walau beranak 7 tidak seorangpun anak2 mama muda itu terpelanting ketangan orang lain!
Semasa lahirnya ke dunia ada suara yang mengatakan, DIA & juga adik2nya takkan belajar tinggi kerana akan berkahwin awal seperti mama mereka!
TAPI kini.....
Sebahagian cakap2 suara sumbang itu telah terpercik kemuka mereka sendiri!
Bukan doa, bukan harapan dari yang empunya diri semua itu terjadi pada mereka.
Hakikatnya Allah sentiasa membantu orang2 teraniaya & difitnah!
Hakikatnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar!
DAN kini.....
DIA yang dulunya dipertikaikan kehadiran DIA kedunia oleh saudara sedarah sedaging telah dirisik....
DIA yang dahulunya diperkecilkan kerana beribukan mama muda telah diminta diikat janji.....
DIA yang dahulunya dipersoalkan kerana wujud atas dasar cinta bunting pelamin mama & babanya kini telah didakap rakus dengan linangan airmata....
Perasaan seorang ibu ketika situasi anak dirisik???
Tentulah berbaur2, tambahan lagi yang merisik itu selalu mempertikaikan keupayaan anak2 saya. Anak2 saya tak pandai itu, anak2 saya tak pandai ini, anak2 saya pemalas, anak2 saya tak tahu masak, anak2 saya tak pandai kemas rumah, anak2 saya suka dok tidoq meninggi hari, anak2 saya... bla bla bla bla...
Walhal hakikatnya setiap kali raya, kenduri kendara di kampung, saya sekeluargalah yang lengkap balik semua sekali. Semua anak2 saya ajak balik kenal saudara mara.
Anak2 sayalah yang pulun membantu menyiapkan bunga2 telur, mengisi barang2 dalam beg cenderahati buat tetamu, membantu mengemas2 rumah, mebancuh air untuk tetamu yang tak putus2 & akan ikut apa saja arahan bila disuruh samada disuruh secara elok atau secara leteran.
Mana perginya anak2 mereka yang rajin2 belaka? Mana perginya anak2 mereka yang pandai segalanya??
Mereka hanya hadir pada hari kenduri, itupun ketika tetamu sudah mula bertandang. Hadirnya seperti tetamu, makan dihidang & bunga telurpun anak2 saya yang bagi pada mereka.
Dahulu saya yang menanggung beban leteran mereka, sekarang anak2 saya turut sama merasainya. Walaupun kadang2 saya cuba juga menjawab tapi mungkin lantaran 20tahun menanggung beban taat pada keluarga suami menjadikan jawapan pembelaan saya pada anak2 terbatas.
Saya hanya menjadi pendengar, kadang2 anak2 saya cuba juga menjawab melalui sindiran semula.
Bagi saya tidak ada salahnya mak2 saudara menyuruh, mengarahkan anak2 saya buat kerja. Mengajar mereka apa yang patut. Tapi caranya yang tidak kena. Mengherdik2, menengking2 & menyuruh dengan leteran&sindiran bukan cara yang tepat bagi gadis2 remaja2 seperti mereka.
Walaupun saya telah berendam airmata selama ini sendirian tanpa pembelaan menanggung semua itu, terasa sudah lali... tapi hakikatnya bila anak2 saya menghadapinya & mereka mengadu apa yang mereka lalui dengan nada sebak & airmata bergenang hati keibuan saya menjadi sayu. Yang boleh saya katakan, sabarlah sayang. Sesekali tak salahnya melawan...
DAN kini.....
Anak Sulung saya dirisik?
Sorry, hatinya telah dimiliki setakat ini. I'ALLAH pilihannya adalah yang terbaik setakat tika & saat ini. Semoga hati mereka diperkuatkan, diperkukuhkan dengan kasih sayang sejati, cinta yang suci murni sehingga tiba masanya nanti.
Datanglah ustaz mana pun, dari AlAzhar ke, dari Mesir ke.... dirisik untuk dibuat isteri kepada anak sendiri ke, Pilihan kami buat masa ini, I'ALLAH juga dimasa depan tetap pada yang 'satu' itu.
Mengapa saya tidak mengatakan pada mereka?
Oh! Belum tiba masanya. Kalau maklumkan sekarang pasti akan jadi salah juga nanti. Biarlah masa & keadaan yang menentukan. Cukuplah merisik2 anak2 saya. Kami sendiri sebagai ibu bapa tidak menetapkan pilihan anak2 kami, inikan pula orang lain. Biar mereka menentukan sendiri dengan menjadikan kami sebagai panduan.
Apa kelas main rekomen2 zaman2 moden ni!
inilah anak sulung saya, buah hati pengarang jantung babanya...
bergambar bersama sepupunya... nasib baik bila ditanya katanya anggap ain macam adik!
ain dh dirisik??waahh.. :D
BalasPadamsporting la mama ni! bertuahnye bakal menantu :P
gambar tu buat suspenn je....
BalasPadamerrr... selmat jadi opah.... :)
salam Mama..
BalasPadamsabar lah ya.. biasalah dalam hubungan persaudaraan.. tak semua manis.. mesti ada 1 atau dua yang pahit tapi terpaksa juga ditelan atas tujuan menjaga hubungan dan talian persaudaraan itu..
Mama dan Baba saya kira bagus dan berjaya dalam mendidik anak2x.. kalau tidak, xkan ader yang mahu merisik Ain tu bukan? =)
Salam ainee,
BalasPadamdah mula mengajar ker?
Ain bukan dirisik oleh pujaan hatinya lagi, tapi oleh makciknya utk diikat janji kpd saudara jauh & jika ain nak utk anak yg tukang risik tu...
mama sporting? bertuah bakal menantu? heheheh
sayangnya mama tak ada lagi anak bujang sebaya aineekan!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam cg shifu,
BalasPadamgambar yg mana buat suspen ni cikgu?
dlm post ni ain bergambar bsama sepupu dia..
errr jadi opah?
lambat lagi kot!
tapi cikgu antara yang akan saya undang bila majlis walimah anak saya nanti, sudiker hadir?
salam fawez,
BalasPadamhermmm mama memang sabar dalam menghadapi kerenah mehnah keluarga mertua, ipar duai.
kalau tak sabar takkan btahan selama 20thn ni. byk hikmah&nikmatnya bersabar ni. dr org tak suka dah jadi suka, dari tak sayang dah jadi sayang....
cuma kdg2 mama tkilan juga dgn sikap sstengah org ni yg suka mpertikai, mengaibkan org lain walau darah daging sndiri akhirnya senjata yg digunakan mmakan tuan.
Alhamdulillah wlu dimata org anak2 mama mungkin bukan yg tbaik tp dimata, dihati mama merekalah anak2 terbaik mama...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam,
BalasPadamEloklah, yang mana baik untuk anak baiklah untuk kita.
Bab-bab orang pandang serong ni dah jadi lumrah alam. Manusia tak ada yang setuju semua dengan kita. Kadang-kadang wujud iri hati.
Didoakan Along dapat jodoh yang baik, boleh imamkan solat dan dapat memimpin keluarga ke syurga.
assalammualaikum
BalasPadamhidup berumah tangga memang banyak pahit manisnya
pahit dulu....
manisnya akan datang kemudian
MAMA,MMG TAK HAIRAN LAH KALAU SI AIN NI RAMAI PEMINAT...
BalasPadamORGNYA MANIS,AYU,BAIK SOPAN SANTUN...AH..SEMUA CIRI2 WANITA IDAMAN MALAYA ADA PADA DIRINYA...YG DAPAT SI AIN NI BERTUAH LER..YG TAK DPT TU BERPUTIH MATA LER JWBNYA ;)
MAMA MMG SPORTING!!! BEST KALO DPT MAK MERTUA CAM MAMA NI...;)
miyoko-anna
Salam PUPP,
BalasPadamthanks atas doa.
I'ALLAH smoga anak2 akan jadi insan bguna pd agama, ibu bapa, bangsa&negara.
yer lumrah alam, ssh nak lari dr pandangan masyarakat.
hidup matang krana pengalaman bsama masyarakat.
salam cikgu klcitizen,
BalasPadamyer pahit manis dalm rtangga akan mmatangkan kita dlm mhadapi kehidupan. asam garam rtangga, klu tak krna diri sendiri akan diduga org org2 sekeliling.
Alhamdulillah, wlu pahit getir telah dilalui slama lebih 20thn ni, manisnya telah mula saya rasai bila melihat anak2 mbesar dgn kjyaan stkat ini&merasa nikmat kasih sayang suami&anak2, syukur...
salam miyoko anna,
BalasPadamwah! klau ain tau pujian u kat dia ni, mau tak tido seminggu... hahahahaa
Alhamdulillah stakat ni mama masih mjadi mama yg sporting pd anak2.
tapi kdg2 mama naik angin juga tau!
ah..si ain tu mama...walau berjuta pujian dilemparkan kpdnya dia tetap cool...tidak pernah membangga diri & tidak pula minta dipuji..
BalasPadamitulah sifat yg indah pada dirinya..pujian ini dari jauh ku ukirkan buat dirinya..kerna diri ini tidak mampu memuji dihadapannya...;)
miyoko-anna