31 Ogos 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran Along

Assalamualaikum.....

Sempena merdeka ni saya ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat anak saudara saya Mohd Fairuz bin Susah. Sebenarnya ada cerita sikit tentang anak saudara saya yang seorang ini. Cerita yang bagi saya agak istimewa, walaupun bukan istimewa bagi orang lain tapi mungkin istimewa dalam hidup saya.

Mohd Fairuz (yang selepas ini saya gelarkan Along), adalah anak sulung Kak Long saya. Tahun ini Along berumur 30 tahun. Masih bujang, setelah putus tunang tahun lepas.

Kak Long saya & ayah Along berpisah ketika Along masih bayi. Kak Long saya masih dalam pantang ketika itu. Saya tak tahu sebab apa kerana saya baru berusia sekitar 4, 5 tahun ketika itu.

Tidak lama selepas itu mungkin semasa usia Along sekitar 2 tahun, Kak Long saya bertemu jodoh dengan suaminya sekarang. Seorang duda tanpa anak. Sejak itu Kak Long&Along hidup bersama keluarga baru. Tidak lama kemudian Kak Long mendapat anak dengan suami baru seorang demi seorang. Sehingga sekarang Kak Long punya 6 anak dengan suaminya sekarang. Mereka hidup bersama hingga sekarang bersama 6 anak baru & juga bersama Along.

Apa yang membuatkan saya merasakan Along, anak saudara saya ini agak istimewa adalah kerana sedari kecil saya turut sama menyaksikan, merasa sama penderitaan Along berbapakan seorang bapa tiri.

Sebagai adik, saya sering menginap dirumah Kak Long bila ada kelapangan atau ketika cuti sekolah. Sedari Along kecil, sejak berbapakan bapa tiri saya menyaksikan azab yang Along rasakan. Dulu bapa tiri Along yang juga abang ipar saya ini amat bengis dengan Along.

Pantang silap sikit teruk Along dibelasahnya. Jangan didengarnya anak2nya menangis, pasti Along disalahkan. Pukul bantainya bukan sedikit tetapi amat teruk. Saya selalu menyaksikan Along dihumban kedinding, dipukul jangan kiralah. Sepak terajang boleh dikatakan setiap hari mesti kena. Saya akan menangis setiap kali Along dipukul bapa tirinya, tetapi apalah daya saya ketika itu. Saya juga masih kecil. Kak Long pun tak berani mempertahankan anaknya, mungkin sedar Along cuma anak tiri pada suaminya.

Sepanjang usianya dari kecil hingga besar begitulah nasib Along. Malang bertimpa pada dirinya kerana Along tiada surat beranak. Mungkin kerana ibu bapanya berpisah ketika dia masih bayi, maka mereka tidak sempat membuat surat beranak untuknya hingga berlanjutan.

Kerana tiada surat beranak itu, Along tidak kesekolah. Bila dia sudah besar sikit sekitar 9 tahun lebih kurang, dia mengikut bapa tirinya kekebun. Sejak itu bermacam2 kerja yang Along lakukan membantu keluarga. Sehingga dia remaja rasanya dia masih dipukul oleh abang ipar saya cuma mungkin tidak seteruk masa dia kecil.

Dan sejak 10 tahun ini saya merasakan Along menjadi anak kesayangan & harapan keluarganya. Alonglah yang saya lihat bertungkus lumus membantu keluarga dari segi kewangan khususnya. Alonglah saya lihat yang lebih berguna berbanding anak2 Kak Long saya yang lain. Walaupun tidak pernah bersekolah, tidak mengenal huruf tetapi Along menjadi tunggak harapan keluarga.

Dan yang paling istimewa saya lihat abang ipar saya memang sayangkan Along. Dia tentu sudah menyesal dengan apa yang dia lakukan selama ini bila melihat betapa baiknya Along pada mak & abahnya walaupun hanya abah tiri. Berbanding dengan anak2nya yang lain khususnya anak lelaki kandungnya sendiri yang selalu membawa masalah dalam keluarga berbanding Along yang banyak membantu.

Kak Long saya sekarang mengidap kencing manis yang kritikal, saya mendapat tahu, setiap kali Kak Long saya masuk hospital, Alonglah yang membiaya perubatan maknya. Along akan segera mendapatkan pinjaman dari tempatnya bekerja & pinjaman itu akan dipotong melalui gajinya setiap bulan.

Kebetulan masa saya balik setahun lepas menziarahi keluarga, Kak Long diserang kencing manisnya hingga perlu dibawa kehospital untuk dirawat. Alonglah yang mendapatkan biaya rawatan. Along kata pada saya, kadang2 duit gajinya berbaki 5,6 ratus sahaja sebulan kerana banyak potong pinjaman.

Bila saya ungkit kisah2 masa dia kecil sambil air mata saya bergenang, Along kata... Abah dia memang tak berani kata apa kat dia sekarang. Along kata memang dialah yang membantu menyara keluarga mereka sekarang.

Bagi pelanggan astro yang pernah menonton cerita Musafir lakonan Nasir Bilal Khan & Danny x factor, Along pernah berlakon bersama mereka dalam telefilem tu sebagai drebar lori yang Danny tumpang semasa mereka bermusafir. Mereka berlakon disekitar kampung saya di Segamat & Tangkak, Johor.

Sempena merdeka ini, selama ini kami meraikan ulangtahun kelahiran Along setiap 31 ogos, tetapi semasa proses membuat MyKad Along beberapa tahun lepas kami mendapat rekod sebenar di Hospital Along dilahirkan bahawa kelahiran Along berlaku pada 30 ogos. Saya tak pasti keluarga Kak Long masih meneruskan sambutan ulangtahun Along pada 31 ogos atau 30 ogos.

Saya dah lama tak berhubung dengan Along, Kak Long & keluarganya. Saya pun tak pasti proses Along mendapatkan MyKad dah selesai atau belum. Saya harap dah selesai supaya senang Along nak berurusan dengan kerja, jika nak berkahwin & sebagainya.

Dikejauhan ini, saya doakan Along akan terus menjadi anak yang baik. Semoga segala penderitaannya semasa kecil akan dibalas dengan kebaikan. Semoga mak & abahnya akan benar2 menyayanginya sebagai seorang anak, bukan kerana ada maksud yang lain atau hanya mahu mempergunakan segala kebaikan Along.

Along juga perlu memikirkan masa depannya sendiri....

Along bersama Tata & Kakak semasa perkahwinan adik saya di Kelantan

2 ulasan:

  1. Mcmna agaknya proses utk mendapatkan sijil kelahiran bagi anak yang tak diketahui asal usulnya ye???...

    Kalaulah kakcik tahu caranya, kakcik akan berusaha utk mendptknnya bg seseorg.... :(

    BalasPadam
  2. salam kak cik,
    saya pun tak pasti, tapi abang saya berlainan bapa juga mhadapi masalah yg sama dgn anak saudra saya ni. abang saya dah ada KP skarang ni. satahu saya dia kena buat akuan bsumpah & guna org dalam yg bkaitan dgn hal2 dokuman KP ni.

    anak saudara saya ni pun aritu abang saya tlg uruskan cuma tak tahu dah bjaya ke belum...

    I'ALLAH kalau saya tahu mklumat lbih detail nanti saya maklumkan.

    smentara ni kak cik cuba tanya Jabatan Pendaftaran terdekat...

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan