Assalamualaikum.....
Sedang saya membelek2 blog2 di alam maya, saya terlihat satu blog yang mengisahkan sebuah isu menarik pada pandangan saya. Kisah perbualan seorang Ustaz & anak muridnya barangkali. Anak murid yang masih bujang, sedang mencari2 petua rumahtangga dengan menyoalkan gurunya, tidakkah bergaduh dengan isteri...
Kisah pergaduhan suami isteri..... Saya lebih suka gelarkan gaduh2 sayang dalam rumahtangga.
Selalu tergambar, terbayang diruang fikiran kita kehidupan seseorang yang bergelar Ustaz apatah lagi jika pasangannya seorang Ustazah, tidak akan ada pergaduhan dalam rumahtangga mereka. Benarkah???
Jika pasangan suami isteri itu pasangan Ustaz Ustazah rumahtangga mereka sentiasa harmoni, tiada langsung terbit perasaan marah sesama mereka selama berumahtangga. Benarkah???
Lantaran cinta mereka cinta yang suci murni dari awal pra perkahwinan tanpa anasir2 yang tidak baik hingga kealam perkahwinan, adakah rumahtangga mereka tiada langsung diselangi dengan perselisihan faham. Benarkah???
Saya teringat lagu P.Ramlee dalam kisah 3 Abdul... 'Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, Buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi'.
Semasa menetap di Telok Bahang, ada seorang jiran yang sering memuji2 kehidupan rumahtangga saya bersama suami. Dia mengatakan kami suami isteri mithali, suami soleh & isteri solehah. Mungkin sebab dia selalu saya lihat bergaduh dengan suaminya.
Begitu juga sekarang ini. Di kediaman ini, dikelilingi rakan2 pendidik, kami juga sering kali di lebelkan sebegitu. Ada seorang rakan yang mengatakan kami masih kelihatan romantis walau sudah 20 tahun berumahtangga, walau anak2 sudah ramai & besar2. Ataupun ditafsirkan kami sudah tua...
Dengan gelaran sebegitu, sebenarnya saya amat takut. Berasa tidak selesa. Yalah, hakikatnya bukan begitu. Kami bukanlah pasangan sempurna. Amat tidak sempurna.
Sepanjang 20 tahun perkahwinan ini, alahai! Bermacam pahit getir, ombak gelora, perang dingin, perang panas, perang sejuk, perang basah, perang berapi yang telah kami lalui.
Kadangkala perselisihan faham terjadi angkara diri masing2, orang luar atau persekitaran. Kadangkala kami sama2 panas & kadangkala juga ada antara kami yang sorang sejuk sorang panas. Kadangkala kami sama2 mahu menang dalam setiap perselisihan, kadangkala kami sama2 mahu mengalah.. ( hehehe yang ini jarang2 berlaku ).
Setiap kali berlaku perselisihan faham, pasti ada rajuk merajuk. Marah, buat muka, tak puas hati, boikot antara satu sama lain. Bagi saya marah antara kami takkan bertahan lama. Selalunya kerana anak2. Segalanya akan pulih bila ada hal yang membabitkan anak2.
Bagi pihak saya, selalunya bila tiada perselisihan faham antara kami, sayalah yang banyak cakap. Ada saja yang nak saya borakkan, tanyakan pada pasangan. Dari hal yang remeh temeh hinggalah hal2 negara. Tapi bila ada perselisihan yang berlaku saya akan jadi sebaliknya. Masa ni suami akan tahu saya sedang mengangkat bendera perang.
Tapi baru2 ni saya tahu rupanya bila itu berlaku, suara saya yang kecoh, banyak cakap atau istilah popularnya berleter amat dirindui sidia rupanya. Rupanya walau dah 20 tahun masih banyak yang perlu kami selami. Saya bayangkan selama ini leteran saya dibenci, rupanya bila saya jadi begitu pendiam, suara saya akan dirindui.
Memang saya susah nak berahsia dengan suami. Apa2 yang berlaku mesti saya nak cerita. So, bila saya diam, membisu seribu bahasa maka mesti ada yang tak kena.
Begitu juga bila suami pula marah, saya akan diam. Biar dia dengan marahnya. Mujurlah suami saya bukan pemarah sangat orangnya. Marahnya pun cepat sejuk.
Selama ini memang diakui, saya yang cepat naik angin. Mujurlah dapat suami yang penyabar... kalau tidak mungkin takkan selama ini saya bergelar isteri. Memang Allah dah aturkan jodoh kita yang terbaik.
So, apa nak buat bila perselisihan berlaku? Fikirkan kebaikan pasangan. Fikirkan apa kebaikan yang dia buat untuk kita selain keburukan, kesilapan yang dilakukan. Fikirkan segala kenangan manis, kenangan indah yang pernah dilalui bersama. Fikirkan betapa susahnya nak bina rumahtangga yang dipertahankan dengan keringat & airmata selama ini. Fikirkan segala susah senang yang dilalui bersama selama ini. Fikirkan.... Fikirkan.... I'ALLAH segala yang panas akan sejuk, segala yang membuak marah akan membuak sayang semula.
Jika ada anak2, fikirkan nasib anak2 jika kita ambil jalan mudah dengan merobohkan rumahtangga yang dibina. Saya akui, saya takkan mampu mendidik anak2 saya jika bukan bersama suami saya sekarang. Tanpa suami sebaik dia, anak2 saya takkan mampu menjadi seperti apa yang saya banggakan sekarang. Tanpa suami sehebat dia saya takkan mampu buktikan pada masyarakat yang mencemuh saya diawal perkahwinan saya dulu bahawa dengan status isteri muda, ibu muda saya takkan mampu mendidik anak2 hingga ke menara gading. Tanpa suami penyayang seperti dia, saya takkan mampu menutup mulut sumbang yang mengatakan anak2 saya takkan berjaya dalam pelajaran kerana akan berkahwin awal seperti saya juga. Tanpa suami semurni dia, saya & anak2 takkan dapat didikan yang sempurna, I'ALLAH dunia akhirat seperti sekarang.
Bagi saya, perkahwinan bukan barang ujikaji. Bukan boleh dicuba2. Rasa suka, rasa cinta kahwin. Setahun dua tak sesuai, bila ada pergaduhan ambil jalan mudah bercerai. Memang cerai jalan terbaik, pilihan terakhir yang mungkin ada. Gaduhlah sehebat manapun, lawanlah selagi terdaya, pertahankanlah ego masing2 selagi boleh tapi dalam pada itu cubalah pertahankan rumahtangga yang dibina.
Takkan tiada langsung perasaan sayang selama bertahun berkahwin, tidur sebantal&sekatil! Takkan insan yang selama ini kita dakap, berkongsi segala kasih sayang tiba2 menjadi insan yang paling kita benci dialam ini. Menjadi insan yang tak mahu lagi kita lihat. Menjadi insan yang mahu kita lenyapkan dari muka bumi ini kalau boleh.
Ingatlah semula bait2 lagu P. Ramlee tadi...
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh Ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Buang yang keruh Ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun & damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf kanda wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Suami isteri mesti berpakat
Rumahtangga mendapat berkat
Suami isteri mesti berpakat
Rumahtangga mendapat berkat
Apa guna selisih faham
Kalau ingin aman tenteram
Mohon ampun wahai kanda
Salam June...
BalasPadamkebelakangan ini kakcik sering teringat akan satu kisah seorang suami menceraikan isteri tanpa sebab munasabah. Hanya perkahwinan mereka yang berpuluh tahun tak pernah ada pergaduhan, dia merasa bosan.. dan secara suka2 menceraikan isterinya.. kemudian rujuk semula beberapa hari kemudian... Dalam dunia - macam2 hal boleh berlaku, kan??
salam kak cik,
BalasPadamyer itulah asam garam rumahtangga.
memang smua pasangan idamkan aman damai, tiada pgaduhan dlm rtangga.
kita tentu sangka pasangan yg tak pernah bgaduh dalam rtangga pasangan bahgia, tp dalam kes kak cik citer tadi apahal plak y....
kdg2 org yg tak pernah bgaduh, tak luahkan rasa tak puas hati kat psangan ni lagi bahaya kan kak cik, skali meletop.. hah ngkau ambik seribu talak terus...
lebih baik gaduh2 sikit2 ni, gaduh2 manja....
tp saya lagi ok skrg ni, kurang sikit naik angin babnding dulu, mungkin dah tua kot.
hehehe suami plak yg kuat mrjuk...
nak andropos kot! hahahah....
takapalah selama ni dia bsabar dgn kerenah saya, skrg masanya plak giliran saya...
Saya teringat pesan mak mertua saya, kalau bergaduh seorang kena diam. Kalau tak baru le haru biru.
BalasPadambtol3..
BalasPadambingit buk..bingit..
heheh
salam mama, sy dah tak bergaduh lagi dah takde sapa pon, gaduh syg ngan anak ade ler
BalasPadam