13 Ogos 2009

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, sebentar tadi telah diadakan majlis bacaan yassin & solat hajat untuk murid2 yang akan menduduki UPSR 8,9 & 10 september 2009 yang akan datang.

Saya turut serta memenuhi ruang Masjid Terapung, Tanjung Bungah yang serba indah ini. Majlis dimulakan dengan solat maghrib, membaca yassin & solat hajat memohon murid2 yang akan menduduki peperiksaan nanti akan berada dalam keadaan tenang.

Selain memenuhi jemputan sebagai AJK PIBG, saya juga ingin meraikan anak ke 5 saya, Kak Cik yang akan turut sama menduduki peperiksaan penting diakhir persekolahannya di sekolah rendah ini.

Ramai tetamu yang hadir. Selain murid2 & ibubapa dari Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong, terdapat lagi 2,3 sekolah sekitar sini yang bergabung. Anjuran bersama Pergerakan Wanita UMNO Bukit Bendera.

Saya kurang pasti, mengapa tahun ini diadakan bersama dengan Pergerakan ini. Selalunya pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan di sekolah atau di Masjid Tuan  Guru yang berhampiran sekolah.

Apapun tahniah pada pihak yang berjaya melaksanakannya. Selain solat hajat untuk UPSR, telah diadakan juga solat hajat untuk memohon keselamatan dari wabak H1N1 yang amat garang menyerang warga Malaysia mutakhir ini. Semasa saya menulis catatan ini seramai 51 orang telah maut akibat virus pembunuh ini....

Semoga doa kami beramai2 tadi akan dimakbulkan Allah....

Selamat berjaya untuk Kak Cik & kawan2nya yang akan menduduki UPSR 25 hari dari sekarang....

Mama akan sentiasa mendoakan kalian. Usaha penting, yang selebihnya kita tawakal saja pada Yang Maha Kuasa...

Pada guru2 yang telah mencurah ilmu kepada anak2 didik kalian, ucapan terima kasih kami ibu bapa ucapkan. Mohon halalkan segala penat lelah kalian dalam mencurah ilmu. Mohon ampunkan segala salah silap yang telah anak didik kalian lakukan dengan disedari atau tanpa disedari...

Masjid Terapung, Tanjung Bungah

2 ulasan:

  1. Pak Rusli doakan agar Kak Cik dan rakan-rakan tenang dan beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti. (Tolong habaq kat dia)

    Berusaha dan berdoa pasti Allah SWT berkati. Amiin.

    BalasPadam
  2. salam
    kak cik ucap terima kasih pd pak rusli atas doa yg diberikan.

    i'allah dia akan lakukan yg tbaik...

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan