23 Julai 2009

Selamat Ulangtahun Sayang.....


Assalamualaikum.....


Dia Yang Ku Kenal….

Di sebuah Kampong yang dikelilingi sawah padi, 43 tahun yang lalu.....


Sebuah keluarga sedang menanti kelahiran orang baru dalam keluarga. Pasangan Hassan & Jamaliah sedang menanti kelahiran cahayamata baru setelah memiliki 7 cahayamata sebelum ini.

Setelah dikurniakan 6 cahayamata perempuan & 1 lelaki, akhirnya pada tanggal 23 Julai 1966 di Hospital Besar Alor Setar, lahirlah orang baru yang dikandung selama ini. Kelahiran seorang putera yang akhirnya menjadi anak bongsu kesayangan dalam keluarga.

Lahirnya tidak cukup bulan, kata seorang saudara hanya sebesar botol kicap sewaktu bayinya. Menetap pada tempoh waktu yang agak lama di Hospital.

Membesar sebagai anak lelaki bongsu, dikelilingi Kakak2 & Abang tentulah menjadikan Si Bongsu ini membesar dalam suasana yang penuh kasih sayang keluarga. Hidup dalam suasana serba sederhana sebagai anak petani, di sebuah Kampung peninggalan keluarga di Kampung Kubang Jelai, Tokai Kedah.

Si Bongsu ini dididik dengan penuh ketegasan oleh Bonda tercinta. Di sayangi oleh Ayahanda tersayang, juga amat diberi perhatian oleh saudara yang lain.

Mendapat pendidikan awal.di Sekolah Kebangsaan Haji Abd Rahman, Tokai yang diasaskan Tok Wan Si Bongsu . Kemudian menyambung pendidikan Sekolah Menengah di Maktab Mahmud Alor Setar sehingga tamat tingkatan 5.

Sebentar Cuma menyambung pengajian di tingkatan 6, Si Bongsu telah nekad menerima tawaran kerja sebagai guru sandaran nun jauh di selatan tanah air. ( khabarnya Si Bongsu ingin mengumpul wang untuk meminang sibuah hati )….

Negeri Johor Darul Takzim menjadi pilihan memulakan karier pekerjaan sebagai pendidik. Bermula 1987 memulakan penghidupan dirantau orang. Menghadapi suka duka kehidupan sebagai anak rantau….

Entah kenapa kasih yang disemai sejak dialam persekolahan akhirnya menuju kemusnahan. Si Bongsu merasa amat terluka, kecewa, hampa. Hidup seakan tidak bermakna ketika itu. Tiada lagi seri diwajahnya.

Ketika itu muncul seorang gadis polos, yang juga anak didiknya hadir cuba mengubat jiwa luka. Tiada rasa cinta pada mulanya. Sudah dikatakan jodoh akhirnya ketentuan Tuhan Si Bongsu bertemu jodoh dengan si gadis polos.

Menghadapi suka duka, pahit getir sebelum perkahwinan. Begitu juga setelah perkahwinan, bermacam suka duka yang Si Bongsu hadapi bersama si isteri hingga dikuniakan 7 anak. Disebalik kepayahan menghadapi dugaan, setiap kejayaan yang dikecapi disambut dengan penuh syukur.

Dan kini ketika usia meningkat setahun lagi, semoga Si Bongsu akan terus hidup dikelilingi kasih sayang sejati isteri & anak2…..

Semoga Allah melimpahi barakah dalam kehidupannya… Amin