17 Julai 2009

Sahabat.....

Assalamualaikum.....

Petang tadi saya dikunjungi seorang sahabat, semasa saya menetap di Telok Bahang dulu. Kami masih bersahabat sampai sekarang. Minggu lepas pun dia datang kerumah kerana ada urusan dengan suami saya. Dia & suami saya mengajar kelas KAFA ditempat yang sama di Telok Bahang dulu dan sekarang di SAR Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong.

Petang tadi dia datang kerumah saya meminta membantu dia mengupdate blog Tabika Perpaduan yang dia hasilkan atas bantuan suami saya sebulan yang lepas. Dia tak berapa faham masa suami saya ajar dulu. Saya pun tunjuk serba sikit apa yang dia nak tahu aja. Sebab dia dah berguru dulu dengan suami saya so susah sikit saya nak mulakan pembelajaran...

Sebenarnya persahabatan kami pernah tercalar kira2 5 tahun dulu. Sebenarnya perselisihan itu berlaku akibat salah faham dan salah faham itu agak lama terpendam tanpa ada usaha untuk memperbaikinya.

Secara peribadi saya agak sedih ketika krisis itu berlaku. Rasa sedih sangat, semasa itu saya asyik tertanya2 kenapa sahabat saya ini lebih mempercayai orang lain tanpa meminta penjelasan dan sebab musabab dari saya.

Walaupun perkhabaran yang didengarnya adalah dari orang yang rapat dengan saya tetapi bagi saya adalah tidak adil dia tidak bertanya kepada saya dulu. Ketika itu saya percaya jika dia berada ditempat saya mungkin sebagai perempuan dia juga akan melakukan perkara yang sama dengan saya ataupun mungkin lebih dasyat lagi.

Tetapi Alhamdulillah entah bagaimana ianya berlaku, tiba2 ukhwah kami bercantum semula. Dan kami masih bersahabat sampai sekarang, saling kunjung mengunjungi semula.

Kepada sahabat saya tu saya ucapkan terima kasih kerana kita masih bersahabat.


anak2 sahabat saya yang sudah saya anggap seperti anak2 saya

3 ulasan:

  1. Apapun sekarang kan dah rapat balik, semoga persahabatan itu akan terus kekal

    BalasPadam
  2. salam
    yer puan maiyah, kkadang slain keluarga kita perlu juga sahabat sbagai teman.

    BalasPadam
  3. Memang, bukan senang untuk mencantum semula bulu ayam yang tercarik melainkan dengan hati yang terbuka dan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan