Assalamualaikum
Sekadar Renungan Bersama.....
Haram lelaki Islam Berjual Beli Sebaik Azan Jumaat
Haram lelaki Islam berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya, restoran dan sebagainya.
Walaupun mereka yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan bila masuk waktu.Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram.
Tetapi tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki Islam.
Di Masjid Bandar Baru Senawang ada seorang sahabat yang lengkap berjubah putih dan berserban menjual air soya di luar perkarangan masjid.
Ketika azan pertama dilaungkan hingga khutbah dibaca, penjual dan pembeli sedang sibuk berjual beli. Ini adalah haram.
Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati makan tengahari jam 1:20 tgh di KFC sementara menunggu solat Jumaat atau minum cendol di benteng, sumber rezekinya Halal tetapi waktunya Haram.
Itu yang hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang langsung tak solat Jumaat.
Ini adalah berdasarkan Firman Allah s. w. t. :"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".
Segelintir jemaah gemar datang lewat ke masjid, ketika khutbah kedua dibacakan baru kelihatan berduyun-duyun manusia memasuki kawasan masjid, itu pun dengan keadaan bersahaja seolah-olah khutbah itu cuma ucapan biasa. Jika terlewat kerana halangan masih boleh dimaafkan tetapi jika sengaja dilakukan, amatlah mendukacitakan.
Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],” - Al-Jumu’ah: 9
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya],” - Al-Jumu’ah: 9
ramai yang buat2 tak tahu...
BalasPadamsatu pengetahuan yang baik untuk saya
BalasPadamAgaknya dia bukan orang Islam...
BalasPadam