24 Jun 2009

Selamat Menyambut Bulan Rejab

SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB Pada 24 jun 2009 (Hari Rabu). 

 
Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.........

Kebaikan mu’jizat yang ada dalam bulan REJAB.

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:" 

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."





5 ulasan:

  1. Selamat menyambut bulan rejab kepada penulis budiman, padanlah org rumah puasa sunat hari ni.

    BalasPadam
  2. salam
    mama moden tak dpt bpuasa sunat hari ni, mambantu PIBG SMKA(p) Almashoor mambuat jualan hari kantin sekolah.

    gerai PIBG jual ais blended...
    heheheh tak puasa, tkt tak tahan godaan...

    selamat meyambut bulan rejab...

    BalasPadam
  3. salam untuk MamaModen, terima kasih kerana membaca dan mengikuti blog rontog saya. berilah teguran dan komen dimana yg wajar. tq

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum MaMa Moden.
    Salam ukhuwwah. Maafkan saya sekiranya teguran saya ini kurang menyenangkan tetapi saya ingin bertanya kepada Mama Moden, adakah segala pahala yang dicatatkan tersebut benar-benar ada di dalam hadith atau terkandung dalam ajaran Islam? Sekiranya kita beramal dengan pegangan berpuasa sebegini dalam bulan rejab yang dijanjikan pelbagai pahala dan ampunan dosa, bagaimana pula dengan amalan puasa dalam bulan Ramadhan, sedangkan bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia dalam Islam? Maaf, tetapi setahu saya pegangan amalan berpuasa untuk mendapat pahala spertimana yang dinyatakan dalam pos ini hanya berlaku di Malaysia. Mengapa ya?

    BalasPadam
  5. salam to aliya,
    WALLAHUALAM, Hanya ALLAH Maha Mngetahui. mama moden bukan ustazah yg arif bidang agama.

    tapi tak salahnya rasanya kita buat pkara yg baik walaupun skadar amalan sunat.

    dah namapun sunat, suka hatilahkan nak buat ke tak.

    dari kita psoalkan buat pkara baik lagi bagus kita psoalkan byk lagi pkara mungkar kat negara kita ni...

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan