20 Mei 2009

Yang Tersurat..... Yang Tersirat

Assalamualaikum.....


Saya masih nak bercakap tentang hari ulangtahun kelahiran saya.


Sejak dari dulu kalau bercakap tentang 13 mei, tarikh kelahiran saya, orang akan berkata tentang peristiwa 13 mei 1969. Rusuhan yang berlaku di Malaysia. Tapi saya belum lahir ketika itu, hanya tarikh hari lahir saya sahaja yang sama, tahunnya lain.

Saya suka sekadar berkongsi rahsia yang tersirat disebalik bulan kelahiran saya. Bukan untuk dipercayai 100% tapi sebahagiannya ada kebenarannya.

Mengikut kajian, orang yang lahir pada bulan mei mempunyai ciri2 seperti ini :


KERAS HATI & TEGAS: Memang saya mempunyai ciri2 seperti ini. Tambahan lagi jika hati saya dah disakiti, terusik. Bila saya dah ambil keputusan, walaupun nampak mudah tetapi saya akan tegas dengan keputusan saya. Namun kadang2 demi menjaga hati orang lain saya akan mengalah juga. ermmm mengalah bukan bererti kalah kan!

KUAT SEMANGAT & BERMOTIVASI TINGGI : Secara dasarnya saya diakui oleh rakan2 mempunyai semangat yang tinggi dalam melakukan sebarang kerja yang menjadi minat saya. Sesuatu yang telah saya lakukan saya akan teruskan walau menghadapi apa saja cabaran & dugaan. Tiada istilah buat kerja separuh jalan bagi saya kecuali jika telah ditakdirkan.


PEMIKIRAN YANG TAJAM : Pada sesuatu perkara kadangkala saya tahu ada sesuatu yang tidak kena. Walaupun pada awalnya saya akan dituduh dengan bermacam2 seperti syak wasangka & sebagainya tapi akhirnya setelah diselidiki apa yang saya was2 kan menjadi kenyataan.


MUDAH MARAH APABILA TIDAK DIKAWAL : Yang ini memang kena sangat dengan saya. Saya akan mudah marah walaupun akhirnya saya tahu marah saya tu tak bersesuaian dengan pokok perkara & penyebab. Tapi hakikatnya marah macamana pun saya, tapi saya selalu mengalah dalam segala hal. Hati saya mudah sejuk sebenarnya jika kena pada gayanya.


PANDAI MENARIK HATI & PERHATIAN ORANG LAIN : Berdasarkan pengalaman saya terlibat dengan aktiviti satu ketika dahulu seperti dalam politik, saya pernah mengikuti Kursus PraSekolah di USM, dan apa saja bidang yang saya lalui bersama orang ramai, ramai juga yang meminati & memberi tumpuan pada setiap gerak kerja saya. Setiap percakapan saya, di perhati dengan penuh minat.


PERASAAN YANG AMAT MENDALAM : Ya, hati saya mudah tersentuh.....


CANTIK DARI SEGI FIZIKAL & MENTAL : Cantik mengikut persepsi masing2. Kadang2 cantik dimata kita tak cantik dimata orang begitu juga sebaliknya.


TIDAK PERLU DIMOTIVASIKAN : Yang ni saya tak setuju. Saya sentiasa perlukan bimbingan, pesanan & nasihat setiap masa.


TETAP PENDIRIAN, TETAPI MUDAH DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN :Ya, saya setuju sangat. Kan saya selalu kata, megalah bukan bererti kalah.


MUDAH DIPUJUK : Kadang2 mudah, kadang2 susah juga. Bergantung pada cara pujukan. Setakat ni suami saya jer yang tahan dengan rajuk saya. Hanya dia yang tahu macammana nak pujuk saya. Terima kasih bang.....


BERSIKAP SISTEMATIK (OTAK KIRI): Yang ni saya tak tahu nak komen.


SUKA BERANGAN : Betul sesangat. Kadang2 berangan saya sampai dibawa ke tidur. Saya boleh tak dapat melelapkan mata semalaman jika ada sesuatu yang sedang saya angan2kan.


KUAT DAYA FIRASAT, MEMAHAMI APA YANG TERLINTAS DIHATI ORANG LAIN TANPA DIBERITAHU : Kadang2 memang saya tahu & mahu ambil tahu. Kadang2 saya tahu & tak mahu ambil tahu.


BAHAGIAN TELINGA & LEHER MUDAH DISERANG PENYAKIT: Biasalah lengoh2.


DAYA KHAYALAN YANG TINGGI : Khayalan sama dengan berangan tak?


PANDAI BERDEBAT : Bolehlah sikit2, saya pernah membahaskan usul di Muktamar Muslimat, Muktamar PAS Pusat & pernah berceramah pada Pilihanraya. Debat ke tu?


FIZIKAL YANG BAIK : Oklah setakat ni, sakit2 sendi, urat tu biasalah. Dah 7 kali melahirkan, urat pun dah putus 7 kali orang kata. Badan tembam orang kata, harap sihat selalu.


KELEMAHAN SISTEM PERNAFASAN : Biasalah orang tembam, memang kadang2 mengah sikit, nak2 kalau lakukan aktiviti lasak sikit. Tapi setakat nak jungle traking, panjat bukit ok lagi.


SUKA SASTERA, SENI MUZIK & MELANCONG : Saya memang suka sastera. Suka baca buku2 cinta. Muzik pula ikut keperluan. Melancong? Siapa yang tak suka melancong....


TIDAK BERAPA SUKA DUDUK DIRUMAH: Masa saya aktif dalam jemaah dulu, saya harap sangat bila cuti, tak ada program hujung minggu, saya nak melepak dirumah bersama suami & anak2. Tapi bila tak aktif, hujung2 minggu saya nak lah jalan2. Boringlah juga kan dok dirumah jer.... Tapi tak kisah sangat pun dok kat rumah. Rumahkan syurga kita.


TIDAK BOLEH DUDUK DIAM: Bergantung pada keadaan. Kalau ada kerja yang nak dilakukan, memanglah macam lipas kudung. Tapi kalau dah tak ada kerja, takkan tak reti nak dok diam!


TIDAK PUNYA RAMAI ANAK : hahahaha... yang ni amat tidak betul. Anak saya ada 7 orang setakat ni. Saya bercadang nak stop dari melahirkan. Tapi kalau Allah masih nak bagi rezeki, saya terima. Ada seorang makcik meramalkan saya akan ada 10 orang anak.....


RAJIN & BERSEMANGAT TINGGI : Bergantung pada situasi.


AGAK BOROS : Memang kot. Tapi boros saya selama ni semuanya untuk keluarga. Apa saja yang saya usahakan, hasilnya semua saya curahkan untuk keluarga. Baik bab makan minum, pakai & sebagainya. Tak ada pun saya habiskan dengan dengan memenuhkan emas, intan berlian, baju baru dibadan saya.


Ramalan ini kadang2 hanya kebetulan. Walaupun ada yang betul, ada juga yang tidak betul sama sekali.

2 ulasan:

  1. Mama Moden
    Jemputan ke walimatulurus Ariff Budiman ( warna nostalgia ) pada 13 Jun 2009 - Sabtu di Restoran sri Idaman Telok Tempoyak dari jam 12 tgh - 4 petang

    BalasPadam
  2. salam tahniah dari mama moden sekeluarga kpd saudara Budiman& pasangan.

    Smoga bahtera yg bakal dilayari kali ini akan bahgia, aman sejahtera sperti dahulu. yg hilang pasti kan bganti, yg patah pastikan tumbuh.

    Smga roh kak aisyah juga mrestui saudara Budiman&pasangan.

    Allahyarhamah juga pasti akan tenang disana krana sudah ada insan lain yg akan menggantikan tempatnya menjaga, merawat & memberi kasih sayang pd insan yg pernah dicintai, disayanginya sepenuh jiwa raga hingga keakhir hayatnya.

    Layarilah bahtera yg baru bsama pasangan baru dgn kenangan baru, sejarah baru. namun sesekali kenangan lama selitkan juga dihati sebagai knangan indah.

    I'ALLAH mama moden akan datang membawa keluarga. Tak apa ker anak mama moden ada 7 orang ni.....

    P/S: Rasa Sayang pun sedang bercuti sekarang, mama moden akan ajak dia sama. Rasa Sayang antara peminat blog saudara Budiman.

    BalasPadam

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan