13 Mei 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran....



Assalamualaikum.....


13 mei 1975, 34 tahun yang lalu seorang bayi telah dilahirkan di sebuah kampong di daerah Tangkak, Johor. Kampung Bukit Banjar, kampong tercinta tempat lahirnya bayi tersebut. Dilahirkan oleh seorang ibu yang hanya membantu suaminya berkebun sayur. Dalam keadaan yang agak susah itulah bayi tersebut dibesarkan bersama adik beradik yang lain. Kehidupan yang serba kekurangan di sebuah desa terpencil. Bayi ini membesar menjadi kanak2 hanya dengan kehidupan yang ala kadar. Pernah menikmati hidangan ubi rebus, pisang rebus jika keputusan beras. Pernah juga menjamah nasi berlaukkan sambal kering & daun2 kayu.

Ketika usia menginjak 5 tahun, keluarga kanak2 ini berhijrah ke perkampongan felcra. Felcra Kebun Baru, Jementah menjadi tempat bermastautin baru sebagai mengubah cara hidup kearah yang lebih baik. Bukan memiliki hak milik tetapi hanya menumpang di tanah orang. Mak abah kanak2 ini mengambil upah mengerjakan kebun getah milik pemilik kebun.

Di perkampongan felcra inilah kanak2 tersebut memasuki alam persekolahan sekolah rendah. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Ledang, yang jaraknya agak jauh dari rumah. Sebelum ke sekolah kanak2 ini akan membantu mak abahnya menorah getah dahulu. Seawal jam 4 pagi sudah ke kebun membantu mak abah bersama saudara yang lain.

Seawal jam 6 pagi sudah harus ke sekolah kerana abah perlu menguruskan keperluan yang lain. Jika tidak kesekolah seawal itu bermakna tidak kesekolah lah maknanya. Setiap kali sampai kesekolah awal, kanak2 ini akan tidur dikaki tangga rumah yang berdekatan dengan sekolah. Pernah juga sehingga hari siang masih ketiduran di kaki lima atau dipagar sekolah.

Namun kerana ingin kesekolah semua itu harus dilalui. Begitupun kadang2 dalam seminggu hanya 3 hari sahaja dapat kesekolah. Disekolah sering dimarahi cikgu2 kerana tak tahu satu apapun yang dibelajar.

Kehidupan berubah lagi bila menginjak ke umur 9 tahun keluarga ini sekali lagi berpindah ke pekan Jementah. Pekan yang satu ketika dulu jika dapat sebulan sekali mengikut mak abah berbelanja, rasanya macam nak ke Kuala Lumpur. Pakai baju raya, kasut baru & berdandan cantik.

Di tempat baru inilah baru kanak2 tadi dapat meneruskan pelajaran dengan baik. Dalam masa beberapa waktu sahaja sudah dapat menguasai pelajaran dengan baik. Dilantik sebagai penolong ketua darjah ketika darjah 3. Dilantik sebagai pengawas ketika darjah 4 hingga darjah 6. Walaupun terpaksa berjalan kaki sejauh 2km kesekolah tetapi tetap bersemangat ke sekolah. Tiada lagi istilah ponteng sekolah.

Bestnya pula menjadi salah seorang murid kesayangan cikgu2. Masih diingatan Ustaz Mohd Sabilan, Cikgu Woo, Cikgu Mustapha, Cikgu Husin, Allahyarham Cikgu Mohd Amin, Allahyarham Cikgu Haji Abu Hasan yang suka meriba saya semasa saya didarjah 3. Murid ini juga aktif disekolah dalam sukan seperti bola jaring. Aktif dalam kumpulan muzik sebagai pemain rekoder yang aktif memasuki pertandingan & persembahan di seluruh daerah Segamat.

Memulakan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Jementah. Disinilah bermulanya kehidupannya sekarang. Dari perkenalan sebagai abang & adik, akhirnya pasangan ini menjadi suami isteri ketika usianya hanya baru menginjak ke 14 tahun. Walaupun perkenalannya dengan guru tersebut tanpa dibayangi perasaan cinta sepasang kekasih, tetapi kerana niat buruk saudara sendiri telah membuatkan pasangan ini terpaksa mengakhiri hubungan itu dengan sebuah perkahwinan.

Hakikatnya impian pelajar tadi ingin belajar setinggi mungkin. Guru2 juga tidak membenarkan beliau berhenti sekolah kerana berpotensi sebagai pelajar yang baik. Tetapi kerana sayang & ingin menyelamatkan guru yang juga abang angkatnya, pelajar tadi telah mengorbankan masa depannya demi orang yang tersayang. Pengorbanan yang entah dikenang ataupun tidak…..

Perkahwinan yang gilang gemilang telah diadakan pada 3&4/6/1989. Manakan tidak perkahwinan bersejarah antara guru & murid. Dengar cerita, yang tidak diundang pun hadir, walau tidak makan tapi hanya untuk melihat majlis persandingan pasangan tersebut. Indahnya kenangan itu untuk dikenang. Sejurus sahaja majlis ijab qabul diadakan, pasangan ini telah bertekad untuk melayari bahtera perkahwinan sehingga keakhir hayat. Akan menempuh walau apa saja cabaran yang mendatang. Sememangnya pun memang penuh cabaran & dugaan yang dihadapi sejak dahulu hingga sekarang.

Walau apapun beliau bersyukur dengan jodoh ini. Walaupun terlalu awal dan bukan dalam perancangan tapi baginya ia sebagai satu takdir & rahmat. Beliau bersyukur dengan pertemuan ini yang telah merubah kehidupannya dari jahil kearah yang lebih baik. Insan yang bernama suami telah menjadikan dia insan baru. Dari ambil remeh mengerjakan solat, kini ia berubah kerah yang lebih baik. Dari tidak menutup aurat, akhirnya iru menjadi perkara wajib. Syukur akhirnya dengan bantuan suami, beliau telah menjadi insan baru.

Hanya setelah 10 bulan majlis perkahwinan diadakan, pasangan ini telah dikurniakan cahayamata pemgikat kasih. Tanggal 3 april 1990 cahayamata pertama dilahirkan. Kelahiran yang serba kekurangan lantaran suaminya sedang melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan. Sepanjang mengandung beliau telah menetap bersama keluarga mertua yang memang tidak menyukainya sejak dari mula perkahwinan.

Dengan umur yang masih muda, tidak disukai mertua, jauh dari suami, jauh dari keluarga, tiada pengalaman mengurus rumahtangga, beliau telah juga menjaga ayah mertuanya yang sakit lumpuh. Membasuh berak kencing ayah mertua, menyuapkan makanan telah menjadi rutinnya. Belum lagi mengadap ibu mertua yang ada saja mencari kesalahannya. Semua itu dihadapi dengan penuh tanggungjawab. Hanya airmata saja menjadi teman.

Syukurlah setelah kelahiran cahayamata pertama, akhirnya pasangan ini dapat hidup bersama bila suaminya membawa beliau & anak sulungnya merantau ke Ipoh. Di Negeri inilah menyaksikan jerih payah kehidupan. Hanya makan nasi berlaukkan telur & kicap setiap hari. Jika teringin nak makan ayam, beliau hanya membeli tulang ayam. Pernah anak kecil keputusan susu, dan seorang jiran membantu membeli susu ditempatnya bekerja. Pernah anak kecilnya sakit, dan beliau nekad membawa keklinik dan berhutang pula di klinik tersebut sehingga ada wang untuk membayarnya. Apapun beliau tidak kisah kerana kehidupan susah memang sudah dilalui sedari kecil lagi.

Semasa di Ipoh beliau telah mengandungkan anak ke 2. Kelahiran anak ke 2 pada 12 disember 1991 ini serentak dengan mulanya suami bekerja. Berhijrah ke Negeri Pulau Pinang dengan 2 anak. Menyewa sebuah rumah kampong dengan harga RM220 dengan gaji hanya RM440. Hanya memiliki sebuah motor untuk kegunaan, keluarga ini juga hidup dengan ala kadar. Biarlah susah senang asalkan bersama.

Pada 25 oktober 1993, pasangan ini dikurniakan seorang lagi cahayamata. Ketika usia anak ini sekitar 1 tahun lebih, beliau telah cuba bekerja disebuah kilang dengan niat membantu suaminya. Tetapi kejadian anak kecilnya didera pengasuh membantutkan niatnya untuk terus bekerja. Tidak sanggup rasanya melepaskan anak ketangan orang yang tidak bertanggungjawab.

Pada 16 januari 1996 pasangan ini dikurniakan seorang lagi cahayamata. Dengan jumlah anak yang bertambah memang menyukarkan pergerakan. Masa tu kereta pun tak ada lagi. Nak balik kampong kenalah beratur menunggu bas. Dengan anak2, beg lagi. Syukurlah dengan ihsan saudara, pasangan ini dapat membeli sebuah kereta terpakai untuk kegunaan setelah kelahiran anak ke 4 ini.

Pada ketika ini juga suami beliau telah ditawarkan melanjutkan pelajaran keperingkat diploma selama setahun di Bangi, Selangor. Pada awalnya beliau & anak2 telah ditinggalkan di kampong suami. Mujurlah ketika ini beliau & anak2 telah diterima dengan baik oleh keluarga mertua. Tapi tidak lama, beberapa bulan selepas suami pergi, beliau & anak2 telah dibawa bersama ke Bangi.

Ketika disinilah berlaku perkara yang amat menakutkan. Pasangan ini hampir2 berpisah kerana tekanan saudara mara & orang sekeliling. Mujurlah hadirnya seorang sahabat ketika keputusan telah diambil untuk mereka berpisah dengan baik demi keluarga suaminya. Kawan tersebut telah memberi nasihat, mengingatkan kembali susah senang hidup bersama selama ini. Terima kasih pada Ustaz Halim Hasan, jasamu tetap di kenang untuk selamanya. Semoga dirimu berbahgia bersama keluarga.

Dengan berbekalkan nasihat kawan tadi, pasangan ini terus membawa diri ke Telok Bahang setelah tamat pengajian di Bangi. Ketika disinilah, beliau melahirkan anak ke 5 pada 29 november 1997. Alhamdulillah setelah membawa diri beberapa ketika, hubungan kekeluargaan bercantum semula.

Pada 2003 ketika mengandungkan anak ke 6, pasangan ini telah berpindah ke Tanjong Tokong kerana ditawarkan kuarters perguruan. Rumah yang agak selesa untuk diduduki bagi sebuah keluarga besar. Pada 21 november 2003 anak ke 6 pasangan ini telah dilahirkan dirumah baru. Ketika anak ke 6 ini, beliau telah mengambil upah menjaga sehingga 12 orang anak2 jiran demi membantu ekonomi keluarga. Beliau sanggup bergelut dengan anak2 jiran demi membantu suaminya. Tapi kerana sebab2 tidak dapat dielakkan beliau berhenti menjaga kanak2 yang ramai tu.

Dirumah baru ini juga lahirnya anak ke 7 pada 28 september 2006. Ketika ini juga beliau bergelut mengambil upah membuat kuih muih. Meletakkan dikedai2 & di tempah oleh hotel. Pernah berjaga hingga semalaman jika ada tempahan yang banyak. Pernah tidur 2 jam sahaja di bulan Ramadhan kerana membuat kuih2 jualan. Pernah juga dipukul ribut, berhadapan dengan kilat guruh ketika berniaga dijalanan. Semua itu dilakukan demi membantu ekonomi keluarga.

Dan kini setelah beberapa bulan tiada bantuan kewangan yang dilakukan. Beliau hanya menjadi surirumah sepenuh masa.

Sehingga kini, dengan 7 cahayamata anugerah Allah. Dengan segala kepayahan, susah payah, keringat & airmata dalam membina keluarga, beliau mengharapkan sebuah kehidupan yang aman damai menghadapi hari2 tua bersama anak cucu & menantu. Beliau tidak pernah menyesal mengharungi kehidupan selama 34 tahun ini. Samada sebagai seorang anak atau sebagai seorang isteri & ibu.

Malah beliau sentiasa bersyukur dengan apa saja yang dilalui selama 34 tahun ini. Menerima apa saja seadanya. Tidak akan ada keluh kesah, rungutan & ketidak puasan hati. Inilah jalan yang telah dipilih & telah ditakdirkan Allah untuk dilalui.

YaAllah, berikanlah insan kerdil ini ketenangan & kedamaian hidup. Jika umurnya dipanjangkan, penuhilah nikmat kehidupannya. Jika kematian adalah yang terbaik untuknya matikanlah ia dengan jiwa yang damai.


Selamat Ulangtahun Kelahiran……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan