Assalamualaikum.....
Sejak Ahad lepas, isteri Ustaz Akil Hay telah memohon perceraian di mahkamah. Beliau memfailkan perceraian kerana tidak sanggup lagi mempertahankan rumahtangga lantaran sejak Febuari, Ustaz Akil tidak pulang kerumah.
Puan Maizawati, membuat kenyataan di Nasi Lemak Kopi O, media & juga Wanita Hari Ini bahawa apa yag berlaku sekarang diibaratkan sebagai bom jangka yang sudah sedia meletup.
Telah 2 tahun beliau bersabar dengan pelbagai gossip melanda diri suaminya & seorang penyanyi wanita yang agak popular. Namun sebagai isteri beliau tetap mempercayai suami yang dicintainya.
Walaupun beliau telah memberi persetujuan ketika suaminya meminta izin berkahwin dengan penyanyi tersebut, namun sehingga sekarang beliau tidak tahu suaminya sudah berkahwin atau tidak, lantaran suaminya menghilangkan diri. Beliau sendiri tidak tahu dimana suaminya sekarang.
Pelbagai komentar yang diberi berhubung perkara ini. Saya pada mulanya tidak mahu komen, ialah bukan hal saya.
Tetapi sebagai seorang wanita saya memahami perasaan Maizawati. Isteri manalah yang sanggup berhadapan dengan kenyataan suami mahu berkahwin lagi. Apalah yang kurang pada diri akan dipersoalkan. Memiliki wajah yang cantik, berperibadi mulia, nampak bersopan santun & telah memberi 6 orang zuriat pada suami, apalah lagi yang seorang suami mahukan?
Walaupun telah memberi persetujuan suaminya berpoligami, Maizawati mengagak pihak satu lagi tidak mahu menerimanya sebagai madu. Sebab itulah suami meninggalkannya tanpa berita.
Ialah sebagai lelaki, tentulah mahukan benda baharu. Walaupun isteri yang ada sekarang cukup sempurna, telah melalui hidup susah bersama suami bertahun lamanya tetapi cinta baru mengatasi segalanya.
Secara peribadi saya pernah beberapa kali bersua dengan Ustaz Akil. Semasa beliau belum sepopular sekarang, beliau selalu diundang ke beberapa ceramah PAS. Berceramah di pentas2 yang daif, agak ramai orang2 PAS yang meminati beliau ketika itu. Ceramahnya agak menarik.
Saya percaya ketika itu, hidup beliau tidak sesenang sekarang. Saya tak pasti pula isterinya bekerja atau tidak. Kalaulah isterinya bekerja, status janda yang akan dipegang bila mahkamah meluluskan permohonan cerainya nanti tentulah tidak berapa sukar nak dihadapi kerana beliau ada pendapatan tetap menyara diri & 6 orang anaknya.
Ustaz Akil sepatutnya bersyukur mempunyai isteri seperti Maizawati, yang sanggup hidup bersama beliau semasa susah dahulu. Dan sekarang kesenangan yang Allah kurniakan sepatutnya dikongsi bersama isteri & anak2 tetapi telah 3, 4 bulan isteri & anak2 ditinggalkan tanpa berita. Bagaimanakah dengan nafkah zahir batin isteri & anak2nya?
Pihak 1 lagi mahupun Ustaz Akil sendiri masih belum membalas kenyataan Maizawati. Cuma di Metro hari ini pihak 1 lagi hanya memberitahu " Kita jaga aib orang lain, Allah akan jaga aib kita, biarkan ". Amboi! senangnya meluah kata2. melepak ditepi pantai bersama suami orang, menonton wayang bersama suami orang tidakkah merasa satu keaiban?
Ada juga yang berkata, mengharapkan Maizawati tidak mendedahkan aib, buruk suami. Beliau diminta menjaga kredibiliti suami yang berstatus Ustaz. Baikkah seorang suami yang menduakan isteri dengan bersenang lenang dengan perempuan lain? Baikkah seorang suami yang meninggalkan isteri & anak2 tanpa berita berbulan lamanya?
Kalau Ustaz Akil membuat pengakuan telah berkahwin dengan pihak 1 lagi, mungkin bukan kesalahan beliau keluar berhibur dengan pihak 1 lagi kerana pihak 1 lagi itu isterinya. Tapi sidang media telah dibuat mereka tidak berkahwin.
Salahkah seorang isteri menuntut haknya dimahkamah. Sebagai isteri saya setuju dengan tindakan Maizawati. Buat apa menderita kalau beliau ada pilihan lain. Beliau pun tak kurang cantiknya. Masih muda lagi. Buat apa ditunggu, setia pada suami yang tak tahu menghargai...
Mungkin ada yang berkata tentu ada silapnya Maizawati hingga suaminya berpaling tadah. Yang tu saya tak mahu komen. Setiap kita tentulah melihat secara luaran. Masing2 ada rasa, fikiran. Setiap kita tahu menilai.
Lagipun Ustaz Akil juga manusia biasa. Bukan Malaikat. Bukan juga maksum dari segala dosa & salah silap.
Kalau betul Ustaz Akil cinta, sayangkan pihak 1 lagi pun tak ada salahnya. Tambahan lagi isterinya pun dah bersetuju. Kalau betul pihak 1 lagi yang tak mahu berkongsi kasih, beliau patutnya tahu membawa diri. Jangan bermain api dengan bercinta dengan suami orang.
Ingatlah bila kita mempermainkan perasaan orang tambahan lagi kaum sejenis kita, nescaya 1 hari nanti orang akan melakukan perkara yang sama pada kita. Janganlah kita membina bahagia atas derita orang lain.
Buat Maizawati, walaupun saya tidak mengenali beliau tapi saya harapkan beliau tabah menghadapi dugaan. Perceraian itu halal walaupun dibenci Allah. hadapilah masa depan bersama anak2 dengan penuh ketabahan. Suami boleh dicari ganti, tetapi anak tiada galang gantinya. Didiklah anak2 dengan baik & berjaya dunia akhirat. Jangan halang kasih sayang anak2 pada ayahnya. Mereka akan tahu sendiri buruk baiknya nanti.
sudah hilangkah segala kebaikan, pengorbanan selama bertahun sebagai suami isteri?
mengapa kebahagiaan ini sanggup dihancurkan?
kalau tidak mahu terbakar , janganlah berani bermain dengan api
janganlah membina bahagia atas derita orang lain
dia sibuk ceramah kat bukit gantang baru ni kot.... tapi rasanya kat penanti dia tak kena jemput kot... barangkali kalau kat manik urai ni ada la kot... maklum la ustaz femous tuu... glamer lagi!
BalasPadamustad ke apa ke... selagi namanya manusia dalam dirinya tetap ada 'nafsu'.... dan fitrah seorang lelaki untuk dikongsi oleh 1-4 wanita (bab ni mesti org pompuan tak setuju dan nak nafikan... kann... hehehe)
Sebab itulah Sohaimi Meor Hassan, apabila dia berkahwin sahaja dengan isterinya ROS, dia terus mengundurkan diri dari dunia seni. Katanya, dia bimbang popularitinya akan merosakkan rumahtangganya kelak.
BalasPadamDia menyayangi ROS lebih dari segalanya.
salam to cg shifu,
BalasPadamjarang mnulis lani? sibuk yer cikgu.
takkan ada pompuan di dunia ni akan mbantah poligami jika org lelaki tau hak masing2.
meletakkan adil pd tmpatnya.
ni belum apa2 lagi dah mula abaikan anak isteri, abih camno?
masa susah bsama isteri ptama, tp bila senang sikit dah mula mngintai yg lain.
apa salahnya ksenangan yg ada dikongsi bsama isteri yg sanggup ssh snang bsama. pnuhkan keinginan isteri dulu baru ler isteri tak mrungut.
klu btul2 tak blh lagi mnolak takdir, nak ikut sunah buat ler dgn betul.
nak buat apa bina masjid baru dlm masa yg sama masjid yg lama tpaksa diruntuhkan.......
hati isteri pastikan sejuk bila keadillan dijlnkan dgn btul
bkn tak ada di malaysia ni lelaki beristeri lbh dr 1. yg 4 pun ada, dok srumah lagi....
apapun buat ler pkara sunah Nabi yg lain dulu.
bab solat malam, bab buat keje sndiri. ni nak kopi scawan pun mmasih isteri bancuhkan, baju pun masih isteri gosokkan, nak ikut sunah Nabi bab kahwin banyak jer ker?
lagipun Nabi kahwin lain hanya slepas wafatnya Khadijah. tupun bagi mbantu balu2 perang.
org lelaki lani plak, kahwin lebh dr 1 dgn anakdara muda belia. knapa tak kahwin janda anak ramai tu klu btull nak ikut sunah Nabi.
buat sahabat2 lelaki : mama moden bukan anti poligami tapi lu pikirlah sendiri.
buat sahabat2, adik perempuan : mama moden bukan tak mahu membantu andalusia @ andartu, tp kami bkn keluarga yg bkemampuan. anak2 mama moden ramai yg masih perlukan perhatian seorang ayah.
rasanya mama moden akan izinkan klu bakal madu mama moden tu betul2 kaya. suami mama moden slalu dok kenen2 putri raja kedah tu klu lalu istana anak bukit. dia kata mereka lahir hari yg sama. tapi masalahnya putri raja kedah tu nak ke dgn suami mama moden ni? kenal pun tak.....
salam insan marhaen:
BalasPadammmg dunia glamour ni byk cabaran&dugaannya. kita yg tak glomour ni pun walau baru aktif bhadapan dgn org ramai pun ada yg nak ambik ksmpatan.
tambahan pulak depa2 yg tkenal tu. cantik lawa handsome bgaya.
tapi sian ler kat anak2, ramai plak tu. camna depa nak hidup tanpa mak ayah dok skali.
mama moden tak dapat bayangkan....
masa depan, pljaran depa sedikit sbyk pasti akan terjejas....
Saya masih ingat semasa Akil Hayy ceramah di tempat saya. Isterinya bertungkus lumus menjual Cd dan Kaset yang baru diterbitkan. Saya kagum dengan pengorbanan seorang isteri. Dia tak banyak cakap. Saya pun tak berani komen tentang ini sebab saya pun dalam proses nak kawin lagi. Mungkin saya pun sama juga kot. Memang benar islam membolehkan poligami tapi biarlah dengan cara yang elok. Tidak ada perasaan benci antara satu sama lain. Kalau ikutnafsu silap haribulan kita sendiri yang akan rosak
BalasPadamsalam saudara budima,
BalasPadamkahwin saudara pd 13hb ni tak sama dgn kahwin org2 berpoligami.
saudara bkahwin stelah ketiadaan kak aishah, mama moden pcaya klu kak aishah masih ada tentu takkan ada pkahwinan k2 ni kan?
apapun slamat yer, dah siap ker psiapan mnuju alam baru?
erm....ada yg kata ustaz akil ni tak layak pon dipanggil ustaz....wallahua'lam....
BalasPadamsalam limau manis,
BalasPadammungkin dia dpt gelaran ustaz sbb pandai bceramah & ada basic agama sikit2 kot.
dia bkn ada tauliah pun kot...
kalau btul ada ilmu takkan tinggalkan anak bini walau dgn apapun alasan takkan tak tahu hukum.
klupun dia mmg layak digelar ustaz, biasalahkan ustaz pun manusia biasa.
cuma tak setuju cara dia layan anak isteri dia, kalaupun nak kahwin lain jgn buat bini yg dah bsama smasa ssh dahulu mcm sampah.
sribukalipun ada salah dipihak isteri, takkan tak ada wlu sikitpun pngorbanan isteri slma btahun hidup bsama...
entahlah tak faham manusia ni....
kesilapan akil apabila beliau kembali menceburi industri hiburan. perubahan ketara dari berserban, tukar lebai dan sekarang hanya tinggal rambut panjang yg telah di rebondingkan. Maklumla..artis beb!!! Glamour...
BalasPadamsalam Mama:
BalasPadamdulu, saya tak kenal sangat dengan Ustaz Akhil Hayy, saya persoalkan, kalo ustaz.. mengapa simpan Rambut panjang macam perempuan?? mereka cakap dia tu bekas Kumpulan Muzik Rock D Riyad'h. jadi ustaz Rock la kot.. (ada ka camtu?)
jadi dalam program TV atau lagu nasyid ustaz akhil, saya tak dengar sangat.. (sebab saya suker ngan Raihan dan Rabbani)
tapi bila kisah dier ader krisis dengan Maizawati.. baru saya ikut perkembangan dia..
saya pun setuju.. pihak lagi satu itu tidak mahu berkongsi kasih kot.. kalo pihak lagi satu itu ikhlas nak bermadu.. dia tidak akan melenting dan mengamuk kan?.. (mengikut kenyataan akhbar laa.. kalo ditokok tambah tak tahu laa)