09 Februari 2009

Salam Takziah


Assalamualaikum....

Salam Takziah diucapkan kepada balu, anak2 serta ahli keluarga Allahyarham Hj Roslan Shahrum yang telah kembali ke Rahmatullah kira2 jam 12 tengahari tadi kerana serangan jantung. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah. Allahyarham adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang yang mewakili PAS. Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara,


Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan mempunyai 11 orang anak yang berusia 9 hingga 23 tahun.

Semoga balu Allahyarham & anak Allahyarham akan menghadapi dugaan yang mendatang dengan tabah. Sesungguhnya kehilangan insan tersayang amatlah berat untuk dihadapi apatah lagi bila kehilangan itu melibatkan tunggak keluarga. Dalam usia 50 tahun, kehilangan Allahyarham bukan sahaja satu kehilangan besar pada parti & masyarakat tetapi yang lebih utama tentulah dirasai oleh keluarga Allahyarham sendiri.


Alfatihah......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.

Silalah Tinggalkan Komentar Anda.

Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan