assalamualaikum....
ahhhh baru balik dari SEMINAR BIMBINGAN USAHAWAN RAKYAT PULAU PINANG. Program dirasmikan oleh Timb Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Tuan Mohd Fairus Khairudin. Program anjuran Unit Perancangan Ekonomi Negeri(UPEN) bersama Fadzil Hashim Corporotion Action Coach secara percuma untuk usahawan2&bakal2 usahawan.
sehari suntuk di Dewan Budaya USM banyak sangat ilmu yang saya dan rakan2 usahawan&bakal2 usahawan yang bakal bergelar jutawan kami perolehi.....
aduh! pening kepala dengan pelan perancangan perniagaan, strategi marketing, pengurusan kewangan yang di bentangkan. Nampak mudah senang penuh dengan kejayaan&kekayaan tapi saya akui hakikatnya terlalu susah nak dicapai jika tanpa perancangan yang tersusun.
walau apapun I'ALLAH dengan ilmu yang dibentang saya akan cuba mempertingkatkan tahap ekonomi keluarga menggunakan ilmu yang diberikan..... terima kasih coach fadzil hashim. sikap ceria, santai, keyakinan anda memberi sejuta keyakinan pada kami....
ermmm balik dari USM saya dijemput suami yang berpeluh kerana bertungkus lumus dengan urusan takrawnya di Kompleks Sukan Batu Uban&Sek Men Sg Ara. kesian dia bergegas pula menjemput saya tapi mujur program kami berdekatan. kami terus ke pasaraya Giant membeli bekalan susu Dutch Lady untuk putra putri kami Adnin&Adilah. Dengan setiap pembelian 1 pek susu kami dapat berjimat sebanyak RM7. Selalunya berharga RM26 tetapi Giant menawarkan harga serendah Rm19 sahaja. kemarin suamiku dah beli 4 pek hari ni kami beli lagi 8pek. yang lawaknya seorang kawan suamiku membeli penuh satu troli di Giant tu...untuk stok. alahai dengan kegawatan ekonomi ni kita sanggup buat apa saja demi penjimatan.
oklah nak keluar p makan di Mutiara Ombak...tata nak belanja tomyam.
salam...jumpa lagi nanti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam...
Kepada Pelawat2 Yang Sudi Lawati Blog Kerdil ini Terima Kasih diucapkan.
Silalah Tinggalkan Komentar Anda.
Yang Baik Akan Dijadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan