20 April 2012

Yang Penting Kualiti, Bukan Kuantiti....


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah walau dalam masa yang amat singkat dapat juga saya habiskan masa bersama Kak Cik & Kak Teh di Balai Bomba & Penyelamat Kepala Batas sejak jam 6 hingga 7 malam tadi. Amat singkat kan! Sememangnya sekejap.

Apa kami buat disitu?...

Sebaik sampai di kawasan KB saya menghalakan PEX saya ke SMKDHAK dengan tujuan untuk mengambil Kak Cik dengan harapan dia dibenarkan warden untuk keluar sekejap menemani saya berjumpa Kak Teh yang sedang menghadiri Kem Bomba di situ bermula semalam 19 april hingga 22 april ini.

Sebaik Kak Teh memaklumkan dia berada disitu ketika dalam perjalanan semalam, saya tidak mahu melepaskan peluang berjumpa walaupun sekejap. Sepatutnya awal lagi saya sudah berada di KB, tetapi lantaran tanggungjawab ditempat kerja perjalanan saya kesana sebaik habis kerja tertangguh.

Alhamdulillah, permintaan saya pada warden asrama Kak Cik diluluskan tanpa banyak syarat. Sememangnya saya bersyukur & berterima kasih pada cikgu2 mereka yang memahami keadaan kami.

Sebaik sampai di Balai Bomba KB, Kak Teh sedang beraktiviti. Saya & Kak Cik menanti hingga mereka selesai. Komanden juga memberi ruang kami berjumpa. Kak Teh kata sewaktu sessi taaruf dia ada berkisah sikit hubungan jarak jauh kami.

Perbualan santai2, sambil kami berkelah makan roti & cicah gulai kari ayam kebetulan pemberian seorang kawan. Walaupun masa berlalu begitu pantas, sekurang2nya dapat mengurangkan sedikit rasa rindu kami.

Sememangnya disaat sekarang tiada apa lagi yang saya dapat lakukan melainkan mengambil segala peluang yang ada untuk saya bersama anak2. Biarlah masanya dalam jumlah yang amat terhad, namun saya sudah cukup bersyukur.

Sebiji kristal yang telah jatuh pecah berkecai, takkan mampu berada dalam keadaan yang sama serta sempurna semula. Sesuatu yang telah terlepas dari genggaman takkan dapat kita genggam semula, malah tak akan!

Sentiasa ingat kata2 Kak Teh, jika mama rindukan kami...pejam mata bayangkan kami dalam hati mama. Kak uda pulak berkata, kita dah selesa dalam keadaan ini, teruskan dengan apa yang ada. Kami anak2 mama selalu dalam hati mama walaupun kita berjauhan. Mereka memang anak2 yang matang berfikir, tabah, kuat. Malah lebih kuat sebenarnya dari saya...

Anak2 mama, mama akan sentiasa mohon kemaafan dari kalian... Kemaafan itu takkan mama berhenti utarakan, mama memang tidak kuat! Mama memang tidak sempurna untuk kalian, namun ketahuilah mama sayang kalian dunia akhirat. Dalam keadaan sekarang mama hanya mampu cuba buat sehabis baik mengikut kemampuan yang mama ada. Maaf jika mama tak mampu beri lebih....




pada Allah mama serahkan kalian sentiasa dalam lindunganNya....