12 Disember 2011

Lelaki Ini...



Assalamualaikum....

Bila bercakap tentang lelaki ini hati saya menjadi sayu, lebih2 lagi dalam keadaan sekarang. Sejak 20 tahun saya mengenali lelaki ini, sebelum itu lelaki ini sudah berdarah bernadi dalam urat nadi denyut jantung saya. Sebelum lelaki ini dilahirkan kami sudah saling mengenali & merasai denyut jantung masing2.

Wujudnya lelaki ini dalam diri saya diusia saya yang masih amat muda. Walaupun saya telah pun punyai permata pertama sebelum kelahiran lelaki ini, tetapi permata itu lebih rapat dengan Baba mereka lantaran ketidak kecekapan saya merawat bayi. Jadi dengan lahirnya lelaki ini, saya mahu belajar melakukan segalanya sendiri. Saya semakin berani memandi, menyusukan lelaki ini. Saya mahu jadi mama yang baik, itu tekad saya ketika menerima kehadiran lelaki ini dalam hidup kami.

Bermula dari titik kelahiran lelaki ini, saya mulai semakin cekap menjadi seorang mama. Banyak perkara yang saya belajar mulai saat kelahiran lelaki ini. Saya mencuba sesungguh hati menggalas tanggungjawab yang sebenarnya. Hinggalah lelaki ini membesar bersama 7 saudaranya yang lain.

Sebagai saudara, saya akui lelaki ini saudara yang baik, Yang boleh membela saudara2nya yang ramai perempuan & satu2nya saudara lelakinya yang ada. Ada rasa tanggungjawab dalam dirinya.

Sebagai anak, saya akui lelaki ini anak yang baik. Sedari kecil, ( banyak kisah2 lelaki ini yang saya catatkan di blog MaMa MoDeN ni )... lelaki ini memang anak yang baik. Tidak banyak kerenah, tidak banyak ragamnya. Mudah dijaga, mudah dirawat. Hinggalah proses pembesarannya, amat mudah. Jarang sekali lelaki ini melawan saya mahupun babanya. Lelaki ini akan berdiam diri samada benar atau salah.

Dengan lelaki ini saya boleh bercerita apa saja. Banyak perkara lelaki ini akan mendahului saya dahulu dalam menyampaikan apa2 saja maksud yang tersirat. Sungguh! Sebagai anak, saya meletakkan lelaki ini disyurgalah tempatnya. Jika berlaku apa2 pada saya, saya sudah memaafkan, menghalalkan apa saja berkaitan dengan lelaki ini waima setitik air susu saya yg diteguknya. Namun sebagai hamba Allah, saya serahkan lelaki ini pada Yang Maha Pencipta.

Saudara2 lelaki ini selalu mengatakan, lelaki ini anak mama! Yer, lelaki ini anak saya. Kami berikan lelaki ini dengan nama Mohd Afnan Fathurrahman. Saya sayang semua anak2 saya, permata2 hati saya. Mana mungkin mereka tidak saya sayang. Saya lahirkan mereka dengan kudrat & nyawa. Namun sebagai manusia, setiap kita punya kelebihan & keistimewaan masing2. Hati saya cukup luas untuk menyayangi semua permata2 hati saya seramai 7 orang itu, malah dengan punyai anak2 seperti mereka saya sanggup bertarung kudrat & nyawa melahirkan 10 lagi anak2 seperti mereka dari rahim saya yang Allah kurniakan ini.

Setiap mereka saya sayang dengan cara saya. Setiap mereka ada part2 tersendiri dalam hati saya, begitu juga dengan lelaki ini.....

Angah... mama sayang kamu. Selamat ulangtahun kelahiran ke 20, semoga Angah terus jadi anak yang baik buat mama & baba. Terus jadi adik yang baik buat Tata, terus jadi abang yang baik buat Kak Uda, Kak Teh, Kak Cik, Kakak & Adik Adnin. Yang penting terus jadi hamba Allah yang baik.