New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

31 Disember 2009

Pak Gus Dur Kembali ke Rahmatullah


Assalamualaikum.....


Bekas presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau lebih popular dengan gelaran Gus Dur meninggal dunia di hospital setelah jatuh sakit. 

Gus Dur yang berumur 69 tahun ialah Presiden Indonesia keempat dan memerintah pada 1999 setelah negara berkenaan mengadakan pilihan raya umum pertama selepas Suharto meletakkan jawatan sebagai Presiden pada tahun 1998.

Semasa menjadi Presiden Indonesia, Gus Dur mengalami masalah penglihatan dan komplikasi kesihatan termasuk kencing manis.

Menurut Pengarah Hospital Cipto Mangunkusumo, Akmal Taher, Gus Dur meninggal dunia selepas mengalami komplikasi yang disebabkan oleh penyakit jantung, buah pinggang dan diabetes selama bertahun-tahun.

Beliau meninggal dunia pada pukul 6.40 petang pada waktu Indonesia Barat. Seorang ulama berfahaman sederhana, kepimpinan Gus Dur dikritik hebat dan beliau disingkirkan oleh Parlimen Indonesia yang dikenali sebagai Majlis Permesyuaratan (MPR) pada 2001 selepas terdapat dakwaan bahawa pentadbirannya kurang cekap dan dicemari rasuah.

Setahun sebelum itu, beliau dituduh menyeleweng wang agensi logistik kerajaan (Bulog) sebanyak AS$4 juta (RM13.7 juta) dan menggelapkan wang AS$2 juta (RM6.8 juta) yang didermakan Sultan Brunei untuk bantuan di Aceh.

Selain itu, Gus Dur turut terjebak dalam kontroversi apabila sekeping gambar beliau yang berseluar pendek, memeluk seorang wanita yang telah berkahwin, Ariyanti Boru Sitepu sambil duduk di kerusi tersebar dengan meluas.


Selepas beliau berundur, jawatan Presiden dipegang oleh Megawati Sukarnoputri iaitu anak perempuan pengasas negara Indonesia, Jeneral Sukarno.


Menurut laporan Bernama, ratusan orang yang terdiri daripada pemimpin dan rakyat Indonesia telah datang ke kediaman Gus Dur di Ciganjur, Jakarta Selatan untuk menziarahi jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada beliau.




Sementara itu, menurut laporan agensi berita, Gus Dur jatuh sakit semasa menziarahi makam bapanya di Jombang, Jawa Timur dan dihantar ke sebuah hospital. Pada Sabtu lalu, beliau dihantar ke Hospital Cipto Mangunkusumo. Menurut seorang saudara bekas presiden itu, kesihatan Gus Dur semakin merosot selepas beliau menjalani rawatan pergigian pada Isnin lalu.

Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Alfatihah


Tiada ulasan: