New Page 1

Selamat Datang ke Blog Mama Moden

Related Posts with Thumbnails

08 April 2009

Anak Kita " Anak Orang".... Ibu Bapa Kita " Ibu Bapa Orang"



Assalamualaikum....

Sepanjang minggu ini tersiar berita murid dipukul guru. Ada juga yang membabitkan kematian ( seorang murid SJKC ). Beliau pengsan sebaik di rotan hingga membawa kematian.

Dua tiga hari lepas pula seorang murid sebuah Sekolah Tahfiz di Selatan tanah Air di pukul seorang Ustaz sehingga lebam.
Dan banyak lagi sebenarnya kes2 yang membabitkan laporan murid di pukul, dirotan, dicubit, diketuk kepala, di tampar & sebagainya. Marah jangan cakaplah.....

Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah peranan & tanggungjawab yang ada pada setiap pihak. Guru, ibu bapa & murid itu sendiri.

Memang penuh konflik jika difikirkan masalah ini. Memang ada ibu bapa yang tidak boleh diterima jika anak2 mereka di hukum di sekolah. Pasti akan ada tindakan yang diambil. Mengadu pada Guru Besar, Jabatan malah ada yang buat laporan polis.

Guru menjadi serba salah untuk menjalankan proses pengajaran & pembelajaran dengan baik. Nak di ambil tindakan pada murid bermasalah akan terima akibat buruk. Jika dibiarkan murid2 naik tocang & besar kepala.


Ibu bapa juga mengalami keadaan sukar. Saya sebagai ibu berharap anak2 saya yang dihantar kesekolah dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Harap guru2 dapat memberi sepenuh ilmu dengan ikhlas pada anak2 saya. Setakat dimarah, dipukul atau dirotan tidak menjadi masalah pada saya. Saya cuma berharap guru2 tidak menghukum anak2 saya dibahagian kepala. Rotan, pukullah dibahagian yang tidak mendatangkan kecederaan kekal.

Kerana hakikatnya murid2 perlu juga diberi hukuman jika melakukan kesalahan. Jika dihukum, ibu bapa datang membela anak2, lebih2 lagi memarahi guru dihadapan anak2 maka akan tercalarlah maruah guru dihadapan murid. Saya percaya selepas itu anak kita takkan dipeduli oleh cikgu lagi. Ilmu yang diberi cikgu juga takkan ada berkatnya.

Tapi saya amat kagum dengan penerimaan yang berbeza yang diberikan antara waris bangsa kita dengan bangsa lain.


Seorang nenek cina contohnya yang kematian cucunya berharap guru yang menghukum cucunya tidak dikenakan tindakan dan mereka tidak menyalahkan guru terbabit.

Sebaliknya waris kita bangsa melayu, agama islam berkata dengan angkuh, tidak akan memaafkan kesalahan ustaz yang menghukum anaknya hingga lebam & calar balar. Malah tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuat.

Malah saya merasakan banyak lagi kes2 sebegini berlaku. Bila pelajar berjaya, anak2 kita pandai, cemerlang tidak ada pun ucapan terima kasih kita tujukan pada cikgu.

Sebaliknya jika masalah sosial pelajar, disiplin buruk pelajar berlaku disekolah maka semua pihak akan menuding jari pada cikgu & pihak sekolah.

Ambillah iktibar, kita dirumah yang ada anak tak sampai 10 orang pun kadang2 hilang sabar. Apatah lagi cikgu2 disekolah yang berhadapan dengan 30, 40 orang murid dalam satu kelas. Kalau kita didik anak kita dengan baik dirumah, tentu anak kita takkan bermasalah di dalam kelas, disekolah hingga membuatkan cikgu hilang sabar.


Ambillah pengajaran yang baik dari sikap bangsa lain......



2 ulasan:

insan marhaen berkata...

aku akui bangsa Cina lebih terbuka berbanding bangsa India. Ini berlaku semasa anakku bergaduh dengan seorang anak Cina. kata guru itu, kalau anak India atau anak Melayu nescaya mak dan bapanya akan buat komplen.

aku selalu cuba bersikap positif terhadap apa sahaja tindakan guru terhadap anakku selagi mana ia mengikut tatasusila sekolah.

MaMa MoDeN berkata...

sebab itu bangsa depa maju walau dlm apa jua bidang kot.
anak2 saya sejak dari dulu tak pernah mengadu jika dimarah@dipukul cikgu disekolah sebab depa tau saya takkan layan. selalunya saya akan tau bila kesekolah atau berjumpa dimana2 dgn cikgu terbabit, cikgu tu cerita kat saya@suami baru tau apa yg tjadi kat sekolah. anak yg dimanja tak btempat oleh ibu bapa akan naik kepala, besaq kepala bila tau ibu bapa akan bela mereka, so camna nak pandai? bila tak pandai jadi pelesit guru disalahkan, bila guru menghukum dikatakan zalim.....