28 Februari 2009

Kasih Sayang Antara Keluarga Dan .....


Assalamualaikum....


Seorang kawan datang berkunjung dan menceritakan kisah seorang anak jiran lama saya yang juga kenalan saya. Anak jiran saya ni namanya Linda, beliau berkahwin semasa saya masih menetap di Telok Bahang. sekarang rasanya dah lebih tujuh tahun.

Linda berkahwin dengan seorang posmen yang jodoh mereka ditentukan oleh telangkai ( orang tengah ). Mungkin juga bakal suami Linda disukai juga oleh Linda, mak ayah & keluarganya. Pada awalnya suami Linda dikenali & disenangi kerana seorang kaki masjid yang rajin ke surau & majlis2 pengajian.

Selepas mereka bertunang jiran saya ni memang sungguh berbangga bercerita pada saya tentang bakal menantunya. Jiran saya ni amat baik orangnya. Suaminya orang tabligh yang berdakwah kesana kemari. Semasa saya melahirkan anak ke lima saya jiran saya ni banyak juga membantu menyediakan makanan orang bersalin untuk saya & setiap hari melawat saya. Semasa saya kemabukkan yang amat teruk semasa mengandungkan anak ke enam saya jiran saya ini juga amat mengambil berat ketika mendengar saya kemuntahan teruk dibilik air.


Berbalik kepada cerita anak jiran saya ini, tidak lama selepas mereka berkahwin saya terdengar cerita2 yang kurang enak berkaitan suami Linda. Samada dari mak ayah Linda dan juga orang2 sekeliling. Dikatakan suaminya seorang yang begitu zuhud kononnya. Tak mau dok ngan orang tua satu hal, menyewa rumah sendiri dengan tak mahu kerusi meja, katil tv dan sebagainya yang dikatakan menjadi habuan dunia. Tapi yang peliknya bagi saya kenapa dia naik moto, kekadang naik kereta?? Kenapa tak naik unta kalau konon nak hidup ikut cara Nabi?


Satu hal lagi yang sering di ceritakan pada saya oleh jiran saya tadi ialah suami Linda ni tak benarkan Linda balik kerumah orang tuanya. Mak, ayah & adik beradiknya juga tidak dibenarkan menziarahinya. ADA KA LAKI CAMTU!!!!


Bayangkanlah Linda ni anak sulung yang juga perempuan tunggal dari 3 adik beradik. Hubungan mereka saya lihat amat rapat. Mereka kelihatan mesra sesama adik beradik. Memang saya seronok melihat mereka ketika menjadi jiran mereka dahulu. Suami Linda juga dikatakan cemburu & marah jika melihat Linda berbual mesra bersama dua adik lelakinya. GILA PUNYA LAKI!!

Sehingga saya berpindah mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, kemudian agak lama saya tidak mendengar cerita mereka.


Hinggalah baru2 ini seorang kawan dari Telok Bahang bertandang kerumah, tetiba dalam perbualan kami terkeluar cerita Linda dan suaminya serta anak mereka. Saya begitu terkejut dengan cerita yang saya dengar. Linda kini digantung tak bertali. Kemuncak konflik mereka bila suaminya dan adik Linda bergaduh besar hingga membabitkan polis. Adik Linda yang kecil bertandang kerumah Linda, sambil menunggu abang iparnya balik mereka berbual2 hajat hati meneman kakaknya sementara suaminya balik.


Rupanya niat baik adik Linda tadi telah menimbulkan kemarahan suami Linda, katanya dengan nada cemburu kerana melihat adik kandung isterinya berada dirumahnya ketika ketiadaannya. Lagi sekali GILA PUNYA LAKI!!


Berikutan dari itu Linda telah dikurung oleh suaminya dalam jangka masa yang agak lama. Kemuncak dari itu Linda berjaya menghubungi adiknya dan minta tolong dilepaskan dari kurungan dan pulang kerumah mak ayahnya.


Dengan kemarahan yang amat sangat suaminya datang ke Telok Bahang dengan hajat membawa pulang Linda tapi rupanya Linda telah nekad tak mahu kembali kepada suaminya lagi. Katanya terjadi pergaduhan ketika itu hingga anak mereka tercedera dan membabitkan polis.


Linda kata kat suami dia, suami dimana2, bila2, sesiapapun dia boleh cari tapi mak ayah keluarga hanya satu jer dalam dunia. ermmm kalau ikut hukum memang Linda hak milik suami dia tapi kalau dah macam tu keadaannya saya rasa memang patut keputusan yang Linda ambil tu. tapi saya masih tak faham kenapa mereka masih dalam keadaan begitu, khabarnya dah dua tahun Linda berada dirumah mak ayah dia. Dalam bahasa masyarakat kita digantung tak bertali. Rasanya banyak saluran yang boleh Linda gunakan untuk penyelasaian masalah.


Inilah yang amat saya takutkan jika satu hari nanti bila anak2 saya berkahwin dan punya kehidupan sendiri. Kita takkan tahu siapa yang bakal hadir dalam hidup mereka. Siapa yang bakal menempuhi hidup bersama mereka. Saya amat bimbang jika kehadiran orang lain bergelar suami atau isteri akan mengubah perasaan, kasih sayang, kemesraan mereka pada ibu bapa dan adik beradik mereka.


Saya merasa lebih amat bimbang jika akan terjadi kejadian mengadu domba tentang keluarga oleh pasangan masing2. Dan amat bimbang jika kegiatan mengadu domba akan termakan dalam fikiran pasangan masing2. Ialah saya tak harap semua itu berlaku, tapi siapalah yang boleh menjangka & menelah masa depan kan.... Lihatlah suami Linda tadi, siapa sangka jodoh yang dijumpai dimasjid, lelaki yang hidup matinya di masjid boleh berkelakuan begitu pada isteri & keluarganya.....


Pengalaman saya semasa baru berkahwin dan menjadi menantu & ipar duai yang bukan pilihan banyak mengajar saya erti bersabar. Seingat saya, saya tak pernah mengadu apa2 yang tak elok pada suami. Jika terlihat oleh suami saya menangis kerana memendam rasa saya hanya berkata tak ada apa2. Suami walaupun mungkin tahu apa sebabnya tidak pula menambil tindakan menyebelahi saya.Suami juga tidak kelihatan menyebelahi keluarganya jika mereka mengadu apa2 pasal saya. Paling tidak suami berkata pada saya bersabarlah, dan memang itulah yang saya lakukan.


Saya bersyukur sebenarnya menjadi isteri ketika itu. 4 jun 1989, jika sekaranglah saya menjadi isteri dan berhadapan dengan situasi itu tentu rumahtangga saya takkan bertahan selama ini. Kerana sekarang ini dan sejak lima enam tahun kebelakangan ini saya sudah tidak hanya menjadi pendengar & penerima dalam setiap perbincangan adik beradik suami saya. Saya sudah boleh berhujah, memintas, membangkang dalam perkara2 yang tidak saya setuju. maklumlah dah jadi orang yang disayangi, heheheh dah jadi berani sikit. Malah kadang2 saya yang lebih banyak bersuara dari suami dalam perbincangan mereka.... bayangkanlah jika ketika itu saya seperti sekarang, dahlah orang tak suka pastu berani cakap banyak pulak. Terima kasih pada kakak2 ipar, abang ipar & biras2 saya juga yang paling saya sayang anak2 saudara suami saya. kerana akhirnya saya diterima dalam keluarga mereka. Dan yang bestnya pendapat & pandangan saya juga diambil kira. Dan yang pastinya dengan kelantangan suara saya sekarang saya takkan di sipi2kan lagi...... ermmmm kesabaran itu banyak nikmatnya. Setiap yang ALLAH tentukan untuk kita ada hikmah yang tersembunyi.

Sekarang saya cuma mengharap masa depan saya bersama anak2 akan terus baik dan terjalin mesra. Berulangkali saya tegaskan harapan saya janganlah ada tangan2 rakus yang akan memintas kasih sayang kami. Yang pasti siapapun yang anak2 saya pilih sebagai teman hidup akan tetap juga menjadi pilihan saya dan tentunya mereka akan saya sayang sebagai anak sendiri.

saya & keluarga bersama sebahagiaan dari keluarga besar suami saya


ini juga sebahagiaan dari mereka


ini antara sebahagiaan dari kakak ipar saya


ini pula sebahagiaan dari anak2 saudara suami saya, saya bersyukur kerana saya sekarang antara tempat mereka mencurah masalah dan perasaan. Maksu sayang kalian semua



Happy Birthday Puteri Nasreen


Assalamualaikum


Selamat Ulangtahun Kelahiran saya ucapkan kepada anak saudara saya yang jauh di Selatan Tanah Air. Puteri Nasreen bt Syukri Khan, nama diberi oleh ateh saya Hasnah & suaminya. Hari ini ulantahun ke tujuh Puteri Nasreen. Sekarang dia bersekolah di tahun satu Sekolah Kebangsaan Paya Jakas, Jementah.


Puteri Nasreen dah membesar menjadi kanak2 yang cantik. Maklumlah anak kacukan melayu & pakistan, wajahnya seiras2 anak Bosnia.


Tetapi di sebalik kecantikannya sekarang Puteri Nasreen telah mengalami pengalaman yang bagi saya agak mengazabkan bagi dirinya serta mak & ayahnya. Saya tak berapa pasti tetapi kira2 dua bulan selepas kelahirannya Puteri Nasreen telah ditimpa dengan sejenis penyakit kulit diseluruh tubuh badannya, dari hujung rambut hingga kehujung kaki.


Badannya ditumbuhi kudis berkeping2 yang jika kita melihatnya memang amat kasihan, apatah lagi dengan usianya yang masih begitu kecil. Saya berpeluang menghadapinya ketika sakitnya begitu kritikal ketika saya pulang kekampung. Macam2 telahan yang dibuat orang berkaitan sakitnya. Puteri Nasreen asyik menangis, bertambah lagi bila cuaca panas & bila badannya berpeluh.


Selain berubat di Hospital, ateh saya juga mencuba dengan perubatan tradisonal. Ateh saya asyik tertanya2 ketika itu apa salah dan silapnya hingga anaknya diserang sakit begitu rupa.


Saya tak pasti pula bagaimana ateh saya berjaya mendapatkan ubat yang sesuai untuk anaknya. Saya hanya dimaklumkan Puteri Nasreen dah semakin sembuh ketika itu. Mungkin azab yang dilaluinya mengambil masa hampir setahun juga. Tapi sebahagian parutnya masih ada dibadannya.


Doa saya semoga Puteri Nasreen & adiknya Mohd Aniq Khan akan hidup bahagia bersama mak & ayahnya.



Puteri Nasreen bersama maknya di majlis kahwin adik saya di Kelantan, umur dia dalam 3 thn rasanya masa ni

24 Februari 2009

Taman Tema Air The Carnivall Sg Petani

Assalamualaikum....


Pada 22 febuari 2009 yang baru ni, saya sekeluarga menghabiskan cuti hujung minggu di Taman Tema Air The Carnivall Sg Petani, Kedah. Dengan melanggan akhbar harian Metro saya berpeluang mengumpul keratan di akhbar tersebut untuk menebus tiket percuma. Ini kali kedua saya ke Taman Tema tersebut, itu pun sebab tiket free, kalau membeli tiket jenuh juga. Bayangkan bayaran masuk berharga RM28, kali ler dengan 9 ahli keluarga saya.... Wah! beratus juga....


Tetapi dengan tawaran yang diberi Metro ini, saya cuma mengumpul 20 keratan dan saya dapat menebus lapan tiket yang pada asalnya berharga RM224 dengan hanya mengeluarkan modal membeli tambahan metro sebanyak RM24 sahaja. Jimatkan! Harapan saya yang kurang mampu ini agar aktiviti memberi tiket percuma ni akan diteruskan dimasa2 akan datang.


Asalnya kami hanya pergi lapan orang sahaja, tolak Nin masuk tak perlu tiket saya ada lebihan satu tiket, dalam berkira2 nak ajak saper p, tetiba tata yang dok nun jauh di UPSI nak balik hujung minggu tu. Saya antara percaya dengan tidak, camna nak balik bukan cuti pun. Tapi dia kata rindukan rumah nak balik sat. Jadi saya betul2 gembira, tak sangka kami dapat bersantai di sana lengkap sekeluarga.....

aksi2 kenangan di Taman Tema


di pintu masuk Taman Tema

seronoknya dapat bersantai dihujung minggu bersama seluruh keluarga saya

kakak & nin tak sabar2 nak terjun ke air, apa2 hal pun ambik gambar dulu sayang...

nin agak takut2 sikit kali ni, mungkin pengalaman di Taman Belia aritu...

kakak memang dari kecil tak takut dengan air, suka kalau dibawa ketempat2 macam ni


nasib baiklah ada baba yang turut sama melayan budak2 berdua ni



masing2 dah kesejukan tapi masih nak dok dalam air



kakak tetap mantain berposing dalam apa keadaan pun

kak uda, kak tih, kak cik & nin di the river ( saya round sekali jer river ni, tak tahan...panas )


kak uda melongsor papan gelongsor advanture betul.... ( saya pernah cuba sekali dulu, pastu tak berani dah )

angah & kakak baru lepas turun dari gelongsor tu. Kakak tak takut langsung, selamba jer muka dia. Sempat ajak angah naik lagi berulangkali. Berani betul anak dara bongsu saya ni...


dah hampir waktu nak balik, depa dok bilas badan dari air klorin tu...



keluar dari The Carnivall, masing2 perut dah kelaparan ( di dalam tu makanan mahal gila, beli makanan lapik perut jer ). Kebetulan bila keluar hujan, so dalam van pun jadi lah makan bekal yang saya bawa, nasi putih, ayam pencen masak ungkep & tempe goreng cecah sambal kicap.... macam dok dalam caravan pulak.

Thanks PCM 857

Bila Kakak BerTaekwando.....


Assalamualaikum.....

Pada 20 febuari yang lepas kakak telah menghadiri latihan Taekwando kali ke dua bagi dirinya. Walaupun kakak antara peserta yang termuda & terkecil, tetapi saya lihat jurulatih & pembantu2nya tetap memberi perhatian pada kakak. Walaupun agak lambat dia mengikuti pergerakan yang diajar tetapi dia tak putus asa untuk turut sama berlatih. Dia nekad nak turut serta dalam Taekwando, katanya senang bila ada orang nak culik dia. Hai anakku, janganlah sampai sesuatu yang buruk berlaku pada dirimu....


aksi2 kakak sewaktu latihan







Selaut Kasih Segunung Harapan.....


Assalamualaikum....


" Disaat Engkau Di Lahirkan, Orang Lain Ketawa Gembira.... Engkau Menangis. Maka Berjuanglah Di Saat Sampai Engkau Mati, Engkau Tertawa Senyum Dalam Kematianmu & Orang Lain Menangisi Pemergianmu"
Profesor Dr Hamka

Pada 21 febuari 2009 saya telah menghadiri Program Motivasi Ibu Bapa, Guru & Murid tahun enam UPSR di Sekolah anak saya, Sekolah Kebangsan Tanjong Tokong. Kak Cik akan mengambil UPSR tahun ini. Tiada apa yang saya harapkan pada setiap anak2 saya. Cuma harapan yang pasti ada pada semua ibu bapa agar setiap anak2nya akan berjaya dalam semua bidang kehidupan.


Sesungguhnya setiap kejayaan yang akan mereka kecapi adalah untuk masa depan mereka sendiri. Tiada apa yang kami mampu berikan pada mereka kecuali pelajaran untuk kesenangan masa depan mereka. Berjaya atau gagalnya mereka bergantung kepada usaha yang telah mereka lakukan, yang selebihnya bertawakallah kepada ALLAH.
Kata2 pembukaan diatas adalah salah satu petikan kata2 perangsang yang diberikan oleh penceramah pada hari tersebut.
Gambar2 kenangan pada hari "selaut kasih, segunung harapan "
yang segak berbaju melayu lengkap bersamping ni ( macam pengantin jer.... ) abang sayang saya mengetuai bacaan doa memohon keberkatan majlis

saya, abang & kak cik berposing selepas majlis. Doa berpanjangan kak cik akan berjaya menghadapi UPSR


ibu bapa yang hadir diminta duduk bersebelahan dengan anak2

antara cikgu2 SKTT yang mendidik anak2 saya, terima kasih cikgu!

antara ibu bapa yang hadir bersama anak masing2

Selamat berjaya saya ucapkan kepada semua anak2 tahun enam di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong yang akan menghadapi UPSR pada 8 ,9 & 10 september 2009 yang akan datang. Kepada cikgu2 yang mencurah bakti kepada mereka ini tanpa mengenal erti jemu syabas saya ucapkan......... bakti kalian sentiasa di kenang.

20 Februari 2009

Seloka Untuk Rosha Alia

Assalamualaikum.......


Seloka Bicara Buat Si Dia
Rosha Alia Di Beri Nama
Lahir Ke Dunia Penuh Makna
5 Januari 1997 Hari lahirnya

Tinggal Bersama Abang & Mamanya
Di Taman Intan Tempat Kediamannya
Hidup Ceria Penuh Makna
Namun Hatinya Tetap Menerima

Salam Sayang Dari Kami Di Pulau Mutiara
Buat Mu Sayang Di Jauh Sana
Terima Kasih Padamu Sentiasa
Tak Jemu Tak Muak Melihat Bicara

Tabahlah Dirimu Menhadapi Alam Maya
Kuatkan Semangat Hadapi Apa Saja
Kejarlah Ilmu Setinggi Mana
Agar Hidup Masa Depanmu Lebih Bermakna

Sayangilah Abang Serta Mama
Mereka Sentiasa Ada
Untukmu Mencurah Rasa
Dalam Suka Mahupun Duka

Sekian Sahaja Ingatan Dari Mama
Terima Kasih Sudi Selalu Jengok Blog Mama
I'ALLAH Ada Umur Ada Masa
Suatu Hari Pasti Berjumpa

Salam Sayang Buat Semua
Di Bumi Jementah Ingat Sentiasa
Tunggulah Sayang Tunggulah Sentiasa
Rindu Di Hati Pasti Terubat Jua

p/s : Seloka ini khas buat anak saudara saya di kampung. Rosha Alia, Abangnya Rosham Azlan & mamanya kakak saya Hamidah, antara pembaca setia blog saya.




Rosha Alia bersama abang & mama tercinta dihari perkahwinan adik saya


Kenangan bersama Rosha Alia sewaktu bercuti bersama keluarga saya
pada disember 2007


Dalam Kenangan...Pesta Pulau Pinang 2007









Dalam Kenangan... Meraikan Harijadi Angah, Kak Uda, Kak Cik & Kakak di KFC Kolonial



18 Februari 2009

Tiga Hari Dua Malam......Yang Mana Satu???.....

Assalamualaikum....


Tarikh : 10 febuari 2009

Masa : 3.30 petang
Tempat : Meja Makan di Rumah
Nada dering telefon saya sayup2 mengalunkan bunyi....

Saya : Assalamualaikum
Pemanggil : Hello, puan...
Saya : Ya, nak cakap dengan saper?
Pemanggil : Puan, puan ditawarkan baoucher penginapan hotel 3 hari 2 malam...
Saya : (dengan nada marah! ) Jangan nak membohong lah!
Pemanggil : Betul puan, saya Mr Ram dari Leisure Cove Resort
Saya : Macamana saya boleh dapat boucher pulak, bohong ni.....
Pemanggil : Melalui no telefon puan
Saya : Apa nama resort awak tadi?
Pemanggil : Leisure Cove Resort, Tanjong Bungah
Saya : Hah! Tanjong Bungah?? Saya tak pernah dengar pun nama Resort ni..
Pemanggil : Boleh puan datang ke Resort kami esok untuk ambil boucher?
Saya : ( hati dah mula tergoda, walaupun saya sebenarnya cukup tak
percaya dengan benda2 ni...) oklah, pukul berapa?
Pemanggil : Dalam pukul 4, puan kena berada bersama kami dalam masa 45 minit
untuk sessi penerangan. Datang bersama suami ya puan.
Saya : Oklah

Wah! Macamana hati saya boleh terpengaruh pulak ni? Sedangkan saya cukup tak percaya pada benda2 macamni. Semua salesman/salesgirl yang datang mengetuk pintu rumah saya memang tak sempat berkata2 saya dah tutup pintu, berdentam! Sampaikan pernah seorang pegawai banci penduduk & perumahan menjadi mangsa saya. Bila dia jumpa suami saya di bawah rumah baru dia dapat naik semula, dan saya minta maaf pada dia. Saya jelaskan pada dia saya tak mahu terpengaruh atau dipukau dengan skim2 gores & menang dan sebagainya.... Saya tak mahu jadi macam orang lain tu, dah tertipu baru sibuk nak mengadu kat Harian Metro... (saja jer nak masuk paper tu). jadi sebagai langkah berjaga2 baik saya berhati2.


Berbalik kepada kisah saya tadi.... Naluri saya berkata, tak salah mencuba.
Saya tak sabar nak tunggu abang sayang saya balik, lalu sms menjadi ganti perbualan kami.....

ayang : Salam, bang blk pkl baper? Sbk lg ke? Pkl baper hbs game?
Esok ada tkraw tak?

( sms saya antar pukul 4 ptg, pukul 6 ptg baru berjawab. Sibuk betul la tu )

abang : Baru habis ler yang, esok tak ada. Kenapa?
ayang : Ayg dpt boucher penginapan hotel 3 hari 2 mlm, esok dia suruh p ambik. Kita p eh?
abang : hahaha, ntah depa nak pekena!
ayang : alah, kta p jer, klu kena byr apa2 kita blah lah....esok p jgn bawa duit!
abang : ok, sok kita p. love u....

Tarikh : 11 febuari 2009

Jam : 2 ptg
Telefon saya berbunyi.... tertera panggilan dari abang

ayang : Assalamualaikum
abang : yang, abg nak p PPD sat....
ayang : ( sat! oh tak mungkin sat! ) kak cik mana? satgi nak p tu.....
abang : kak cik ada kat abg ni, hah satgi kita p lah...
ayang : ok! jangan lambat tau....


ermmm saya dah mula risau. Abang sayang saya ni kalau berurusan di PPD, JPN atau Pejabat Agama jarang2nya sat....

Masa berlalu.... jam dah menunjukkan ke angka 3.30, belum balik lagi. Saya bersiap, & siapkan kakak dan Nin. Nanti tak kelam kabut sangat. Abang sampai terus p.....


Dah 4.15 tak balik lagi.... memang sah lambat ni.

Saya dail 016-4949_ _ _, bang dah 4.15 ni.... belum habis lagi lah yang. sat..sat.
huh, saya letak telefon.

Telefon saya berdering..... tertera Leisure Cove Resort
Leisure : Puan, pukul berapa mahu datang?
Saya : Saya lewat sikit, suami tak balik lagi...
Leisure : Kalau macam tu puan datang esok lah, pukul 6 ptg
Saya : Ok

Salin baju, terus tengok tv. Sempat lagi antar mesej kat abang sayang tu....
ayang : Salam, xper ler balik lewat pun. Depa dah buat temujanji lain, esok 6 ptg. xper ler ayang p sendiri esok. ( macam ayat merajuk jer......)
abang : keje x habis lagi daaaa

Tarikh : 12 febuari 2009
Jam : 2 ptg

Suami saya balik Sekolah, dekat pukul 3 dia bersiap nak p Kelas KAFA. Siap cakap lepas KAFA nak p latih budak2 latihan sukan pulak. Sah, dia lupa ni, atau dia pegang kata2 saya semalam nak p sendiri. KAFA habis dekat pukul 6, pastu nak p latihan sukan pulak. Saya pun diam jer, buat tak tau. tak ingatkan pun tentang temujanji tu.


Pukul 5.30 petang saya bersiap dan bertolak ke hotel tu dengan Kak Cik. Kakak pulak nak ikut, saya bawalah. Kami p naik moto jer, dekat jer dengan rumah saya. Sampai disana, sembang2 lebih kurang dia minta suami saya datang juga. Rupanya depa dok promosi jadi ahli. Leisure Cove Resort ni hanya untuk ahli, patutlah saya tak pernah dengar nama hotel ni, lagipun kedudukannya agak tersorok di bahagian belakang, betul2 mengadap laut.


ermmm, hakikatnya bila ada insan bernama suami, apapun, dalam apa keadaan pun suami memang amat diperlukan. Tanpa insan bernama suami takkan lengkap hidup seorang wanita bernama isteri. hehehehehe, saya bermonolog sendirian. Konon2 nak uruskan sendiri.......

Saya dail ler 016-4949_ _ _...

ayang : Bang, habis tak lagi latihan?
abang : Dekat nak habis dah... awat?
ayang : Depa minta suami datang juga.
abang : Ok dalam lima minit sampai kot!

Selepas bagi kedudukan hotel ni lebih kurang saya menunggu suami datang.

Kami di beri penerangan tentang kemudahan, keistimewaan, keuntungan menjadi ahli. Kemudahan2 yang disediakan jika nak bercuti di seluruh Malaysia juga luar Negara. pok..pek..pok...pek... bla...bla...bla...bla

Seperti yang saya jangka, takkan nak beri percutian saja2 jer mesti ada pulangan yang depa mahukan. Tapi saya tunggu juga sebab petugas tu kata kalau kami tak terima pun menjadi ahli, boucher yang dijanjikan tu tetap akan diberi..... tu yang nak dengar tu.... hehehehe.

Memang ler kami tak terima nak jadi ahli tu. Tak mampu pun! Pakej yang ditawarkan bernilai RM21,000. Tapi sempena promosi ni kami cuma perlu membayar RM18,000. Down Payment pada hari tu RM5,400. Bulan2 kami kena bayar RM350. Adoi! mana nak cekau? Lebih baik RM18,000 tu saya buat modal renovate rumah baru kami. Sebab percutian ni bagi kami bukan perkara utama. Jika ada rezeki lebih barulah kami pergi bercuti. Apapun terima kasihlah sebab bagi saya boucher tu....

Hari ini 18 febuari 2009.... setelah seminggu saya dapat boucher tu.....

Boucher tu boleh digunapakai dalam tempoh enam bulan. Ada lapan tempat pilihan yang ditawarkan.... Dan saya & suami bercadang nak gunakan percutian tu pada bulan enam nanti sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 20 pada 4 jun 2009. Semua anak2 saya bercuti waktu tu, jadi kami semua dapat bercuti sekeluarga.

( ) Perdana Beach Resort, Langkawi


( ) Greenhill Resort, Cameron Highland

( ) Golden City Condominium, Kuala Lumpur - tak boleh p sebab tengah renovate

( ) Paradise Malacca Village Melaka

( ) Leisure Cove Resort Pulau Pinang

( ) Amber Court Genting Highland

( ) Kemang Indah Port Dickson

( ) Desaru Impian Resort Johor - tak boleh p juga, sedang renovate



Jadi sekarang saya ada enam pilihan yang masih di fikir2kan.

Ada lima pilihan utama sebenarnya......


PILIHAN PERTAMA


Greenhill Resort, Cameron Highland.

Mula2 saya & suami bercadang nak kesini, tahun lepas kami kesini sambut ulangtahun perkahwinan kami ke-19. Best, sejuk... Tapi sembang ngan anak2 depa kata dah p lawat semua tempat aritu. Semua dah p, nanti p nak p lawat mana pulak!




PILIHAN KEDUA

Perdana Beach Resort, Langkawi

sembang2 semula p langkawi best juga, pulau idaman saya. Memang saya teringin nak p langkawi. Kebetulan dah ada penginapan percuma ni, tempat pun best. Tapi bila bajet2 balik tambang feri jer sorang dah RM30 pergi balik. RM30 x 9 orang dah berapa? Adoi!






PILIHAN KETIGA


Amber Court, Genting Highland

Yang ni tak ada apa2pun, saja kebetulan dekat dengan rumah kakak ipar saya di Hulu Yam. Dan dekat dengan Tanjong Malim. Tak plan sangat pun nak p...








PILIHAN KEEMPAT

Paradise Malacca Vilage, Melaka


Sembang2 balik, suami saya kata p Melaka ok juga, boleh balik kampung sekali. ( yahoo! dapat balik kampung ). Memang dah lama kami sekeluarga tak balik kampung bersama, selalunya saya jer balik ziarah mak & abah. Bajet tambang feri ke Langkawi tu tambah sikit lagi boleh buat boh minyak. Tol? Kami memang jarang balik kampung ikut highway, kami lebih suka ikut jalan biasa. Mendamaikan melihat kampung2 sepanjang perjalanan. Jimat pun jimat. Tapi keputusan rasmi belum diputuskan lagi.








PILIHAN KELIMA


Leisure Cove Resort


Akhirnya atau adakah percutian kami nanti berakhir disini sahaja. Hanya lima minit perjalanan dari rumah kami..... Ok juga, kami boleh melawat Bukit Bendera, Kebun Bunga, Taman Belia, Batu Feringgi, Taman Rama2 Telok Bahang, Taman Rimba Telok Bahang, Membeli belah di Pasar Chowrista, ermmmm mana lagi ya tempat2 menarik di Penang ni? Makan minum dah tentu jimat, balik masak dirumah, makan lepastu p semula hotel.... macam tu ker? heheheheh




P/S : Belum ada keputusan kemana destinasi percutian saya. Kami akan cuba pilih yang terbaik, yang pasti saya mesti manafaatkan pakej penginapan percuma tiga hari dua malam ni. Bukan senang nak dapat rezeki terpijak macam ni.............Apartment yang disediakan pun hebat2. Kalau nak menginap sendiri belum tentu kami mampu. Selalunya kami p bercuti, penginapan biasa jer...ikut kemampuan........


Yang pasti sambutan ulangtahun perkahwinan kami tahun ni pasti lebih meriah. Dapat pakej free & di kelilingi putera puteri kami. Terima Kasih Leisure Cove Resort... hehehehe naluri negatif saya pada benda2 hadiah percuma, gores & menang kali ni silap. Tapi saya akan tetap berhati2 pada perkara2 begini.............Tak selalunya kita bernasib baik dan mendapat rezeki seperti inikan!